Saturday 17 January 2015

Pantang Gugur | TUKANG URUT SAYA

Tukang Urut Pertama - Kak Midah


"Akak ada rumah? Saya nak urut sekarang boleh tak kak? Saya gugur."

Alhamdulillah tukang urut saya ada di rumah.

Kak Midah. Indonesian. Selalunya orang akan mencemik sebab risau berurut dengan bukan warganegara. Tapi kenapa saya berani dan berulang dengan kakak ni?

Akak ni urut tak sampai sejam pun untuk satu badan. Kalau badan saya ni memang selalunya setengah jam sahaja. Dia tangkap urat-urat besar. Yang penting-penting. Nak rasa nikmat dibelai-belai macam kat spa tu idak la. So apa kelebihan beliau?

1. Kakak ni sengkak best. Selalu orang risau bab-bab sengkak ni sebab ianya perlukan kemahiran yang tinggi. Yang buat saya berani mencuba pada awalnya ialah apabila ramai kenalan yang hamil selepas berurut betulkan kedudukan peranakan dengannya. Mungkin kebetulan. Wallahualam. Tapi masa first time dia sengkak memang saya puas hati. Mikhail dah dua tahun gak masa tu rasanya. Anak saya tu suka sangat melompat atas perut hingga buat saya rasa tak sedap di ari-ari dan kerap kencing. Itu lah asal usulnya saya berurut dengan kakak ni.

2. Dekat dengan pejabat saya. Boleh lari jap masa lunch hour. Haha.

3. Saya tak jumpa rakyat tempatan yang setanding dengannya yang senang saya nak buat temujanji berurut.

Dia urut. Mula-mula dia asyik promote jamu dia (macam biasa) suruh saya cuba sebab gugur ni maybe ada masalah dengan peranakan. Saya senyum aje. Sekejap-sekejap saya katakan saya tidak berminat.

Last-last tu dia pula yang asyik puji cakap urat saya ok, perut (peranakan) saya ok. Lepas tu tak putus-putus dia kata memang belum rezeki saya ni dan ulang-ulang doakan saya cepat dapat rezeki semula. Terus tak promote dah jamu dia.

Alhamdulillah. Saya sangat lega. Tadi doktor sahkan Complete Abortion, tak perlu D&C (kisah gugur saya di sini) dan sekarang tukang urut pula kata peranakan saya ok.

Bayarannya RM50. 

Jika berminat, nak cari kakak ni mudah aje. Rumah warna kuning betul-betul sebelah Car Wash yang sederet Masjid Keramat, bawah Lanai Gurney.


Tukang Urut Kedua - Adik Fiza


Selesai urut, saya pulang, senior saya pula WhatsApp. Beliau perkenalkan tukang urut beliau. Orang Kedah dengan kata lain, rakyat tempatan. Boleh datang ke rumah dan ada khidmat bertungku, bertangas (dan lain-lain penjagaan berpantang) selain berurut!

Namanya Fiza. Lebih muda daripada saya.

Terus saya WhatsApp Fiza minta datang esoknya. Rezeki saya, dia available.

Best! Ya, dia urut best. Recommended. Hihi. Boleh sengkak juga tapi saya takleh nak komen bab sengkak ni sebab kedudukan rahim saya dh ok pun masa dia urut saya.

Sekarang ni saya tengah tunggu Fiza datang rumah untuk kali kedua. Saya nak cuba bertangas pula. Hihi.

IG Fiza, tukang urut saya

Jika berminat nak dapatkan khidmat Fiza, boleh visit IG beliau di fiza_home_spa dan dapatkan no hp beliau di situ.

Fiza dah sampai pun. Saya nak bertangas dulu. Bye.

Salam sayang, 
mami zuli



Thursday 15 January 2015

Cinta Hati | KANTUNG KOSONG HAMIL TANPA JANIN (PART 4)

Masuk bilik doktor, doktor di bilik rawatan sebelah. Saja je tau doktor ni buat saya suspen tunggu dia.

"Doc, last two days saya datang scan. Empty sac. Semalam darah turun. I guess dah keluar dah kantung tu."

