Monday 15 September 2014

Tentang Saya | ZULIANA MOHD RAFAR (Cabaran30HariBlog | Hari1)

Saya lahir tahun 1981. Adeh. Belum pape dah bgtau umur. Ye, saya tak kisah orang tau umur saya.

Kalau terasa nak bagi hadiah, tarikh lahir saya ialah 7 Julai. Boleh PM saya untuk dapatkan alamat. Ahak!

So boleh fahamkan kalau saya kata saya suka no Tujuh? Lahir 7/7. Nama saya ZULIANA pun ada 7 huruf. Pelangi yang cantik ada 7 warna. Ada 7 petala bumi dan 7 petala langit (betul kan?). Haish tulisan 7 itu sendiri cantik dan bergaya bagi saya.

Ok ok. Saya bukan sesiapa yang terkenal atau glamer. Hanya rakyat biasa. Kerja pun biasa-biasa. Kerja kerajaan yang sangat didambakan oleh orang tua saya sebab banyak kemudahan dan berpencen kata mereka.

Saya SPM tahun 1998. Tahukah anda masa itu tengah gawat? Result cun melecun pun tak ada sape nak ofer biasiswa masa tu.

Namun dah tertulis rezeki untuk saya. Saya diterima di sebuah institusi pengajian tinggi yang mak abah saya tak perlu keluarkan belanja malah saya dapat elaun lagi masa belajar.

So umur 22 tahun saya dah ada Degree dan dah ada kerja tetap. Ya, rezeki saya.

Rasanya tahun 2005 ialah tahun kegemilangan saya. Banyak pencapaian saya masa berumur 24 tahun ni. Saya beli rumah, saya beli kereta, saya lulus exam naik pangkat walaupun sampai sekarang belum naik pangkat haha dan saya ke Australia serta berjaya dapatkan wing/sayap penerjunan di sana.

Namun setakat itu. Selepas tu dah takde pape pencapaian kot. Hinggalah saya bertemu jodoh 3 tahun lebih yang lalu.

Saya kenal suami bulan 5. Memang first time jumpa. Bulan 7 dia lamar, saya tak bagi jawapan. Bulan 8 dia lamar lagi, saya jawab ok. Bulan 10 family dia datang rumah. Bulan 12 kami nikah.

Masa nak kawen ni saya bertugas di Sarawak, suami di Gemas. Majlis suami di Kuantan, saya di Muar. Tapi semuanya berjalan lancar. Allah permudahkan, kalau dah jodoh kan? Alhamdulillah.

Kami duduk asing terpisah dek Laut China Selatan selama 5 bulan sebelum kami sama2 dapat posting ke KL. Syukur sangat dapat posting duduk sama suami. 2 bulan kemudiannya saya disahkan hamil. Yeeehaa! Satu lagi pencapaian buat saya.

Ammar Mikhail lahir pada pagi Jumaat 16 Mac 2012 jam 9.58 pagi. Cukup 12 jam saya sakit nak bersalinkan dia. Malah cukup 40 minggu iaitu hanya sehari awal dari tarikh EDD. Memang ikut buku.

Anak ini lah yang buat saya mengenali Shaklee. Set penyusuan asas adalah produk pertama yang saya cuba iaitu ESP dan Alfalfa. Saya tak rasa sangat kemampuan dua produk ni dalam meningkatkan penghasilan susu saya. Saya percaya ini disebabkan ilmu penyusuan saya yang sangat cetek pada masa itu. Lagipun saya agak culas makan Alfalfa. ESP je yang saya dok balun sebab asyik lapar. Tetapi apabila habis pantang (sebulan minum ESP), ramai puji kulit saya cantik. Ahaha!

Boleh baca di sini tentang kisah saya yang kembali mencari Shaklee 9 bulan selepas itu lalu terjebak jadi SID.

Rasanya cukuplah cerita di atas untuk anda kenali saya. Dari student Sains Tulen, saya belajar Sains Gunaan sambil dilatih untuk bunuh orang namun kemudian bekerja di bahagian kewangan/akaun dan kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Ceeewahh. 

Bidang perniagaan itu ialah Shaklee. Duit juta-juta mungkin bukan motivasi saya. Sebaliknya teruja nak cabar diri sendiri untuk buat pencapaian baru di luar bidang pekerjaan hakiki saya yang buat saya terlibat dalam Shaklee. Rasa macam dah lama benar tiada kejayaan baru dalam hidup ni. Bukankah manusia yang berjaya adalah mereka yang hari ini lebih baik berbanding semalam? Shaklee memberi ruang dan peluang untuk saya mencipta kejayaan peribadi saya. Insya Allah.

Oh ya. Saya ialah Pengedar Bebas Shaklee aka SID (Shaklee Independent Distributor) yang tinggal di Desa Pandan. Saya menyokong penuh Penyusuan Susu Ibu dan semua aktiviti sihat ke arah meningkatkan kesihatan, kecantikan, kebersihan dan kesejahteraan. 

Sekian dulu ngomelan saya di pagi Hari Malaysia.

Psstt, Mikhail dah cukup 2 tahun 6 bulan hari ni tapi masih nenen lagi lah! Shaklee Effect ni. (Sebahagian besar entry ini ditaip sambil menyusukan dia)

Raya 2013 - raya kedua sihensem Ammar Mikhail aka raya ketiga Cikpuan Zuliana sebagai isteri Encik Mohd Amrin

Raya 2014 - mak, abah, abang, kakak, adik dan saya, cukup 4 beradik

Salam sayang,
mami zuli

Hubungi saya!
WhatsApp 019-2286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

p/s: saya menulis dan publish entry ini pada 16 Sep 14 tapi kenapa ya keluar tarikh 15 Sep 14?

8 comments:

  1. Dilatih bunuh org? Erkkk serammmm

    ReplyDelete
  2. Itu ayat poyo perasan hebat je tu. Sila abaikan. Saya sesungguhnya seorang yang amat penyayang. Hihi. Hai, Pn Azmiah Mohamad. Selamat berkenalan. \/

    ReplyDelete
  3. Tabik spring sebab ada wing!! Giler ahhh....
    i takut tinggi..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun gayat yatt. Spesis kalau jalan kat koridor rumah pangsa tingkat tinggi2 tu memang rasa lantai bergoyang. Tapi cekalkan hati terjun je. Macam terjun dari bas ekspress gitu. Mudah kan? Haha.

      Delete
  4. hooo, ni terjun punya orang, nasib baik tak jadi bidan terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak terlibat. Sekadar pengalaman dan kenangan.

      Delete