Tuesday 16 September 2014

Sembang | PENGALAMAN SAYA DAN KELUARGA JOIN MLM

MLM aka Multi Level Marketing itu bagus. Tapi kenapa ramai yang membencinya?

Saya anak pencen. Di usia 4 tahun, abah dah pencen tentera. Masa tu abah ada lagi 2 orang anak yang belum bersekolah iaitu saya dan adik saya. Mak pula seorang surirumah yang pandai memasak.

Tanpa pendidikan akademik yang tinggi, mak dan abah cenderung untuk meniaga makan dan terlibat dalam MLM (dulu mak abah panggil Direct Selling).

Macam-macam Direct Selling aka/atau MLM atau Skim Piramid yang mak abah masuk. Antara yang saya ingat ialah Fortune, Tupperware, Zhulian, Forever Living, Century Diamond, Electrolux (ini pun dulu Direct Selling if i'm not mistaken) dan beberapa lagi yang lain yang saya tak ingat namanya atau mungkin ada yang saya tak perasan pun mak abah pernah masuk. Haha.

Fortune yang pertama kot. Saya kecik lagi masa tu. Zhulian dan Tupperware saya akui sistem dan produk bagus tapi mungkin mak yang tak boleh nak teruskan plus masalah hubungan dengan Upline. Forever Living tu rasanya sekadar ambil hati kawan yang mengajak. Electrolux lumayan tapi harga produk mahal, susah untuk mak abah buat sales tiap bulan. 

Century Diamond? Hahaha gelak dulu. Teringat kakak ada bekerja di syarikat ini sebagai staf dan adik ada menang trophy paling besar untuk Pertandingan Mewarna anjuran mereka. Kenapa saya gelak? Sebab di kala nama syarikat ini sedang meningkat naik dan berjaya buat ramai orang percaya, ia hilang. Premis syarikat yang terletak di Wisma Daiman, Jalan Tebrau, JB itu tiba-tiba kosong. Hahaha, sambung gelak! Yang ni betul-betul skim cepat miskin!

Tapi mak abah tak serik. Tu yang masuk macam-macam lagi tu. Last sekali mak masuk (saya tak ingat la tapi produk makanan kesihatan ler) masa mak dapat cash untuk satu projek yang mak usahakan. Saya balik rumah tengok giler banyak stok kat rumah. Saya memang dari dulu tak ambil pusing sangat apa yang mak join. Yang penting tanggungjawab saya bagi mak abah duit poket tiap bulan saya tunaikan. Mak abah nak belanja macam mana tu terpulang lah kat mereka.

Ok, itu kisah mak abah saya. Sekarang kisah saya.

Saya di approach untuk satu syarikah Jualan Langsung semasa di Sarawak. Mereka berjaya buka minda saya tentang kebaikan MLM walaupun mak abah saya gagal buktikan MLM itu bagus. Mereka kaitkan MLM sebagai konsep Network Marketing dan mereka juga bezakan antara MLM yang mematuhi Akta Jualan Langsung di Malaysia dengan Skim Piramid yang menyalahi undang-undang.

Syarikat ini bagus. Tapi satu perkara yang saya tidak sedar pada masa itu ialah, group yang approach saya gunakan taktik 'beli pangkat'. Mereka pergunakan Marketing Plan yang suci itu untuk cepat kaya. Saya terpengaruh hingga saya berhutang untuk beli pangkat sebagaimana yang disarankan. Apa yang mereka ajar? Tentunya saya perlu mencari rakan niaga yang seterusnya yang juga sanggup keluarkan modal begitu banyak untuk naik pangkat segera agar dapat menolak saya untuk ke pangkat yang lebih tinggi. Pangkat yang lebih tinggi menjanjikan lebih banyak jenis bonus dan imbuhan.

Jahil sungguh saya. 

Yang lebih saya kesalkan, mereka siap bantu saya untuk buat pinjaman peribadi dengan pihak bank. Namun jika dikenang balik, saya sedikitpun tidak menyalahkan mereka yang approach saya. Saya akur, penglibatan saya itu adalah pilihan saya. Kenapa perlu saya menunding jari dan menyalahkan mereka. Mungkin mereka juga seperti saya, terpengaruh dan tidak sedar tentang kelemahan aktiviti ala-ala 'scam' tersebut. 

Namun kesilapan ini membuatkan saya memahami kenapa ramai orang anti MLM. Ini lah sebabnya. Duit dilaburkan tapi kemudiannya terkubur apabila tak berjaya 'cari orang' yang sama-sama sanggup laburkan sejumlah wang yang sama besarnya. Saya yakin itu sebab paling utama. Awalnya terpengaruh tapi kemudiannya rasa terpedaya.

Ditakdirkan pula saya mengenali Shaklee. Sungguh, saya tak sangka Shaklee juga MLM. Setiap SID yang saya berurusan hanya menekankan kebaikan produk dan menawarkan join ahli yang hanya RM 65 itu untuk peluang perniagaan. Memandangkan yurannya dalam kemampuan, saya sarankan adik saya yang tidak bekerja untuk join ahli. 

"Dekda join lah. RM 65 je. Kakwi ada perasan Kak Ayu pun buat Shaklee. Dekda bagitau la Kak Ayu. Sambil-sambil duduk rumah boleh try bisnes Shaklee sebab boleh buat online je Shaklee ni."

Namun sebab teruja nak mengenali Shaklee, saya turut join di bawah adik saya dan last-last saya pula yang aktif, bukan adik saya. Haha.

Sekali lagi minda saya terbuka. Selepas join Shaklee baru saya lebih faham kenapa ramai yang tidak boleh kaya dengan MLM walaupun dah keluar modal berkali-kali ganda lebih besar daripada RM 65.

Apa yang saya dapat simpulkan ialah kebanyakan MLM yang lain lebih tekankan recruiting ahli baru dengan modal besar. More to 'head hunting', bukan berniaga. Modal besar tetapi ilmu berniaga tiada. Tidak kenal produk, tidak menjual. Modal menjadi stok tetapi stok tidak terjual. Tersimpan, tersorok atau jadi kegunaan sendiri sahaja.

Sebaliknya dalam Shaklee, basic berniaga iaitu jual beli produk itu yang ditekankan. Kongsikan kebaikan sehingga dapat buat jualan. Apabila ada pengalaman sendiri membuat sales yang banyak, pengedar itu akan lebih mudah untuk bimbing ahli-ahli yang join di bawahnya untuk sama-sama berkongsi dan membuat jualan. Tiada istilah stok bawah katil atau tersorok dalam stor. 

Jika diperhatikan, mana-mana MLM lain yang tekankan penjualan produk juga kekal lebih lama. Namun saya ada sebab tersendiri kenapa saya tetap setia dengan Shaklee.

Apa istimewanya Shaklee? Oh, tidak ekslusif lah jika saya ceritakan semuanya di sini. Jom join keluarga besar kami untuk ketahui sendiri. Atau mungkin saya akan kongsikan sebab-sebab yang wajar anda ketahui di entry yang lain.

Nasihat saya, fikir-fikirkan lah sebelum anda keluarkan modal yang besar hingga ribuan ringgit untuk join mana-mana MLM hatta Shaklee sekalipun. Itu bukan tindakan yang bijak. Jangan biarkan diri anda terpengaruh dan terpedaya.

Dan jangan pula biarkan saja peluang yang ada. 

Sekadar berkongsi pengalaman saya.

Salam sayang,
mami zuli

No comments:

Post a Comment