Complete Abortion


Saya hulur ketulan daging/darah beku yang saya simpan dalam tipuware.

Dr Wan Kamariah buka dan senyum.

"Good. This is Complete Abortion. Dah keluar habis ni. Bagus lah ni tak perlu cuci (D&C)."

Huh, lega saya mendengarnya!

"Besar juga ye."

"Ye doc. Kelmarin tu doc cakap my sac is 2.3cm only but this thing ada 2.3inch kot ni."

Dia senyum.

"Ok takpe. Doktor nak scan you lagi. Kita tengok dalam macam mana."

Doktor yang sangat motherly ni (highly recommended!) bahasakan dirinya 'doktor'. Sambil naik katil, saya berdoa jangan lah ada pape lagi yang tertinggal.

"Ok sayang dah kosong ni. Ni tiub fallopio you. Ni rahim you. Dah takde pape kan? Dan ni dinding rahim you. Ok ni."

Giliran saya pula tersenyum.


Tengok, kantung dah tak ada. Tapi jangan tanya saya yang mana rahim, yang mana tiub fallopio dan yang mana dinding rahim. Haha.


Cuti Sakit dan Tempoh Nifas


"Doc usually berapa hari darah akan turun?"

Jawabnya 14 ke 40 hari. Ada yang lebih. Kalau lebih dan rasa pelik, kena datang jumpa dia balik.

"Is it possible less than 14 days? Sebab macam dah mula sikit la doc."

"Yes, possible. And better. Tu maksudnya darah you dah clear so lebih cepat rahim you akan kecut."

"Doc, macam mana dengan berpantang?" 

"Pantang tu depend la pada you. Hari tu doktor bagi you MC berapa hari ye?"

"Saya apply cuti sendiri je. Doc tak bagi MC."

"Oo ye ke. Okay doktor bagi seminggu. Usually memang seminggu ke 10 hari untuk orang gugur recover. Kalau dah habis MC ni you rasa lemah lagi, boleh jumpa doktor balik tambah MC."

Maklumat klinik ada di slip MC ini

Berbeza dengan 2 hari lepas, kali ni saya keluar bilik doktor dengan senyuman.

Saya dah dapat terima hakikat kehilangan kandungan. Dan saya sangat lega dipermudahkanNya.

Dapat antibiotik untuk 5 hari. Klinik caj RM166.

Memandangkan suami dah pun ke airport, saya la yang kena drive kan. Saya ke pajabat dulu hantar slip MC. Kemudian singgah restoran makan.


Dunia Ini Allah Yang Punya


Masa makan teringat untuk berurut. Kakak tu ada rumah. So lepas makan saya ke rumahnya.

"Urat cantik. Perut (peranakan) cantik."

Sekali lagi saya lega! *senyum*

Syukur ya Allah.

Apa yang berlaku ini buat aku rasakan bahawa selayaknya belum tiba lagi masa untuk aku menambah zuriat. Namun mungkin kerana aku asyik mengadu kepadaMu, memohon kepadaMu, lalu Kau tunjukkan kepadaku bahawa Kau mampu berikan apa yang kupinta namun apa yang kupinta bukan lah yang terbaik untuk diriku sekarang.

Aku redha.

Catatan ini saya rekodkan di blog saya sebagai kenangan, sebagai panduan, sebagai rujukan. Mungkin dengan kongsikan pengalaman ini membantu rakan2 yang senasib menjadi lebih kuat.

Hasil bacaan, 1 daripada 2 keguguran pada trimester pertama dikatakan adalah kes "blighted ovum" sama seperti saya.

Jangan sedih-sedih. Dunia ini Allah yang punya.

Nanti saya kongsikan pengalaman saya berpantang pula ya. 

Jika terlepas, di sini Part 1.

Salam sayang, 
mami zuli





Tuesday 13 January 2015

Cinta Hati | KANTUNG KOSONG HAMIL TANPA JANIN (PART 3)

Terngiang2 doc cakap "Tiada sebab yang spesifik, you tak perlu salahkan siapa2 atau apa2. Ini kuasa Allah."

