Showing posts with label suplemen. Show all posts
Showing posts with label suplemen. Show all posts

Monday, 1 September 2014

Promo | SHAKLEE COLLAGEN POWDER DAN MEALSHAKES

Setiap awal bulan, kami akan terima SMS notifikasi daripada Shaklee tentang promo bulanan yang ditawarkan.

Bulan ini, September 2014 sangat istimewa kerana kami dikejutkan dengan dua SMS bukan satu seperti kebiasaannya.

Berikut petikan SMS yang kami terima:

RM0.00 Shaklee: Sept'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder. Place your order now! TQ.
dan
RM0.00 Shaklee: Meal Shakes - Buy 3 Free 1 promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ. 

Promosi berganda you all.


Collagen Powder


Siapa nak cantik, nak transform kulit kusam tak sihat kepada sihat dan bebas cela, wajar grab offer kolagen hebat Shaklee ni. Kalau konsisten ambil sepeket setiap hari, tak perlu tunggu lama, lepas 2 bulan dah nampak hasil. Jeragat pudar dan hilang, kedut-kedut pudar dan hilang, rambut lebih subur, sendi lebih sihat, kulit lembap, jadi mulus lembut macam kulit baby gitu. 


Meal Shakes


Siapa yang jenis susah makan pil atau anak spesis picky eater memilih makan manjang takde selera, wajar rebut promo minuman MULTIVITAMIN Meal Shakes Shaklee tu. Sedap dan senang nak bancuh dan senang nak minum. Insya Allah bantu tambah selera anak. Anak-anak korang tentu suka punya. Nyum nyum! All this while kalau promo pun kena beli 6 baru percuma 1. Tapi kali ni beli 3 je dah dapat extra 1. Korang tak mau ke??


Shaklee Collagen Powder dan Meal Shakes

Ha, cepat-cepat siapa berminat hubungi saya sekarang. Kita bisik-bisik harga.

your gojes SID,
mmy zuli

WhatsApp : 0192286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar

Tuesday, 19 August 2014

Sihat | HERBA ALFALFA SI JAMU MODEN

Saya Melayu, keturunan Jawa.
Arwah atuk khabarnya pernah mengusahakan jamu/maajun.
Arwah nenek saya makan jamu. Cantik orangnya.
Mak saya makan jamu masa muda2. Sihat orangnya.

Saya juga makan jamu. Zaman anak dara. Lebih-lebih lagi masa saya bekerja di KL. Agak tegar juga mengamalkannya. Namun selepas ditukarkan ke Sarawak, saya mula culas dengan amalan saya. Terlalu sibuk barangkali.

Ditakdirkan saya bertemu Shaklee semasa berpantang. Kerana berusaha untuk tambah susu badan, saya berkenalan dengan Alfalfa Complex Shaklee. Masa ni saya dah bertugas semula di KL. Memang dah lama tak makan jamu. Hasrat nak teruskan makan jamu tu terbantut sebab saya hamil. Oh ya, saya dapat bertukar ke KL selepas 5 bulan berkahwin dan sebulan kemudiannya saya hamil.

Tapi saya culas juga makan Alfalfa ni. Saya lebih teratur ambil ESP (Energising Soy Protein) semasa itu. Keculasan saya ambil Alfalfa ni berterusan.

Bukan sebab Alfalfa tak best. Atau tak bagus. Atau tak bermanfaat. Tapi saya ada masalah menelan pil atau tablet. Bukan tak boleh. Tapi saya perlukan air yang banyak. Satu biji satu masa. Memang jeles bila tengok suami boleh telan 6 biji alfalfa sekaligus. Oh tidak untuk saya. Jadinya, saya lebih fokus dan dahulukan mengambil suplemen lain yang dosnya hanya sebiji dua sehari. 6 teguk air, saya boleh dapatkan manfaat antara 3 ke 5 jenis suplemen yang berlainan. 

