Tuesday 30 September 2014

Sembang | ORANG MLM SAWAN PADA HARI CLOSING

Hari Closing? Apa benda tu?
Orang MLM? Apa benda tu?
Sawan? Apa benda tu?

Hahaha (gelak dulu).


Apa Maksud 3 Frasa/Perkataan Ini?


Orang MLM tu kalau korang tak tau memang saja je kan. Multi Level Marketing la MLM tu. Haish.

Hari Closing tu ialah tarikh akhir penutupan akaun bulanan bahasa skemanya. Hari terakhir para pengedar boleh buat sales atau kumpul point untuk kejar target tertentu untuk bulan tersebut.

Sawan tu biol. Eh bukan. Kelam kelibut. Huru hara. Terlebih busy. Kalut. Dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Korang faham kan? (Maksud ini hanya terpakai untuk entry ini. Harap maklum)


Kenapa Jadi Sawan? 


Ada 2 kemungkinan. 

Satu. Tanda bisnes bagus. Empayar sedang berkembang. Ramai ahli-ahli bawah kita yang perlu dibantu sama untuk capai target mereka. Atau;

Dua. Kokap. Buat kerja last minute. Beza ye antara usaha last minute dengan rezeki hadir last minute. 

Tapi pada saya tak kesah lah sawan ke tak yang penting target Orang MLM tu tercapai.
Eh tak berniat sebenarnya nak explain panjang lebar punca sawan ni. Lain lah kalau korang join group Shaklee bawah saya. Mau? Jom.


Perasaan Closing Memuaskan


So, apa niat sebenar entry kali ini?

Hehe. Saya cuma nak bagitau saya dah berjaya closing di appointed rank saya walaupun saya diduga anak masuk wad hari ni. Perasaan itu bercampur baur. Kalau korang nak feel sendiri macam mana rasanya, memang korang kena daftar jadi SID dulu. Ada berani? Ramai wanita berkerjaya dah tukar title jadi WAHM tau dengan Shaklee. Membesarkan anak sendiri tapi tiap bulan income masyuk.


Dugaan Closing


Ammar Mikhail demam since malam jumaat. On off on off hingga Isnin. Isnin, (semalam) saya mohon cuti. Bawa ke klinik. Tak sempat jumpa doktor, saya cancel temujanji (sebab suhu anak dah drop, dia sangat aktif dan berselera makan, so ingat dah sihat tak demam) hantar anak rumah pengasuh dan saya sendiri pulang ke rumah, tidur. Entah kenapa badan tak sedap, bisa-bisa sendi. 

Telan Nutriferon, Vita C dan Garlic Complex pagi tu untuk boost sistem imun saya dan sebagai antibiotik semulajadi. Sebelum tidur pula (siang tu), saya ambil B Complex dan Ostematrix, memang lena tidur saya malah bangun dengan lebih bertenaga. Mungkin saya stress tak cukup tidur jaga anak demam malam.

Namun malamnya anak demam semula. Suhu masih terkawal, saya sponge sahaja macam biasa. Jam 3 pagi saya terjaga suhu anak kembali tinggi. Sangat tinggi. Kejut suami ajak ke klinik/hospital. Suami terus drive ke Hospital Pantai Ampang. Ambil darah, ambil ubat, kami pulang. 

Jam 6 pagi doktor call. Sel darah putih anak puan menunjukkan dia kena jangkitan kuman. Bacaan normal 11, tapi anak puan 21. Double than normal. Doktor psiko saya. Dia sentuh elemen takut saya. Tapi saya jawab tengoklah dulu macam mana. 

7 pagi semasa kami bersiap-siap nak ke kerja, hati saya tak sedap. Doktor itu berjaya psiko saya. Haha. So check in la kami kat Hospital hari ni.

Pada saya ada hikmahnya. Pasti ada hikmahnya. 


Doakan Ammar Mikhail


Mohon kalian semua doakan Ammar Mikhail lekas sembuh. Memang dia aktif dan makan macam biasa. Macam tak sakit lagaknya. Tapi hati ibu ini tetap risau selagi dia belum disahkan sudah sembuh sepenuhnya.

Doakan ye.

Eh macam lari tajuk sikit pulak hujung-hujung ni. Sorry.


Suplemen Untuk Anak


Apa saya bagi Mikhail makan untuk bantu dia melawan serangan virus atau bakteria atau apa aje la yang menyerang dia kali ni? 

Pastinya Nutriferon, OmegaGuard, MealShake dan Chew Vita C. Mungkin suplemen-suplemen ini lah yang bantu pelihara Ammar kekal aktif dan masih kuat walaupun diserang jangkitan. Pastinya dengan izin Allah jua.

Sekurang-kurang saya berusaha untuk tingkatkan kesihatan anak saya dan tingkatkan sistem imun dia. Selebihnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Moga Ammar Mikhail cepat sembuh. Amin.

(Saya akan explain peranan setiap suplemen tersebut dalam entry khas berkaitan suplemen untuk Kanak-Kanak. Tunggu. Kalau tak boleh tunggu, boleh contact saya)

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Santai | LAGU JIWANG KESUKAAN SAYA, AHAK! (Cabaran30HariBlog | Hari11)

Tajuk untuk cabaran hari kesebelas ni memang tak boleh blah iaitu 5 Lagu Cinta Kegemaran Saya. Alahai. Macam tak wujud je. Muahaha.

Apa ya favourite love song saya? 

Jenuh mikir ni. 

Nak tak nak, kena bubuh 5 jugak kan? So, ini lah kot lagu jiwang kesukaan saya:

I Don't Wanna Miss A Thing by Aerosmith. 


Gara-gara filem Armagedon la ni. Memang rock dan cool bapak heroin citer ni nyanyi lagu tema filem lakonan anak dia. Zaman tu Steven Tyler dah tua tapi tenaga dia menyanyi, terbaik! Dan suka tengok anak dia si Liv Tyler, cantik! Berlakon pulak dengan si hensem Ben Affleck, cair. I la yang cair. Masa tu je la. Sekarang cair tengok suami i jek. Woot woot~


Truly Madly Deeply. 


Alamak lagu sape ni eh? Tapi memang best lagu ni. Haihh kena cari lirik dia balik dan buh kat sini ni.

Perempuanku oleh Irwansyah. 


