Bismillahirrahmaanirrahim
Semalam, Ahad, 16 November 2014, saya telah hadir ke bengkel tersebut sepertimana poster di bawah bersama-sama kawan sekepala bab tambah ilmu tentang parenting ini iaitu pemilik blog aisahmursyid.blogspot.com .
Bengkel atau seminar satu hari ini adalah anjuran PTS milik Pn Ainon Mohd. Saya memang admire Pn Ainon sejak saya baca buku Komunikasi Intim tulisan beliau pada banyak tahun yang lepas. Kemudian apabila saya join group Srikandi di FB, baru saya tahu bahawa Pn Ainon juga Srikandi Tun Fatimah, super duper senior sekolah saya. *winkwink*
Sejarah Modul Gaya Nabi
ABS ialah salah satu rangkaian PTS yang mengelolakan Tadika ABS dan menjadi pelopor kepada 'Modul Gaya/Teknik Nabi'. Terdahulu konsep ini dikenali sebagai 'Mendorong Pelajar Corot'. Mereka mempunyai tim khas yang mengkaji hadis-hadis psikologi tentang bagaimana Rasulullah mengurus tingkah laku manusia lalu disesuaikan pendekatan Rasulullah itu terhadap pelajar corot dan kanak-kanak.
Oleh itu skop mengurus tingkah laku kanak-kanak yang kami pelajari semalam adalah lebih kepada konsep mendorong kanak-kanak. Mendorong untuk apa?
Terdapat tiga tujuan dorongan iaitu supaya kanak-kanak:
- meninggalkan/menghentikan tingkah laku buruk/negatif.
- mengulangi tingkah laku baik/positif.
- meningkatkan prestasi tingkahlaku baik/positif.
Ibu Bapa Mendorong
Anak-anak boleh terdorong hasil daripada dua perkara yang disampaikan oleh ibu bapa mereka iaitu sikap ibu bapa itu sendiri dan bagaimana respon ibu bapa dalam sesuatu situasi.
Contoh Sikap Ibu Bapa ialah baik, penyayang, bermuka manis, selalu tersenyum, ceria, menghibur jiwa, sporting dan lain-lain.
Contoh Respon Ibu Bapa ialah melalui kata-kata (pujian atau kritikan), layanan (baik atau tidak), penilaian, maklumbalas dan lain-lain.
Kedua-dua perkara ini boleh mendorong si anak untuk mempunyai tingkah laku yang positif mahupun negatif. Sebab itu ada yang kata 'anak-anak adalah cerminan ibu bapa' walaupun ramai juga yang katakan 'bukan salah ibu mengandung'. Eh, yang ni bukan Cikgu Nurhidayah yang kata tapi saya sendiri yang kata. *peace*
PRINSIP Ibu Bapa Pendorong
Untuk menjadi ibu bapa pendorong yang baik, berikut ialah prinsip-prinsip yang harus dipegang:
- Pujian.
- guna pujian sebagai alat motivasi.
- puji satu perkara untuk dorong buat perkara yang lain.
- Tidak Menyiasat Kesalahan Anak.
- contoh - kenapa pecahkan pinggan?
- menyiasat ni rasanya ramai ibu yang buat kan? bila marah je mesti dengan pertanyaan. yang biasa rasanya "ni siapa yang buat sepah ni?" padahal anak baru sorang pun tanya lagi siapa yang buat sepah. haha.
- contoh lain ialah - kenapa cakap bohong? kenapa curi duit mmy?
- hentikan. jangan menyiasat kesalahan anak anda lagi!
- Tidak Kritik Diri Anak dan Kesalahan Anak.
- contoh kritik diri - kamu malas, kamu pengotor.
- contoh kritik kesalahan - tulisan kamu buruk, kamu susun kasut tak cantik.
- sila hentikan juga ye mommies!
- Menjaga dan Menyelamatkan Maruah Anak.
- Berkata Positif atau Diam Lebih Baik.
STRATEGI Ibu Bapa Pendorong
Berikut pula ialah strategi yang perlu dilaksanakan:
- Buang Strategi Garang.
- ancam, ugut, acah-acah dengan rotan - hentikan.
- "ibu kira sampai 5, kalau tak siap jugak siap!" - hentikan.
- Mengubah 'Konsep Diri' Negatif ke Positif.
- kanak-kanak belum pandai menilai diri sendiri. yang membantu menilai mereka ialah ibu bapa atau orang terdekat. ibu bapa menjadi cermin kepada anak-anak untuk mereka ketahui imej mereka.
- tuturkan perkara yang positif sahaja apabila menilai anak. elakkan kata degil, malas, tak dengar kata dan lain-lain. ingat, ibu bapa adalah cermin untuk anak-anak melihat (mengetahui) imej diri mereka.