Keluar dari bilik doktor, air mata masih bergenang. Sambil jalan sambil wasap suami 'sorry dear'. Terus suami call, takleh nk cakap, sebak, bgtau suami tunggu mmy masuk kereta mmy call balik.

Menonong saya ke kereta. Tak bayar pun. Haha. Sungguh, lupa! Alahai. Masuk kereta, wasap dia lagi 'baby mungkin dah tak ada.' Suami tau kot saya tak mampu nak cakap, dia balas 'ambil ddy.' Terus start kereta ke MINDEF ambil suami.

Ambil suami, patah balik klinik, bayar. Hihi. Klinik caj RM100.

"Mmy nak balik ke macam mana?"

Saya jawab, "Mmy nak makan." Haha.

Masa makan, saya dah tenang. Order set asam pedas. Tapi ratah lauk dan kuah je. Tak lalu nak makan namun tak mampu pula nak jual mahal kat kuah asam pedas. Ahak.

Usai makan, saya masuk opis. Isi borang cuti. Suami suruh apply seminggu terus tapi saya apply 2 hari je. Selasa dan Rabu.

Blighted Ovum


Selasa, 13 Januari 2015 

Kononnya nak gi klinik lain dapatkan second opinion. Tapi Isnin malam tu bleeding all night. So tidakkah itu bermaksud sudahpun gugur?

Bagitau suami, tak perlu la gi klinik lain. Rabu nanti je ulang balik jumpa Dr Wan Kamariah. So suami patah balik, tapau breakfast, tak jadi makan kat kedai sebab saya rasa tak sedap badan plus macam nak senggugut.

Sampai rumah, saya google 'empty sac'. Surprisingly banyak kes! Jumpa pula artikel di babycenter.com tentang 'Blighted Ovum'.

Oh, ini rupanya yang berlaku kat aku!

Penerangan mudahnya: 

Telur bersenyawa. Hormon tercipta. Uri dan karung terbentuk normal. Tapi baby tak grow/develop. So kantung kosong. Cek urin positif sbb hormon still ada. Hormon tu yg jaga kantung supaya tak gugur.

Pernah dengar?

Kantung Luruh


Lepas breakfast, saya tidur.

Terjaga dari tidur dah tengah hari. Perut masih tak selesa. Ari2 rasa ngilu macam nak senggugut. 

Berdebar tunggu nak kena cramp yang teruk. Macam dah standby gitu nak guling2 tahan sakit atas katil. Sebab ada orang cakap sakit kalau luruh sendiri.

Saya bangun, rasa nak shishi. Masuk toilet, hamek kau, darah turun. Blup blup blup keluar seketul daging. Aik tak sakit? Orang cakap akan sakit yang amat. Huh, syukur. Nampaknya Allah permudahkan.

Tapi masih cuak. Betul ke dah clear? Tertunggu-tunggu lagi. Namun tiada apa yang berlaku. Sebaliknya rasa tak selesa yang macam senggugut tadi tu beransur hilang. Terus rasa macam semakin sihat.

Ketulan daging tu saya kutip, simpan, masuk dalam tipuware. Rasa macam tak semenggah je nak simpan dan bawa 'darah kotor' tu jumpa doktor. Tapi memang doc dah pesan pun suruh simpan tunjuk kat dia.

So, here I am waiting for my turn. Mine is 28. Now is 26. Huh. Wish me luck.

Boleh buat 4D Scan juga di Klinik Famili Dr Wan Kamariah ni

Nanti saya update di Part 4 ok.
Daa..

Part 1.
Part 2.

Salam sayang,
mami zuli

Cinta Hati | KANTUNG KOSONG HAMIL TANPA JANIN (PART 2)

Spotting At 9 Weeks


Spotting. Sikit. Gugel. Normal. 
Faham ke? Hehe.

Ada spotting. So saya google. Katanya spotting sikit-sikit masa trimester pertama tu normal. Lega.

Selepas seminggu, spotting lagi. Kali ni 3 hari berturut. Cuak. Tapi tetap tenangkan diri sebab cuma spotting, bukan bleeding.

Namun instict kot. Hati meronta nk scan. Ahad petang, semua klinik tak dapat nak scan sebab khidmat tersebut sampai jam 4 atau 5petang sahaja. Saya terlewat sikit.

