Monday 1 September 2014

Tips | KETAHUI WAKTU SUBUR DAN TIPS HAMIL

Hari ni dah masuk 1 Sep 14.

Tak terlewat rasanya saya nak ucapkan Selamat Hari Merdeka. Suka tema tahun ni : 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Memang saya sangat cintakan Malaysia.

Walaupun dah beralih bulan dan dah tamat pun promosi beli 6 percuma 1 untuk suplemen GLA Complex Shaklee pada bulan Ogos yang baru lepas dan dah masuk promosi baru pun untuk bulan ini, saya nak kongsikan sikit tips ketahui waktu subur dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk anda 'bersama' suami anda setelah mengamalkan suplemen GLA Complex sebagai salah satu usaha untuk hamil.


Bila waktu subur wanita?


Cara saya tentukan sangat mudah. Jumlah penuh kitaran haid bahagi dua. Di tengah2 kitaran haid itu lah anda mungkin subur atau dengan kata lain, ovum anda dilepaskan.

Eh, itu cara saya. Ada juga yang berpendapat ovulasi (ovum dilepaskan) berlaku pada antara 11 - 18 hari sebelum (atau puratanya 14 hari sebelum) darah haid yang seterusnya luruh/turun. Sebab tu kena tau purata kitaran haid kita untuk buat anggaran.

Kitaran haid (dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid datang semula) yang normal ialah 28 hari. Sebab tu tarikh mula haid akan mula berganjak semakin awal dari bulan ke bulan. 30 hari atau 32 hari atau mungkin 26 hari atau 24 hari juga masih dianggap normal selagi ia hadir setiap bulan.

Oleh itu, jika kitaran haid anda 28 hari, ovum anda besar kemungkinannya akan dilepaskan pada hari ke-14 (28/2 = 14 atau 28-14 = 14), hari subur anda!


Bila waktu wanita yang ingin hamil perlu menjalinkan hubungan suami isteri?


Seawal 7 ke 3 hari sebelum anda subur hinggalah pada hari anda subur!

Maksudnya di sini apa yang anda akan lalui jika kitaran haid anda ialah 28 hari adalah seperti berikut:

7 hari pertama : darah haid turun.
7 hari kedua : kerapkan hubungan suami isteri.


Kenapa kena mulakan lebih awal sebelum tiba hari subur?


Ini kerana jangkahayat telur wanita (ovum) adalah lebih pendek iaitu 24 jam sahaja berbanding jangkahayat telur lelaki (sperma) yang boleh hidup antara 3 ke 6 hari lamanya. 

Apatah lagi jika si isteri ada mengamalkan suplemen GLA Complex untuk bantu hasilkan cecair mukus yang berkualiti agar sperma mampu hidup lama dan si suami pula ada mengamalkan Zinc Complex serta Vitamin E untuk kualiti, kuantiti dan mobiliti sperma

Jadinya pada masa ovulasi, sekumpulan sperma telah bersiap sedia menunggu untuk bersenyawa dengan ovum tersebut.

Haaa, lebih tinggi lah peluang anda untuk hamil kan? 


Jika kitaran haid anda belum teratur? 


Amalkanlah GLA Complex dahulu sehingga anda perolehi kitaran haid yang normal.

Selain itu, anda boleh semak suhu badan anda setiap hari kerana pada waktu ovum dilepaskan, suhu badan anda akan lebih tinggi berbanding hari yang lain.


Jika anda berjaya bersama suami pada waktu yang disarankan seperti di atas, hentikan pengambilan GLA Complex pada hari selepas anda subur. Mulakan semula pengambilannya pada hari pertama haid anda yang berikutnya. Kenapa? Baca di Cara Makan GLA Complex.

Namun jika haid tidak hadir dan anda disahkan hamil, tahniah saya ucapkan!

Suka tak tips ni?

Ingat ya, jangan tunggu hari subur baru anda berusaha untuk hamil. 'Usaha' anda itu perlu dimulakan lebih awal dari tarikh anda dijangkakan subur. Ehem.

Salam sayang,
Mmy zuli

No comments:

Post a Comment