Eh betul kan, dia la kan yang nyanyi lagu ni? Lagu ni semata-mata ahkak minat kat melodi dia. Kalau korang cukup hebat, cer bagi link korang nyanyi lagu ni. Ahkak nak tengok cukup tak cukup, panjang tak panjang nafas korang habiskan keseluruhan lagu. Lagi terbaik kalau sambil main gitar. Cabar ni. Hihi.

Alamak lagi dua la. Apa ye? Jem betul la tajuk kali ni.

Sayang oleh Shae


Sayang, apa khabar dengan mu? Tajuk dia Sayang kan? Masa baru keluar lagu ni incek suami selalu nyanyi. Suka kat melodinya juga katanya. Ada la sikit saya ikut terpengaruh suka kat lagu ni. Tet~


Ok last. Adeh. Come on, zuli.

Aduhai, saya ni dulu bandgirl tapi sesungguhnya tak minat muzik. Join semata-mata cabar diri. Dapatlah merasa gi over the sea Indonesia dan Australia ikut band trip masa sekolah dulu. Saya main apa? Saya main klarinet. Haha. Korang toksah nak cabar ahkak main menatang tu sekarang ok. Memang ke laut! I angkat tangan.

Ok last. I pilih lagu agak 18SX sikit. Boleh tak?

2 Become 1 by Spice Girl


18SX dia sopan. Eh, sopan ke? Zaman ni Spice Girls masih anak dara semuanya (kot). Baya-baya kitorang lah rasanya. Alamak tak pernah check pulak berapa umur depa. Tak mau ulas lirik dia. Korang cari dan ulas lah sendiri.


So untuk mengimbau lagu zaman sekolah menengah, ahkak dah gugelkan lirik lagu Truly Madly Deeply tersebut. Enjoy!

Oh ya, by Savage Garden!

I'll be your dream
I'll be your wish I'll be your fantasy
I'll be your hope I'll be your love
Be everything that you need
I'll love you more with every breath
Truly, madly, deeply do
I will be strong I will be faithful
'cause I'm counting on
A new beginning
A reason for living
A deeper meaning, yeah

[chorus:]
I want to stand with you on
a mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
Until the sky falls down on me

And when the stars are shining
brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven
Then make you want to cry
The tears of joy for all the
pleasure and the certainty
That we're surrounded by the
comfort and protection of

The highest powers
In lonely hours
The tears devour you

[chorus]

Oh can you see it baby?
You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right
before you
All that you need will surely come

I'll be your dream I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope I'll be your love
Be everything that you need
I'll love you more with every breath
Truly, madly, deeply do

[chorus]

I want to stand with you on a
mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to live like this forever
Until the sky falls down on me

Betul-betul copy and paste ni.

Best kan lagu ni? Korang pulak suka lagu apa?

p/s : ahkak tak tau kenapa hari ni mereng bahasakan diri ahkak. konon nak bawak mood santai kot. layan je la dik.

Thursday 25 September 2014

Tentang Saya | JIWA KECIL BELAJAR PUNYA IMPIAN (Cabaran30HariBlog | Hari10)

Diajar Mengalah


Sejak kecil saya diajar mengalah oleh orang tua saya. Mengalah dengan adik.

Kami lahir selang setahun. Membesar dalam keluarga yang sangat sederhana. Jika abah mampu belikan mainan, hanya satu yang dibeli. Kena berkongsi. Itu yang menyebabkan abah didik saya untuk mengalah.

"Kak Wi kan kakak. Kena lah mengalah dengan adik. Bagi Dek Da main dulu."

Saya akur. Memang jiwa saya kot. Langsung tak kecil hati. Saya redha.

Jiwa Kecil


Kalau ditanya apa kereta impian, saya akan jawab Proton. Langsung tak kenal kereta jenama lain. Tapi kalau tanya adik saya, dia boleh sebut pelbagai jenama dan jenis kereta mewah. Dia pun perempuan, bukan lelaki. Kami masih bersekolah masa tu. Tapi jiwa adik lebih besar. Dia ada keinginan. Saya tidak.

Mungkin jiwa kecil saya ini hasil didikan orang tua saya atau mungkin sebab saya sendiri kesian lihat orang tua saya bekerja lalu selalu mengingatkan diri sendiri 'ukur baju di badan sendiri'.

Diajar Bermimpi


Di Shaklee, saya didedahkan tentang mempunyai impian. Apabila mereka suruh tulis impian masing-masing, saya cukup stress nak fikir apa impian saya. Hahahaha. Tapi saya cuba jugak untuk bermimpi. Bukan kena bayar pun kan?

Ada. Saya senaraikan. Tapi mungkin tak sepenuhnya lahir dari hati. Sebab itu la kot usaha saya nak menggapai nya pun macam nak tak nak. Adeh.

Jumpa Impian Hati


Namun baru-baru ini suami mengajak meronda tengok-tengok rumah. Beliau nak sangat beli rumah bertanah. Nak saiz yang besar. Apabila tengok show house yang bersaiz kecil kami pasti akan jadi tawar hati nak membeli. Apabila jumpa yang saiznya berkenan dihati, mahal pula harganya.

Untuk atasi masalah harga mahal, kami ke luar Lembah Klang. Suami bawa saya dan anak ke Nilai. Saya tidur dalam perjalanan. Sedar-sedar dah beredar pun daripada lokasi tapak rumah yang dicari. Nampak sangat saya tak minat duduk Nilai, tak peduli pun dengan apa yang dicari. Hahaha. Suami kata macam tak best pula lokasi tapak perumahan tersebut. Saya lega.

On the way balik KL, suami membelok masuk ke exit Bandar Putera Mahkota. Terus segar biji mata. Cantik-cantik. Kami terus ke Bandar Seri Putera. Ada deretan Semi D dan teres superlink. Ada je banner untuk dijual, terus saya call. Seperti diduga harga Semi D ialah RM1.1 juta. Agagaga~

Bagitau suami. Dah lah jom balik. Tapi suami kata tempat ni menarik. Nampak selesa. Jom kita ronda lagi.

Berjumpa lah kami dengan papan iklan Bandar Puteri @Bangi.

Saya jatuh cinta! Itu lah rumah impian saya. Biar lah bukan Semi D pun. Biar lah teres je pun. Tapi lokasi dan persekitarannya buat saya jatuh cinta. Harga? Gulp. Masih telan air liur. Tapi boleh diusahakan. 

