Showing posts with label kalori. Show all posts
Showing posts with label kalori. Show all posts

Wednesday, 27 August 2014

Kurus | BERAPA NILAI KALORI MAKANAN ANDA?

Berapakah jumlah kalori yang anda ambil setiap hari? Jom kita lihat jumlah kalori dalam makanan yang biasa diambil oleh kita, rakyat Malaysia.

Makanan Karbohidrat


Nasi Putih (2 genggam) = 222 kalori
Nasi Lemak bersambal (2 genggam) = 400 kalori
Nasi Goreng bertelur (2 genggam) = 635 kalori
Nasi Briyani (2 genggam) = 448 kalori
Nasi Ayam (2 genggam) = 278 kalori
Nasi Dagang (2 genggam) = 508 kalori
Nasi Tomato (2 genggam) = 347 kalori
Mee Goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee Sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee Bandung (semangkuk) = 339 kalori
Mee Kari (semangkuk) = 318 kalori
Mihun Goreng (sepinggan) = 550 kalori
Kuetiau Goreng (sepinggan) = 582 kalori
Pulut (segenggam) = 185 kalori
Roti Canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Roti Naan (sekeping) = 308 kalori
Roti Putih (2 keping) = 156 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Tosai (sekeping) = 205 kalori
Emping Jagung kosong (secawan) = 160 kalori
Sandwich Sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur Kacang Hijau (semangkuk) = 100 kalori

Makanan Protein


Telur Goreng (sebiji) = 110 kalori
Telur Rebus/Separuh Masak (sebiji) = 78 kalori
Ikan Kembong Kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan Tenggiri Goreng Bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan Kembong Goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan Senangin Masam Manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging Lembu Kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam Kari berkuah (seketul) = 250 kalori
Ayam Goreng (seketul) = 255 kalori
Ayam Tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sate Daging/Ayam (5 cucuk) = 180 kalori
Sambal Udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal Sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Tauhu Goreng (sekeping) = 110 kalori
Tempeh (secawan) = 320 kalori

Kuih Muih/Snek


Kasui berkelapa parut (sepotong) = 160 kalori
Kuih Lapis (sepotong) = 130 kalori
Bingka Ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia Goreng (satu) = 130 kalori
Popia Basah (satu) = 95 kalori
Pisang Goreng (satu) = 130 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Kek Biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Kek Keju (sepotong) = 257 kalori
Keropok (sebungkus) = 430 kalori
Kerepek/Rempeyek (sebungkus) = 350 kalori

Buah-Buahan/Sayur


Sup Sayur (1/2 cawan) = 30 kalori
Sayur Goreng (1/2 cawan) = 85 kalori
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 20 kalori
Pisang Emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu Batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Pear (sebiji) = 53 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Rambutan (5 biji) = 50 kalori

Minuman (segelas)


Air Kosong = 0 kalori
Teh Tarik = 83 kalori
Milo Ais = 178 kalori
Kopi Susu = 143 kalori
Nescafe Susu = 94 kalori
Sirap Bandung = 150 kalori
Air Soya = 60 kalori
Jus Oren = 112 kalori
Jus Tembikai = 80 kalori
Air Tebu = 184 kalori
Air Kelapa = 110 kalori
Air Birkabonat = 120 kalori
Air Kotak = 105 kalori

Maklumat di atas keseluruhannya saya perolehi daripada laman Facebook milik Shahir Fitness Innovations. Jika pemilik laman ini berkehendakkan saya delete entry ini, mohon email saya di gojesmami@gmail.com.

Pape pun BIG Thank You atas perkongsian ini yang telah anda coretkan di laman Facebook anda!

Ehem. Cuba korang tengok jumlah kalori air kosong.

Salam sayang,
mmy zuli




Sunday, 24 August 2014

Kurus | APA ITU KALORI DAN METABOLISMA?

Kalori ialah unit tenaga dalam makanan


Setiap makanan mempunyai jumlah tenaga yang pelbagai. Tinggi kalori, bekal kita lebih tenaga. Tetapi tinggi kalori belum tentu buat kita rasa bertenaga. Aikk? Ini kerana rasa bertenaga itu juga dipengaruhi oleh semangat dan motivasi serta faktor kesihatan seseorang termasuklah kadar metabolisma. Jika kurang kalori pula, tenaga kita tidak boleh pergi jauh walaupun kita bersemangat dan sihat. Kita tetap perlukan tenaga daripada makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ehem. Kalori tidak sama dengan kolesterol. Jangan keliru ya. 

