Tuesday 18 November 2014

Sembang | BENARKAH TADIKA SWASTA MERAGUT KESERONOKAN ZAMAN KANAK-KANAK?

Tajuk macam saya dah ada anak gi tadika je kan. Hehe.

Anak saya baru nak masuk 3 tahun. Tiada rancangan pun nak tadika kan dia seawal usia 3 tahun. Tapi ramai rakan sebaya yang telah mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas dan menghantar anak mereka ke tadika swasta (berbayar).

Namun ada seorang kawan saya yang tidak bersetuju menghantar anaknya ke tadika berbayar kerana beliau rasakan anaknya berhak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak dan inginkan kehidupan anaknya adalah secara berperingkat. Selain itu, alasan risau anak over-stressed dan akan mudah bosan untuk belajar juga mungkin menjadi penyebab.

Saya terdiam seketika dan cuba berfikir dahulu apa relevannya alasan atau sebab yang beliau berikan.

Saya rasakan seperti ada kekeliruan pada pendapat beliau itu memandangkan saya tidak jumpa apa relevannya tadika berbayar dengan ketidakseronokan anak-anak.

Apa pendapat anda?


Pendapat Saya


Saya pula berpendapat begini:

  • Anak berusia 2 hingga 6 tahun sedang mengalami proses sel-sel otak berhubung. Makin banyak ilmu masuk, semakin banyak sel otak berhubung dan dimanfaatkan. Jika tiada ilmu yang masuk, sel otak akan terbiar tidak berhubung untuk dimanfaatkan. Dengan kata lain budak baya-baya ini cepat tangkap terima input. Apatah lagi jika anak itu mengambil suplemen minyak ikan OmegaGuard yang kaya dengan EPA dan DHA untuk perkembangan otak mereka (eh, teriklan pula *peace*).
  • Saya percaya kebanyakan tadika swasta berbayar mempunyai modul/teknik mereka sendiri untuk mengasuh/mendidik/mendorong anak-anak kita. Contohnya Tadika ABS yang mengaplikasikan Teknik Gaya Nabi untuk mendorong para pelajar ciliknya. Contoh lain ialah Tadika Little Caliph yang menggunakan modul TLCP.
  • Belum tentu lagi dengan tidak menghantar anak ke tadika swasta menjamin anak kita enjoy zaman kanak-kanak mereka. Anak-anak tetap perlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa walau apa pun jenis tadika/pendidikan yang diikuti.
  • Isu bosan wujud jika anak kita diajar benda yang sama berulang. Nak elak bosan, kita sentiasa boleh tingkatkan atau pelbagaikan perkara yang diajar.

Pada saya ketidakseronokan kanak-kanak bergantung kepada bagaimana sikap dan respon orang di sekeliling mereka terhadap mereka sama ada ibu bapa, cikgu-cikgu atau sesiapa sahaja. Bukan status tadika itu percuma atau murah atau mahal. Malah yang mahal juga belum tentu tenaga pengajarnya diajar teknik-teknik mengendalikan kanak-kanak pra sekolah. Oleh itu, kena bijak memilih.


Sikap dan Respon!


Sikap - Cikgu selalu tersenyum tak? Ayah garangkah? Ibu kuat membebelkah?

Respon - Cikgu suka mengkritik kah? Ayah marah apabila tak dapat no 1 kah? 

Sikap anda yang positif akan mendorong anak anda untuk turut bersikap positif.

Respon anda yang positif akan tingkatkan estim diri dan keyakinan diri anak anda.



Ingin Yang Terbaik


Jika anda seorang yang sangat menitikberatkan pencapaian, saya syorkan anda pelajari ilmu keibubapaan. Pelajari teknik-teknik yang betul. Hadiri seminar-seminar. Pelajari cara-cara untuk bahagiakan anak anda atau mengurus anak anda sesuai dengan usia mereka. 

Supaya anak anda perolehi kedua-duanya sekali iaitu berjaya perolehi pencapaian yang baik dan kekal seronok menikmati zaman kanak-kanak mereka.



Pelbagai Seminar Keibubapaan


Nah, saya belanja satu gambar di bawah untuk anda renungkan:

Teknik yang salah yang akan menyebabkan anak kita terbeban/stress. Pelajari dan menghafal alQuran bukan isunya.

Adakah anda mempunyai pemikiran yang sama dengan Hamba Penyair? Jika ya (mahupun tidak) mungkin anda perlu hadiri seminar tersebut di atas untuk ketahui teknik yang betul agar anak anda dapat menghafal alquran tanpa rasa tertekan.

Saya memang berhasrat untuk menghadiri seminar tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari page FB milik Islamic Parenting Network atau website nya di sini.

Ya, saya belum berkesempatan untuk hadir seminar tersebut. So tak boleh lah nak komen lagi. Satu-satunya seminar yang saya telah hadir adalah Teknik Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Gaya Nabi anjuran PTS EduSolution, ada saya kongsikan di sini.



Pendapat Anda


Baiklah, setelah membaca pendapat saya ini, adakah anda masih rasakan kemasukan anak-anak cilik di tadika berbayar menjadi penyebab mereka tidak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak mereka?


Ingin Jadi Ibu Hebat,
mami zuli


Ehem, sekarang tengah promo OmegaGuard. Dapatkan satu untuk anak anda!


019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar | SID 931054

No comments:

Post a Comment