  • Masih dalam region Selangor.
  • Pinggir KL yang menghala ke Selatan. I prefer South than North.
  • Township concept development. All in facilities.
  • Saiz rumah acceptable.

Apabila dicongak2, nak beli tu mungkin boleh tapi nak bermewah apabila mula bayar rumah tu nanti pasti tidak boleh jika pendapatan kami masih sama macam sekarang.

Saya terus nampak siapa yang boleh bantu saya ------> Shaklee!

Akhirnya saya jumpa push factor saya, impian saya.

Akan saya masukkan dalam Vission Board saya. Vission Board ni apa? Vission Board ialah board/papan yang memampangkan visi kita seeloknya dalam bentuk bergambar yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Yang menjadi matlamat untuk kita mengorak langkah memacu usaha. Apa sebenarnya yang kita ingin capai dalam hidup kita yang sangat pendek ini!

Jom korang sama-sama capai impian dengan Shaklee. Jom join grup besar kami. Sama-sama kita fokus berniaga dengan santai hingga menjadi jutawan muslimah. Ada caranya. Insya Allah.

Jom.

Si Jiwa Besar,
mami zuli

zuliana | 019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar


Sembang | APA MAKSUD SELFIE DAN GROUFIE? (Cabaran30HariBlog | Hari9)

Saya selalu gatal je tangan nak tegur kawan yang upload gambar di Facebook dengan caption 'kita selfie dulu sebelum masuk', contohnya tapi gambar penuh dari atas kepala ke kaki dan tangan boleh siap peluk tubuh.

Apa yang saya nak tegur? Ya, saya nak tegur itu namanya 'bergambar' bukan 'berselfie' okay.

Apa maksud selfie? Berikut ialah definisi oleh Wikipedia, the Free Encyclopedia:
  1. A selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Google+, Instagram, Snapchat, Tumblr and Twitter.
Self-portrait photograph bermaksud ambil gambar sendiri! You guna tangan you untuk ambil gambar you. Tak kisah lah dengan bantuan monopod ke tidak.

Faham?


Dan sekarang dah ada terminology baru iaitu 'groufie'. Difahamkan term ini tercipta apabila wujudnya smartphone yang mampu buat 'group selfie' aka selfie berkumpulan. Dengan kata lain bukan setakat seorang je boleh masuk frame camera tapi lebih ramai orang pun muat masuk sekali. Namun masih dengan syarat salah seorang yang masuk frame itu lah yang ambil gambar diri dia bersama rakan-rakan yang lain.


Berikut ialah definisi Groufie oleh Urban Dictionary:
Groufie was trademarked by Huawei to mark a new smartphone that can take 'panoramic selfies'. It stands for 'group selfie' - aka a photo you take of yourself with other people. An alternative to the lonely 'selfie'. Usually you can see a person's arm in the shot as the photo is most often taken with a front-facing smartphone camera.

Untuk lebih faham, saya belanja satu gambar Groufie kami. Tapi rasanya korang yang baca blog saya ni mesti masing-masing lebih expert daripada saya ni. Kan? Kan? 

Groufie bersama keluarga besar suami (mak mertua) di home stay Jerantut Pahang sebelum ke rumah pengantin perempuan, biras saya no tiga. Biras ye, bukan madu. Ehem.

Terkini ada selfie dari udara kan? Hebat-hebat teknologi zaman sekarang ni.

Monday 22 September 2014

Testimonial | SHAKLEE RAWAT KEPUTIHAN DAN MASALAH DALAMAN WANITA?

Saya ingin kongsikan perkembangan positif customer downline saya yang mengalami masalah dalaman wanita.

Asalnya, kakak ini ingin mencuba suplemen Shaklee untuk masalah Vertigo beliau. 

Namun setelah diselidiki, rupanya beliau juga mengalami masalah dalaman wanita seperti berikut:
  • keputihan;
  • kencing kotor hingga kelihatan seperti berjelly, berbuih dan berbau;
  • haid tidak teratur;
  • jangkitan kuman di sistem peranakan.

Berikut adalah antara maklumat yang beliau berikan:



Berdasarkan maklumat tersebut, saya cadangkan beliau ambil:
  • Vivix untuk keseluruhan masalah beliau terutamanya masalah Vertigo, kencing kotor dan jangkitan kuman;
  • GLA Complex khas untuk keseimbangan hormon beliau memandangkan doktor sahkan beliau mempunyai masalah hormon;
  • Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi untuk melawan jangkitan kuman yang mungkin menjadi punca kepada masalah keputihan dan kencing kotor beliau.

Apa yang beliau bersetuju ambil?
  • Vivix (sebelum ini ambil tapi tak konsisten).
  • GLA Complex.
  • Garlic Complex.
  • Lecithin.

So, apa feedback positif daripada beliau selepas seminggu konsisten amalkan suplemen di atas? Ta daaa:




Seronok kan? Syukur sangat-sangat. Saya yang rasa terharu dan macam nak nangis pun ada bila baca maklumbalas di atas. Gembira sangat apabila dapat kongsikan manfaat suplemen Shaklee kepada individu-individu yang berusaha ingin meningkatkan tahap kesihatan mereka.


Selain suplemen di atas, ada satu lagi suplemen yang sesuai kepada beliau iaitu Alfalfa Complex. Kenapa?
  • Alfalfa Complex sebagai ejen detox untuk membersihkan buah pinggang yang mungkin menjadi punca kencing kotor dan bagi mengatasi masalah keputihan. Alfalfa juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah penghadaman yang boleh membantu beliau turunkan berat badan.

Namun saya tidak mahu beliau terbeban dengan begitu banyak produk untuk diamalkan. Walaubagaimanapun jika beliau mahu, tiada masalah untuk menambah Alfalfa.

Gojes mami sekalian, bersyukur lah jika anda seorang wanita tanpa masalah keputihan atau masalah dalaman yang lain.

Namun jika anda juga senasib dengan kakak ini, sayangi lah diri anda jangan sampai si dia mencari yang lain! 

Hubungi saya untuk dapatkan konsultansi tentang produk apakah yang sesuai mengikut bajet dan keutamaan matlamat kesihatan anda.

Saya sedia membantu.

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Disclaimer : produk ini tidak bertujuan untuk merawat sebarang penyakit.

