Saturday 16 August 2014

Sembang | PENIAGA KAYA VS PEMIMPIN KAYA

Pernah tak dengar orang tunding jari dan salahkan peniaga yang kaya apabila ada rakyat yang miskin?

"Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary tu kaya sangat. Tengok lah sikit kat orang-orang yang miskin ni."

"Macam mana lah bisnesman tu boleh kaya sangat macam tu, kesian kat orang miskin."

Salah para peniaga kah jika ada masyarakat yang masih miskin?

Masyarakat kita kadang kala keliru antara peranan seorang peniaga dengan peranan seorang pemimpin.

Mungkin kekeliruan ini lah yang menjadi punca masyarakat kita takut untuk kaya. Takut dikata!

Pelik. 

Mahunya saya tidak pelik. Apalah dosa si peniaga itu? Dia berusaha. Dia kaya kerana dia berniaga dan berusaha. 

Setahu saya, tanggungjawab seorang peniaga ialah membayar zakat. Bukan mengagihkan zakat, apatah lagi untuk memastikan semua orang menjadi kaya seperti dirinya.

Sebaliknya, tanggungjawab menguruskan zakat, mengagihkan zakat, mentadbir agar tiada yang hidup merempat lagi melarat adalah tanggungjawab seorang pemimpin.

Jangan keliru antara peranan seorang peniaga dengan peranan seorang pemimpin.

Jangan takut untuk kaya.

Anda tidak bersalah jika anda kaya asalkan anda bayar zakat!

Malah, bukankah ada pepatah yang mengatakan "Berniagalah Kamu Walaupun Sudah Kaya".

.. apatah lagi jika belum kaya (oopss ini saya tambah).

So, korang dah bayar zakat?

:)

Salam sayang,
mmy zuli

No comments:

Post a Comment