Tuesday 18 November 2014

Sembang | BENARKAH TADIKA SWASTA MERAGUT KESERONOKAN ZAMAN KANAK-KANAK?

Tajuk macam saya dah ada anak gi tadika je kan. Hehe.

Anak saya baru nak masuk 3 tahun. Tiada rancangan pun nak tadika kan dia seawal usia 3 tahun. Tapi ramai rakan sebaya yang telah mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas dan menghantar anak mereka ke tadika swasta (berbayar).

Namun ada seorang kawan saya yang tidak bersetuju menghantar anaknya ke tadika berbayar kerana beliau rasakan anaknya berhak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak dan inginkan kehidupan anaknya adalah secara berperingkat. Selain itu, alasan risau anak over-stressed dan akan mudah bosan untuk belajar juga mungkin menjadi penyebab.

Saya terdiam seketika dan cuba berfikir dahulu apa relevannya alasan atau sebab yang beliau berikan.

Saya rasakan seperti ada kekeliruan pada pendapat beliau itu memandangkan saya tidak jumpa apa relevannya tadika berbayar dengan ketidakseronokan anak-anak.

Apa pendapat anda?


Pendapat Saya


Saya pula berpendapat begini:

  • Anak berusia 2 hingga 6 tahun sedang mengalami proses sel-sel otak berhubung. Makin banyak ilmu masuk, semakin banyak sel otak berhubung dan dimanfaatkan. Jika tiada ilmu yang masuk, sel otak akan terbiar tidak berhubung untuk dimanfaatkan. Dengan kata lain budak baya-baya ini cepat tangkap terima input. Apatah lagi jika anak itu mengambil suplemen minyak ikan OmegaGuard yang kaya dengan EPA dan DHA untuk perkembangan otak mereka (eh, teriklan pula *peace*).
  • Saya percaya kebanyakan tadika swasta berbayar mempunyai modul/teknik mereka sendiri untuk mengasuh/mendidik/mendorong anak-anak kita. Contohnya Tadika ABS yang mengaplikasikan Teknik Gaya Nabi untuk mendorong para pelajar ciliknya. Contoh lain ialah Tadika Little Caliph yang menggunakan modul TLCP.
  • Belum tentu lagi dengan tidak menghantar anak ke tadika swasta menjamin anak kita enjoy zaman kanak-kanak mereka. Anak-anak tetap perlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa walau apa pun jenis tadika/pendidikan yang diikuti.
  • Isu bosan wujud jika anak kita diajar benda yang sama berulang. Nak elak bosan, kita sentiasa boleh tingkatkan atau pelbagaikan perkara yang diajar.

Pada saya ketidakseronokan kanak-kanak bergantung kepada bagaimana sikap dan respon orang di sekeliling mereka terhadap mereka sama ada ibu bapa, cikgu-cikgu atau sesiapa sahaja. Bukan status tadika itu percuma atau murah atau mahal. Malah yang mahal juga belum tentu tenaga pengajarnya diajar teknik-teknik mengendalikan kanak-kanak pra sekolah. Oleh itu, kena bijak memilih.


Sikap dan Respon!


Sikap - Cikgu selalu tersenyum tak? Ayah garangkah? Ibu kuat membebelkah?

Respon - Cikgu suka mengkritik kah? Ayah marah apabila tak dapat no 1 kah? 

Sikap anda yang positif akan mendorong anak anda untuk turut bersikap positif.

Respon anda yang positif akan tingkatkan estim diri dan keyakinan diri anak anda.



Ingin Yang Terbaik


Jika anda seorang yang sangat menitikberatkan pencapaian, saya syorkan anda pelajari ilmu keibubapaan. Pelajari teknik-teknik yang betul. Hadiri seminar-seminar. Pelajari cara-cara untuk bahagiakan anak anda atau mengurus anak anda sesuai dengan usia mereka. 

Supaya anak anda perolehi kedua-duanya sekali iaitu berjaya perolehi pencapaian yang baik dan kekal seronok menikmati zaman kanak-kanak mereka.



Pelbagai Seminar Keibubapaan


Nah, saya belanja satu gambar di bawah untuk anda renungkan:

Teknik yang salah yang akan menyebabkan anak kita terbeban/stress. Pelajari dan menghafal alQuran bukan isunya.

Adakah anda mempunyai pemikiran yang sama dengan Hamba Penyair? Jika ya (mahupun tidak) mungkin anda perlu hadiri seminar tersebut di atas untuk ketahui teknik yang betul agar anak anda dapat menghafal alquran tanpa rasa tertekan.

