Wednesday, 23 July 2014

Testimonial | SETAHUN AMAL KEDUT BAWAH MATA HILANG!

Kedut bawah mata dah hilang! Wink wink.
Belek2 muka, baru perasan kedut saya dah hilang you all.

Apa rahsia? Haa, saya ada 3 suspect utama! Jeng jeng jeng.

Cerita sejarah dulu sikit. Tahun 2010, kulit saya teruk. Kering dan mula berkedut. Saya akur sebab umur dah nak masuk 3 series. Then ada gak geng yang sama baya pun update kat FB yang depa dah mula ada wrinkles. Lega sikit. Tapi dalam hati tetap rasa tak puas hati. Namun tiada apa pun yang saya buat sebab sibuk bekerja barangkali. Bukan sebab tak kisah tau.

2010 tu jugak saya bertemu jodoh. Alhamdulillah, 2011 saya hamil dan 2012 kami menimang cahaya mata.

Sepanjang hamil, saya dah kena racun dengan misi untuk penyusuan ekslusif. Lahir je Mikhail, saya tekad untuk laksanakannya. Malangnya baru seminggu saya jadi stress! Puting pecah, sakit yang amat. Nyusu anak, air mata terbit sendiri. Tahan sakit. Bila Apabila refer mak, mak mertua, makcik, semua cakap yang diorang pun dulu hadapi perkara yang sama. So, takda sebab saya nak mengalah kan? Mereka boleh, kenapa tidak saya? Maka saya teruskan niat saya untuk penyusuan ekslusif.

Namun setelah berjaya tempuhi dan atasi rasa sakit tersebut, saya jadi stress semula sebab Mikhail 24 jam bergayut. Orang cakap anak lelaki kuat menyusu. Tapi si Mikhail ni punya kuat sampai saya memang tak boleh nak buat stok. Makanya, saya pun menggugel. Terus terberkenan nak cuba Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Shaklee. Beli. Makan.

Saya start makan masa Mikhail umur 2 minggu. Alhamdulillah, Cik B cepat terasa penuh. Mikhail kurang meragam. Yang paling best, saya dah ada 'snek' nak alas perut yang memanjang lapar dek penangan nyusukan Mikhail. Asal lapar je, saya bancuh ESP dengan Milo 3in1. Sedap dan memang teralas perut ni. Badan pun rasa lebih bertenaga. Sebulan saya amal sehingga habis pantang. Habis pantang, ESP habis. Saya stop makan.

Hari ke 45, merdeka! Suami bawa kami berjalan. Huh sangat teruja okay. Sebab pertama, sebab dapat berjalan. Sebab kedua, sebab ramai yang puji kata complexion kulit saya sangat cantik. Kakak saya la yang beriya-iya tanya pakai produk apa. Huh, masa pantang mana la saya ada tepek apa2 kat muka ni. Then adik saya ingatkan, 'KakWi kan minum ESP masa pantang'! Oh ya. Tak teringat pun. Sepanjang hari saya menyengih atas pujian itu. Hihi.

Namun dukacita saya maklumkan bahawa saya tak teruskan pun minum ESP tu. Dah habis secanister tu, habis lah. Sehinggalah susu badan saya merundum dan di usia 10 bulan, Mikhail dah pun minum susu formula kat rumah. Waaaa! Rasa sangat tak best okay. Terus tersedar mana perginya azam nak nyusu badan hingga 2 tahun??

Saya pun belilah ESP lagi untuk bantu capai misi saya dan kemudiannya terus join membership Shaklee. Haaa, korang boleh dapatkan tips bagaimana saya atasi masalah susu yang menyusut di usia anak 10 bulan tu di sini.

Alhamdulillah. Mikhail dah pun 2 tahun lebih sekarang. So dah lebih setahun la saya minum ESP walaupun ada la jugak waktu yang culas. Hihi. Culas2 pun, taa daaa.... kedut bawah mata saya dah hilang okay!

Tapi itu la, selain ESP yang saya dah amal lebih setahun, saya pun dah setahun gunakan skincare Shaklee iaitu NUTRIWHITE dan ENFUSELLE. Sebab tu la saya cakap saya ada 3 suspect utama. :)

Apa skincare yang saya pakai? 

Mula2 saya gunakan Set Enfuselle untuk kulit berminyak. Memang set ini berkemampuan tinggi untuk absorb minyak kat muka saya hingga end up kulit muka saya jadi kering. Baru lah saya tersedar yang kulit saya bukan kulit berminyak.

So, habis set tu saya tukar kepada Set Enfuselle untuk kulit kering. Haaa, baru sesuai. Lembap je muka ni dek oi. Sebenarnya memang ramai pun orang yang tak dapat kenalpasti jenis kulit sendiri. Lepas tu salahkan produk. Haihh..

Habis set yang itu, saya mencuba pula Set NutriWhite. Oh juga sesuai dengan saya! Ha, sampai sekarang saya masih gunakan NutriWhite.

Tak kenal Set Enfuselle? Jom berkenalan. Klik sini.
Nak tau Set NutriWhite mana yang saya pakai? Klik sini.

Tak kisah lah siapa pun yang punya angkara. Yang pasti saya sangat happy sebab kedut bawah mata sudah tiada lagi. Oh ya, 7 Julai baru ni saya dah pun berusia 33 tahun. Umur bukan lagi rahsia. Umur hanya lah angka. Ceeewahh~

:)


Salam sayang,
mmy zuli

No comments:

Post a Comment