Wednesday 17 September 2014

Resepi | BEZA PINDANG, SINGGANG DAN ASAM REBUS (Cabaran30HariBlog | Hari2)

Siapa tau apa beza antara ketiganya?

Saya pon konpius. Mulanya ingatkan sama je hingga lah saya terbaca komen seorang kakak di status Facebooknya tentang perbezaan antara ketiga-tiga cara masakan ini.

Berikut saya kongsikan kepada anda semua. Andaikata yang diterangkan ini juga salah, mohon anda kongsikan 'definisi' anda terhadap masakan-masakan ini di ruangan komen di bawah ya.

Pindang.
  • Warna kuning.
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumis dahulu hingga garing.
  • Letak serai, asam jawa dan kunyit.

Singgang.
  • Warna jernih.
  • Direbus sahaja semuanya (tidak ada menumis). Orang jawa cakap masak bening.
  • Letak hirisan lengkuas, bawang putih, bawang besar dan asam keping. Halia? Halia tidak dinyatakan tapi kalau saya masak, saya bubuh.

Asam Rebus.
  • Warna merah.
  • Rebus bersama cili hidup/cili kering, bawang kecil, bawang putih, halia dan asam keping.

Kebiasaannya ketiga-tiga masakan ini adalah untuk ikan dan daging. Kalau orang Pantai Timur suka gunakan ikan tongkol aka ikan aye. Makan dengan budu. Fuhh terangkat! Hahaha. 

Saya pula suka gunakan ikan selar kuning. Kurang sikit ikan tongkol ni. Tapi part makan sekali dengan budu tu, i follow~ Hihi..

Ketiga-tiga cara masakan di atas sangat sesuai sebagai menu semasa berpantang.

Selamat memasak!

Salam sayang,
mami zuli


No comments:

Post a Comment