Friday 29 August 2014

Sembang | KUASA TETAMU

"Lagi sejam kitorang sampai. Nak tumpang tido rumah."

Terus suami bangun dari depan tv.

Terus toys anak yg dah seminggu bersepah kembali masuk dalam kotak.

Terus rumah berjaya divakum sebelum sempat jumpa sabtu.

Terus cadar bilik tetamu terpasang kemas.

Terus rajin nak habiskan basuh pinggan yang tadi tergendala.

Terus wangi rumah kami.

Haha. Kuasa tetamu.

Malah sepasang suami isteri yang tengah perang dingin pun boleh kembali bertegur sapa dengan kehadiran tetamu. Ahak!

Hebat kuasa tetamu kan? Sebab tu Islam menyarankan kita meraikan tetamu. Saya memang suka tetamu berkunjung ke rumah. Murah rezeki gitu.

Sekian.

Mmy zuli

Wednesday 27 August 2014

Tips | CARA MUDAH PAKAI SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER

Sejak dulukala lagi saya malas pakai toner. Walaupun saya sedar bahawa toner la yang akan membantu saya menutup liang pori muka saya. Malas sebab kena guna kapas muka. Alahai, jangan lah contohi sikap malas saya.

Tapi sekarang tidak lagi. Saya dah mula rajin pakai toner iaitu toner Nutriwhite Shaklee aka Soothing Radiance Whitening Softener. Macam mana boleh jadi rajin? Sebab saya dah tak apply guna kapas muka lagi dah. 

Saya pakai toner Nutriwhite sama macam adik salegirl SKII ajar saya pakai Miracle Water diorang. Bubuh je kat tapak tangan lepas tu tekap2kan ke seluruh muka. Segar sangat okay! Haishh kenapa lah tak terfikir buat macam ni sejak dulu lagi!

Dulu-dulu pernah lah pakai SKII tu. Tapi mahal sangat. Toner Nutriwhite Shaklee ni jauh lebih murah. Insya Allah nak istiqamah gunakan Softener Nutriwhite ni pulak. Weee~

Kalau guna pencuci muka dan krim muka dia sahaja pun saya dah seronok tengok hasilnya (boleh baca di sini), lepas tambah Softener ni insya Allah kulit saya akan lebih glowing gebu gebas gitu. 

Tak sabar ni nak dapatkan kulit wajah tanpa liang pori. Biar segar (soothing), bersinar seri (radiance) dan cerah (whitening) selayak nama Softener ni. Ehem.

Lepas cuci muka, jangan lupa apply Softener ok!

Your Gojes SID, 
Mmy zuli

WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
FB: Zuliana Mohd Rafar

Kurus | BERAPA NILAI KALORI MAKANAN ANDA?

Berapakah jumlah kalori yang anda ambil setiap hari? Jom kita lihat jumlah kalori dalam makanan yang biasa diambil oleh kita, rakyat Malaysia.

Makanan Karbohidrat


Nasi Putih (2 genggam) = 222 kalori
Nasi Lemak bersambal (2 genggam) = 400 kalori
Nasi Goreng bertelur (2 genggam) = 635 kalori
Nasi Briyani (2 genggam) = 448 kalori
Nasi Ayam (2 genggam) = 278 kalori
Nasi Dagang (2 genggam) = 508 kalori
Nasi Tomato (2 genggam) = 347 kalori
Mee Goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee Sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee Bandung (semangkuk) = 339 kalori
Mee Kari (semangkuk) = 318 kalori
Mihun Goreng (sepinggan) = 550 kalori
Kuetiau Goreng (sepinggan) = 582 kalori
Pulut (segenggam) = 185 kalori
Roti Canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Roti Naan (sekeping) = 308 kalori
Roti Putih (2 keping) = 156 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Tosai (sekeping) = 205 kalori
Emping Jagung kosong (secawan) = 160 kalori
Sandwich Sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur Kacang Hijau (semangkuk) = 100 kalori

Makanan Protein


Telur Goreng (sebiji) = 110 kalori
Telur Rebus/Separuh Masak (sebiji) = 78 kalori
Ikan Kembong Kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan Tenggiri Goreng Bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan Kembong Goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan Senangin Masam Manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging Lembu Kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam Kari berkuah (seketul) = 250 kalori
Ayam Goreng (seketul) = 255 kalori
Ayam Tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sate Daging/Ayam (5 cucuk) = 180 kalori
Sambal Udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal Sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Tauhu Goreng (sekeping) = 110 kalori
Tempeh (secawan) = 320 kalori

Kuih Muih/Snek


Kasui berkelapa parut (sepotong) = 160 kalori
Kuih Lapis (sepotong) = 130 kalori
Bingka Ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia Goreng (satu) = 130 kalori
Popia Basah (satu) = 95 kalori
Pisang Goreng (satu) = 130 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Kek Biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Kek Keju (sepotong) = 257 kalori
Keropok (sebungkus) = 430 kalori
Kerepek/Rempeyek (sebungkus) = 350 kalori

Buah-Buahan/Sayur


Sup Sayur (1/2 cawan) = 30 kalori
Sayur Goreng (1/2 cawan) = 85 kalori
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 20 kalori
Pisang Emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu Batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Pear (sebiji) = 53 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Rambutan (5 biji) = 50 kalori

Minuman (segelas)


Air Kosong = 0 kalori
Teh Tarik = 83 kalori
Milo Ais = 178 kalori
Kopi Susu = 143 kalori
Nescafe Susu = 94 kalori
Sirap Bandung = 150 kalori
Air Soya = 60 kalori
Jus Oren = 112 kalori
Jus Tembikai = 80 kalori
Air Tebu = 184 kalori
Air Kelapa = 110 kalori
Air Birkabonat = 120 kalori
Air Kotak = 105 kalori

Maklumat di atas keseluruhannya saya perolehi daripada laman Facebook milik Shahir Fitness Innovations. Jika pemilik laman ini berkehendakkan saya delete entry ini, mohon email saya di gojesmami@gmail.com.

Pape pun BIG Thank You atas perkongsian ini yang telah anda coretkan di laman Facebook anda!

Ehem. Cuba korang tengok jumlah kalori air kosong.

Salam sayang,
mmy zuli




Sunday 24 August 2014

Kurus | APA ITU KALORI DAN METABOLISMA?