Saya memang berhasrat untuk menghadiri seminar tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari page FB milik Islamic Parenting Network atau website nya di sini.

Ya, saya belum berkesempatan untuk hadir seminar tersebut. So tak boleh lah nak komen lagi. Satu-satunya seminar yang saya telah hadir adalah Teknik Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Gaya Nabi anjuran PTS EduSolution, ada saya kongsikan di sini.



Pendapat Anda


Baiklah, setelah membaca pendapat saya ini, adakah anda masih rasakan kemasukan anak-anak cilik di tadika berbayar menjadi penyebab mereka tidak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak mereka?


Ingin Jadi Ibu Hebat,
mami zuli


Ehem, sekarang tengah promo OmegaGuard. Dapatkan satu untuk anak anda!


019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar | SID 931054

Sembang | SALAH FAHAM HUKUM SENTUH ANJING

Disclaimer : Saya bukan Ustazah. Entry saya ini adalah berdasarkan apa yang saya faham hasil daripada bacaan saya. Oleh itu, mohon rujuk kepada yang lebih arif jika entry ini tidak jelas, mengelirukan atau anda rasa ada kesilapan maklumat.

Rentetan Program 'I Want To Touch A Dog'


Entry ini mungkin sudah basi. Isu program 'I Want To Touch A Dog' telah lama berlalu. Pelbagai reaksi masyarakat rentetan daripada pelaksanaan program tersebut. Ada yang mengkeji, ada juga yang mempertahankan penganjur.

Apa reaksi saya?


Jujurnya, reaksi pertama saya apabila mengetahui tentang kewujudan program ini ialah 'Biar lah depa nak pegang anjing pun. Lepas pegang nanti sucikan diri je la ikut cara yang sepatutnya'.

Lebih kurang begitu lah apa yang terlintas di fikiran saya.

Namun reaksi saya berubah apabila saya mula membaca dan membaca.

Apa Yang Ramai Orang Faham Tentang Hukum Pegang Anjing?


Berdasarkan pemerhatian saya daripada respon kawan-kawan dan pelayar-pelayar FB serta termasuk pemahaman awal saya sendiri, ada 2 pemahaman masyarakat kita terhadap hukum sentuh anjing ni.

Pemahaman 1:
Pegang Tanpa Sebab - Haram.
Pegang Bersebab - Harus.

Pemahaman 2:
Pegang Tanpa Sebab - Harus.
Pegang Bersebab - Harus.

Ramai yang sama seperti saya mempunyai pemahaman yang kedua yang ternyata adalah SALAH.

Namun betul ke pemahaman yang pertama?

Hukum Memindahkan Najis Ke Badan


Saya jadi marah dan tidak berpuas hati apabila ada yang menyinis mengatakan 'cuba selek najis korang kat badan sendiri' sebagai respon kepada program tersebut yang melibatkan ramai orang Islam menyentuh anjing.

Kenapa saya marah?

Mungkin sebab pemahaman saya yang salah tadi.

Kenapa saya tidak puas hati?

Mungkin sebab pernyataan tersebut atau perbandingan tersebut (antara anjing dan najis/tahi manusia) tidak menerangkan hukum sebenar menyentuh najis atau anjing. 

Bagi orang yang ego tinggi dan hati kering macam saya abang-abang komando, apa lah sangat nak bermain-main dengan najis manusia ni. Malah timbul pula perbahasan, 'habis tu yang ko sentuh najis anak masa cebok punggung anak tu, ko berdosa ke?'.

Apabila pernyataan/perbandingan tersebut ditujukan kepada orang yang tidak tahu hukum atau silap faham tentang hukum, mana mungkin seekor anjing yang sangat comel boleh disamakan dengan najis/tahi yang jijik. Apatah lagi jika najis/tahi juga tidak dirasakan jijik. 

Tapi jika dinyatakan dengan jelas bahawa HARAM hukumnya memindahkan najis ke tubuh sendiri TANPA SEBAB, then baru lah orang yang tak tahu hukum ni dapat mengaitkan bahawa haram jugalah memegang anjing tanpa sebab memandangkan anjing itu sudah jelas bersifat najis.

