Wednesday 20 August 2014

Keliru | SUPLEMEN VS REAL FOOD (Part III)

Kadang2 apabila scroll feed di FB, ada status yang menyinis.

Tulisnya: "Kalau dah jadi pil, tablet, kapsul, serbuk, takde lah semulajadi namanya." 

Ataupun: "Kalau nak yang semulajadi, makan lah ulam bukan suplemen."

Mungkin dia menyinis kerana terbaca di mana2 yang menyatakan bahawa Suplemen Shaklee ialah Suplemen Semulajadi.

Oh, sungguh tak sesuai nak lagakan istilah Suplemen Semulajadi tersebut dengan makanan semulajadi atau sumber alam lain yang belum diproses. Jika ingin lagakan, lagakan lah Suplemen Semulajadi vs Suplemen Sintetik.

Jadi, apa maksud Suplemen Semulajadi?


Maksudnya ialah suplemen Shaklee diekstrak daripada sumber semulajadi. Ramuan-ramuannya diambil daripada buah-buahan, bunga-bungaan, segala macam jenis tumbuhan dan juga haiwan.

Apa bezanya dengan Suplemen Sintetik?


Suplemen Sintetik ialah suplemen yang terhasil apabila bahan kimia A diadun dengan bahan kimia B menjadi bahan kimia AB. Dengan kata lain suplemen ini mengandungi bahan kimia yang dicipta di makmal sains.


Bagi Suplemen Shaklee, adalah diakui suplemen ini ialah makanan tambahan yang telah diproses. Memang rupa semulajadi sumber-sumbernya telah berubah tetapi asal-usul sumbernya tetap dari alam semulajadi. 

Analoginya, sama macam korang makan buah tembikai. Yang dah diblend jadi jus tu tetap berasal dari buah tembikai tetapi rupa semulajadinya telah berubah kerana buah itu telah diproses. Jus tembikai yang anda blend tadi masih lagi jus semulajadi. Tetapi jika anda bancuh kordial tembikai yang dah diadun dengan perasa dan pewarna tiruan, masih wajarkah ia dipanggil jus semulajadi?

Kalau maksud 'semulajadi' itu termasuk rupa asalnya, bagaimana dengan ikan yang telah diproses menjadi keropok lekor? Ikan di dalam keropok itu telah berubah rupa, maka ikan yang menjadi ramuan keropok lekor tadi sudah tidak semulajadi kah? 

Andaikata wujud keropok lekor lain yang diproses dengan adunan tepung dan 'perisa ikan tiruan' semata (bukan ikan sebenar), tidak wajarkah penjual keropok lekor yang ori tadi claim (mendakwa) bahawa hanya ikan semulajadi digunakan sebagai ramuan keropok lekornya? 

Pada waktu itu mungkin akan keluar dakwaan Keropok Lekor Mmy Zuli ialah keropok lekor semulajadi bukan keropok lekor sintetik. Gitu.

Nampak?

Jika belum baca, jemput baca Suplemen VS Real Food - Part I dan Part II.

Jangan salah faham lagi ya!

Salam sayang,
mmy zuli

No comments:

Post a Comment