Saya sangat berbangga mempunyai seorang anak yang menyusu badan.
Semasa hamil, saya telah di'brainwash' oleh nurse di KKIA untuk menyusu badan. Saya terpengaruh dan pasang azam. Saya ambil tahu tetapi sebenarnya saya tidak cukup ambil tahu sehingga lah saya lalui sendiri pengalaman menyusu itu.
Kena bengkak susu, baru gelabah cari petua surutkan bengkak.
Puting luka dan merekah, baru la google dan tanya ibu2 yg lain.
Baru tau letih dan penatnya berjaga pagi petang siang malam nak menyusukan bayi setiap 2 jam. Uhuk! Namun saya tetap tabah dan cekal teruskan penyusuan. Cuma satu silap saya. Saya tidak buat stok awal!
Cuti berbaki 2 minggu, baru saya terhegeh2 nak buat stok. Memang tak cukup. Sampai satu tahap dah jadi macam kais pagi, makan pagi. Pam pagi kat opis, tgh hari hantar rumah pengasuh. Menyesal sungguh masa tu sebab tak mengepam lebih awal. Dan akhirnya mummy yang kononnya hebat ini mengalah kepada susu formula. Ya, anak saya menyusu campur susu formula di usia 4 bulan.
1 - 3 bulan : susu badan sepenuhnya.
4 - 6 bulan : susu badan sepenuhnya di rumah, susu badan campur susu formula di rumah pengasuh.
7 - 9 bulan : susu badan sepenuhnya di rumah, susu formula sepenuhnya di rumah pengasuh.
10 bulan : susu badan campur susu formula di rumah!
Apabila kat rumah pun dah mula bancuh susu formula, saya mula tersedar. Eh, bukan ke ko nak nyusukan anak ko sampai 2 tahun, zuli? Kalau baru 10 bulan pun dah bagi susu formula kat rumah, apa citer ni? Boleh ke ko teruskan nyusu badan lagi 14 bulan??
Haa, apa lagi. Saya terus bertindak. Apa saya buat?
1. Saya clearkan semua stok susu formula kat rumah, saya hantar rumah pengasuh.
2. Saya nyusukan anak saya balik. Selagi saya ada bersama dia, dia hanya boleh minum susu badan saya. Terus terang, memang sakit. Tapi saya hulur jugak dan saya pastikan yang dia hanya ada satu pilihan, susu badan!
3. Saya ambil suplemen Shaklee. Masa berpantang memang ada ambil tapi selepas habis stok, saya stop.
Alhamdulillah. Rezeki susu ibu untuk Ammar Mikhail kembali ada sehingga lah sekarang. Dia dah 2 tahun 3 bulan okay! Ini gambar latest. Tengah nenen. Haha. Cak!
Saya akui menyusu badan itu tidak mudah tetapi tidak mustahil. Selagi ada kemahuan, pasti ada jalan. Jangan mengeluh 'kenapalah susu aku sikit tapi susu Si Melah tu banyak' sebaliknya tanya pada diri sendiri 'apa lagi yang aku belum buat nak tambah susu ibu untuk anak kesayangan aku ni?'.
Adakah susu badan korang menyusut, berkurang atau dah kering? Inilah suplemen Shaklee yang membantu saya:
Haa, korang pun bolehlah amalkan Set Asas Menyusu Shaklee yang superb ni sekarang! Terdiri daripada ESP (Energising Soy Protein), Alfalfa Complex dan Ostematrix. Klik Order Now di bawah untuk belian terus (direct) di laman web Shaklee..
..atau boleh juga WhatsApp atau email saya dulu untuk bertanya2 dan berkenalan gitu.
Bukan saya sahaja ye yang berjaya meriahkan susu badan dengan bantuan suplemen Shaklee. Pn Farah Wahida juga telah berjaya dan beliau kongsikan caranya di video ini:
https://vimeo.com/114857359?from=facebook
Sekarang ni kalau imbau2 balik, ada sedikit rasa kesal kerana saya bertindak amalkan semula suplemen ini hanya apabila anak dah masuk umur 10 bulan. Korang mungkin belum terlambat! Kalau dah terlambat pun, bertindak lah sekarang. Jangan mengalah sebelum berusaha!
Selamat berShaklee. :)
Salam sayang,
mmy zuli
WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
FB: Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor
No comments:
Post a Comment