Sunday 21 September 2014

Buku | ASET VS LIABLITI VERSI RICH DAD POOR DAD (Cabaran30HariBlog | Hari7)

Aset vs Liabliti


Saya ingin kongsikan definisi kedua-dua perkataan ini dari sudut pemikiran Robert T. Kiyosaki dalam buku beliau bertajuk Rich Dad Poor Dad.

Rich Dad, Poor Dad


Sebelum itu, siapa Rich Dad, siapa Poor Dad? 

Rich Dad ialah bapa angkat beliau. Poor Dad ialah bapa kandung beliau. Rich Dad terlibat dalam bisnes dan banyak mengajar beliau dalam bidang duit buat duit. Poor Dad pula lebih pentingkan pencapaian akademik agar beliau berjaya dapatkan pekerjaan dalam bidang profesional. Siapa pula Robert T. Kiyosaki? Secara ringkasnya korang boleh rujuk gambar di bawah. Untuk lebih detail, korang google lah sendiri ye. Yang pasti beliau lah yang tulis buku Rich Dad Poor Dad ni.


Definisi Aset dan Liabliti


Saya baca buku ni dah lama. Dan ini lah apa yang saya faham:

Aset = segala apa yang memberi aliran tunai masuk lebih banyak daripada aliran tunai keluar kepada anda.

Liabliti = segala apa yang memberi aliran tunai keluar lebih banyak daripada aliran tunai masuk.

Sama tak definisi di atas dengan definisi anda selama ini?

Orang kita cenderung untuk labelkan rumah sebagai Aset dan kereta sebagai Liabliti.

Tetapi jika berdasarkan definisi Robert T. Kiyosaki di atas, rumah boleh menjadi Liabliti manakala kereta pula boleh menjadi Aset!

Bagaimana?


Rumah Ialah Liabliti, Kereta Ialah Aset


Rumah itu Liabliti jika kita bayar rumah itu tiap bulan lebih tinggi daripada wang yang kita terima hasil sewaan (jika disewakan). Atau selamanya adalah Liabliti jika tidak disewakan dan hanya akan bertukar menjadi Aset pada hari kita jual rumah itu dengan pulangan modal berserta keuntungan.

Robert T. Kiyosaki selagi boleh akan memastikan semua hartanya ialah Aset bukan Liabliti. 

Jika rumah disewakan, pastikan sewa bulanan yang anda terima lebih tinggi daripada bayaran ansuran pinjaman malah wang sewa tersebut hendaklah dapat menampung kos-kos lain yang terlibat seperti kos baiki rumah apabila rosak, bayar yuran senggara serta bayar cukai-cukai yang berkaitan. Hanya jika sewa rumah yang anda terima lebih tinggi daripada kesemua kos tersebut, barulah rumah itu menjadi Aset anda.

Kereta pula boleh menjadi Aset jika disewakan dengan pulangan yang lebih besar berbanding harga atau bayaran ansuran kereta itu.

Dengan kata lain jika anda mempunyai harta, belum tentu anda mempunyai Aset. Begitu lah beliau mendefinisikan Aset dan Liabliti.


Lima Bintang


Maksud Aset dan Liabliti tersebut adalah antara isi kandungan buku ini yang menarik perhatian saya. 

Banyak lagi pengisian lain yang boleh membuka minda kita. Lebih-lebih lagi jika kita dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga dengan pemikiran 'Poor Dad'. 

Saya sangat sarankan anda membaca buku ini jika masih belum membacanya. Jika anda sudahpun membacanya, jom kongsikan pengisian yang menarik perhatian anda di ruang komen.

Saya bagi buku ini 5 Bintang. :)

Salam sayang,
mami zuli

Saturday 20 September 2014

Cinta Hati | KETENTUAN ALLAH ADA HIKMAHNYA (Cabaran30HariBlog | Hari6)

Pengalaman itu mendewasakan. Setuju?

Saya bertunang dua tahun. Dengan rakan sama kelas iaitu selepas lima tahun kami berkawan. Tapi dah tertulis, dia bukan jodoh saya. Tujuh tahun itu umpama sia-sia.

Hidup membujang di kala rakan sebaya menginjak beranak dua agak memberi tekanan. Saya tidak serik untuk berkawan lagi namun hubungan baru juga tak nampak akan ada pengakhiran.

Semasa bertunang, saya berdoa moga Allah percepatkan jodoh saya dengan tunang saya. Tapi Allah tak makbulkan.

Apabila berkawan lagi, doa saya juga sama moga Allah percepatkan jodoh saya dengan kawan baru. Namun Allah masih tak makbulkan.

Nasihat Orang (Tips Dapat Jodoh Kata Mereka)


Seorang kenalan nasihatkan saya. Jika mahu orang 'memandang', pakailah baju yang berwarna ceria dan terang, elak memakai baju berwarna suram. Biar naik seri katanya. Namun saya tak endahkan nasihat tersebut, saya tetap selesa dengan pakaian berwarna pokok dan tanah saya. Adeh!

Ada pula cina di kedai kucing yang cuba mengaitkan jodoh lewat saya sebab saya membela kucing. Katanya hubungan kami (saya dan kucing) sangat kuat dan dia percaya kucing saya yang mendoakan saya tidak bertemu jodoh kerana terlalu sayangkan saya dan tidak mahu berkongsi kasih. Oleh itu saya harus berpisah dengan kucing saya untuk bertemu jodoh! Haha. Terdiam sekejap saya. Saya tak percaya.

Entah macam mana saya tertonton pula rancangan TV Fadzillah Kamsah. Beliau kata jika berdoa ingin dipercepatkan jodoh jangan doa untuk dapat jodoh dengan sipolan sipolan. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Sebaliknya doa lah begini "ya Allah ya tuhanku, cepatkan lah jodohku dengan insan yang terbaik untukku dan untuk dirinya". Lebih kurang macam tu lah apa yang beliau ajar. Nasihat yang ini saya ikut sebab saya setuju bahawa Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Saya mula menukar doa saya.

Jodoh Sampai


Di kala saya mula pasrah dan redha. Mula tidak memikirkan sangat soal jodoh. Allah makbulkan doa saya.

Kami ditakdirkan hadir kursus bersama. Dia senior tapi rupanya kami sebaya. Bulan pertama kursus, dia sama saja seperti rakan kelas yang lain. Masuk bulan kedua kami mula rapat. Cukup tiga bulan pada hari terakhir kursus, dia lamar saya. Hahahaha. Saya cakap dia gila! Saya bagitau dia, saya tak percaya. Saya minta dia tunjukkan kesungguhan dia. Tamat kursus, saya balik Kuching, dia balik Gemas. Kami kembali bertugas seperti biasa.

