Wednesday 17 September 2014

Makan | MASAKAN PADANG RESTORAN SARI RATU (Cabaran30HariBlog | Hari3)

Asal usul saya mengenali restoran ini ialah apabila saya gugel di mana ada jual masakan belut semasa hamilkan Mikhail. Boleh teringin pulak nak makan belut. Hihi. 

Selepas jumpa belut di restoran ini, baru terfikir nak cari belut di restoran Jepun. Belut di restoran Jepun besar dan berisi berbanding anak belut goreng garing di Restoran Sari Ratu.

Dekat je restoran ini dari rumah saya iaitu di Desa Pandan, Kuala Lumpur (sederet dengan Pejabat Pos). Ada lagi cawangan lain, korang gugel la sendiri ye.

Sedap ke? Sesungguhnya memang kena dengan tekak jawa saya!

Banyak benar menunya. Namun berikut adalah antara favourite saya:

  • Gulai tunjang (urat kaki lembu).
  • Ikan terbang (goreng garing). 
  • Sambal hijau (tak pedas, boleh ratah begitu saja).
  • Jus alpokat (avocado campur coklat).



ikan terbang, gulai tunjang, sambal hijau, masakan padang, Restoran Sari Ratu
Ikan Terbang, Gulai Tunjang dan Sambal Hijau

jus alpokat, avocado, masakan padang, Restoran Sari Ratu
Jus Alpokat (Avocado + Coklat)

Waduhhhh enak bangat!

Satu lagi yang susah nak cari kat tempat lain tapi ada di restoran ini namun tiada di dalam gambar ialah gulai otak lembu! Yummy. Haha.

Kalau rasa-rasa selera korang lebih kurang saya, sila lah jalan-jalan cari makan di restoran ini. Standby duit lebih-lebih sikit sebab harganya boleh tahan juga.

Dan kalau nak gi yang kat Desa Pandan ni alang-alang tu boleh lah order Shaklee siap-siap dengan saya, boleh saya hantar dan COD di sana. *winkwink*

Selamat menjamu selera~

Salam sayang,
mami zuli


0192286464 | gojesmami@gmail.com | FB : Zuliana Mohd Rafar

2 comments:

  1. Yummm... teringat makan masakan Padang dan Sunda masa di Bandung... mmg sedap...

    ReplyDelete
  2. Huuuu memang torbang makan nasi padang

    ReplyDelete