Saya bukan tidak tahu Alfalfa boleh dilarutkan dalam air panas. Tahu. Tapi entah kenapa tak terbuka hati nak amalkan sedemikian rupa. Saya masih tetap ambil sekali sekala.

Rugi sungguh saya!

Sekarang, saya tak mahu lagi kerugian kerana tak amalkan Alfalfa ni. Saya dah masukkan Alfalfa dalam list wajib ambil saya. Haha. 

Mudah je. Larutkan sahaja dalam air panas. Kacau. Dan glup glup glup minum! Pengamal tegar jamu macam saya, larutan air Alfalfa ni langsung tak mencabar. Malah saya rasa segar lagi menyegarkan!

Banyak tau manfaat Alfalfa ni.

Yang paling glamer, untuk detoks! Memang sejak amalkan, perut saya dah kempis. Hihi. Kurus tapi kalau ada perut (maksud saya buncit la ye) pun buruk okay. Seronok sangat seluar lama dah boleh pakai balik. :)

Manfaat lain Alfalfa yang buat saya gelar ia sebagai jamu moden ialah:

- Ketatkan faraj aka vagina. Ehem ehem. Ala-ala Manjakani gitu.
- Beri tenaga. Ala-ala Kacip Fatimah gitu.
- Sihatkan rahim. Malah bantu kecutkan rahim bagi yang sedang berpantang.
- Atasi keputihan.

Haaa, macam makan jamu kan. Manfaat macam jamu tapi tidak sepahit jamu. Kalau air rebusan akar kayu tu, pahit yang amat i tell you. Hikss.

Apatah lagi Shaklee hanya menghasilkan produk yang berkualiti. Shaklee Different atau Perbezaan Shaklee didukung oleh ujian klinikal bernilai beratus juta dolar. Idak ler untuk hasilkan Alfalfa sahaja tapi untuk semua produknya. Jadi saya rasa sangat selamat untuk amalkan suplemen Shaklee ni. Halal pun halal. Dan Shaklee tidak menyumbang kepada Israel ok.

Macam Alfalfa Complex ni, hanya diekstrak daripada daunnya ok. Bukan akar. Bukan biji benih. Ada sebabnya kenapa hanya daun yang dipilih. Itu antara perbezaan Alfalfa Shaklee berbanding Alfalfa jenama lain.

Manfaat lain lagi, saya coretkan di entry akan datang je la eh?

Haa, gini lah rupa Alfalfa Complex tu. Sangat praktikal okay! Nak larutkan 10 biji sekaligus pun boleh.


Korang taknak cuba ke? Boleh cantik macam saya. Eh perasan sudah. Haha.

Peace yo!

Salam sayang,
mmy zuli

your gojes SID
WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
Facebook: Zuliana Mohd Rafar





Saturday, 16 August 2014

Sihat | CARA MAKAN GLA COMPLEX

Cara makan yang tertera di botol ialah 1 biji, 2 - 3 kali sehari.

Dengan kata lain, GLA Complex disarankan pengambilannya sebanyak 2 - 3 biji sehari.

Saya pula suka sarankan customer saya ambil 2 biji sehari sebab sebotol ada 60 biji, makanya dapatlah cukup2 untuk sebulan.

Soalannya: Ada ke cara makan yang spesifik untuk wanita yang ingin hamil?


Ramai SID (Pengedar Shaklee) sarankan TTCian (ladies yang tengah Try To Conceive) supaya makan start dari hari pertama datang bulan hingga hari subur kemudian stop. Jika hamil, syukur alhamdulillah. Jika tidak, ulang balik step tadi.

Namun ramai customer atau mungkin SID itu sendiri tidak tahu kenapa cara makan tersebut disarankan.

Stop pada hari subur (selalunya hari ke 14 atau 15 dalam kitaran haid normal) itu hendaklah disusuli dengan aktiviti 'bersama' suami pada hari yang sama. Jika tidak bersama suami atau proses sperma berenang2 mencari ovum untuk bersenyawa itu tidak berlaku, wanita tadi boleh teruskan makan GLA macam biasa.