Abang komando pun mungkin tidak akan sesuka hati nak main dengan najis hanya sekadar nak sahut cabaran atau nak buktikan dia tak heran pun kat najis tu apabila dia tahu hukum (melainkan dia nak langgar hukum lah kan). Isu cebok punggung anak tanpa pakai gloves juga tidak akan timbul.

Hukum ini lah yang saya salah faham pada awalnya. Saya ingatkan boleh je nak sentuh cuma memandangkan ia najis, perlu lah bersuci selepas menyentuhnya. Jahil sungguh saya.

Hukum Sebenar Menyentuh Anjing


Oh berbalik kepada rasa ingin tahu apa hukum sebenar menyentuh anjing, saya mula membaca pendapat agamawan dan para ustaz sehingga membawa saya kepada Fatwa di Malaysia tentang isu ini.

Ringkasnya, berdasarkan Fatwa kita (Malaysia) yang berpegang kepada Mazhab Imam Shafie, pemahaman yang pertama tadi juga KURANG TEPAT. Kenapa?

Ini kerana apabila dikatakan HARUS menyentuh anjing jika BERSEBAB, timbul pula 'SEBAB saya sentuh anjing dalam program tersebut ialah untuk menghilangkan fobia saya terhadap anjing'.

Boleh ke?

Fatwa Malaysia menyatakan HARUS menyentuh ANJING dalam keadaan DARURAT. Pada saya tujuan nak hilangkan fobia, belum lagi darurat. 

Maksud darurat yang saya faham ialah SEBAB YANG MENDESAK. Adakah menghilangkan fobia terhadap anjing itu adalah satu sebab yang mendesak? Adakah benar dengan menyentuh anjing kita dapat hilangkan fobia kita terhadap mereka (anjing)? Apa pendapat anda?


Untuk anda lebih faham tentang 'Kedudukan Anjing Dalam Islam dan Hukum Berkaitannya', boleh baca sendiri Fatwa tersebut di sini.

Wallahualam.

Masih Mencari Ilmu,
mami zuli

Monday 17 November 2014

Santai | PERKONGSIAN SEMINAR MENGURUS TINGKAH LAKU ANAK GAYA NABI

Bismillahirrahmaanirrahim

Semalam, Ahad, 16 November 2014, saya telah hadir ke bengkel tersebut sepertimana poster di bawah bersama-sama kawan sekepala bab tambah ilmu tentang parenting ini iaitu pemilik blog aisahmursyid.blogspot.com .



Bengkel atau seminar satu hari ini adalah anjuran PTS milik Pn Ainon Mohd. Saya memang admire Pn Ainon sejak saya baca buku Komunikasi Intim tulisan beliau pada banyak tahun yang lepas. Kemudian apabila saya join group Srikandi di FB, baru saya tahu bahawa Pn Ainon juga Srikandi Tun Fatimah, super duper senior sekolah saya. *winkwink*


Sejarah Modul Gaya Nabi


ABS ialah salah satu rangkaian PTS yang mengelolakan Tadika ABS dan menjadi pelopor kepada 'Modul Gaya/Teknik Nabi'. Terdahulu konsep ini dikenali sebagai 'Mendorong Pelajar Corot'. Mereka mempunyai tim khas yang mengkaji hadis-hadis psikologi tentang bagaimana Rasulullah mengurus tingkah laku manusia lalu disesuaikan pendekatan Rasulullah itu terhadap pelajar corot dan kanak-kanak. 

Oleh itu skop mengurus tingkah laku kanak-kanak yang kami pelajari semalam adalah lebih kepada konsep mendorong kanak-kanak. Mendorong untuk apa? 

Terdapat tiga tujuan dorongan iaitu supaya kanak-kanak: 
  1. meninggalkan/menghentikan tingkah laku buruk/negatif.
  2. mengulangi tingkah laku baik/positif.
  3. meningkatkan prestasi tingkahlaku baik/positif.


Ibu Bapa Mendorong


Anak-anak boleh terdorong hasil daripada dua perkara yang disampaikan oleh ibu bapa mereka iaitu sikap ibu bapa itu sendiri dan bagaimana respon ibu bapa dalam sesuatu situasi.

Contoh Sikap Ibu Bapa ialah baik, penyayang, bermuka manis, selalu tersenyum, ceria, menghibur jiwa, sporting dan lain-lain.

Contoh Respon Ibu Bapa ialah melalui kata-kata (pujian atau kritikan), layanan (baik atau tidak), penilaian, maklumbalas dan lain-lain.

