Saturday, 16 August 2014

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part I)

Doktor itu berkata:

"Why rely on Vitamin and Supplements? Eat healthy, exercise regularly, pray a lot will give you a happy lifestyle."

Saya setuju.

Sebenarnya ramai yang salah anggap dengan katakan suplemen itu ialah pengganti makanan.

Selalu sahaja Geng Anti Suplemen akan menyindir atau berseloroh suruh penjual suplemen ni hargai real food atau makanan sebenar.

Well, adakah tok nenek kita yang makan jamu dulu kala tu tak makan makanan lain?

Wahai doktor, kami tak suruh masyarakat bergantung harap kepada vitamin. Tetapi kami menyarankan pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan kepada makanan sebenar yang diambil. Macam tok nenek kita makan jamu dulu2. Idak lah makan jamu semata kan? 

Malah pengambilan suplemen jauh lebih baik (pada saya) berbanding bergantung harap kepada ubat-ubatan yang berasaskan dadah atau steroid.

Bezanya dulu dan kini ialah rupa dan jenama suplemen. Saya sendiri dulu ialah pengamal tegar jamu. Jenama M****** R***. Namun kini beralih kepada Shaklee. Saya tidak pernah katakan jamu yang saya makan dulu tidak bagus. Tidak pernah. Tapi saya suka katakan produk Shaklee itu bagus berdasarkan ketelitian mereka mengkaji dan mencipta produk mereka.

Seperti yang juga saya suka katakan, SUPLEMEN ITU MEMBANTU BUKAN PENENTU.

Setiap matlamat yang ingin dicapai dengan bantuan suplemen pasti ada perkara asas yang perlu dilaksanakan.

Contoh mudah, pengambilan suplemen untuk ibu menyusu. Yang asas, si pengamal tadi tetap kena aplikasikan konsep 'supply and demand' dan minum cukup air jika mahu susu badannya bertambah. Suplemen itu membantu.

Contoh lain, pengambilan suplemen untuk yang ingin kulit wajah cantik. Yang asas, si pengamal tadi tetap kena rajin cuci muka. Suplemen itu membantu.

Jika mampu capai matlamat tanpa suplemen, tahniah saya ucapkan. Tetapi tidak semua insan dipermudahkan urusannya seperti anda.

Malah menjadi bonus kepada individu yang berjaya capai matlamat kesihatannya dengan hanya ambil suplemen tanpa laksanakan perkara yang asas. Contohnya berat berjaya diturunkan walaupun tanpa buat senaman. Tahniah, bonus untuk anda! 

Saya boleh katakan pengambilan suplemen itu adalah satu cabang usaha untuk individu yang ingin mencapai matlamat kesihatan mereka.

Hormatilah usaha mereka.

Jemput baca Part II dan Part III.

Salam sayang,
Mmy zuli

No comments:

Post a Comment