Suami cakap, takpelah boleh pergi esok, buat buku merah sekali.

Isnin (12/1/15), saya ke KKIA Desa Pandan. Misi Shakila cakap patutnya buat buku hari Selasa boleh jumpa doktor sekali. Sekarang dia sibuk melainkan kalau nak datang balik lewat pagi. So saya decide gi scan dulu. (Ada hikmah rupanya dia tak nak/tak dapat layan saya.)

Saya langsung hantar Mikhail ke rumah pengasuh dan kemudiannya ke Setiawangsa. Klinik Famili Dr Wan Kamariah. Ramai orang. Selepas sempat makan di kedai mamak dan duduk membelek hp, tiba giliran saya. Masa tu dah 12.45 tengahari. Mujur sempat giliran saya sebelum doc balik rehat jam 1.30.

"Doc, saya hamil. Ikut kiraan almost 10 minggu. Tapi 2,3 hari ni ada spotting. So saya nak request scan, nak tengok kandungan."

Dengan uniform, saya naik atas katil kecil dan anak doc yang scan saya. Ukur saiz, umur 'baby' baru 5 minggu lebih. Saya tersentak sedikit. Doc ambil alih. Cari lagi, ukur lagi. Dengar doc cakap sendiri "cari heartbeat". Tapi tak ditunjukkan mana heartbeat nya.

"Ok, jom turun. Kita bincang."

Gulp.

Empty Sac aka Kantung Kosong?


Terus doc google rupa bayi 10 minggu. Ditunjukkannya kepada saya. Ada kepala, ada badan.

Mine? Kosong!

Yada yada yada yada. Doc bagi penerangan. Ada 4 je kemungkinan:

1. Miscarriage.
2. Threatened miscarriage.
3. Salah kira tarikh.
4. Hamil luar rahim.

Hamil luar rahim. Tak mungkin. Sebab akan sakit and detect lebih awal.

Salah kira tarikh. Tak mungkin. Sebab saya memang sangat pasti dengan tarikh akhir period saya malah UPT saya dah positif on December.

Threatened miscarriage. Mungkin. Baby acah2 mummy.

Miscarriage? Kemungkinan besar. Sebabnya sac aka kantung kosong. Kalau ikut medical, apabila saiz kantung 2.5cm yet empty, dah boleh didiagnose sebagai gugur. Mine 2.3cm. Lagi 0.2cm je pun. Plus simptom hamil saya pun hilang. Tak mabuk tak apa. Level confident doc sangat tinggi bahawa sac saya memang kosong.


See, my sac is empty!

Tiada setitis air mata pun yang gugur hinggalah doc cakap 'balik nanti bincang dengan suami sama ada nak buat blood test untuk sahkan atau tidak, nak tunggu luruh sendiri atau ambil ubat paksa atau buat D&C'. Huh, alergik sungguh bila perkataan suami disebut. Terus mencurah air mata saya.

"Lusa, you datang balik. I nak scan semula. Kalau darah turun dan ada keluar ketulan daging, bawa ketulan tu."

Memang tinggi keyakinan Dr Wan Kamariah ni. Atas keyakinan beliau juga, beliau tak sarankan untuk buat blood test bagi mengesahkan bahawa saya gugur. Membazir duit je katanya. Dia cukup yakin, sac saya kosong yang membawa maksud saya gugur atau akan gugur.

Well, sebenarnya saya menulis Part 1 dan Part 2 ni sambil tunggu giliran la ni. Giliran follow up untuk di scan semula.

Tadi tunggu bersama suami. Tapi baru jap ni suami dah gerak ke airport nak ke Sabah. See, dia outstation lagi! Moga2 tak termenangis la masa jumpa doc jap lagi. Haha.

Ya, saya sedih tidak ditemani suami namun Alhamdulillah saya cukup kuat menerima berita 'kehilangan' baby.

Kelmarin (12/1/15), Isnin, saya dapat tau berita ni.

Hari ini (14/1/15), Rabu, saya sedang tunggu giliran untuk follow up scan semula.