Kalori ialah unit tenaga dalam makanan


Setiap makanan mempunyai jumlah tenaga yang pelbagai. Tinggi kalori, bekal kita lebih tenaga. Tetapi tinggi kalori belum tentu buat kita rasa bertenaga. Aikk? Ini kerana rasa bertenaga itu juga dipengaruhi oleh semangat dan motivasi serta faktor kesihatan seseorang termasuklah kadar metabolisma. Jika kurang kalori pula, tenaga kita tidak boleh pergi jauh walaupun kita bersemangat dan sihat. Kita tetap perlukan tenaga daripada makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ehem. Kalori tidak sama dengan kolesterol. Jangan keliru ya. 

Tinggi kalori juga tidak bermaksud beri rasa lebih kenyang! Kenapa ahli sukan mengambil Energy Bar? Sebab Energy Bar mampu memberi kalori tambahan tanpa mendatangkan rasa kenyang keterlaluan. Kalau terkenyang macam mana nak bersukan ye dak?

Maksudnya di sini makanan yang mengenyangkan belum tentu kalori tinggi dan makanan yang tidak mengenyangkan belum tentu kalori rendah. Anda boleh buat pilihan. Nak tau berapa nilai kalori dalam setiap makanan? Rujuk entry saya di sini.

Biasanya kalori akan dikaitkan apabila individu ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Yang nak tambah berat jarang saya jumpa walaupun ada. Yang nak kurangkan tu yang ramai.

Setiap individu ada jumlah kalori tertentu yang diperlukan setiap hari untuk laksanakan tugas hariannya. Maksudnya jumlah kalori ini akan terbakar hanya dengan melakukan rutin harian walaupun indivdu itu tidak bersenam. Hatta kita tidur sepanjang hari pun, ada kalori yang terbakar ok. 

Oleh itu, jika anda ingin tambah berat, anda perlu tambah pengambilan kalori supaya melebihi keperluan kalori harian anda. Jika anda ingin kurangkan berat, anda perlu pastikan pengambilan kalori anda kurang daripada keperluan kalori harian atau bersenamlah agar kalori yang terlebih dapat bertukar menjadi tenaga dan tidak tersimpan di dalam tubuh lalu bertukar menjadi lemak.

Ya, karbohidat atau protein yang tidak digunakan (tidak bertukar menjadi tenaga) akan menyebabkan karbohidrat atau protein itu bertukar menjadi lemak! Lemak terkumpul menyebabkan inci tubuh anda bertambah seiring dengan pertambahan berat badan lalu jadilah anda insan yang dikatakan obes atau gemok. Oh tidak!

Nak tau berapa jumlah keperluan kalori harian anda? Gugel sahaja. Banyak kalkulator online disediakan. Salah satunya di sini.


Metabolisme Tubuh Membakar Kalori


Dalam pada anda menjaga pengambilan kalori untuk kurus, anda juga kena pastikan kadar metabolisma anda kekal tinggi. Salah satu cara untuk naikkan atau kekalkan metabolisme tubuh yang tinggi ialah dengan kekal kenyang. Rasa kenyang akan bagi signal kepada tubuh untuk terus bekerja menukarkan kalori kepada tenaga. 

Metabolisma ialah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Apabila lapar, kadar metabolisme akan menurun agar kurang tenaga dihasilkan. Ya badan kita unik, boleh adjust kadar metabolisma semasa kita lapar dan semasa kenyang. Namun apabila metabolisme menurun, nak naikkan balik tu yang susah. Maka tidak peliklah jika anda masih tidak kurus walaupun anda berlapar!




Suplemen Membantu Anda Kurus


Di sini lah suplemen boleh membantu anda. Suplemen bantu anda beri rasa kenyang dan bantu tingkatkan metabolisma tubuh. Suplemen bantu anda mengawal pengambilan kalori. Malah ada suplemen yang membantu anda membakar lemak (tukar lemak kepada tenaga). Ada juga suplemen yang mampu mengemulsi lemak agar dapat terurai untuk disingkirkan oleh tubuh. Dan suplemen juga boleh membantu proses pembuangan atau penyingkiran tersebut.

Semua bantuan di atas, anda boleh perolehi dalam Set Slimming Shaklee. Saya akan perkenalkan Set Slimming ini dalam entry yang akan datang.

Saya lebih suka jika anda ketahui dahulu apa itu kalori dan apa itu metabolisme serta bagaimana keduanya memberi kesan kepada usaha anda untuk kurus! 

Moga penerangan ini mudah difahami dan bermanfaat.

Salam sayang,
mmy zuli



Friday 22 August 2014

Cantik | TONER NUTRIWHITE MENANDINGI SKII?

Eh, Nutriwhite ni takde toner ye?


Ada. Namanya Soothing Radiance Whitening Softener.

Kalau dah bajet sangat nak pilih satu je produk Nutriwhite ni nak pilih apa ya?


Alamak, kalau tanya saya susah juga nak menjawabnya. Sebab setiap produknya ada peranan masing2 dan memang best2 belaka.


Apa saranan oleh mereka yang telah mencuba?


Namun hasil 'penilikan' saya, maksud saya apabila saya survey2 dan gugel2, Soothing Radiance Whitening Softener adalah antara produk Nutriwhite yang disebut2 keberkesanannya!

Memang pun ada pendapat yang mengatakan nak tau sesuatu produk skincare (penjagaan wajah) tu bagus ke tak bagus tengok pada keberkesanan toner nya. Malah ada yang jadikan harga toner sesuatu rangkaian produk sebagai benchmark (penanda aras), produk tersebut mahal atau tidak.

So, apa yang saya jumpa hasil daripada 'penilikan' saya tadi?


Soothing Radiance Whitening Softener

Haa.. teruja tak? 

Jeragat tegar dah mula hilang, kulit jadi lebih lembap, bedak lebih mudah diratakan selepas apply Softener Nutriwhite ni. 

Saya panggil ia sebagai toner sebab rupa dan cara gunanya macam toner. Ia berbentuk cecair dan penggunaannya selepas mencuci muka.


Apa sebenarnya fungsi Soothing Radiance Whitening Softener ni?


Well selayak namanya, Softener Nutriwhite buat kulit wajah kita segar (soothing), bersinar/tegang (radiance) dan cerah (whitening). Teksturnya lembut dan mampu mengembalikan kulit kepada pH yang seimbang. Antara ramuannya ialah Kudzu untuk menegang dan mencerahkan, Marshmallow untuk melembapkan serta Rosemary untuk menyegarkan.


Lagi testimonial tentang Soothing Radiance Whitening Softener?