- Mengekalkan 'Konsep Diri Positif' dengan MEMUJI daya usaha, hasil kerja dan prestasi anak.
- Tingkatkan Estim Diri (Maruah/Harga Diri) Anak.
- Cipta Peluang Supaya Anak Dapat Bertindakbalas Dengan Maklumat Dan Pengalaman Baru.
TEKNIK Mendorong
Berdasarkan Prinsip dan Strategi di atas, bagaimanakah cara atau teknik kita nak laksanakannya? Inilah yang kami tunggu-tunggu untuk difahamkan iaitu teknik-teknik mendorong.
Terdapat banyak teknik. Semua teknik yang diajar ada peraturannya untuk memastikan 5 Prinsip Ibu Bapa Pendorong di atas dipatuhi. Kesemua teknik itu juga adalah berdasarkan pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam sesuatu situasi melalui hadis-hadis psikologi yang telah dikaji.
Teknik pertama yang kami belajar ialah Teknik Memberi Ganjaran berdasarkan hadis di bawah:
Ganjaran Kepada Orang Yang Melakukan Tingkah Laku Yang Betul Apabila Bersin |
Bagaimanakah situasi/pendekatan di atas hendak diaplikasikan kepada anak-anak kita? Apakah peraturannya apabila ingin memberi ganjaran? Nak tahu, kenalah hadir bengkel dan seminar kan? Hehe.
Insya Allah saya memang berniat ingin kongsikan apa yang kami belajar semalam di blog ini. Mungkin satu entry untuk setiap teknik. Sebagai perkongsian dan penghargaan kepada semua gojes mami yang sudi membaca penulisan saya. *muahmuah*
Insya Allah saya memang berniat ingin kongsikan apa yang kami belajar semalam di blog ini. Mungkin satu entry untuk setiap teknik. Sebagai perkongsian dan penghargaan kepada semua gojes mami yang sudi membaca penulisan saya. *muahmuah*
Sebagai makluman, antara teknik-teknik yang diajar ialah:
- Teknik Memberi Ganjaran.
- Teknik Memuji.
- Teknik Meningkatkan Estim Diri.
- Teknik Menegur.
- Teknik Menerangkan Peraturan.
- Teknik Memberhentikan Tingkah Laku Negatif.
Teknik yang paling saya ingat ialah Teknik Menerangkan Peraturan sebab kami dapat task untuk buat skrip bagi teknik ini. Hehe. Apa skrip kami? Tadaaaa:
Jika dahulu skrip saya mungkin begini:
- "Kenapa Ammar pukul mmy?" - saya menyiasat kesalahannya.
- "Ammar jangan pukul mmy, mmy sakit." - saya nyatakan impak kepada kesalahannya.
- "Ammar tak sayang mmy ye?" - saya manipulasi emosinya.
Dengan menggunakan Teknik Menerangkan Peraturan, saya tukar skrip saya kepada:
"Ammar tak boleh pukul mmy. Ammar boleh peluk dan cium mmy je."
Saya hanya nyatakan apa yang tidak boleh dan apa yang boleh (menerangkan peraturan).
Surprisingly, dia peluk dan cium pipi saya. *lompatbintang*
Surprisingly, dia peluk dan cium pipi saya. *lompatbintang*
Modul Yang Harus Dipelajari Oleh Semua Ibu Bapa
Oleh itu, terima kasih banyak saya ucapkan kepada Pn Nurhidayah Jaafar selaku Ketua (alamak tak ingat pula jawatan beliau) yang telah menurunkan ilmunya kepada kami semalam. Saya skodeng dah FB cikgu. Cikgu lebih muda 2 tahun daripada saya kan? Hehe. Saya sangat hargai ilmu yang cikgu sampaikan semalam. Terima kasih, cikgu.
Saya juga amat mengesyorkan para ibu bapa menghadiri bengkel ini. Yurannya mungkin mahal, namun sangat berbaloi jika kalian tidak tidur atau mengelamun di dalam kelas. :)
Ok lah, sekian dahulu perkongsian saya tentang Modul Teknik Nabi buat masa ini. Nantikan perkongsian saya yang seterusnya tentang topik ini pada entry akan datang khas buat anda semua mami-mami gojes yang saya hormati.
Salam sayang,
mami zuli
019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar | SID 931054
Best!! Tips yg bagus untuk dishare pada mummy 3hero nie...selalu rasa sgt2 menguji kesabaran. .bila ckp pelan x dengar...kena ubah ayat plk lps niee...tqq gojes mummy
ReplyDeleteHihi. Sama-sama. :)
DeleteMenarik sangat. Saya suka clasa ilmiah macamni :) semoga berpeluang utk join dilain masa
ReplyDeleteMoga bermanfaat. Salam ukhwah :)
Delete