Rupanya dia bersungguh. Sebulan kemudian dia cari saya hingga ke Sarawak untuk melamar buat kali kedua. Oh sangat terharu! Masa tu cuti Hari Merdeka di bulan puasa.

10 Oktober 2010, keluarga dia datang menghantar tanda. 5 Disember 2010 kami bernikah.

Rasa macam bermimpi.

Cuma tujuh bulan. Boleh dihitung dengan jari berapa kali je kami keluar dating. Haha. Memang bercinta selepas berkahwin!

Hikmah Jodoh Lewat


Banyak hikmahnya. 

Satu. Jika jodoh saya awal, mungkin rumahtangga saya tidak setenang sekarang. Sebab semasa zaman muda, darah saya sangat panas. 

Dua. Pengalaman berkawan yang dulu-dulu pula kini menjadi panduan dan pengajaran untuk hubungan yang lebih baik sekarang. Saya mungkin lebih mengenali lelaki tapi yang lebih penting, saya lebih mengenali diri saya sendiri.

Memang benar Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jika anda juga masih menunggu jodoh, bersabarlah. Berdoa lah selalu. Pasti ada hikmah atas apa yang sedang anda alami sekarang.

Part nasihat suruh pakai baju warna terang tu korang boleh follow. Sekarang baru saya nampak pengaruh aura warna dalam berpakaian. Hehe. Sebenarnya perasan bila bergambar. Kawan-kawan yang berani berbaju merah menyala atau warna ceria mesti kita akan perasan mereka dulu kan. Setuju tak?

So, ini lah jodoh saya. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. Moga kami terus bahagia. 

Ameen.


Friday 19 September 2014

Santai | ITEM WAJIB ADA DALAM BEG SAYA (Cabaran30HariBlog | Hari5)

Macam poyo je entry kali ni. Apa ada dalam beg pun nak bagitau kat orang. Haha.

Rasanya kalau orang perempuan ni sama je kot item wajib dalam beg masing-masing.

Jom tengok apa ada dalam beg saya.

Both handbag and briefcase:

  1. Purse.
  2. Compact powder.
  3. Lipstick/lipbalm.
  4. Notebook with pen.
  5. Shaklee flyers.


Handbag (gi jalan):

  1. Pampers anak.
  2. Botol susu anak. 
  3. Wet tissue.
  4. Nail clipper anak.
  5. Perfume mini.
  6. Shaklee Herbal Blend Multipurpose Cream.
  7. Shaklee Chewable Vita C (ini buat ganti asam dan jajan anak).


Briefcase (gi kerja):
  1. Laptop mini with charger.
  2. USB Cabel.
  3. Beg kertas Shaklee standby untuk courier produk Shaklee naik turun office dari kereta kot-kot ada yang mengorder.

Tak suka beg berat-berat. Tapi selalunya memang akan berat pun beg-beg saya. Hahaha. 

Handbag gi jalan tu dah mula lusuh. Year End Sale hujung tahun ni nak cari pengganti dia la. Dah lebih 3 tahun rasa umurnya.

Konsep saya, kalau handbag tu mahal takpe sebab saya memang spesis ada satu handbag je pakai hingga lusuh. Tak suka tukar-tukar beg. Kalau murah sangat atau tidak berkualiti, takut cepat jahanam pula. Lagipun tengok lah memang banyak beban beg tu nanti. Haha.

Tapi kalau purse tu, tak perlu mahal. Pendirian saya, kalau harga purse rm100, saya mesti ada rm100 sebilang masa dalam purse tu. Tak kisah lah dalam bentuk tunai atau dalam kad debit. Asalkan bukan kad kredit, tak aci (saya dah 4 tahun bebas kad kredit, yay!). 

So kalau harga purse rm1000? Ha, sebab tu masih tak pakai purse Coach lagi sampai sekarang. Mungkin dah mampu nak beli (kalau dimampukan) tapi belum mampu nak patuhi pendirian saya. Tunggu orang bagi hadiah kot? Atau mungkin tak lama lagi, saya akan mampu hasil rezeki dalam Shaklee.

Konsep harga purse ni sama la dengan konsep memiliki handphone. Handphone mahal tapi takde kredit? Handphone canggih tapi takde data line? Kalau dapat percuma handphone tu takpe. Tapi kalau beli sendiri tu, fikir-fikirkan lah.

Begitu juga lah dengan kereta. Kereta mahal-mahal tapi tak dapat nak balik kampung sebab tak cukup duit nak bayar minyak dan tol? Haishhh saya susah sikit lah nak terima.

Berbalik semula pada kisah beg tadi. Kalau briefcase pula, sekarang ni briefcase saya kalau keluarkan laptop, memang boleh muat 2 tin ESP dan beberapa botol suplemen Shaklee yang lain. Haha. Memang purposely cari yang boleh transform jadi carrier produk.

Ok, itu je nak cakap. Kalau sambung lagi dah jadi macam membebel pulak ni nanti. Dah baca Kisah Isteri Kuat Membebel saya? Klik dan jemput lah baca.

Hari ni hari Sabtu. Jom jadi bibik. Tips saya jadi bibik ada di sini.

Sekian.

Salam sayang,
mami zuli

Thursday 18 September 2014

Tips | MUDAHNYA SI MALAS MENGEMAS RUMAH (Cabaran30HariBlog | Hari4)

Saya belum boleh dikategorikan sebagai otai dalam mengurus rumah tangga. Baru 3 tahun pengalaman.

Diakui rumah saya tidak lah sentiasa kemas dan cantik. Datang angin malas, tunggang langgang juga rumah kami.

Mengemas kelemahan saya. Tapi saya tak suka kotor. Kalau baju tu, sekali pakai saya dah nak basuh. Cadar dan sarung bantal pun kalau boleh bersalin tiap minggu. Membasuhnya rajin, melipatnya malas. Mevakum, mengemop, mencucinya rajin tapi menyusunaturnya malas. Bukan jiwa saya nak hias rumah.

Namun nak tak nak, malas-malas pun, rumah harus dikemas dan dibersihkan. 