Namun apa yang lebih menerujakan ialah apabila 'penilikan' saya menjumpai perkongsian ini:


Soothing Radiance Whitening Softener

"Alhamdulillah kami dah jumpa produk yang boleh menghaluskan kulit dan mengecilkan pores (liang pori) yang sesuai dengan kami. Anda bagaimana?"

Haaa, produk yang dibandingkan tu mahal ok! Kalau nak dibandingkan dengan harga Softener Nutriwhite ni memang jauh beza lah! 

Cop. Tapi saya tak kata ya produk yang lain atau yang dibandingkan itu tak bagus. Cuma nak kata yang Soothing Radiance Whitening Softener ni bagus dan berkesan.

Sebab itu lah kalau korang memang standard gunakan skincare mahal macam SKII, Clarins, Clinique dan lain-lain yang seangkatan harganya, apa kata cuba pula produk Nutriwhite Shaklee. Dijamin Selamat, Berkesan dan Semulajadi (Mesra Alam).

Kalau korang sekarang gunakan skincare yang lebih murah harganya pun masih berbaloi gunakan produk Nutriwhite ni sebab ianya berkesan (insya Allah) dan tahan lama! Ya, tahan lama. Macam Softener ni boleh tahan 6 bulan lamanya.

Nak kenal semua rangkaian produk Nutriwhite Shaklee? Klik sini.

Nak beli Soothing Radiance Whitening Softener? WhatsApp saya. Hiks.

Your Gojes SID,
mmy zuli

WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
FB: Zuliana Mohd Rafar


Thursday 21 August 2014

Testimonial | GLA SHAKLEE LURUHKAN CYST

Puas saya scroll timeline FB saya. Tapi tak jumpa. April atau Mei 2013 yang lepas, saya ada kongsikan testimonial kakak saya selepas beliau mengambil GLA Complex. Tapi post tersebut tak ada. Agaknya memang saya dah delete kot sebab kemudiannya kakak saya tu ada FB, mungkin saya delete sebab khuatir kakak segan walaupun kakak saya tak tegur pun. Haishh.. Lupa lah.

Yang pasti memang saya takde simpan dah WhatsApp perbualan saya dengan kakak pada waktu itu. Printscreen/screen capture pon takde. Tak reti lagi nak buat printscreen bagai masa tu. Hahaha!

Ye saya agak jahil bab gajet2 ni. Walaupun saya belajar bidang yang berkaitan. Tett.

Pendekkan cerita, berikut saya cuba imbau balik perbualan atau kronologi testimonial kakak saya:


"Saya dah 4 bulan tak period, tadi jumpa doktor. Doktor scan bagitau saya ada cyst. Tapi saya nak try check dengan doktor panel pulak."

"Cyst? 4 bulan tak period? Boleh pulak awak tunggu sampai 4 bulan ye? Kakti try makan GLA Complex la. Elok untuk atasi cyst dan regulate menses."

"GLA? Apa tu?"

"Suplemen Shaklee. Elok untuk betulkan hormon badan kita."

"Ooo. Nanti saya kompomkan balik la nak ambil ke tak. Saya nak tengok apa kata doktor panel saya pulak dulu."

Selepas kakak jumpa doktor panel.


"Saya dah jumpa doktor. Memang betul ada cyst. X cm. Doc bagi saya ubat XXXXsone."

(Sori. Tak ingat dah berapa cm. Tanya kakak pun tak ingat. Sabar je lah. Nama ubat tu memang kompom lah dah lupa kan.)

"So kakti nak makan ubat doktor tu la ye? Tak mau try GLA Complex?"

"Itula. Saya tanya doktor, perlu ke saya ambil suplemen GLA. Doktor tanya saya balik kenapa pulak nak kena ambil GLA? Tak perlu pun katanya. Tapi ubat yang dia bagi tu ada steroid."

"Macam mana kakti tau ubat tu ada steroid?"

"Dulu ada member pharmacyst ajar kalau ubat yang namanya berakhir dengan 'sone', ubat tu ada kandungan steroid."

"Ooooo saya pun baru tau. Well, kalau saya jadi doktor pun saya tak advice patient saya ambil suplemen rasanya. Sebab tugas saya merawat, bukan tentukan apa yang elok dimakan. Peranan doktor tak sama dengan pakar nutrisi/pakar pemakanan dan ahli farmasi. Apa kata kakti bagi peluang kat diri sendiri ambil GLA tu dulu. Kalau tak berkesan, then baru lah kakti ambil steroid. Steroid tu banyak kesan sampingan tau. Tapi suplemen Shaklee, macam GLA ni diekstrak daripada bunga, tiada adunan kimia, memang selamat."

"Ok lah. Saya ambil GLA dulu lah. Saya pun takut nak ambil steroid ni sebenarnya. Takut makin gemok. Hahahaha."

Kakak makan GLA. Belum sebulan sebab belum habis sebotol, dia WhatsApp saya balik.


"Kakti period!"

"Wahh. Bagus lah tu. Dah jumpa doktor balik belum?"

"Belum. Nanti saya update balik lepas saya jumpa Doktor."

Selepas beberapa hari.


"You know what, doc scanned me again. My cyst gone. Saya tanya gak macam mana boleh hilang. Dia cuma jawab memang kadang2 macam tu. Tak puas hati betul saya dengan jawapan dia. Tapi saya tak bgtau dia yang saya ambil GLA."

"You should tell him I guess. Hahaha. Alhamdulillah no more cyst. I am happy!"

"Tapi saya rasa macam rugi pulak bila datang bulan ni. Kalau tak saya dapat solat tiap hari tau!"

"Eh ada pulak pikir gitu. Lagi bahaya kalau darah kotor kakti dok tersimpan dalam rahim. Silap2 boleh beranak pinak cyst tu. Biar lah sihat, bleeding every month. Kalau sakit nanti lagi susah nak beribadat tau. Lagipun apabila tak solat masa datang bulan, kita tetap dapat pahala sebab meninggalkan perkara yang dilarangNya."

Seorang adik cuba menasihati kakaknya. Eceh. Haha.

Well, memang saya sangat happy masa tu. Syukur sangat GLA Complex berjaya meluruhkan cyst dan darah kotor kakak saya. Semestinya dengan izinNya.

Kalau korang pun ada masalah yang sama, cuba lah. Tak salah mencuba. Moga-moga berhasil dan bantu anda lebih sihat!

Apa sebenarnya manfaat GLA Complex? Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.

