Thursday 15 January 2015

Cinta Hati | KANTUNG KOSONG HAMIL TANPA JANIN (PART 4)

Masuk bilik doktor, doktor di bilik rawatan sebelah. Saja je tau doktor ni buat saya suspen tunggu dia.

"Doc, last two days saya datang scan. Empty sac. Semalam darah turun. I guess dah keluar dah kantung tu."

Complete Abortion


Saya hulur ketulan daging/darah beku yang saya simpan dalam tipuware.

Dr Wan Kamariah buka dan senyum.

"Good. This is Complete Abortion. Dah keluar habis ni. Bagus lah ni tak perlu cuci (D&C)."

Huh, lega saya mendengarnya!

"Besar juga ye."

"Ye doc. Kelmarin tu doc cakap my sac is 2.3cm only but this thing ada 2.3inch kot ni."

Dia senyum.

"Ok takpe. Doktor nak scan you lagi. Kita tengok dalam macam mana."

Doktor yang sangat motherly ni (highly recommended!) bahasakan dirinya 'doktor'. Sambil naik katil, saya berdoa jangan lah ada pape lagi yang tertinggal.

"Ok sayang dah kosong ni. Ni tiub fallopio you. Ni rahim you. Dah takde pape kan? Dan ni dinding rahim you. Ok ni."

Giliran saya pula tersenyum.


Tengok, kantung dah tak ada. Tapi jangan tanya saya yang mana rahim, yang mana tiub fallopio dan yang mana dinding rahim. Haha.


Cuti Sakit dan Tempoh Nifas


"Doc usually berapa hari darah akan turun?"

Jawabnya 14 ke 40 hari. Ada yang lebih. Kalau lebih dan rasa pelik, kena datang jumpa dia balik.

"Is it possible less than 14 days? Sebab macam dah mula sikit la doc."

"Yes, possible. And better. Tu maksudnya darah you dah clear so lebih cepat rahim you akan kecut."

"Doc, macam mana dengan berpantang?" 

"Pantang tu depend la pada you. Hari tu doktor bagi you MC berapa hari ye?"

"Saya apply cuti sendiri je. Doc tak bagi MC."

"Oo ye ke. Okay doktor bagi seminggu. Usually memang seminggu ke 10 hari untuk orang gugur recover. Kalau dah habis MC ni you rasa lemah lagi, boleh jumpa doktor balik tambah MC."

Maklumat klinik ada di slip MC ini

Berbeza dengan 2 hari lepas, kali ni saya keluar bilik doktor dengan senyuman.

Saya dah dapat terima hakikat kehilangan kandungan. Dan saya sangat lega dipermudahkanNya.

Dapat antibiotik untuk 5 hari. Klinik caj RM166.

Memandangkan suami dah pun ke airport, saya la yang kena drive kan. Saya ke pajabat dulu hantar slip MC. Kemudian singgah restoran makan.


Dunia Ini Allah Yang Punya


Masa makan teringat untuk berurut. Kakak tu ada rumah. So lepas makan saya ke rumahnya.

"Urat cantik. Perut (peranakan) cantik."

Sekali lagi saya lega! *senyum*

Syukur ya Allah.

Apa yang berlaku ini buat aku rasakan bahawa selayaknya belum tiba lagi masa untuk aku menambah zuriat. Namun mungkin kerana aku asyik mengadu kepadaMu, memohon kepadaMu, lalu Kau tunjukkan kepadaku bahawa Kau mampu berikan apa yang kupinta namun apa yang kupinta bukan lah yang terbaik untuk diriku sekarang.

Aku redha.

Catatan ini saya rekodkan di blog saya sebagai kenangan, sebagai panduan, sebagai rujukan. Mungkin dengan kongsikan pengalaman ini membantu rakan2 yang senasib menjadi lebih kuat.

Hasil bacaan, 1 daripada 2 keguguran pada trimester pertama dikatakan adalah kes "blighted ovum" sama seperti saya.

Jangan sedih-sedih. Dunia ini Allah yang punya.

Nanti saya kongsikan pengalaman saya berpantang pula ya. 

Jika terlepas, di sini Part 1.

Salam sayang, 
mami zuli





13 comments:

  1. Saya baca dri part 2 - 4.... betul dunia ni Allah yg punye...

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Dunia ini milik Allah swt...semoga diriku juga akan secekal dirimu

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya Dunia ini milik Allah swt...semoga diriku juga akan secekal dirimu

    ReplyDelete
  4. Tq...sungguh berguna info n pengalamn sis...bila part last..sy pula y nangis

    ReplyDelete
  5. Thanks utk perkongsian...Saya pun alami perkara yg sama, scan 7 minggu masih x nampak janin, repeat scan 10 minggu still x nampak.Dr kata bad news..sblm tu saya dah Google dan kononnya dah bersedia...jatuh jgk airmata, normal utk ibu2 rasa sedih.next week rpt lagi scan n baru decide ape nak buat. 6 minggu yg amat bermakna ...

    ReplyDelete
  6. Thanks atas perkongsian sis, Ya dunia ni Allah yang punya. Semoga kita ada rezeki lagi kelak.. Aminn ya Mujibb

    ReplyDelete
  7. Sy pon bru scan kantung kosong..tgh tgu gugur sndri ni.. mudah2an urusan sy juga dipermudahkan mcm sis. Tkot dengo klo kene cuci tu..mukin ad rezki di lain waktu..inn shaa Allah..

    ReplyDelete
  8. Sy pn tgh alami yg sama..dh keluar 2 ketulan tp semalm scan ada lagi kantung kat dlm..doc bgi 2 mggu utk keluar sndri lau x mmg kena d&c..bleeding sikit2 n on and off je..doakn sy dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  9. tq fors sharing sis,tgh mengalami tpi bleeding sikit2 mingu dpn date utk scan lagi skali lagi..now dh 9 week doktor ckp just small doted jer nmpk mse scan last week..Moga di permudahkan urusan saya for first pregnant

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing sis...sy tgh mengalamjnya..harap dipermudahkan urusan seperti sis...

    ReplyDelete
  11. Sekarang sy yg tengah alami stiuasi sis.. Cuba utk terima.. Tapi masihh belum dapat keputusan Yang pasti dari doktor

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing sis.. tgh mengalaminya sekarang.. semoga kantung
    sy pun keluar sendiri.. takut cuci2 nih.. mungkin Sebab sy selalu merungut belum bersedia disebabkan anak 2nd baru 1t 2bln.lalu Allah swt ambil semula..

    ReplyDelete