So, apa yang berlaku semalam (13/1/15), Selasa?

Macam sempat lagi nak story mory sebelum tiba giliran saya ni. 

Jom ke Part 3(Di sini Part 1)

Salam sayang,
mami zuli


Cinta Hati | KANTUNG KOSONG HAMIL TANPA JANIN (PART 1)

Saya dah ada anak. Seorang. Hari ini, 2 tahun 10 bulan. Dah molek benar lah untuk saya hamil kali kedua. Kan?

Saya tidak berniat untuk merancang. Saya nak anak ramai. Namun saya akur dengan suami yang berpendapat anak sulong seharusnya jarak umur tidak terlalu dekat dengan adik-adiknya.

Ammar Mikhail masuk 2 tahun, saya mula mengajak suami untuk beri adik kepadanya. Suami setuju. Tapi malangnya tiap kali saya subur, suami saya outstation.

Hinggalah pada bulan November 2014. Sebulan lebih awal saya dah kira tarikh subur. Saya bagi 'warning' siap kepada suami supaya jangan outstation pada tarikh tersebut. Saya berdoa tiap kali lepas solat. Doa saya sungguh2 hingga menitik air mata. Saya mahu anak.

Syukur alhamdulillah, saya hamil.

5/12/14 pada tarikh anniversary kami yang ke-4, UPT saya ada yang positif.

Banyak UPT yang saya buat. Terlalu eksaited barangkali.


Namun kisah hamil kedua saya ini, ada ceritanya lagi. Kegembiraan kami diuji. Saya akan kongsikan di Part 2.

Sekian dulu.

Salam sayang,
mami zuli

Tuesday 18 November 2014

Sembang | BENARKAH TADIKA SWASTA MERAGUT KESERONOKAN ZAMAN KANAK-KANAK?

Tajuk macam saya dah ada anak gi tadika je kan. Hehe.

Anak saya baru nak masuk 3 tahun. Tiada rancangan pun nak tadika kan dia seawal usia 3 tahun. Tapi ramai rakan sebaya yang telah mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas dan menghantar anak mereka ke tadika swasta (berbayar).

Namun ada seorang kawan saya yang tidak bersetuju menghantar anaknya ke tadika berbayar kerana beliau rasakan anaknya berhak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak dan inginkan kehidupan anaknya adalah secara berperingkat. Selain itu, alasan risau anak over-stressed dan akan mudah bosan untuk belajar juga mungkin menjadi penyebab.

Saya terdiam seketika dan cuba berfikir dahulu apa relevannya alasan atau sebab yang beliau berikan.

Saya rasakan seperti ada kekeliruan pada pendapat beliau itu memandangkan saya tidak jumpa apa relevannya tadika berbayar dengan ketidakseronokan anak-anak.

Apa pendapat anda?


Pendapat Saya


Saya pula berpendapat begini:

  • Anak berusia 2 hingga 6 tahun sedang mengalami proses sel-sel otak berhubung. Makin banyak ilmu masuk, semakin banyak sel otak berhubung dan dimanfaatkan. Jika tiada ilmu yang masuk, sel otak akan terbiar tidak berhubung untuk dimanfaatkan. Dengan kata lain budak baya-baya ini cepat tangkap terima input. Apatah lagi jika anak itu mengambil suplemen minyak ikan OmegaGuard yang kaya dengan EPA dan DHA untuk perkembangan otak mereka (eh, teriklan pula *peace*).
  • Saya percaya kebanyakan tadika swasta berbayar mempunyai modul/teknik mereka sendiri untuk mengasuh/mendidik/mendorong anak-anak kita. Contohnya Tadika ABS yang mengaplikasikan Teknik Gaya Nabi untuk mendorong para pelajar ciliknya. Contoh lain ialah Tadika Little Caliph yang menggunakan modul TLCP.
  • Belum tentu lagi dengan tidak menghantar anak ke tadika swasta menjamin anak kita enjoy zaman kanak-kanak mereka. Anak-anak tetap perlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa walau apa pun jenis tadika/pendidikan yang diikuti.
  • Isu bosan wujud jika anak kita diajar benda yang sama berulang. Nak elak bosan, kita sentiasa boleh tingkatkan atau pelbagaikan perkara yang diajar.