So ini tips daripada saya seorang yang kurang rajin apabila ingin mengemas rumah:

1. Pasang niat dan matlamat dengan tempoh waktu. Contoh: "Sebelum jam 11pagi ni aku mesti dah siap kemas toys anak, vakum satu rumah, mop satu rumah, basuh pinggan, basuh baju, ampai baju dan basuh toilet tetamu. Mesti."

2. Bahagikan masa untuk setiap tugas. Kejar masa tersebut! Memang terus akan jadi macam lipas kudung dan fokus buat kerja apabila ada time bar. Takde lah buang masa kan.

3. Dulukan tugas yang boleh ditinggalkan sementara buat tugas lain. Contoh: basuh/rendam baju dalam mesin basuh dulu ke tabur sabun siap-siap dalam tandas ke.

4. Gunakan alat bantuan yang mesra tugasan. Haaa yang ni part paling best! Apa alatan yang saya guna?
  • Kotak/ContainerKalau ada anak kecik wajib ada. Melainkan kalau anak korang tak ada toys! Sumbat je semua toys anak dalam bekas pilihan korang. Tak kisah lah plastic container ke atau box ikea yang cantik2 tu ke. Boleh ajar dan ajak anak-anak tolong sama mengemas toys mereka kalau anak dah boleh disuruh. 
  • Bakul Baju. Haa yang ni kat rumah saya ada banyak. Ada bakul suami, saya, anak dan lain-lain (tuala/cadar). Asingkan terus masa angkat so mudah nak cari baju. Hahaha. Nampak sangat melipat baju bukan keutamaan saya. Benci. Cukup stress nak buat benda paling senang ni. Tapi kalau korang jenis suka melepak depan tv, rajin2kan lah tangan tu menyambil lipat baju. Saya memang jarang tengok tv. So baju yang belum berlipat, bubuh elok-elok dalam bakul dulu ok.
  • Vakum. Item wajib ada jika rumah ada karpet. Kalau dalam kemampuan tu beli lah. Saya pun baru je beli. Beza giler hasil selepas mevakum berbanding selepas menyapu. Kalori yang terbakar rasanya lebih kurang je tapi hasilnya sangat berbeza. 
  • Mop dan Basic H2. Haaaaaaaaaaa, yang ni i nak promote sikit. Belilah mop Cosway seperti gambar di bawah. Tak payah guna tangan nak perah mop. Pakai kaki je ok. Dan jangan lupa bubuh sesudu besar Basic H2 dalam air setinggi ikut sukatan baldi tu. Kompom, lantai korang sangat mudah dibersihkan dan bersinar2 gitu. 
Masa ni Ammar Mikhail lagi 15 hari nak genap setahun. Mop tu baru dibeli. Sekarang Mikhail dah 2 tahun 6 bulan, so dah lebih setahun mop dan baldi Cosway ni berkhidmat untuk kami. Baru sekali tukar disc (bulu mop).

  • Produk Get Clean Shaklee. Saya dah guna. Memang sangat best. 

Shaklee Get Clean, Basic H2, tips kemas rumah
Shaklee Get Clean Product - produk penjagaan kediaman yang BERKESAN tanpa bahan kimia terlarang, natural based, selamat untuk anda, keluarga anda dan bumi/alam sekitar

    • Sabun basuh baju (Get Clean Fresh Laundry Concentrate) dia sangat sesuai untuk orang yang rajin basuh baju tapi selalu lupa nak sidai. Macam saya. Haha. Baju tak berbau walaupun dah bermalam dalam mesin basuh. So kalau korang terlewat sidai, tak payah dah basuh balik baju-baju tu. Malah sidai dalam rumah yang tak jumpa matahari macam rumah pangsa saya ni pun baju tak berbau kepam. Apatah lagi kalau di akhiran bilasan, bubuh dia punya fabric softener (Get Clean Soft Fabric Concentrate). Segar je baunya.
    • Sabun basuh pinggan (Hand Dish Wash Liquid Concentrate) dia pun best. Ni saya cerita sebab saya dah guna ye. Bukan sebab nak jual semata-mata. Part mana yang best? Satu, gunanya sikit je. Dua tiga titik je untuk sekali basuhan. Dua, kalau air sabun ni berlebih tak habis guna, tak perlu risau air sabun ni berbau. Macam gitu gak rupa dan baunya, tak membusuk. Tiga, berkesan. Empat, lembut untuk tangan. Basuh lah pinggan tu dari pagi sampai petang, tangan tak mengelupas. Insya Allah.
    • Pencuci serbaguna Basic H2 tu pun sangat best. Bukan takat untuk mop rumah tapi macam-macam lagi fungsinya. Cuci toilet jadi mudah. Tak payah dah nak tabur-tabur sabun dulu kat toilet. Cuci dapur masak sangat mudah. Giler bersih kau dapur masak aku. Bancuh hujung sudu Basic H2 dengan air dalam botol spray, dah boleh guna buat spray lap meja makan dan sofa dan apa-apa je lah yang korang nak lap. Haish macam-macam lagi lah kegunaan lain! Semut pun tak kerumun kalau kita bersihkan rumah guna Basic H2 ni. Insya Allah.

5. Last sekali, reward diri selepas matlamat kemas rumah tercapai. Kalau dapat buat reward tu datang daripada suami ke mak kita ke laaaaagi best! Selalunya saya makan aiskrim. Hihi.

Oh ya, lupa. Tips tambahan. Saya akan mulakan aktiviti menjadi bibik ini dengan segelas Mighty 3 Germ! Betul-betul bagi badan bertenaga dan cargas umpama masih remaja. Tips tu. 

Begitulah tips daripada saya. Siapa suka, boleh senyum sekarang dan follow. :)

Kalau berkenan nak cuba produk Get Clean Shaklee tu bagitau je saya. Boleh COD di area Desa Pandan, Wangsa Maju, Setiawangsa atau pos ke seluruh Malaysia. Produk ni berat tapi jangan risau kos pos sangat murah, flat rate RM10 sahaja. 

Dan alang-alang nak membeli, beli satu set terus sebab Shaklee akan bagi satu botol spray dan satu beg kain PERCUMA apabila anda beli semua produk Get Clean (rujuk gambar di atas) dalam satu resit. Dekat botol spray percuma tu pulak ada guideline untuk sukatan bancuhan Basic H2 ikut jenis kegunaan. So boleh lah bancuh siap-siap supaya apabila nak guna tinggal capai dan spray.

