Saturday 20 September 2014

Cinta Hati | KETENTUAN ALLAH ADA HIKMAHNYA (Cabaran30HariBlog | Hari6)

Pengalaman itu mendewasakan. Setuju?

Saya bertunang dua tahun. Dengan rakan sama kelas iaitu selepas lima tahun kami berkawan. Tapi dah tertulis, dia bukan jodoh saya. Tujuh tahun itu umpama sia-sia.

Hidup membujang di kala rakan sebaya menginjak beranak dua agak memberi tekanan. Saya tidak serik untuk berkawan lagi namun hubungan baru juga tak nampak akan ada pengakhiran.

Semasa bertunang, saya berdoa moga Allah percepatkan jodoh saya dengan tunang saya. Tapi Allah tak makbulkan.

Apabila berkawan lagi, doa saya juga sama moga Allah percepatkan jodoh saya dengan kawan baru. Namun Allah masih tak makbulkan.

Nasihat Orang (Tips Dapat Jodoh Kata Mereka)


Seorang kenalan nasihatkan saya. Jika mahu orang 'memandang', pakailah baju yang berwarna ceria dan terang, elak memakai baju berwarna suram. Biar naik seri katanya. Namun saya tak endahkan nasihat tersebut, saya tetap selesa dengan pakaian berwarna pokok dan tanah saya. Adeh!

Ada pula cina di kedai kucing yang cuba mengaitkan jodoh lewat saya sebab saya membela kucing. Katanya hubungan kami (saya dan kucing) sangat kuat dan dia percaya kucing saya yang mendoakan saya tidak bertemu jodoh kerana terlalu sayangkan saya dan tidak mahu berkongsi kasih. Oleh itu saya harus berpisah dengan kucing saya untuk bertemu jodoh! Haha. Terdiam sekejap saya. Saya tak percaya.

Entah macam mana saya tertonton pula rancangan TV Fadzillah Kamsah. Beliau kata jika berdoa ingin dipercepatkan jodoh jangan doa untuk dapat jodoh dengan sipolan sipolan. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Sebaliknya doa lah begini "ya Allah ya tuhanku, cepatkan lah jodohku dengan insan yang terbaik untukku dan untuk dirinya". Lebih kurang macam tu lah apa yang beliau ajar. Nasihat yang ini saya ikut sebab saya setuju bahawa Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Saya mula menukar doa saya.

Jodoh Sampai


Di kala saya mula pasrah dan redha. Mula tidak memikirkan sangat soal jodoh. Allah makbulkan doa saya.

Kami ditakdirkan hadir kursus bersama. Dia senior tapi rupanya kami sebaya. Bulan pertama kursus, dia sama saja seperti rakan kelas yang lain. Masuk bulan kedua kami mula rapat. Cukup tiga bulan pada hari terakhir kursus, dia lamar saya. Hahahaha. Saya cakap dia gila! Saya bagitau dia, saya tak percaya. Saya minta dia tunjukkan kesungguhan dia. Tamat kursus, saya balik Kuching, dia balik Gemas. Kami kembali bertugas seperti biasa.

Rupanya dia bersungguh. Sebulan kemudian dia cari saya hingga ke Sarawak untuk melamar buat kali kedua. Oh sangat terharu! Masa tu cuti Hari Merdeka di bulan puasa.

10 Oktober 2010, keluarga dia datang menghantar tanda. 5 Disember 2010 kami bernikah.

Rasa macam bermimpi.

Cuma tujuh bulan. Boleh dihitung dengan jari berapa kali je kami keluar dating. Haha. Memang bercinta selepas berkahwin!

Hikmah Jodoh Lewat


Banyak hikmahnya. 

Satu. Jika jodoh saya awal, mungkin rumahtangga saya tidak setenang sekarang. Sebab semasa zaman muda, darah saya sangat panas. 

Dua. Pengalaman berkawan yang dulu-dulu pula kini menjadi panduan dan pengajaran untuk hubungan yang lebih baik sekarang. Saya mungkin lebih mengenali lelaki tapi yang lebih penting, saya lebih mengenali diri saya sendiri.

Memang benar Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jika anda juga masih menunggu jodoh, bersabarlah. Berdoa lah selalu. Pasti ada hikmah atas apa yang sedang anda alami sekarang.

Part nasihat suruh pakai baju warna terang tu korang boleh follow. Sekarang baru saya nampak pengaruh aura warna dalam berpakaian. Hehe. Sebenarnya perasan bila bergambar. Kawan-kawan yang berani berbaju merah menyala atau warna ceria mesti kita akan perasan mereka dulu kan. Setuju tak?

So, ini lah jodoh saya. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. Moga kami terus bahagia. 

Ameen.


3 comments:

  1. Nice!
    I totally understand the feeling sebab saya pun putus tunang, lepas tu kenal org lain dan dlm masa yg singkat terus kawen.

    Salam ukhwah :)

    Ps : tak payahlah save in draft, ni semua satu episod dlm kehidupan. Yg sgt manis bila dikenang2 :)

    www.jurnalnutrisi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya doakan kebahagiaan pn hingga ke jannah!

      Salam ukhwah :)

      Delete