Pada saya ketidakseronokan kanak-kanak bergantung kepada bagaimana sikap dan respon orang di sekeliling mereka terhadap mereka sama ada ibu bapa, cikgu-cikgu atau sesiapa sahaja. Bukan status tadika itu percuma atau murah atau mahal. Malah yang mahal juga belum tentu tenaga pengajarnya diajar teknik-teknik mengendalikan kanak-kanak pra sekolah. Oleh itu, kena bijak memilih.


Sikap dan Respon!


Sikap - Cikgu selalu tersenyum tak? Ayah garangkah? Ibu kuat membebelkah?

Respon - Cikgu suka mengkritik kah? Ayah marah apabila tak dapat no 1 kah? 

Sikap anda yang positif akan mendorong anak anda untuk turut bersikap positif.

Respon anda yang positif akan tingkatkan estim diri dan keyakinan diri anak anda.



Ingin Yang Terbaik


Jika anda seorang yang sangat menitikberatkan pencapaian, saya syorkan anda pelajari ilmu keibubapaan. Pelajari teknik-teknik yang betul. Hadiri seminar-seminar. Pelajari cara-cara untuk bahagiakan anak anda atau mengurus anak anda sesuai dengan usia mereka. 

Supaya anak anda perolehi kedua-duanya sekali iaitu berjaya perolehi pencapaian yang baik dan kekal seronok menikmati zaman kanak-kanak mereka.



Pelbagai Seminar Keibubapaan


Nah, saya belanja satu gambar di bawah untuk anda renungkan:

Teknik yang salah yang akan menyebabkan anak kita terbeban/stress. Pelajari dan menghafal alQuran bukan isunya.

Adakah anda mempunyai pemikiran yang sama dengan Hamba Penyair? Jika ya (mahupun tidak) mungkin anda perlu hadiri seminar tersebut di atas untuk ketahui teknik yang betul agar anak anda dapat menghafal alquran tanpa rasa tertekan.

Saya memang berhasrat untuk menghadiri seminar tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari page FB milik Islamic Parenting Network atau website nya di sini.

Ya, saya belum berkesempatan untuk hadir seminar tersebut. So tak boleh lah nak komen lagi. Satu-satunya seminar yang saya telah hadir adalah Teknik Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Gaya Nabi anjuran PTS EduSolution, ada saya kongsikan di sini.



Pendapat Anda


Baiklah, setelah membaca pendapat saya ini, adakah anda masih rasakan kemasukan anak-anak cilik di tadika berbayar menjadi penyebab mereka tidak menikmati keseronokan zaman kanak-kanak mereka?


Ingin Jadi Ibu Hebat,
mami zuli


Ehem, sekarang tengah promo OmegaGuard. Dapatkan satu untuk anak anda!


019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar | SID 931054

Sembang | SALAH FAHAM HUKUM SENTUH ANJING

Disclaimer : Saya bukan Ustazah. Entry saya ini adalah berdasarkan apa yang saya faham hasil daripada bacaan saya. Oleh itu, mohon rujuk kepada yang lebih arif jika entry ini tidak jelas, mengelirukan atau anda rasa ada kesilapan maklumat.

Rentetan Program 'I Want To Touch A Dog'


Entry ini mungkin sudah basi. Isu program 'I Want To Touch A Dog' telah lama berlalu. Pelbagai reaksi masyarakat rentetan daripada pelaksanaan program tersebut. Ada yang mengkeji, ada juga yang mempertahankan penganjur.

Apa reaksi saya?


Jujurnya, reaksi pertama saya apabila mengetahui tentang kewujudan program ini ialah 'Biar lah depa nak pegang anjing pun. Lepas pegang nanti sucikan diri je la ikut cara yang sepatutnya'.

Lebih kurang begitu lah apa yang terlintas di fikiran saya.

Namun reaksi saya berubah apabila saya mula membaca dan membaca.

Apa Yang Ramai Orang Faham Tentang Hukum Pegang Anjing?