Salam sayang,
mmy zuli

Ehem, saya jual Shaklee. Boleh hubungi saya.

WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
Facebook : Zuliana Mohd Rafar

Wednesday 20 August 2014

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part III)

Kadang2 apabila scroll feed di FB, ada status yang menyinis.

Tulisnya: "Kalau dah jadi pil, tablet, kapsul, serbuk, takde lah semulajadi namanya." 

Ataupun: "Kalau nak yang semulajadi, makan lah ulam bukan suplemen."

Mungkin dia menyinis kerana terbaca di mana2 yang menyatakan bahawa Suplemen Shaklee ialah Suplemen Semulajadi.

Oh, sungguh tak sesuai nak lagakan istilah Suplemen Semulajadi tersebut dengan makanan semulajadi atau sumber alam lain yang belum diproses. Jika ingin lagakan, lagakan lah Suplemen Semulajadi vs Suplemen Sintetik.

Jadi, apa maksud Suplemen Semulajadi?


Maksudnya ialah suplemen Shaklee diekstrak daripada sumber semulajadi. Ramuan-ramuannya diambil daripada buah-buahan, bunga-bungaan, segala macam jenis tumbuhan dan juga haiwan.

Apa bezanya dengan Suplemen Sintetik?


Suplemen Sintetik ialah suplemen yang terhasil apabila bahan kimia A diadun dengan bahan kimia B menjadi bahan kimia AB. Dengan kata lain suplemen ini mengandungi bahan kimia yang dicipta di makmal sains.


Bagi Suplemen Shaklee, adalah diakui suplemen ini ialah makanan tambahan yang telah diproses. Memang rupa semulajadi sumber-sumbernya telah berubah tetapi asal-usul sumbernya tetap dari alam semulajadi. 

Analoginya, sama macam korang makan buah tembikai. Yang dah diblend jadi jus tu tetap berasal dari buah tembikai tetapi rupa semulajadinya telah berubah kerana buah itu telah diproses. Jus tembikai yang anda blend tadi masih lagi jus semulajadi. Tetapi jika anda bancuh kordial tembikai yang dah diadun dengan perasa dan pewarna tiruan, masih wajarkah ia dipanggil jus semulajadi?

Kalau maksud 'semulajadi' itu termasuk rupa asalnya, bagaimana dengan ikan yang telah diproses menjadi keropok lekor? Ikan di dalam keropok itu telah berubah rupa, maka ikan yang menjadi ramuan keropok lekor tadi sudah tidak semulajadi kah? 

Andaikata wujud keropok lekor lain yang diproses dengan adunan tepung dan 'perisa ikan tiruan' semata (bukan ikan sebenar), tidak wajarkah penjual keropok lekor yang ori tadi claim (mendakwa) bahawa hanya ikan semulajadi digunakan sebagai ramuan keropok lekornya? 

Pada waktu itu mungkin akan keluar dakwaan Keropok Lekor Mmy Zuli ialah keropok lekor semulajadi bukan keropok lekor sintetik. Gitu.

Nampak?

Jika belum baca, jemput baca Suplemen VS Real Food - Part I dan Part II.

Jangan salah faham lagi ya!

Salam sayang,
mmy zuli

Tuesday 19 August 2014

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part II)

Saya rasa saya tau kenapa masyarakat keliru atau jadi 'terganggu' dengan iklan atau promo penjual suplemen hingga menyebabkan mereka memberi respon:

"Kenapa nak bergantung harap kat suplemen, makan je lah buah-buahan segar tu."

Mungkin kerana wujudnya iklan seperti:

"Sebiji tablet Sustained Release Vitamin C Plus ini menyamai 7 setengah biji buah oren."

Apabila baca saja iklan ini, pembaca fikir penjual suplemen samakan sebiji tablet tersebut dengan 7 setengah biji buah daripada SEMUA SEGI. Semua segi ini mungkin pembaca bayangkan nikmat memakannya sama, khasiat memakannya sama, jumlah kalorinya sama, jumlah vitamin dan mineral semuanya sama, atau mungkin pembaca bayangkan ada 7 setengah biji oren dalam sebiji tablet tersebut.

Mungkin itu puncanya.
Adakah anda juga fikirkan sebegitu?

Iklan di atas tadi tidak salah tetapi mungkin tidak jelas atau tergantung. Yang dimaksudkan sebenarnya kandungan Vitamin C di dalam sebiji tablet suplemen tersebut menyamai kandungan Vitamin C di dalam 7 setengah biji buah oren yang normal.

Hakikatnya, Vitamin C dalam Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee diekstrak daripada jagung! Bukan daripada buah oren pun.

Haaa, nampak tak?

Jika merujuk kepada iklan di atas, ia langsung tidak bermaksud suplemen yang dijual itu lebih bagus daripada memakan buah oren sebenar.

Apa yang dimaksudkan ialah suplemen ini memudahkan kita mendapatkan khasiat yang diingini tanpa perlu memakan sesuatu makanan sebenar (real food) dengan banyaknya untuk dapatkan sesuatu vitamin atau mineral yang spesifik

Sesungguhnya, suplemen ialah makanan tambahan kepada makanan sebenar, bukan pengganti kepada makanan sebenar.

Tapi jangan keliru pula dengan suplemen yang berada dalam kategori Meal Replacement ya. Yang ini ada penjelasan lainnya.

Sekian. 

Topik ini ada Part I dan Part III.

Salam sayang,
mmy zuli

Sihat | HERBA ALFALFA SI JAMU MODEN

Saya Melayu, keturunan Jawa.
Arwah atuk khabarnya pernah mengusahakan jamu/maajun.
Arwah nenek saya makan jamu. Cantik orangnya.
Mak saya makan jamu masa muda2. Sihat orangnya.

Saya juga makan jamu. Zaman anak dara. Lebih-lebih lagi masa saya bekerja di KL. Agak tegar juga mengamalkannya. Namun selepas ditukarkan ke Sarawak, saya mula culas dengan amalan saya. Terlalu sibuk barangkali.

Ditakdirkan saya bertemu Shaklee semasa berpantang. Kerana berusaha untuk tambah susu badan, saya berkenalan dengan Alfalfa Complex Shaklee. Masa ni saya dah bertugas semula di KL. Memang dah lama tak makan jamu. Hasrat nak teruskan makan jamu tu terbantut sebab saya hamil. Oh ya, saya dapat bertukar ke KL selepas 5 bulan berkahwin dan sebulan kemudiannya saya hamil.