Tinggi kalori juga tidak bermaksud beri rasa lebih kenyang! Kenapa ahli sukan mengambil Energy Bar? Sebab Energy Bar mampu memberi kalori tambahan tanpa mendatangkan rasa kenyang keterlaluan. Kalau terkenyang macam mana nak bersukan ye dak?

Maksudnya di sini makanan yang mengenyangkan belum tentu kalori tinggi dan makanan yang tidak mengenyangkan belum tentu kalori rendah. Anda boleh buat pilihan. Nak tau berapa nilai kalori dalam setiap makanan? Rujuk entry saya di sini.

Biasanya kalori akan dikaitkan apabila individu ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Yang nak tambah berat jarang saya jumpa walaupun ada. Yang nak kurangkan tu yang ramai.

Setiap individu ada jumlah kalori tertentu yang diperlukan setiap hari untuk laksanakan tugas hariannya. Maksudnya jumlah kalori ini akan terbakar hanya dengan melakukan rutin harian walaupun indivdu itu tidak bersenam. Hatta kita tidur sepanjang hari pun, ada kalori yang terbakar ok. 

Oleh itu, jika anda ingin tambah berat, anda perlu tambah pengambilan kalori supaya melebihi keperluan kalori harian anda. Jika anda ingin kurangkan berat, anda perlu pastikan pengambilan kalori anda kurang daripada keperluan kalori harian atau bersenamlah agar kalori yang terlebih dapat bertukar menjadi tenaga dan tidak tersimpan di dalam tubuh lalu bertukar menjadi lemak.

Ya, karbohidat atau protein yang tidak digunakan (tidak bertukar menjadi tenaga) akan menyebabkan karbohidrat atau protein itu bertukar menjadi lemak! Lemak terkumpul menyebabkan inci tubuh anda bertambah seiring dengan pertambahan berat badan lalu jadilah anda insan yang dikatakan obes atau gemok. Oh tidak!

Nak tau berapa jumlah keperluan kalori harian anda? Gugel sahaja. Banyak kalkulator online disediakan. Salah satunya di sini.


Metabolisme Tubuh Membakar Kalori


Dalam pada anda menjaga pengambilan kalori untuk kurus, anda juga kena pastikan kadar metabolisma anda kekal tinggi. Salah satu cara untuk naikkan atau kekalkan metabolisme tubuh yang tinggi ialah dengan kekal kenyang. Rasa kenyang akan bagi signal kepada tubuh untuk terus bekerja menukarkan kalori kepada tenaga. 

Metabolisma ialah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Apabila lapar, kadar metabolisme akan menurun agar kurang tenaga dihasilkan. Ya badan kita unik, boleh adjust kadar metabolisma semasa kita lapar dan semasa kenyang. Namun apabila metabolisme menurun, nak naikkan balik tu yang susah. Maka tidak peliklah jika anda masih tidak kurus walaupun anda berlapar!




Suplemen Membantu Anda Kurus


Di sini lah suplemen boleh membantu anda. Suplemen bantu anda beri rasa kenyang dan bantu tingkatkan metabolisma tubuh. Suplemen bantu anda mengawal pengambilan kalori. Malah ada suplemen yang membantu anda membakar lemak (tukar lemak kepada tenaga). Ada juga suplemen yang mampu mengemulsi lemak agar dapat terurai untuk disingkirkan oleh tubuh. Dan suplemen juga boleh membantu proses pembuangan atau penyingkiran tersebut.

Semua bantuan di atas, anda boleh perolehi dalam Set Slimming Shaklee. Saya akan perkenalkan Set Slimming ini dalam entry yang akan datang.

Saya lebih suka jika anda ketahui dahulu apa itu kalori dan apa itu metabolisme serta bagaimana keduanya memberi kesan kepada usaha anda untuk kurus! 

Moga penerangan ini mudah difahami dan bermanfaat.

Salam sayang,
mmy zuli