Sunday 7 September 2014

Tips | CARA MUDAH, PANTAS DAN BERKESAN BERSIHKAN KASUT ANAK

Biar gambar berbicara.



Nampak tak? Sama tapi tak serupa!

Ini kasut anak saya. Kalau saya rajin basuh mungkin tak sampai hitam macam ni (rujuk kasut di kanan atas gambar). Hihi. 

Namun walaupun dah hitam hingga dah tak boleh baca tulisan kat dalam tu, saya mampu bersihkannya kembali seperti baru (rujuk kasut di kiri bawah gambar). Malah hanya dalam tempoh kurang 5 minit. Betul, tak tipu! Baru je basuh sebelum masak lunch ni tadi.

Korang pun boleh buat. Yang penting kena ada air, berus gigi lama dan BASIC H2 Shaklee. Best!

Gambar bawah ni pulak masa first time saya try basuh kasut tu guna Basic H2. Pukul 7 pagi ok. Memang dah terkocoh-kocoh nak gi kerja tapi sempat jugak bersihkan kasut sihensem ni dengan bantuan Basic H2 tersebut. 



Yang kiri sekali tu lah botol Basic H2. Pakainya beberapa titik sahaja tapi kesannya sangat puas hati. Natural based okay! Tanpa bahan kimia merbahaya. Daripada buah kelapa kandungan utamanya. Memang selamatlah untuk anda sekeluarga!

p/s : Saya sempatkan juga basuh kasut anak pukul 7 pagi tu sebab nak ambil peluang jemur kasut anak tengah panas kat rumah pengasuh. Almaklumlah saya tinggal di rumah pangsa, rumah tak jumpa matahari. Err justified tak? Hihi.

Basic H2 tu murah je tau. Pasti mampu milik!

Sekian, tips petang Ahad.

Salam sayang,
mmy zuli

WhatsApp saya di 0192286464
Email saya di gojesmami@gmail.com
FB saya Zuliana Mohd Rafar


1 comment:

  1. bagusnya cuci sepatu di rumah

    Punya rumah di dekat bandara, akses cepat dan investasi meningkat? Bagaimana memiliki rumah idaman? klik www.citragardencity.com

    ReplyDelete