Tapi saya culas juga makan Alfalfa ni. Saya lebih teratur ambil ESP (Energising Soy Protein) semasa itu. Keculasan saya ambil Alfalfa ni berterusan.

Bukan sebab Alfalfa tak best. Atau tak bagus. Atau tak bermanfaat. Tapi saya ada masalah menelan pil atau tablet. Bukan tak boleh. Tapi saya perlukan air yang banyak. Satu biji satu masa. Memang jeles bila tengok suami boleh telan 6 biji alfalfa sekaligus. Oh tidak untuk saya. Jadinya, saya lebih fokus dan dahulukan mengambil suplemen lain yang dosnya hanya sebiji dua sehari. 6 teguk air, saya boleh dapatkan manfaat antara 3 ke 5 jenis suplemen yang berlainan. 

Saya bukan tidak tahu Alfalfa boleh dilarutkan dalam air panas. Tahu. Tapi entah kenapa tak terbuka hati nak amalkan sedemikian rupa. Saya masih tetap ambil sekali sekala.

Rugi sungguh saya!

Sekarang, saya tak mahu lagi kerugian kerana tak amalkan Alfalfa ni. Saya dah masukkan Alfalfa dalam list wajib ambil saya. Haha. 

Mudah je. Larutkan sahaja dalam air panas. Kacau. Dan glup glup glup minum! Pengamal tegar jamu macam saya, larutan air Alfalfa ni langsung tak mencabar. Malah saya rasa segar lagi menyegarkan!

Banyak tau manfaat Alfalfa ni.

Yang paling glamer, untuk detoks! Memang sejak amalkan, perut saya dah kempis. Hihi. Kurus tapi kalau ada perut (maksud saya buncit la ye) pun buruk okay. Seronok sangat seluar lama dah boleh pakai balik. :)

Manfaat lain Alfalfa yang buat saya gelar ia sebagai jamu moden ialah:

- Ketatkan faraj aka vagina. Ehem ehem. Ala-ala Manjakani gitu.
- Beri tenaga. Ala-ala Kacip Fatimah gitu.
- Sihatkan rahim. Malah bantu kecutkan rahim bagi yang sedang berpantang.
- Atasi keputihan.

Haaa, macam makan jamu kan. Manfaat macam jamu tapi tidak sepahit jamu. Kalau air rebusan akar kayu tu, pahit yang amat i tell you. Hikss.

Apatah lagi Shaklee hanya menghasilkan produk yang berkualiti. Shaklee Different atau Perbezaan Shaklee didukung oleh ujian klinikal bernilai beratus juta dolar. Idak ler untuk hasilkan Alfalfa sahaja tapi untuk semua produknya. Jadi saya rasa sangat selamat untuk amalkan suplemen Shaklee ni. Halal pun halal. Dan Shaklee tidak menyumbang kepada Israel ok.

Macam Alfalfa Complex ni, hanya diekstrak daripada daunnya ok. Bukan akar. Bukan biji benih. Ada sebabnya kenapa hanya daun yang dipilih. Itu antara perbezaan Alfalfa Shaklee berbanding Alfalfa jenama lain.

Manfaat lain lagi, saya coretkan di entry akan datang je la eh?

Haa, gini lah rupa Alfalfa Complex tu. Sangat praktikal okay! Nak larutkan 10 biji sekaligus pun boleh.


Korang taknak cuba ke? Boleh cantik macam saya. Eh perasan sudah. Haha.

Peace yo!

Salam sayang,
mmy zuli

your gojes SID
WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
Facebook: Zuliana Mohd Rafar





Saturday 16 August 2014

Sembang | PENIAGA KAYA VS PEMIMPIN KAYA

Pernah tak dengar orang tunding jari dan salahkan peniaga yang kaya apabila ada rakyat yang miskin?

"Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary tu kaya sangat. Tengok lah sikit kat orang-orang yang miskin ni."

"Macam mana lah bisnesman tu boleh kaya sangat macam tu, kesian kat orang miskin."

Salah para peniaga kah jika ada masyarakat yang masih miskin?

Masyarakat kita kadang kala keliru antara peranan seorang peniaga dengan peranan seorang pemimpin.

Mungkin kekeliruan ini lah yang menjadi punca masyarakat kita takut untuk kaya. Takut dikata!

Pelik. 

Mahunya saya tidak pelik. Apalah dosa si peniaga itu? Dia berusaha. Dia kaya kerana dia berniaga dan berusaha. 

Setahu saya, tanggungjawab seorang peniaga ialah membayar zakat. Bukan mengagihkan zakat, apatah lagi untuk memastikan semua orang menjadi kaya seperti dirinya.

Sebaliknya, tanggungjawab menguruskan zakat, mengagihkan zakat, mentadbir agar tiada yang hidup merempat lagi melarat adalah tanggungjawab seorang pemimpin.

Jangan keliru antara peranan seorang peniaga dengan peranan seorang pemimpin.

Jangan takut untuk kaya.

Anda tidak bersalah jika anda kaya asalkan anda bayar zakat!

Malah, bukankah ada pepatah yang mengatakan "Berniagalah Kamu Walaupun Sudah Kaya".

.. apatah lagi jika belum kaya (oopss ini saya tambah).

So, korang dah bayar zakat?

:)

Salam sayang,
mmy zuli

Sihat | CARA MAKAN GLA COMPLEX

Cara makan yang tertera di botol ialah 1 biji, 2 - 3 kali sehari.

Dengan kata lain, GLA Complex disarankan pengambilannya sebanyak 2 - 3 biji sehari.

Saya pula suka sarankan customer saya ambil 2 biji sehari sebab sebotol ada 60 biji, makanya dapatlah cukup2 untuk sebulan.

Soalannya: Ada ke cara makan yang spesifik untuk wanita yang ingin hamil?


Ramai SID (Pengedar Shaklee) sarankan TTCian (ladies yang tengah Try To Conceive) supaya makan start dari hari pertama datang bulan hingga hari subur kemudian stop. Jika hamil, syukur alhamdulillah. Jika tidak, ulang balik step tadi.

Namun ramai customer atau mungkin SID itu sendiri tidak tahu kenapa cara makan tersebut disarankan.

Stop pada hari subur (selalunya hari ke 14 atau 15 dalam kitaran haid normal) itu hendaklah disusuli dengan aktiviti 'bersama' suami pada hari yang sama. Jika tidak bersama suami atau proses sperma berenang2 mencari ovum untuk bersenyawa itu tidak berlaku, wanita tadi boleh teruskan makan GLA macam biasa.