Tujuan stop makan pada hari subur aka hari mungkin berlakunya persenyawaan ialah kerana GLA Complex bersifat antioksida. Sifat antioksida itu sangat bagus untuk kesihatan sistem reproduktif wanita tetapi tidak sesuai untuk perkembangan awal janin.

Andaikata tereksiden hamil sedangkan korang memang tengah amalkan makan GLA, jangan risau. Insya Allah janin anda selamat. Namun sebagai langkah berjaga2, hentikan pengambilan GLA sebaik sahaja anda tahu anda hamil.

Soalan lagi: Kalau haid tidak teratur, macam mana nak tau hari subur?


Saranan saya, ambil GLA Complex sehingga haid anda teratur dahulu sebelum anda TTC.

Soalan lagi: Bagaimana pula dengan mereka yang ada cyst?


Ramai berjaya atasi cyst dengan pengambilan GLA Complex. Ada juga yang mendakwa, GLA Complex tidak memberi kesan kepada cyst mereka. Memang lumrah, kesan suplemen adalah berbeza antara individu.

Namun, saya tetap sangat suka sarankan pesakit cyst ambil GLA Complex sebab biasanya pembentukan cyst berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dan GLA Complex sangat hebat dalam memperbaiki keseimbangan hormon kita.

Saya juga sangat yakin untuk sarankan pesakit cyst ambil GLA Complex kerana pengalaman kakak saya sendiri yang telah tidak datang haid berbulan akibat cyst, berjaya haid semula dan cyst nya hilang apabila di scan selepas makan GLA Complex tidak sempat habis sebotol! 

Memang saya terharu sangat bercampur teruja semasa kakak maklumkan perkara ini. Kakak sendiri beb! Tapi sayangnya masa tu saya tak terfikir pun nak simpan coversation kami untuk dijadikan testimonial. Adoi. Tapi takpe, saya akan cuba imbau semula kronologi dan perbualan kami untuk dikongsikan dalam entry yang akan datang.

Untuk pesakit cyst, bolehla ambil 3 biji sehari. Jika ingin ambil lebih pun boleh tapi seeloknya dapatkan nasihat doktor.

Memang ada pun tau customer SID lain yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio (saya kurang pasti masalah sebenar customer beliau tetapi memang berkaitan sistem peranakan) ambil hingga 8 biji sehari dengan pemantauan doktor, akhirnya hamil selepas 6 bulan amalkan GLA Complex. Rezeki dia, alhamdulillah. Syiok kan? Berkat istiqamah barangkali.

Ada soalan lagi? Haha.

Meh jadi customer saya meh. Saya boleh bagi konsultansi percuma.

:)

Salam sayang,
mmy zuli

Jom korang, makan GLA! Nak tau apa lagi manfaat GLA Complex ni, sila klik sini. Lepas tu jangan lupa contact saya seperti di bawah untuk order ok!

WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Thursday, 14 August 2014

Sihat | BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU ANDA UNTUK HAMIL

GLA Complex Shaklee membekalkan tubuh dengan asid lemak Omega 6 iaitu Asid Gamma Linolenik (GLA) semulajadi yang diekstrak daripada bunga Borage. Selain minyak bunga Borage, GLA Complex juga mengandungi minyak biji benih bunga Matahari dan Vitamin E.

Persoalannya: Bagaimana suplemen ini membantu anda untuk hamil?

Pertama, GLA Complex membantu seimbangkan hormon wanita.


- Apabila hormon seimbang, kesihatan dalaman wanita meningkat. Malah kandungan Vitamin E di dalamnya juga membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduktif wanita serta menguatkan rahim.

- Apabila hormon seimbang, masalah yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon seperti cyst dan lain-lain yang selama ini mungkin menjadi punca anda gagal hamil, mungkin dapat diatasi. Memang telah terbukti ramai yang berjaya atasi masalah cyst mereka selepas amalkan GLA Complex.

