Tuesday, 19 August 2014

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part II)

Saya rasa saya tau kenapa masyarakat keliru atau jadi 'terganggu' dengan iklan atau promo penjual suplemen hingga menyebabkan mereka memberi respon:

"Kenapa nak bergantung harap kat suplemen, makan je lah buah-buahan segar tu."

Mungkin kerana wujudnya iklan seperti:

"Sebiji tablet Sustained Release Vitamin C Plus ini menyamai 7 setengah biji buah oren."

Apabila baca saja iklan ini, pembaca fikir penjual suplemen samakan sebiji tablet tersebut dengan 7 setengah biji buah daripada SEMUA SEGI. Semua segi ini mungkin pembaca bayangkan nikmat memakannya sama, khasiat memakannya sama, jumlah kalorinya sama, jumlah vitamin dan mineral semuanya sama, atau mungkin pembaca bayangkan ada 7 setengah biji oren dalam sebiji tablet tersebut.

Mungkin itu puncanya.
Adakah anda juga fikirkan sebegitu?

Iklan di atas tadi tidak salah tetapi mungkin tidak jelas atau tergantung. Yang dimaksudkan sebenarnya kandungan Vitamin C di dalam sebiji tablet suplemen tersebut menyamai kandungan Vitamin C di dalam 7 setengah biji buah oren yang normal.

Hakikatnya, Vitamin C dalam Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee diekstrak daripada jagung! Bukan daripada buah oren pun.

Haaa, nampak tak?

Jika merujuk kepada iklan di atas, ia langsung tidak bermaksud suplemen yang dijual itu lebih bagus daripada memakan buah oren sebenar.

Apa yang dimaksudkan ialah suplemen ini memudahkan kita mendapatkan khasiat yang diingini tanpa perlu memakan sesuatu makanan sebenar (real food) dengan banyaknya untuk dapatkan sesuatu vitamin atau mineral yang spesifik

Sesungguhnya, suplemen ialah makanan tambahan kepada makanan sebenar, bukan pengganti kepada makanan sebenar.

Tapi jangan keliru pula dengan suplemen yang berada dalam kategori Meal Replacement ya. Yang ini ada penjelasan lainnya.

Sekian. 

Topik ini ada Part I dan Part III.

Salam sayang,
mmy zuli

No comments:

Post a Comment