Tujuan stop makan pada hari subur aka hari mungkin berlakunya persenyawaan ialah kerana GLA Complex bersifat antioksida. Sifat antioksida itu sangat bagus untuk kesihatan sistem reproduktif wanita tetapi tidak sesuai untuk perkembangan awal janin.

Andaikata tereksiden hamil sedangkan korang memang tengah amalkan makan GLA, jangan risau. Insya Allah janin anda selamat. Namun sebagai langkah berjaga2, hentikan pengambilan GLA sebaik sahaja anda tahu anda hamil.

Soalan lagi: Kalau haid tidak teratur, macam mana nak tau hari subur?


Saranan saya, ambil GLA Complex sehingga haid anda teratur dahulu sebelum anda TTC.

Soalan lagi: Bagaimana pula dengan mereka yang ada cyst?


Ramai berjaya atasi cyst dengan pengambilan GLA Complex. Ada juga yang mendakwa, GLA Complex tidak memberi kesan kepada cyst mereka. Memang lumrah, kesan suplemen adalah berbeza antara individu.

Namun, saya tetap sangat suka sarankan pesakit cyst ambil GLA Complex sebab biasanya pembentukan cyst berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dan GLA Complex sangat hebat dalam memperbaiki keseimbangan hormon kita.

Saya juga sangat yakin untuk sarankan pesakit cyst ambil GLA Complex kerana pengalaman kakak saya sendiri yang telah tidak datang haid berbulan akibat cyst, berjaya haid semula dan cyst nya hilang apabila di scan selepas makan GLA Complex tidak sempat habis sebotol! 

Memang saya terharu sangat bercampur teruja semasa kakak maklumkan perkara ini. Kakak sendiri beb! Tapi sayangnya masa tu saya tak terfikir pun nak simpan coversation kami untuk dijadikan testimonial. Adoi. Tapi takpe, saya akan cuba imbau semula kronologi dan perbualan kami untuk dikongsikan dalam entry yang akan datang.

Untuk pesakit cyst, bolehla ambil 3 biji sehari. Jika ingin ambil lebih pun boleh tapi seeloknya dapatkan nasihat doktor.

Memang ada pun tau customer SID lain yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio (saya kurang pasti masalah sebenar customer beliau tetapi memang berkaitan sistem peranakan) ambil hingga 8 biji sehari dengan pemantauan doktor, akhirnya hamil selepas 6 bulan amalkan GLA Complex. Rezeki dia, alhamdulillah. Syiok kan? Berkat istiqamah barangkali.

Ada soalan lagi? Haha.

Meh jadi customer saya meh. Saya boleh bagi konsultansi percuma.

:)

Salam sayang,
mmy zuli

Jom korang, makan GLA! Nak tau apa lagi manfaat GLA Complex ni, sila klik sini. Lepas tu jangan lupa contact saya seperti di bawah untuk order ok!

WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part I)

Doktor itu berkata:

"Why rely on Vitamin and Supplements? Eat healthy, exercise regularly, pray a lot will give you a happy lifestyle."

Saya setuju.

Sebenarnya ramai yang salah anggap dengan katakan suplemen itu ialah pengganti makanan.

Selalu sahaja Geng Anti Suplemen akan menyindir atau berseloroh suruh penjual suplemen ni hargai real food atau makanan sebenar.

Well, adakah tok nenek kita yang makan jamu dulu kala tu tak makan makanan lain?

Wahai doktor, kami tak suruh masyarakat bergantung harap kepada vitamin. Tetapi kami menyarankan pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan kepada makanan sebenar yang diambil. Macam tok nenek kita makan jamu dulu2. Idak lah makan jamu semata kan? 

Malah pengambilan suplemen jauh lebih baik (pada saya) berbanding bergantung harap kepada ubat-ubatan yang berasaskan dadah atau steroid.

Bezanya dulu dan kini ialah rupa dan jenama suplemen. Saya sendiri dulu ialah pengamal tegar jamu. Jenama M****** R***. Namun kini beralih kepada Shaklee. Saya tidak pernah katakan jamu yang saya makan dulu tidak bagus. Tidak pernah. Tapi saya suka katakan produk Shaklee itu bagus berdasarkan ketelitian mereka mengkaji dan mencipta produk mereka.

Seperti yang juga saya suka katakan, SUPLEMEN ITU MEMBANTU BUKAN PENENTU.

Setiap matlamat yang ingin dicapai dengan bantuan suplemen pasti ada perkara asas yang perlu dilaksanakan.

Contoh mudah, pengambilan suplemen untuk ibu menyusu. Yang asas, si pengamal tadi tetap kena aplikasikan konsep 'supply and demand' dan minum cukup air jika mahu susu badannya bertambah. Suplemen itu membantu.

Contoh lain, pengambilan suplemen untuk yang ingin kulit wajah cantik. Yang asas, si pengamal tadi tetap kena rajin cuci muka. Suplemen itu membantu.

Jika mampu capai matlamat tanpa suplemen, tahniah saya ucapkan. Tetapi tidak semua insan dipermudahkan urusannya seperti anda.

Malah menjadi bonus kepada individu yang berjaya capai matlamat kesihatannya dengan hanya ambil suplemen tanpa laksanakan perkara yang asas. Contohnya berat berjaya diturunkan walaupun tanpa buat senaman. Tahniah, bonus untuk anda! 

Saya boleh katakan pengambilan suplemen itu adalah satu cabang usaha untuk individu yang ingin mencapai matlamat kesihatan mereka.

Hormatilah usaha mereka.

Jemput baca Part II dan Part III.

Salam sayang,
Mmy zuli

Thursday 14 August 2014

Sihat | BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU ANDA UNTUK HAMIL

GLA Complex Shaklee membekalkan tubuh dengan asid lemak Omega 6 iaitu Asid Gamma Linolenik (GLA) semulajadi yang diekstrak daripada bunga Borage. Selain minyak bunga Borage, GLA Complex juga mengandungi minyak biji benih bunga Matahari dan Vitamin E.

Persoalannya: Bagaimana suplemen ini membantu anda untuk hamil?

Pertama, GLA Complex membantu seimbangkan hormon wanita.


- Apabila hormon seimbang, kesihatan dalaman wanita meningkat. Malah kandungan Vitamin E di dalamnya juga membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduktif wanita serta menguatkan rahim.