Sekian, Selamat Berhujung Minggu dan Mengemas Rumah! (Hari ni hari Jumaat).

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Lawak | KISAH ISTERI KUAT MEMBEBEL

Ada sepasang suami isteri yang tinggal di hujung kampung. Si suami tiada kerja tetap hanya buat kerja kampung. Dapat lah sesuap nasi yang bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Si isteri juga tidak bekerja melainkan menguruskan hal-hal rumah. Satu sikap buruk si isteri ialah kuat membebel. Mungkin disebabkan si suami yang tidak punya kerja tetap membuatkan si isteri cukup kuat membebel.

Tidak lagi tahan dengan bebelan si isteri, si suami keluar rumah petang itu berjalan sendiri ke pekan. Sampai di pekan, seorang kenalan menegur.

"Ko kenapa Mat? Muncung je."

"Aku tak tahan dah lah Min. Bini aku tu kuat sangat membebel. Ada saja yang tak kena."

"Sabar lah. Memang perempuan begitu. Kalau kau tak tahan sangat kau ceraikan je lah."

"Cerai? Kalau aku ceraikan dia aku nak tinggal mana? Tu rumah peninggalan orang tua dia. Kompom aku yang kena keluar rumah punya."

"Dah kalau macam tu, kau terpaksa lah bertahan. Kau jangan buat benda yang dia tak suka."

"Bukan senang nak cari kerja Min. Dia selalu bebel sebab aku menganggur. Dan banyak lah sebab lain."

"Kau yang banyak alasan. Kalau kau tak nak hilang tempat tinggal, kau terpaksa bunuh bini kau la nampaknya. Haha. Eh, aku melawak je ni. Kau jangan ambil hati pula, Mat."

Si suami diam.

Dalam perjalanan pulang, terngiang-ngiang kata-kata kenalannya tadi, "..kau terpaksa bunuh bini kau la nampaknya..".

Si suami berkira-kira. Tiba-tiba terbit rasa sayang pula kat si isteri. Dia mendengus. Tak mungkin, katanya dalam hati. Si suami bermonolog sendiri dan sedar-sedar dia sudah pun sampai di hadapan rumah.

Si suami bagi salam. Belum habis salam diberi, si isteri dah muncul di muka pintu.

"Abang ke mana? Dah senja begini baru balik. Bukan nak bagitau orang dulu. Nak kata pergi kedai beli barang, tak nampak bawa balik apa-apa pun. Malam ni nak makan apa? Beras je tinggal. Nasi je la yang saya masak. Lauk takde. Saya tak lalu dah la nak makan nasi kosong ni. Bla, bla, bla.."

Si suami kembali tertekan. Si isteri dah mula membebel lagi. Tak henti-henti. Terngiang-ngiang semula kata-kata Min yang sekadar berseloroh tadi, "kau terpaksa bunuh bini kau la nampaknya".

Tak semena-mena si suami menarik tangan si isteri. Dipimpin keluar rumah ke belakang rumah mereka.

"Jom abang tunjuk abang ke mana dan apa abang jumpa tadi."

Si isteri menurut tapi mulutnya masih lagi membebel. Tak henti-henti.

"Saya tak fahamlah bang. Apa abang buat kat belukar belakang rumah ni. Bukan main lama pula tu. Penat saya cari terjerit-jerit panggil abang tadi. Bla, bla, bla.."

Si suami dah tak tahan sangat. Dia tekad. Setibanya di perigi buta jauh di belakang rumah mereka, terus ditolaknya si isteri jatuh ke dalam perigi tersebut.

Sunyi.

Terus hilang suara si isteri.

Tenang.

Si suami seakan-akan terlepas dari satu beban yang sangat berat. Dia rasa lega. Sangat lega.

Dia senyum.

"Aku bebas. Aku tak perlu dengar bebelan bini aku lagi. Akhirnya aku bebas!"

Dia pulang ke rumah. Dia makan nasi yang isterinya masak tadi. Dia seorang.

Baru tiga jam kejadian tadi berlaku. Tapi si suami sudah jadi tak betah. Rumahnya dirasakan teramat sunyi. Dia cuba lelapkan mata tapi asyik terbayang kelibat si isteri yang selama ini setia menemaninya tidur.

Sedar-sedar hari sudah pagi.

Si suami bangun. Dia mandi. Usai mandi dicarinya baju tapi tak jumpa. Bukan banyak pun baju si suami tapi setiap hari si isteri yang sediakan bajunya, si isteri yang tolong basuh dan gilirkan baju-bajunya. Oh rupanya baju si suami  masih di ampaian. Mujur malam tadi tidak hujan.

Si suami lapar. Spontan dia buka tudung saji seperti biasanya. Tetapi kosong. Terus terbayang jemput-jemput manis hasil air tangan si isteri. Dia termenung.

Tersedar dari lamunan, si suami terus berjalan ke kebun Pak Itam. Dia sudah berjanji nak tolong bersihkan kebun Pak Itam pagi ni.

Alhamdulillah banyak juga upah yang Pak Itam bagi. Perutnya sudah berbunyi-bunyi. Terus si suami ke kedai membeli ayam dan ikan. Bergegas si suami pulang ke rumah. Ingin dikhabarkan tentang upah yang lumayan kepada isterinya. Ingin diminta isterinya masak yang sedap-sedap.

Dia lupa isterinya sudah tiada.

Setibanya di rumah, tiada siapa yang menyambutnya. Rumahnya sunyi.

Terus si suami terbayang wajah mulus isterinya. Walaupun kuat membebel, isterinya seorang yang sangat cantik. Terngiang-ngiang pula suara si isteri. Walaupun kuat membebel, suara itu lah yang menyanyi merdu dodoikan dia tidur. Terbau-bau pula masakan si isteri. Walaupun kuat membebel, isterinya akan masak apa saja menu yang dipintanya.

Mula terbit rasa kesal.

Hari dah petang. Si suami mula membayangkan keadaan si isteri di dalam perigi. Hidupkah lagi? Atau sudah mati? Jika masih hidup, tentu isterinya sangat lapar sekarang.

Tak sanggup membayangkan yang bukan-bukan, si suami terus berlari ke perigi. Dia berdoa moga-moga isterinya masih hidup. Dia ingin tarik keluar isterinya. Dia tak kisah dah kalau isterinya nak membebel lagi. Memang salah dirinya selama ni. Dia yang tak memahami isterinya. Dia yang tak hargai isterinya.