Kedua-dua perkara ini boleh mendorong si anak untuk mempunyai tingkah laku yang positif mahupun negatif. Sebab itu ada yang kata 'anak-anak adalah cerminan ibu bapa' walaupun ramai juga yang katakan 'bukan salah ibu mengandung'. Eh, yang ni bukan Cikgu Nurhidayah yang kata tapi saya sendiri yang kata. *peace*


PRINSIP Ibu Bapa Pendorong


Untuk menjadi ibu bapa pendorong yang baik, berikut ialah prinsip-prinsip yang harus dipegang:

  1. Pujian.
    • guna pujian sebagai alat motivasi.
    • puji satu perkara untuk dorong buat perkara yang lain.
  2. Tidak Menyiasat Kesalahan Anak.
    • contoh - kenapa pecahkan pinggan? 
    • menyiasat ni rasanya ramai ibu yang buat kan? bila marah je mesti dengan pertanyaan. yang biasa rasanya "ni siapa yang buat sepah ni?" padahal anak baru sorang pun tanya lagi siapa yang buat sepah. haha. 
    • contoh lain ialah - kenapa cakap bohong? kenapa curi duit mmy?
    • hentikan. jangan menyiasat kesalahan anak anda lagi!
  3. Tidak Kritik Diri Anak dan Kesalahan Anak.
    • contoh kritik diri - kamu malas, kamu pengotor.
    • contoh kritik kesalahan - tulisan kamu buruk, kamu susun kasut tak cantik.
    • sila hentikan juga ye mommies!
  4. Menjaga dan Menyelamatkan Maruah Anak.
  5. Berkata Positif atau Diam Lebih Baik.

STRATEGI Ibu Bapa Pendorong


Berikut pula ialah strategi yang perlu dilaksanakan:
  1. Buang Strategi Garang.
    • ancam, ugut, acah-acah dengan rotan - hentikan.
    • "ibu kira sampai 5, kalau tak siap jugak siap!" - hentikan.
  2. Mengubah 'Konsep Diri' Negatif ke Positif.
    • kanak-kanak belum pandai menilai diri sendiri. yang membantu menilai mereka ialah ibu bapa atau orang terdekat. ibu bapa menjadi cermin kepada anak-anak untuk mereka ketahui imej mereka.
    • tuturkan perkara yang positif sahaja apabila menilai anak. elakkan kata degil, malas, tak dengar kata dan lain-lain. ingat, ibu bapa adalah cermin untuk anak-anak melihat (mengetahui) imej diri mereka.
  3. Mengekalkan 'Konsep Diri Positif' dengan MEMUJI daya usaha, hasil kerja dan prestasi anak.
  4. Tingkatkan Estim Diri (Maruah/Harga Diri) Anak.
  5. Cipta Peluang Supaya Anak Dapat Bertindakbalas Dengan Maklumat Dan Pengalaman Baru.

TEKNIK Mendorong


Berdasarkan Prinsip dan Strategi di atas, bagaimanakah cara atau teknik kita nak laksanakannya? Inilah yang kami tunggu-tunggu untuk difahamkan iaitu teknik-teknik mendorong.

Terdapat banyak teknik. Semua teknik yang diajar ada peraturannya untuk memastikan 5 Prinsip Ibu Bapa Pendorong di atas dipatuhi. Kesemua teknik itu juga adalah berdasarkan pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam sesuatu situasi melalui hadis-hadis psikologi yang telah dikaji.

Teknik pertama yang kami belajar ialah Teknik Memberi Ganjaran berdasarkan hadis di bawah:

Ganjaran Kepada Orang Yang Melakukan Tingkah Laku Yang Betul Apabila Bersin

Bagaimanakah situasi/pendekatan di atas hendak diaplikasikan kepada anak-anak kita? Apakah peraturannya apabila ingin memberi ganjaran? Nak tahu, kenalah hadir bengkel dan seminar kan? Hehe. 

Insya Allah saya memang berniat ingin kongsikan apa yang kami belajar semalam di blog ini. Mungkin satu entry untuk setiap teknik. Sebagai perkongsian dan penghargaan kepada semua gojes mami yang sudi membaca penulisan saya. *muahmuah*

Sebagai makluman, antara teknik-teknik yang diajar ialah:
  1. Teknik Memberi Ganjaran.
  2. Teknik Memuji.
  3. Teknik Meningkatkan Estim Diri.
  4. Teknik Menegur.
  5. Teknik Menerangkan Peraturan.
  6. Teknik Memberhentikan Tingkah Laku Negatif.

