Saturday 17 January 2015

Pantang Gugur | TUKANG URUT SAYA

Tukang Urut Pertama - Kak Midah


"Akak ada rumah? Saya nak urut sekarang boleh tak kak? Saya gugur."

Alhamdulillah tukang urut saya ada di rumah.

Kak Midah. Indonesian. Selalunya orang akan mencemik sebab risau berurut dengan bukan warganegara. Tapi kenapa saya berani dan berulang dengan kakak ni?

Akak ni urut tak sampai sejam pun untuk satu badan. Kalau badan saya ni memang selalunya setengah jam sahaja. Dia tangkap urat-urat besar. Yang penting-penting. Nak rasa nikmat dibelai-belai macam kat spa tu idak la. So apa kelebihan beliau?

1. Kakak ni sengkak best. Selalu orang risau bab-bab sengkak ni sebab ianya perlukan kemahiran yang tinggi. Yang buat saya berani mencuba pada awalnya ialah apabila ramai kenalan yang hamil selepas berurut betulkan kedudukan peranakan dengannya. Mungkin kebetulan. Wallahualam. Tapi masa first time dia sengkak memang saya puas hati. Mikhail dah dua tahun gak masa tu rasanya. Anak saya tu suka sangat melompat atas perut hingga buat saya rasa tak sedap di ari-ari dan kerap kencing. Itu lah asal usulnya saya berurut dengan kakak ni.

2. Dekat dengan pejabat saya. Boleh lari jap masa lunch hour. Haha.

3. Saya tak jumpa rakyat tempatan yang setanding dengannya yang senang saya nak buat temujanji berurut.

Dia urut. Mula-mula dia asyik promote jamu dia (macam biasa) suruh saya cuba sebab gugur ni maybe ada masalah dengan peranakan. Saya senyum aje. Sekejap-sekejap saya katakan saya tidak berminat.

Last-last tu dia pula yang asyik puji cakap urat saya ok, perut (peranakan) saya ok. Lepas tu tak putus-putus dia kata memang belum rezeki saya ni dan ulang-ulang doakan saya cepat dapat rezeki semula. Terus tak promote dah jamu dia.

Alhamdulillah. Saya sangat lega. Tadi doktor sahkan Complete Abortion, tak perlu D&C (kisah gugur saya di sini) dan sekarang tukang urut pula kata peranakan saya ok.

Bayarannya RM50. 

Jika berminat, nak cari kakak ni mudah aje. Rumah warna kuning betul-betul sebelah Car Wash yang sederet Masjid Keramat, bawah Lanai Gurney.


Tukang Urut Kedua - Adik Fiza


Selesai urut, saya pulang, senior saya pula WhatsApp. Beliau perkenalkan tukang urut beliau. Orang Kedah dengan kata lain, rakyat tempatan. Boleh datang ke rumah dan ada khidmat bertungku, bertangas (dan lain-lain penjagaan berpantang) selain berurut!

Namanya Fiza. Lebih muda daripada saya.

Terus saya WhatsApp Fiza minta datang esoknya. Rezeki saya, dia available.

Best! Ya, dia urut best. Recommended. Hihi. Boleh sengkak juga tapi saya takleh nak komen bab sengkak ni sebab kedudukan rahim saya dh ok pun masa dia urut saya.

Sekarang ni saya tengah tunggu Fiza datang rumah untuk kali kedua. Saya nak cuba bertangas pula. Hihi.

IG Fiza, tukang urut saya

Jika berminat nak dapatkan khidmat Fiza, boleh visit IG beliau di fiza_home_spa dan dapatkan no hp beliau di situ.

Fiza dah sampai pun. Saya nak bertangas dulu. Bye.

Salam sayang, 
mami zuli



4 comments:

  1. Terima kasih info ni. Nak recommend kat kawan jap.

    ReplyDelete
  2. As Salam tuan tanah...nak tanya ada nombor contact yg urut sengkak Kak Midah tu tak?..Sy duk jauh if terus dtg je takut tak ada orang

    ReplyDelete
  3. bidan di keramat masih mengurut?

    ReplyDelete
  4. Salam.. Boleh tau brape lame slpas gugur boleh urut? Ad org ckp lepas 2mgu..

    ReplyDelete