- Apabila hormon seimbang, masalah yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon seperti cyst dan lain-lain yang selama ini mungkin menjadi punca anda gagal hamil, mungkin dapat diatasi. Memang telah terbukti ramai yang berjaya atasi masalah cyst mereka selepas amalkan GLA Complex.

- Apabila hormon seimbang, aturan/kitaran haid dapat diperbetulkan dan aliran haid juga lebih lancar. Kitaran haid yang teratur memudahkan anda menentukan hari subur anda.

Keduanya, GLA Complex membantu menghasilkan cecair mukus wanita.


- Cecair mukus ialah cecair yang terhasil di serviks/faraj wanita. Rupanya seperti putih telur yang mentah.

- Cecair ini mampu memberi keselesaan kepada hubungan suami isteri dengan bertindak umpama cecair pelincir. Keselesaan memberi peluang untuk anda tingkatkan kekerapan hubungan. Kekerapan yang tinggi pula dapat meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil.

- Sifat cecair mukus juga sangat sesuai sebagai medium untuk sperma berenang ke arah ovum malah membantu sperma untuk hidup hingga 5 hari lamanya. Medium yang sihat dan tempoh jangka hayat sperma yang panjang meningkatkan lagi kebarangkalian ia berjaya menjumpai ovum untuk bersenyawa.

:)

Haa, itu lah sebabnya kenapa GLA Complex disarankan untuk wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Berita baiknya, bukan itu sahaja manfaat GLA Complex tau!

Boleh klik sini untuk ketahui manfaat GLA Complex yang lain.

Dan klik sini untuk ketahui cara makan untuk hamil.

Salam sayang,
mmy zuli

your gojes SID
WhatsApp: 0192286464
Facebook: Zuliana Mohd Rafar
Email: gojesmami@gmail.com

Tuesday 12 August 2014

Resepi | AYAM MASAK KICAP MUDAH DAN CEPAT

Semalam semangat nak gi kerja. Sampai kat kereta, tergerak nak tengok hp. Mak aih banyaknya missed call daripada babysitter anak. Check wasap, Innalillahi Wainnailaahi Raajiun. Abang ipar pengasuh telah kembali ke rahmatullah lalu beliau mohon cuti pada hari tersebut. Saya pun terus dail no hp bos, apply emergency leave.

Maka cutilah saya semalam menjaga anak tanpa dirancang.

Dah 2 tahun 5 bulan ni dah tak payah nak jaga Mikhail. Sebab dia dah boleh main sendiri. Main sendiri ni bermaksud dah tak melalak bila kita xde kat sebelah dia macam masa dia kecik2 dulu. Kalau dulu memang bercinta nak buat kerja rumah masa tinggal berdua. Pantang tak nampak kita, dia ngamuk. Tu yang dulu jeles bila tengok elok je budak tengok TV atau main sendiri gigit mainan sensorang, mak nya boleh masak kat dapur dengan aman. 

Cakap pasal masak. Sampai sekarang tetap masih susah nak masak kalau berdua dengan dia. Kena tunggu dia tidur atau dia ralit tengok youtube. Sebabnya, asal terperasan saya masak kat dapur je, dia akan minta dukung nak tengok apa kita buat kat singki, kat kuali. Adeh, mengah ahkak ni nak masak sambil dukung dia.

So, bila dia tengok youtube je semalam, terus saya ke dapur masak nasi dan keluarkan ayam. Mikhail suka makan ayam dan suka lauk berkuah. Semua kuah dia akan panggil 'sup'. Termasuklah kari. Haha. Disebabkan itu, saya masak AYAM MASAK KICAP je la semalam. Cepat, mudah dan Mikhail's friendly. Ahak. 

Idea masak kicap tanpa perlu goreng ayam dulu ni saya dapat daripada pengasuh Mikhail.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api (Mikhail boleh tahan pedas you, tapi saya bubuh sebiji je) dan halia.

Dah lumat, gaulkan kat ayam bersama kicap, sos tiram, garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak yang banyaknya tu cukup kalau nak menumis bahan tumbuk tadi tapi lebihkan sedikit.

Minyak dah panas, masukkan ayam, digoreng sekejap.

Curahkan air panas sikit (agak2 korangla nak kuah pekat mana), tutup kuali, api masih besar, tinggal.

Sekejap je ayam dah masak!

Jika perlu, perasakan semula dengan garam, gula or tambah lagi kicap.

Senang kan.

Bertambah2 Mikhail makan. Ahak!

Gambarnya ada tapi dok kat dalam hp satu lagi daaa. Nanti saya upload ok.

:)

Sihat | PANDUAN MEMILIH MULTIVITAMIN

Hai korang. Apa khabar?
Hari ni saya nak cerita tentang MULTIVITAMIN.

Multivitamin adalah basic suplemen yang pada saya semua orang kena ambil terutamanya kalau jenis malas nak ambil macam2 suplemen. Kenapa? Sebab multivitamin mengandungi semua vitamin dan mineral asas yang diperlukan oleh badan kita. Makanya, ia sangat2 membantu memenuhi keperluan badan seperti yang disarankan oleh USRDA (United State Recomended Daily Allowance).


So, macam mana nak pastikan multivitamin yang kita ambil tu adalah yang terbaik atau tidak? Senang je nak tau, jom semak multivitamin tersebut dengan checklist berikut:



Pertama, multivitamin tersebut mestilah mengandungi kesemua 19 nutrien asas iaitu:



  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Phantothenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxin)
  • Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin B9 (Folate/Folic Acid)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)
  • Mineral Kalsium
  • Mineral Magnesium
  • Mineral Fosforus
  • Mineral Iodin
  • Mineral Zat Besi/Iron
  • Mineral Copper/Kuprum
  • Mineral Zinc
  • Jika ada yang missing, suplemen tersebut tidak wajar digelar sebagai multivitamin ok!


