Tuesday, 15 July 2014

Resepi | CORNFLAKES MADU TRY N ERROR

First attempt saya buat biskut ni (biskut ke?) saya konpius gak dengan pelbagai resepi yang ada. Mana satu nk ikut ni?? Balik kerja, saya tawakal je main belasah. Tak tengok resepi tapi yang saya ingat ada satu blog tu guna 120gm butter untuk sekotak cornflakes. Berapa berat cornflakes terlupa nak tengok. Buka fridge ada satu buttercup yang dh guna lebih suku. Buttercup tu 250gm sebuku, so yang belen tu lebih kurang 160gm gitu kot. 

Letak kuali atas dapur, api kecil, masuk butter semua, kacau-kacau bagi cair, masuk 2 sudu besar gula pasir dan 2 sudu besar madu, kacau lagi hingga larut, tutup api, dan dalam kuali tu jugak saya curah Nestle Cornflakes sekotak berat 375gm. Gaul rata. 

Saya puasa, tak dapat rasa. Tak yakin, saya tambah lagi satu sudu gula pasir dan satu sudu madu tabur je atas cornflakes tadi dan gaul lagi. Ahak. Kemudian sudukan dalam paper cup, susun atas tutup dulang dan bakar dalam oven suhu 150-180'c lebih kurang 10 minit. Cornflakes akan keperangan dan bertaut. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam balang. Siap! Tadaaaa:



Apa rasanya? Sedap! Habis semuanya sekali ngadap adik beradik suami yang lepak rumah tengok World Cup. Tapi bagi saya macam terlebih butter dan agak manis juga. 

So, untuk 2nd attempt saya buat dengan cara yang sama tapi saya alter sikit resepi seperti berikut:

Cornflakes Kelloggs 325gm
(lebih ringan)
Buttercup 125gm
(bahagi dua je)
2 sudu gula pasir
2 sudu madu
Secubit garam

Saya guna sudu yang warna merah ni:


Dan ini hasilnya:


Sedap? Emm sesuai untuk yang tak berapa suka manis dan inginkan rasa lemak-lemak cornflakes tu masih mengatasi rasa butter. Adik ipar cakap sedap. Tapi saya rasa macam yang first attempt banyak butter tu yang sedap. Antara cornflakes Nestle dan Kelloggs, better yang Nestle kot. Tebal sikit. Tapi kalau boikot Nestle, Keloggs pun sedap juga!

3rd attempt, kena tunggu restock cornflakes. Saya nak buat macam yang 1st tu tapi nak campur kacang tanah kisar kasar dan nak tabur bijan hitam (cadangan kawan saya) ke sugar rice ke chocolate rice ke asalkan bukan ceri untuk hiasan. Saya tak suka ceri. Tet~

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment