Tuesday 9 September 2014

Sihat | APA ITU B COMPLEX?

Weekend baru ni saya ada kongsikan tips cara saya atasi sakit tanpa Paracetamol. Boleh baca di sini. Salah satu suplemen yang saya ambil untuk beri efek pain killer tersebut (seperti Panadol) kepada saya ialah B Complex.

Kalau korang nak tau, B Complex memang dapat nama jolokon sebagai Vitamin Penenang pun ok!

Apa sebenarnya B Complex ni?


B Complex ialah kumpulan Vitamin B yang ada 8 jenis semuanya iaitu:

  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Phantotenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxin)
  • Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin B9 (Folate/Folic Acid)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)

Perlu ke cukup 8 jenis?


Setiap Vitamin B mempunyai peranan masing2. Nak cerita satu2 jenuh gak sebab setiap satunya ada banyak manfaat apatah lagi jika dihimpunkan kesemua 8 jenis. 


Jika tak cukup satu jenis, suplemen tersebut tidak wajar digelar sebagai B Complex. Mungkin sebab tu ada jenama yang menamakan produk mereka sebagai Multi B (pelbagai Vitamin B). Mungkin supaya tidak overclaim memandangkan produk mereka tidak cukup 8 jenis Vitamin B nya.

Untuk details setiap fungsi Vitamin B ni, saya cadangkan anda lawat lamanweb www.vitaminbcomplex.org. Saya rasa admin page ini juga seperti saya, jatuh cinta dengan B Complex sampai tercipta laman khas tentang B Complex. 

Oh, peranan B Complex ni saya akan cerita gak jap lagi secara umum tapi sekarang kita bincang dulu perlu ke cukup 8 jenis?

Dr Bruce B Miller kata PERLU! Menurut beliau, jika kita kekurangan satu Vitamin B, kita mungkin kekurangan atau hampir2 kekurangan Vitamin B yang satu lagi/lain. Dan jika kita mengambil satu sahaja Vitamin B dengan dos yang tinggi, boleh mengakibatkan kita kekurangan sesetengah Vitamin B yang lain pula secara relatif.

Contohnya jika anda kekurangan darah merah, mungkin anda akan disarankan untuk mengambil Vitamin B6 kerana ia membantu dalam pembentukan sel darah merah. Tetapi pengambilan Vitamin B6 sahaja secara tunggal mungkin boleh menyebabkan anda kekurangan Vitamin B yang lain pula.


Apakah kesan jika badan kekurangan B Complex?


Antara simptom-simptom yang boleh dikaitkan dengan kekurangan B Complex ialah:

  • Kelesuan
  • Kegelisahan
  • Depresi (Stress)
  • Imsonia (Sukar tidur)
  • Kurang selera
  • Sembelit
  • Masalah lidah (jadi merah, sakit, bengkak)

Simptom di atas tidak semestinya berpunca daripada kekurangan Vitamin B tetapi kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan simptom di atas.


Jadi, apa manfaat B Complex kepada badan kita?


Secara umum ada 3 peranan B Complex yang utama dan glamer iaitu:
  • Beri tenaga.
  • Bina darah.
  • Anti stress.

Anti stress tu memang cukup glamer.

Beri tenaga kerana ia membantu dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat (tukar makanan jadi tenaga). Memandangkan ia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, oksigen juga akan diperolehi oleh tubuh melalui pengaliran sel darah merah tadi (darah merah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh kita).

Untuk ketahui fungsi bagi setiap Vitamin B secara terperinci, boleh rujuk balik lamanweb yang saya bagi kat atas tu tadi ya.


Ada kemungkinan ke badan kita kekurangan B Complex?


YA. Kemungkinan yang sangat BESAR.

Kenapa? Sebab terdapat banyak perkara yang boleh menghapuskan Vitamin B dalam badan kita iaitu:
  • Vitamin B larut air, akan tersingkir dan tidak disimpan oleh tubuh. Perlu diganti setiap hari.
  • Cahaya boleh memusnahkan atau menyebabkan Vitamin B tidak aktif.
  • Gula menghapuskan B Complex. Kajian mendapati sebanyak 5 kali ganda B Complex yang disarankan oleh USRDA diperlukan atau akan terhapus semasa memetabolismekan kandungan gula dalam satu hidangan COLA!
  • Alkohol meluputkan kandungan kandungan B Complex.
  • Stress mental dan fizikal meluputkan B Complex.
  • Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Seringkali B Complex terhapus semasa penyediaan makanan yang menggunakan haba!
  • Antibiotik, pil tidur dan kebanyakan racun serangga boleh menghapuskan B Complex.
  • Pemakanan kita yang tidak seimbang boleh menyebabkan pengambilan B Complex harian kita kurang.


Bagaimana cara nak atasi?


Kalau tanya saya, mudah sahaja. Telan je la suplemen B Complex tiap hari. Suplemen akan membantu mengoptimumkan pengambilan harian B Complex kita. Walaupun mungkin anda dah ambil Multivitamin yang mengandungi unsur B Complex, anda tidak perlu risau overdose sebab B Complex larut air dan tidak disimpan oleh tubuh. Yang penting nisbah Vitamin B di dalamnya seimbang dan cukup 8 jenis!


B Complex pilihan saya?

Tentulah B Complex by Shaklee!

B Complex Shaklee


Kenapa saya pilih B Complex Shaklee?


B Complex Shaklee sama sekali bukan Vitamin B sintetik! Tahukah anda bahawa dikatakan hampir 99% suplemen Asid Folik (salah satu jenis Vitamin B) di pasaran ialah Asid Folik sintetik! Sebab itu lah saya tak pandang B Complex jenama lain dah setelah mengenali jenama Shaklee. Nak suggest kat kawan2 yang tengah hamil pun hati saya tenang. 

Oh, tahukah anda jika wanita hamil kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan janin? Saya akui banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan Asid Folik. Namun jika anda seorang yang praktikal dan ingin mudah seperti saya, B Complex Shaklee adalah jawapannya! 

Lagipun tengok lah faktor-faktor yang boleh memusnahkan Vitamin B kat atas tu. Mampu ke kita nak atasi faktor-faktor tersebut hanya melalui diet pemakanan harian kita? Lebih-lebih lagi kalau tengah hamil. Dengan mabuknya. Dengan tak lalu nak makannya. Dengan stressnya. Betul tak? Makan lah B Complex Shaklee ni. Anda mesti pilih!

Kalau berminat nak cuba, let me know okay.

Sekian.

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp saya di 0192286464
FB saya Zuliana Mohd Rafar
Email di gojesmami@gmail.com

No comments:

Post a Comment