Thursday 4 September 2014

Keliru | JANGAN MINUM SOYA ESP?

Energising Soy Protein
Energising Soy Protein (ESP)

Straight to the point, 


Siapa yang tak boleh minum ESP (Energising Soy Protein)?


Sesiapa yang ada ketumbuhan seperti cyst atau fibroid yang berpunca daripada hormon estrogen yang tinggi dalam badan mungkin perlu elakkan daripada mengambil ESP. 


Eh, kenapa pula tak sesuai untuk mereka?


Sebab soya ialah tumbuhan phytoestrogen yang mempunyai kebarangkalian untuk menambah kesan estrogen sedia ada dalam tubuh. Oleh itu jika masalah yang dihadapi berpunca daripada hormon estrogen yang tinggi, soya tadi mungkin akan mengaktifkan/menggalakkan lagi pertumbuhan cyst atau fibroid yang ada.


So, ESP ni bahaya lah ye?


Tidak. ESP langsung tak bahaya bagi golongan yang tiada masalah dengan pengambilan soya. 

Malah ESP lah soya paling selamat! (Kalau nak explain kenapa soya ESP ni selamat memang kena buat entry lain. Tungguuuu..)

Analoginya mudah. Nasi juga makanan. Tinggi karbohidrat. Bahayakah nasi? Tidak bukan? Semua orang boleh makan. Adakah makan nasi boleh jadi punca kena Diabetes? Tidak bukan? Namun pesakit Diabetes disarankan untuk mengelak daripada mengambil nasi atau kurangkan amaun pengambilan nasi. Kenapa? Kerana nasi tinggi karbohidrat dan boleh meningkatkan paras glukosa di dalam badan pesakit Diabetes sedangkan tubuh mereka tidak mampu memproses glukosa seperti individu yang tiada Diabetes. 

Walaupun demikian masih belum ada kajian saintifik yang membuktikan nasi sebagai punca Diabetes. Ke ada? Bak mai share dengan saya. Kalau ada bukti bahawa nasi boleh jadi punca Diabetes, tak mau makan nasi dah ni.

So soya sebagai kandungan utama ESP pun sama. Ia tak bahaya. Ia bukan punca penyebab ketumbuhan. Ia cuma mempunyai kebarangkalian meningkatkan lagi kesan hormon estrogen terhadap golongan ini. Siapa tiada masalah, minum lah ESP dengan suka ria nya!

Malah, jika cyst atau fibroid itu bukan berpunca daripada terlebihnya hormon estrogen, golongan ini juga boleh minum ESP dengan gembira. 


Tapi betul ke phytoestrogen tumbuhan meningkatkan kesan estrogen di dalam tubuh?


Haaaaaa, ini yang menarik. Tahukah anda bahawa terdapat kajian dan pendapat yang menyatakan phytoestrogen di dalam soya mampu memberi kesan ANTI ESTROGEN lalu bantu mengecutkan fibroid? Eh terbesar pulak tulisan saya.

Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Dr Malinda di dalam blog nya di sini. Beliau turut menyatakan bahawa phytoestrogen buah-buahan atau sayur-sayuran mampu memberi kestabilan hormon estrogen di dalam badan. Bercanggah bukan dengan pendapat yang katakan phytoestrogen mampu tingkatkan kesan estrogen tadi? 

Dr Zubaidi juga sependapat dengan Dr Malinda sebagaimana yang dinyatakan di dalam blog beliau di sini iaitu 


"..Walaubagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesan estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan anti estrogen yang membantu atasi gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser."


So nak follow pendapat yang mana ni?


Nak puas hati, dapatkan nasihat doktor. Tanya pakar anda apa punca cyst anda. Tanya pakar anda berapa paras hormon estrogen anda. Kemudian nilaikan lah sendiri. Atau jika memang ada cyst dan tidak mahu ambil risiko, pilih lah suplemen lain yang tidak berasaskan soya. Masih banyak suplemen lain yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kita. 


Ada lagi ke golongan yang dinasihatkan jangan minum soya ESP?


Ada. Iaitu golongan yang tiada masalah dengan soya tetapi
  • tidak mahu badan semakin bertenaga.
  • tak nak kulit cantik.
  • tak nak jeragat pudar dari wajah.
  • takut selulit hilang.
  • takut tumit makin cantik.
  • takut anak kenyang minum susu badan.
  • takut badan maintain slim.
Ha, golongan di atas tak payah lah minum ESP.

Hihi. Peace, no war. Sayang korang semua.

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp 0192286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

2 comments:

  1. Kelakarlah zuli tang end part tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar ke? Hihi.

      ESP ialah produk Shaklee yang pertama saya cuba dan ESP lah yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee. Tu yang sukaaaa sangat nak berkongsi kebaikannya. Rugi tau kalau tak cuba! :)

      Delete