Kedua, amaun nutrien hendaklah seimbang dan peratusan DV (Daily Value) yang ditunjukkan mestilah berdasarkan USRDA. Boleh semak perkara berikut:



  • Nisbah mineral Zinc dan Kuprum mestilah 1:1. Jika peratusan DV bagi Zinc ialah 100%, maka peratusan DV bagi Kuprum juga hendaklah sama 100%.
  • Amaun Vitamin A tidak boleh melebihi 2 kali ganda daripada yang disarankan oleh USRDA iaitu 5000 IU jika bersumberkan daripada minyak ikan/haiwan. Kenapa? Kita kan disarankan untuk wasadtiah dan tidak berlebih2. Hehe. Well, sebabnya ialah Vitamin A dari sumber haiwan lebih cenderung untuk memberi kesan toksik jika diambil berlebihan.
  • Nisbah mineral Kalsium, Magnesium dan Fosforus mestilah hampir sama, 1:1:1. Peratusan mungkin akan kurang daripada 100% kerana kos menyebatikan ketiga2 mineral ini mahal tetapi pastikan nisbahnya seimbang.
  • Vitamin yang mahal iaitu Biotin dan Folate hendaklah dibekalkan dalam peratusan yang tidak terlalu besar jurangnya dengan vitamin dan mineral lain. Ada multivitamin yang bekalkan sehingga 600% bagi B1 tetapi cuma 3% bagi Asid Folik, kan besar jurangnya tu! Ada gak yang langsung tak bekalkan Biotin sebab nak jimat kos. Tak aci!
  • Semua Vitamin B (kecuali B7 dan B9 - biasanya digelar sebagai Biotin dan Folate/Asid Folik) hendaklah dalam nisbah yang hampir sama, 1:1. Contohnya jika peratusan DV bagi B1 ialah 120%, maka peratusan DV bagi B2, B3, B5, B6 dan B12 hendaklah lebih kurang 120% juga. Vitamin B ni larut air so tak perlu risau jika peratusan DV nya tinggi sebab ia akan disingkirkan jika berlebihan.



Tips lain?

  • Jangan terpedaya dengan iklan yang melebih2, sebaliknya semak perkara di atas.
  • Multivitamin biasanya perlu diambil lebih dari satu tablet sehari kerana satu tablet sahaja tidak dapat menampung keperluan asas vitamin dan mineral harian kita.
  • Tiada keperluan bagi multivitamin dalam bentuk pelepasan bermasa (sustained release) kerana tidak semua nutrien dapat diserap di sepanjang usus, terdapat vitamin dan mineral yang hanya diserap dengan maksimum dalam perut atau bahagian pertama usus kita. Nanti membazir je kalau dah sampai hujung usus baru dilepaskan.
  • Carilah suplemen yang disahkan dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia atau pewarna, perisa dan pengawet kimia! Yang tiruan2 tu adunan bahan kimia la tu.

Ok, jelas?
Kalau nak lebih jelas lagi, korang boleh cari buku yang ditulis oleh Dr Bruce B Miller.

Berita baiknya, tak perlu lah nak susah2 cari multivitamin apa untuk korang mulakan atau gantikan. Ambil je la multivitamin macam yang saya makan ni. Kompom penuhi checklist yang Dr Bruce B Miller sarankan tu. Malah, korang boleh dapat lebih lagi daripada 19 jenis vitamin dan mineral kat atas tu hanya dengan 2 tablet sehari. Sumber Vitamin A nya pun selamat tau!


Taaraaa:



Vitalea Shaklee
VITALEA IRON FORMULA by Shaklee

Saya bukan setakat makan, malah saya ada menjualnya. Ehem.


Kalau korang atau wife korang tengah pregnant, pun saya sarankan yang tengah pregnant tu ambil Vitalea Shaklee ni. Gandingkan sekali dengan B Complex Shaklee untuk dapatkan bekalan asid folik yang cukup bagi seorang ibu hamil. B Complex Shaklee pun power tau!


Kalau lah korang tau apa bezanya multivitamin keluaran Shaklee ni dengan tablet Obimin yang mungkin korang tengah makan sekarang, kompom korang terus call saya order Vitalea. 


Malah ada kawan lelaki yang ambil Vitalea ni pun puji melangit sebab bagi dia bertenaga, kurang lesu! Nanti saya share testimonial dia tu kat entry akan datang ok. 

Bukan omongan kosong. Cuba sendiri kalau nak tau!


Salam sayang,

mmy zuli


Nak beli tak? Hubungi lah saya:


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor


Tuesday 5 August 2014

Rawatan | SCALLING GIGI TAK SAKIT

Sungguh. Tak sakit. Friendly pula tu doktornya. Manis je. Lemah lembut berbicara. Tenang. Tiada stress.

"Hai. Ok you ada nak request buat pape?"

"Check up dulu la doc."

"Ok, no prob."

Tak sampai seminit pun..

"I suggest you buat scalling. Gigi ok tapi gusi you ada problem. Bengkak sikit. Kena bersihkan batu karang yang ada. If not boleh makin teruk dan lama2 gigi boleh goyang lalu tanggal."

Lebih kurang macam tu la ayatnya sambil tunjukkan gigi dan gusi saya yang terpampang kat TV. Syiok gitu dapat tengok keseluruhan gigi yang selama ni tak tercapai dek pandangan mata sendiri.

Itulah Doktor Halina, ex military dentist.

Tentang bayaran, untuk kali pertama apoimen, caj konsultasi ialah RM40.

Kos rawatan pula mungkin berbeza mengikut keadaan atau masalah gigi dan gusi individu.

Setiap rawatan yang dicadangkan, Dr Halina akan bgtau siap berapa kos nya sebelum dapatkan persetujuan kita untuk mulakan rawatan.

Untuk saya, scalling dan whitening/polishing ialah RM170.

Untuk suami, err kena tunggu dia keluar dari Bilik Rawatan naa. Giliran dia sekarang. Hihi.

Alamat klinik adalah seperti berikut:

Klinik Pergigian Halina
7A, Tingkat 1
Lorong Ara Kiri 1
Lucky Garden, Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-20921002

Korang guna Waze je. Insya Allah sampai.

Haa, kalau doc/staff klinik tanya siapa yang cadangkan ke klinik diorang, bgtau tau saya yang cadangkan - Kapt Zuliana. Hihi. Suruh doc baca blog saya ni ok.

:)

Anak bujang saya lena. Konon nak suruh dia buat pemeriksaan juga. Bagi berkenalan dengan dentist gitu. Hmm bukan hari ni la nampaknya.


Klinik Gigi Halina

Saturday 2 August 2014

Seni | APABILA GOJES MAMI GUBAH HANTARAN

Ahak.
Belum pape saya dah gelak.

Saya dapat task siapkan gubahan hantaran untuk adik ipar punya majlis kahwin. Kisahnya saya ni memang spesis langsung tak berseni!

Namun dengan bantuan suami dan hasil usaha rajin mensurvey, set gubahan hantaran ini berjaya disiapkan oleh Sayang You, Big Aeon Wangsa Maju. Hihi.

Turqoise Peach gitu. Tadaa~