- Apabila hormon seimbang, aturan/kitaran haid dapat diperbetulkan dan aliran haid juga lebih lancar. Kitaran haid yang teratur memudahkan anda menentukan hari subur anda.

Keduanya, GLA Complex membantu menghasilkan cecair mukus wanita.


- Cecair mukus ialah cecair yang terhasil di serviks/faraj wanita. Rupanya seperti putih telur yang mentah.

- Cecair ini mampu memberi keselesaan kepada hubungan suami isteri dengan bertindak umpama cecair pelincir. Keselesaan memberi peluang untuk anda tingkatkan kekerapan hubungan. Kekerapan yang tinggi pula dapat meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil.

- Sifat cecair mukus juga sangat sesuai sebagai medium untuk sperma berenang ke arah ovum malah membantu sperma untuk hidup hingga 5 hari lamanya. Medium yang sihat dan tempoh jangka hayat sperma yang panjang meningkatkan lagi kebarangkalian ia berjaya menjumpai ovum untuk bersenyawa.

:)

Haa, itu lah sebabnya kenapa GLA Complex disarankan untuk wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Berita baiknya, bukan itu sahaja manfaat GLA Complex tau!

Boleh klik sini untuk ketahui manfaat GLA Complex yang lain.

Dan klik sini untuk ketahui cara makan untuk hamil.

Salam sayang,
mmy zuli

your gojes SID
WhatsApp: 0192286464
Facebook: Zuliana Mohd Rafar
Email: gojesmami@gmail.com

Tuesday, 12 August 2014

Sihat | PANDUAN MEMILIH MULTIVITAMIN

Hai korang. Apa khabar?
Hari ni saya nak cerita tentang MULTIVITAMIN.

Multivitamin adalah basic suplemen yang pada saya semua orang kena ambil terutamanya kalau jenis malas nak ambil macam2 suplemen. Kenapa? Sebab multivitamin mengandungi semua vitamin dan mineral asas yang diperlukan oleh badan kita. Makanya, ia sangat2 membantu memenuhi keperluan badan seperti yang disarankan oleh USRDA (United State Recomended Daily Allowance).


So, macam mana nak pastikan multivitamin yang kita ambil tu adalah yang terbaik atau tidak? Senang je nak tau, jom semak multivitamin tersebut dengan checklist berikut:



Pertama, multivitamin tersebut mestilah mengandungi kesemua 19 nutrien asas iaitu:



  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Phantothenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxin)
  • Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin B9 (Folate/Folic Acid)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)
  • Mineral Kalsium
  • Mineral Magnesium
  • Mineral Fosforus
  • Mineral Iodin
  • Mineral Zat Besi/Iron
  • Mineral Copper/Kuprum
  • Mineral Zinc
  • Jika ada yang missing, suplemen tersebut tidak wajar digelar sebagai multivitamin ok!


Kedua, amaun nutrien hendaklah seimbang dan peratusan DV (Daily Value) yang ditunjukkan mestilah berdasarkan USRDA. Boleh semak perkara berikut:



  • Nisbah mineral Zinc dan Kuprum mestilah 1:1. Jika peratusan DV bagi Zinc ialah 100%, maka peratusan DV bagi Kuprum juga hendaklah sama 100%.
  • Amaun Vitamin A tidak boleh melebihi 2 kali ganda daripada yang disarankan oleh USRDA iaitu 5000 IU jika bersumberkan daripada minyak ikan/haiwan. Kenapa? Kita kan disarankan untuk wasadtiah dan tidak berlebih2. Hehe. Well, sebabnya ialah Vitamin A dari sumber haiwan lebih cenderung untuk memberi kesan toksik jika diambil berlebihan.
  • Nisbah mineral Kalsium, Magnesium dan Fosforus mestilah hampir sama, 1:1:1. Peratusan mungkin akan kurang daripada 100% kerana kos menyebatikan ketiga2 mineral ini mahal tetapi pastikan nisbahnya seimbang.
  • Vitamin yang mahal iaitu Biotin dan Folate hendaklah dibekalkan dalam peratusan yang tidak terlalu besar jurangnya dengan vitamin dan mineral lain. Ada multivitamin yang bekalkan sehingga 600% bagi B1 tetapi cuma 3% bagi Asid Folik, kan besar jurangnya tu! Ada gak yang langsung tak bekalkan Biotin sebab nak jimat kos. Tak aci!
  • Semua Vitamin B (kecuali B7 dan B9 - biasanya digelar sebagai Biotin dan Folate/Asid Folik) hendaklah dalam nisbah yang hampir sama, 1:1. Contohnya jika peratusan DV bagi B1 ialah 120%, maka peratusan DV bagi B2, B3, B5, B6 dan B12 hendaklah lebih kurang 120% juga. Vitamin B ni larut air so tak perlu risau jika peratusan DV nya tinggi sebab ia akan disingkirkan jika berlebihan.



