Sunday 24 August 2014

Kurus | APA ITU KALORI DAN METABOLISMA?

Kalori ialah unit tenaga dalam makanan


Setiap makanan mempunyai jumlah tenaga yang pelbagai. Tinggi kalori, bekal kita lebih tenaga. Tetapi tinggi kalori belum tentu buat kita rasa bertenaga. Aikk? Ini kerana rasa bertenaga itu juga dipengaruhi oleh semangat dan motivasi serta faktor kesihatan seseorang termasuklah kadar metabolisma. Jika kurang kalori pula, tenaga kita tidak boleh pergi jauh walaupun kita bersemangat dan sihat. Kita tetap perlukan tenaga daripada makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ehem. Kalori tidak sama dengan kolesterol. Jangan keliru ya. 

Tinggi kalori juga tidak bermaksud beri rasa lebih kenyang! Kenapa ahli sukan mengambil Energy Bar? Sebab Energy Bar mampu memberi kalori tambahan tanpa mendatangkan rasa kenyang keterlaluan. Kalau terkenyang macam mana nak bersukan ye dak?

Maksudnya di sini makanan yang mengenyangkan belum tentu kalori tinggi dan makanan yang tidak mengenyangkan belum tentu kalori rendah. Anda boleh buat pilihan. Nak tau berapa nilai kalori dalam setiap makanan? Rujuk entry saya di sini.

Biasanya kalori akan dikaitkan apabila individu ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Yang nak tambah berat jarang saya jumpa walaupun ada. Yang nak kurangkan tu yang ramai.

Setiap individu ada jumlah kalori tertentu yang diperlukan setiap hari untuk laksanakan tugas hariannya. Maksudnya jumlah kalori ini akan terbakar hanya dengan melakukan rutin harian walaupun indivdu itu tidak bersenam. Hatta kita tidur sepanjang hari pun, ada kalori yang terbakar ok. 

Oleh itu, jika anda ingin tambah berat, anda perlu tambah pengambilan kalori supaya melebihi keperluan kalori harian anda. Jika anda ingin kurangkan berat, anda perlu pastikan pengambilan kalori anda kurang daripada keperluan kalori harian atau bersenamlah agar kalori yang terlebih dapat bertukar menjadi tenaga dan tidak tersimpan di dalam tubuh lalu bertukar menjadi lemak.

Ya, karbohidat atau protein yang tidak digunakan (tidak bertukar menjadi tenaga) akan menyebabkan karbohidrat atau protein itu bertukar menjadi lemak! Lemak terkumpul menyebabkan inci tubuh anda bertambah seiring dengan pertambahan berat badan lalu jadilah anda insan yang dikatakan obes atau gemok. Oh tidak!

Nak tau berapa jumlah keperluan kalori harian anda? Gugel sahaja. Banyak kalkulator online disediakan. Salah satunya di sini.


Metabolisme Tubuh Membakar Kalori


Dalam pada anda menjaga pengambilan kalori untuk kurus, anda juga kena pastikan kadar metabolisma anda kekal tinggi. Salah satu cara untuk naikkan atau kekalkan metabolisme tubuh yang tinggi ialah dengan kekal kenyang. Rasa kenyang akan bagi signal kepada tubuh untuk terus bekerja menukarkan kalori kepada tenaga. 

Metabolisma ialah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Apabila lapar, kadar metabolisme akan menurun agar kurang tenaga dihasilkan. Ya badan kita unik, boleh adjust kadar metabolisma semasa kita lapar dan semasa kenyang. Namun apabila metabolisme menurun, nak naikkan balik tu yang susah. Maka tidak peliklah jika anda masih tidak kurus walaupun anda berlapar!




Suplemen Membantu Anda Kurus


Di sini lah suplemen boleh membantu anda. Suplemen bantu anda beri rasa kenyang dan bantu tingkatkan metabolisma tubuh. Suplemen bantu anda mengawal pengambilan kalori. Malah ada suplemen yang membantu anda membakar lemak (tukar lemak kepada tenaga). Ada juga suplemen yang mampu mengemulsi lemak agar dapat terurai untuk disingkirkan oleh tubuh. Dan suplemen juga boleh membantu proses pembuangan atau penyingkiran tersebut.

Semua bantuan di atas, anda boleh perolehi dalam Set Slimming Shaklee. Saya akan perkenalkan Set Slimming ini dalam entry yang akan datang.

Saya lebih suka jika anda ketahui dahulu apa itu kalori dan apa itu metabolisme serta bagaimana keduanya memberi kesan kepada usaha anda untuk kurus! 

Moga penerangan ini mudah difahami dan bermanfaat.

Salam sayang,
mmy zuli



No comments:

Post a Comment