Berdasarkan pemerhatian saya daripada respon kawan-kawan dan pelayar-pelayar FB serta termasuk pemahaman awal saya sendiri, ada 2 pemahaman masyarakat kita terhadap hukum sentuh anjing ni.

Pemahaman 1:
Pegang Tanpa Sebab - Haram.
Pegang Bersebab - Harus.

Pemahaman 2:
Pegang Tanpa Sebab - Harus.
Pegang Bersebab - Harus.

Ramai yang sama seperti saya mempunyai pemahaman yang kedua yang ternyata adalah SALAH.

Namun betul ke pemahaman yang pertama?

Hukum Memindahkan Najis Ke Badan


Saya jadi marah dan tidak berpuas hati apabila ada yang menyinis mengatakan 'cuba selek najis korang kat badan sendiri' sebagai respon kepada program tersebut yang melibatkan ramai orang Islam menyentuh anjing.

Kenapa saya marah?

Mungkin sebab pemahaman saya yang salah tadi.

Kenapa saya tidak puas hati?

Mungkin sebab pernyataan tersebut atau perbandingan tersebut (antara anjing dan najis/tahi manusia) tidak menerangkan hukum sebenar menyentuh najis atau anjing. 

Bagi orang yang ego tinggi dan hati kering macam saya abang-abang komando, apa lah sangat nak bermain-main dengan najis manusia ni. Malah timbul pula perbahasan, 'habis tu yang ko sentuh najis anak masa cebok punggung anak tu, ko berdosa ke?'.

Apabila pernyataan/perbandingan tersebut ditujukan kepada orang yang tidak tahu hukum atau silap faham tentang hukum, mana mungkin seekor anjing yang sangat comel boleh disamakan dengan najis/tahi yang jijik. Apatah lagi jika najis/tahi juga tidak dirasakan jijik. 

Tapi jika dinyatakan dengan jelas bahawa HARAM hukumnya memindahkan najis ke tubuh sendiri TANPA SEBAB, then baru lah orang yang tak tahu hukum ni dapat mengaitkan bahawa haram jugalah memegang anjing tanpa sebab memandangkan anjing itu sudah jelas bersifat najis.

Abang komando pun mungkin tidak akan sesuka hati nak main dengan najis hanya sekadar nak sahut cabaran atau nak buktikan dia tak heran pun kat najis tu apabila dia tahu hukum (melainkan dia nak langgar hukum lah kan). Isu cebok punggung anak tanpa pakai gloves juga tidak akan timbul.

Hukum ini lah yang saya salah faham pada awalnya. Saya ingatkan boleh je nak sentuh cuma memandangkan ia najis, perlu lah bersuci selepas menyentuhnya. Jahil sungguh saya.

Hukum Sebenar Menyentuh Anjing


Oh berbalik kepada rasa ingin tahu apa hukum sebenar menyentuh anjing, saya mula membaca pendapat agamawan dan para ustaz sehingga membawa saya kepada Fatwa di Malaysia tentang isu ini.

Ringkasnya, berdasarkan Fatwa kita (Malaysia) yang berpegang kepada Mazhab Imam Shafie, pemahaman yang pertama tadi juga KURANG TEPAT. Kenapa?

Ini kerana apabila dikatakan HARUS menyentuh anjing jika BERSEBAB, timbul pula 'SEBAB saya sentuh anjing dalam program tersebut ialah untuk menghilangkan fobia saya terhadap anjing'.

Boleh ke?

Fatwa Malaysia menyatakan HARUS menyentuh ANJING dalam keadaan DARURAT. Pada saya tujuan nak hilangkan fobia, belum lagi darurat. 

Maksud darurat yang saya faham ialah SEBAB YANG MENDESAK. Adakah menghilangkan fobia terhadap anjing itu adalah satu sebab yang mendesak? Adakah benar dengan menyentuh anjing kita dapat hilangkan fobia kita terhadap mereka (anjing)? Apa pendapat anda?


Untuk anda lebih faham tentang 'Kedudukan Anjing Dalam Islam dan Hukum Berkaitannya', boleh baca sendiri Fatwa tersebut di sini.

Wallahualam.

Masih Mencari Ilmu,
mami zuli