Tips lain?

  • Jangan terpedaya dengan iklan yang melebih2, sebaliknya semak perkara di atas.
  • Multivitamin biasanya perlu diambil lebih dari satu tablet sehari kerana satu tablet sahaja tidak dapat menampung keperluan asas vitamin dan mineral harian kita.
  • Tiada keperluan bagi multivitamin dalam bentuk pelepasan bermasa (sustained release) kerana tidak semua nutrien dapat diserap di sepanjang usus, terdapat vitamin dan mineral yang hanya diserap dengan maksimum dalam perut atau bahagian pertama usus kita. Nanti membazir je kalau dah sampai hujung usus baru dilepaskan.
  • Carilah suplemen yang disahkan dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia atau pewarna, perisa dan pengawet kimia! Yang tiruan2 tu adunan bahan kimia la tu.

Ok, jelas?
Kalau nak lebih jelas lagi, korang boleh cari buku yang ditulis oleh Dr Bruce B Miller.

Berita baiknya, tak perlu lah nak susah2 cari multivitamin apa untuk korang mulakan atau gantikan. Ambil je la multivitamin macam yang saya makan ni. Kompom penuhi checklist yang Dr Bruce B Miller sarankan tu. Malah, korang boleh dapat lebih lagi daripada 19 jenis vitamin dan mineral kat atas tu hanya dengan 2 tablet sehari. Sumber Vitamin A nya pun selamat tau!


Taaraaa:



Vitalea Shaklee
VITALEA IRON FORMULA by Shaklee

Saya bukan setakat makan, malah saya ada menjualnya. Ehem.


Kalau korang atau wife korang tengah pregnant, pun saya sarankan yang tengah pregnant tu ambil Vitalea Shaklee ni. Gandingkan sekali dengan B Complex Shaklee untuk dapatkan bekalan asid folik yang cukup bagi seorang ibu hamil. B Complex Shaklee pun power tau!


Kalau lah korang tau apa bezanya multivitamin keluaran Shaklee ni dengan tablet Obimin yang mungkin korang tengah makan sekarang, kompom korang terus call saya order Vitalea. 


Malah ada kawan lelaki yang ambil Vitalea ni pun puji melangit sebab bagi dia bertenaga, kurang lesu! Nanti saya share testimonial dia tu kat entry akan datang ok. 

Bukan omongan kosong. Cuba sendiri kalau nak tau!


Salam sayang,

mmy zuli


Nak beli tak? Hubungi lah saya:


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor


Friday, 1 August 2014

Sihat | GLA COMPLEX BUKAN SEKADAR UNTUK WANITA

GLA Complex Shaklee ni sinonim dengan EPO (Evening Primrose Oil).

EPO pula sinonim untuk kesihatan wanita.

Makanya ramai yang fikir GLA Complex Shaklee hanya untuk wanita.

Salah, salah, salah.

Kenapa EPO elok untuk wanita? Sebabnya EPO mengandungi sejenis asid lemak (Omega 6) yang dinamakan GLA dan GLA ini lah yang membantu meningkatkan kesihatan wanita.