Dia melaung nama isterinya dari jauh. Setibanya di perigi terus kedengaran suara meminta tolong.

Mengalir air mata si suami. Si isteri masih hidup! Terus dicampakkan tali. Terus ditariknya naik.

Tapi...

Bukan si isteri yang berjaya ditarik keluar. Sebaliknya lembaga yang sangat menakutkan.

Si suami panik seketika.

"Siapa kau?", tanya si suami.

"Aku lembaga yang menjaga perigi ini."

"Kalau kau penjaga perigi ini, kenapa kau meminta tolong dan naik keluar dari perigi?"

"Ada seorang perempuan terjatuh ke dalam perigi ini semalam. Aku tak tahan. Sejak dia terjatuh sampai sekarang dia tak berhenti membebel!"

Hahahahahaha.

Lembaga penjaga perigi pun tak tahan kena bebel!

Jangan marah arr..

Tapi banyak pengajaran kan cerita ntah pape saya ni. Hihi.

Saya dapat cerita ni daripada big bos saya dulu. Bersara dah pun dia. Kalau teringat dia, mesti teringat cerita lawak ni.

Moga anda terhibur dan fikir-fikirkan lah pengajaran yang ingin disampaikan.

Buat semua gojes mami yang membaca, jangan kuat bebel lagi ya!

Daa.

Salam sayang,
mami zuli

0192286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Wednesday 17 September 2014

Makan | MASAKAN PADANG RESTORAN SARI RATU (Cabaran30HariBlog | Hari3)

Asal usul saya mengenali restoran ini ialah apabila saya gugel di mana ada jual masakan belut semasa hamilkan Mikhail. Boleh teringin pulak nak makan belut. Hihi. 

Selepas jumpa belut di restoran ini, baru terfikir nak cari belut di restoran Jepun. Belut di restoran Jepun besar dan berisi berbanding anak belut goreng garing di Restoran Sari Ratu.

Dekat je restoran ini dari rumah saya iaitu di Desa Pandan, Kuala Lumpur (sederet dengan Pejabat Pos). Ada lagi cawangan lain, korang gugel la sendiri ye.

Sedap ke? Sesungguhnya memang kena dengan tekak jawa saya!

Banyak benar menunya. Namun berikut adalah antara favourite saya:

  • Gulai tunjang (urat kaki lembu).
  • Ikan terbang (goreng garing). 
  • Sambal hijau (tak pedas, boleh ratah begitu saja).
  • Jus alpokat (avocado campur coklat).



ikan terbang, gulai tunjang, sambal hijau, masakan padang, Restoran Sari Ratu
Ikan Terbang, Gulai Tunjang dan Sambal Hijau

jus alpokat, avocado, masakan padang, Restoran Sari Ratu
Jus Alpokat (Avocado + Coklat)

Waduhhhh enak bangat!

Satu lagi yang susah nak cari kat tempat lain tapi ada di restoran ini namun tiada di dalam gambar ialah gulai otak lembu! Yummy. Haha.

Kalau rasa-rasa selera korang lebih kurang saya, sila lah jalan-jalan cari makan di restoran ini. Standby duit lebih-lebih sikit sebab harganya boleh tahan juga.

Dan kalau nak gi yang kat Desa Pandan ni alang-alang tu boleh lah order Shaklee siap-siap dengan saya, boleh saya hantar dan COD di sana. *winkwink*

Selamat menjamu selera~

Salam sayang,
mami zuli


0192286464 | gojesmami@gmail.com | FB : Zuliana Mohd Rafar

Sihat | SUPLEMEN UNTUK PESAKIT JANTUNG

Anda ada masalah jantung
Berisiko untuk mengalaminya? 
Sila pertimbangkan 2 suplemen ini.

Satu. 
OmegaGuard, minyak ikan Shaklee.

OmegaGuard, minyak ikan, sakit jantung
OmegaGuard Shaklee Untuk Kesihatan Jantung
Minyak ikan ini sangat berkualiti dan berkeupayaan untuk bantu tarik keluar mendapan lemak atau kolesterol daripada permukaan salur darah anda! Mendapan ini lah yang memberi risiko anda mengalami masalah jantung kerana salur darah akan sempit lalu jantung perlu mengepam lebih kuat untuk pastikan darah terus mengalir ke seluruh tubuh. 

Itu kalau sempit. Kalau salur darah tersumbat terus? Faham-faham sendiri lah ye.


Dua. 
CoQHealth, CoQ10 Shaklee yang lengkap dengan Vita E dan ekstrak teh hijau.

CoQHealth, coq10, sakit jantung
CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesihatan Jantung
CoQ10 adalah 'bahan api' untuk jantung bekerja. CoQ10 paling banyak terdapat di jantung kita. Makin kita berusia, CoQ10 di jantung menyusut apatah lagi jika salur darah yang sempit tadi telah memaksa lebih banyak CoQ10 ter'bakar' untuk beri tenaga kepada jantung

Bonus, CoQHealth Shaklee turut membekalkan Vita E dan ekstrak teh hijau sebagai ejen antioksida yang turut menguatkan dinding arteri (salur darah).


Nah, berdasarkan penerangan saya di atas sememangnya 2 suplemen ini saling membantu menyihatkan jantung anda. Setuju?

Sebenarnya ada lagi suplemen lain yang menyumbang kepada kesihatan jantung tapi tak payah pening-pening, amalkan je dulu 2 suplemen ini. Amalkan means makan secara istiqamah! Insya Allah anda akan lebih sihat.

Namun jika anda punya lebih bajet atau penyakit anda itu dirasakan serius atau anda turut mengalami masalah tekanan darah tinggi serta diabetes, sila pertimbangkan Vivix, 'sitonik ajaib' Shaklee.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut. Insya Allah saya akan bantu.

Serangan jantung sangat digeruni dewasa ini kerana ia menyerang tanpa mengira umur dan biasanya secara tiba-tiba!

Cegah sebelum parah.

Harga? Sudah pasti lebih jimat berbanding kos pembedahan atau penderitaan anda di kemudian hari.

Sihat untuk orang tersayang. Sihat untuk beribadah. Berusaha untuk sihat itu tuntutan agama.

Salam sayang, 
mami zuli

WhatsApp 019-2286464.
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Disclaimer : Suplemen ini tidak bertujuan untuk merawat penyakit.