Teknik yang paling saya ingat ialah Teknik Menerangkan Peraturan sebab kami dapat task untuk buat skrip bagi teknik ini. Hehe. Apa skrip kami? Tadaaaa:

Kawan Yang Menemani Saya aka Groupmate Saya, Ecah

Dan disebabkan saya ingat, saya terus aplikasikan teknik ini kepada anak saya apabila dia memukul saya. Ammar Mikhail suka bayangkan dirinya menjadi Boboiboy Ammar, itu yang kadang kala dia lepuk mmy dia. Huhu. Mikhail berumur 2 tahun 8 bulan. 

Jika dahulu skrip saya mungkin begini:
  • "Kenapa Ammar pukul mmy?" - saya menyiasat kesalahannya. 
  • "Ammar jangan pukul mmy, mmy sakit." - saya nyatakan impak kepada kesalahannya. 
  • "Ammar tak sayang mmy ye?" - saya manipulasi emosinya.

Dengan menggunakan Teknik Menerangkan Peraturan, saya tukar skrip saya kepada:  

"Ammar tak boleh pukul mmy. Ammar boleh peluk dan cium mmy je."

Saya hanya nyatakan apa yang tidak boleh dan apa yang boleh (menerangkan peraturan). 

Surprisingly, dia peluk dan cium pipi saya. *lompatbintang*



Modul Yang Harus Dipelajari Oleh Semua Ibu Bapa


Oleh itu, terima kasih banyak saya ucapkan kepada Pn Nurhidayah Jaafar selaku Ketua (alamak tak ingat pula jawatan beliau) yang telah menurunkan ilmunya kepada kami semalam. Saya skodeng dah FB cikgu. Cikgu lebih muda 2 tahun daripada saya kan? Hehe. Saya sangat hargai ilmu yang cikgu sampaikan semalam. Terima kasih, cikgu.

Saya juga amat mengesyorkan para ibu bapa menghadiri bengkel ini. Yurannya mungkin mahal, namun sangat berbaloi jika kalian tidak tidur atau mengelamun di dalam kelas. :)

Ok lah, sekian dahulu perkongsian saya tentang Modul Teknik Nabi buat masa ini. Nantikan perkongsian saya yang seterusnya tentang topik ini pada entry akan datang khas buat anda semua mami-mami gojes yang saya hormati.

Salam sayang,
mami zuli


019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar | SID 931054

Sunday 2 November 2014

Tips | BUANG KAHAK DAN MAKAN UBAT UNTUK YANG TIDAK PANDAI

Hihi.
Ada yang serupa dengan saya ke? Tak pandai tarik keluar kahak?

Saya bukan baby, saya dah 33tahun. Tapi itu lah hakikatnya. Tak pandai buang kahak.

Kalau batuk tu kadang boleh rasa kahak di anak tekak tapi tertelan balik. Puas mak mengajar masa-masa kecik2 dulu tapi tak berjaya. Huhu.

Namun baru2 ni saya kena batuk yang teruk. Dan secara kebetulan saya telah temui cara keluarkan kahak yang sesuai untuk saya.

Cara nya ialah dengan dongak kan kepala ketika batuk. Ahak. Ini semua gara2 saya dongak kan kepala apabila nak batuk sedangkan anak tengah duduk atas riba. Nak elak anak, saya dongak. Mudah je kahak tu naik ke atas.

Jangan gelak. Tips ini mungkin berguna buat insan2 lain yang senasib dengan saya. Haha.

Seterusnya saya juga susah nak telan tablet masa kecik2 dulu. Abah kena pecahkan ubat bubuh dalam sudu dan bubuh sedikit air untuk saya telan.

Abah ajar letak ubat tu dalam2 tapi memang ubat tu akan berkeliaran je dalam mulut saya tak tertelan.

Bila dah besar sikit ada insan yang ajar saya letak ubat tu di hujung lidah. Ya, di hujung lidah bukan kat pangkal lidah. Berjaya! Tips tambahan dari saya, masa nak minum air tu tarik nafas. Hihi. Cuba lah.

Dan sekarang bila dah dewasa ni baru saya tau yang abah pun tak reti telan tablet. Hahaha. Patutlah ajaran abah dulu tak berjaya. Ahak!

Sekian, tips daripada saya. Semoga bertemu lagi di tips yang akan datang.

Salam sayang,
mami zuli