Kenapa EPO? Tiada tumbuhan lain ke yang mengandungi GLA? Jawapannya ada, namun bunga (Evening Primrose) ini lebih mudah dan murah diperolehi. Sebab tu ramai yang menggunakan EPO untuk dapatkan khasiat GLA tadi.

Bagaimana dengan GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada bunga Borage yang mempunyai GLA yang berkualiti dan berkepekatan lebih tinggi. Dikatakan kepekatan GLA di dalam Minyak Borage ialah 25% berbanding GLA di dalam EPO yang hanya berkepekatan 10%.

Selain itu, GLA Complex juga mengandungi Minyak Biji Matahari. Ini menjadikan GLA Complex istimewa berbanding minyak EPO biasa kerana lengkap dengan kandungan berikut:

- GLA (Asid Gamma Linolenik).
- LA (Asid Linolenik).
- Vitamin E.

GLA Complex Shaklee memang sangat sesuai untuk kesihatan wanita tetapi itu bukan lah satu2nya manfaat GLA Complex.


Berikut ialah antara manfaat GLA Complex:


- Bantu seimbangkan hormon. Jangan silap, ia bantu seimbangkan hormon, bukan bekalkan hormon! Sebab tu orang perempuan ke lelaki ke tiada masalah untuk ambil GLA Complex. Hormon yang seimbang bantu betulkan aturan haid wanita, atasi simptom PMS haid dan menopause (seperti senggugut, moody, sakit payudara dan lain-lain), mengatasi masalah jerawat yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon serta memelihara kesihatan prostat lelaki.

- Bantu hasilkan cecair mukus wanita untuk keselesaan hubungan suami isteri di samping beri persekitaran yang sihat untuk pergerakan sperma. Semestinya ia disarankan dalam Set Kesuburan Wanita.

- Bantu meringankan dan mengurangkan simptom2 yang dialami oleh pesakit diabetic neuropathy seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah seterusnya memperbaiki saraf. 

- Bantu turunkan paras kolesterol dalam badan dan mengawal tekanan darah.

- Bantu kurangkan radang aka bertindak sebagai anti inflamasi. Contoh radang ialah seperti Gout, Arthritis Rheumatoid (radang sendi), masalah gatal-gatal, eczema dan lain-lain. 


Testimoni: 

Makcik saya sendiri yang mengidap simptom Arthritis Rheumatoid tahap jari merekot dan perlu bantuan kerusi untuk solat, kini bebas ubat tahan sakit setelah konsisten amalkan GLA Complex. Best kan!


Oleh itu, siapakah yang sesuai ambil GLA?

- Perempuan yang haidnya tidak teratur.
- Perempuan yang alami senggugut atau PMS yang teruk semasa haid.
- Perempuan yang akan/sedang/telah menopause.
- Perempuan yang sedang berusaha untuk hamil.
- Pesakit diabetes.
- Pesakit arthritis rheumatoid.
- Pengidap eczema.
- Pengidap kolesterol tinggi.
- Sesiapa yang ingin mengatasi masalah jerawat dan jeragat.

- Sesiapa yang kulit cantik dan gojes! :)


Berapa dos yang disarankan?

1 biji, 2-3 kali sehari untuk dewasa.


Siapa yang tidak sesuai ambil GLA Complex?

Bayi berumur 1 tahun ke bawah dilarang ambil suplemen ini. Wanita hamil juga tidak sesuai jika tiada keperluan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada janin. Begitu juga dengan mereka yang mengidap sawan, suplemen ini tidak sesuai untuk anda!

Untuk pengetahuan semua, GLA Complex ini adalah antara suplemen yang customer saya repeat order terutamanya dari kalangan wanita berumur 30an ke atas. 

Haa korang pun nak jadi gojes macam diorang kan? Jom sambar set promo Beli 6 Percuma 1 bulan ni (Ogos 2014).

Cepat-cepat hubungi saya cepat!

:)

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor