Tuesday, 30 September 2014

Sembang | ORANG MLM SAWAN PADA HARI CLOSING

Hari Closing? Apa benda tu?
Orang MLM? Apa benda tu?
Sawan? Apa benda tu?

Hahaha (gelak dulu).


Apa Maksud 3 Frasa/Perkataan Ini?


Orang MLM tu kalau korang tak tau memang saja je kan. Multi Level Marketing la MLM tu. Haish.

Hari Closing tu ialah tarikh akhir penutupan akaun bulanan bahasa skemanya. Hari terakhir para pengedar boleh buat sales atau kumpul point untuk kejar target tertentu untuk bulan tersebut.

Sawan tu biol. Eh bukan. Kelam kelibut. Huru hara. Terlebih busy. Kalut. Dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Korang faham kan? (Maksud ini hanya terpakai untuk entry ini. Harap maklum)


Kenapa Jadi Sawan? 


Ada 2 kemungkinan. 

Satu. Tanda bisnes bagus. Empayar sedang berkembang. Ramai ahli-ahli bawah kita yang perlu dibantu sama untuk capai target mereka. Atau;

Dua. Kokap. Buat kerja last minute. Beza ye antara usaha last minute dengan rezeki hadir last minute. 

Tapi pada saya tak kesah lah sawan ke tak yang penting target Orang MLM tu tercapai.
Eh tak berniat sebenarnya nak explain panjang lebar punca sawan ni. Lain lah kalau korang join group Shaklee bawah saya. Mau? Jom.


Perasaan Closing Memuaskan


So, apa niat sebenar entry kali ini?

Hehe. Saya cuma nak bagitau saya dah berjaya closing di appointed rank saya walaupun saya diduga anak masuk wad hari ni. Perasaan itu bercampur baur. Kalau korang nak feel sendiri macam mana rasanya, memang korang kena daftar jadi SID dulu. Ada berani? Ramai wanita berkerjaya dah tukar title jadi WAHM tau dengan Shaklee. Membesarkan anak sendiri tapi tiap bulan income masyuk.


Dugaan Closing


Ammar Mikhail demam since malam jumaat. On off on off hingga Isnin. Isnin, (semalam) saya mohon cuti. Bawa ke klinik. Tak sempat jumpa doktor, saya cancel temujanji (sebab suhu anak dah drop, dia sangat aktif dan berselera makan, so ingat dah sihat tak demam) hantar anak rumah pengasuh dan saya sendiri pulang ke rumah, tidur. Entah kenapa badan tak sedap, bisa-bisa sendi. 

Telan Nutriferon, Vita C dan Garlic Complex pagi tu untuk boost sistem imun saya dan sebagai antibiotik semulajadi. Sebelum tidur pula (siang tu), saya ambil B Complex dan Ostematrix, memang lena tidur saya malah bangun dengan lebih bertenaga. Mungkin saya stress tak cukup tidur jaga anak demam malam.

Namun malamnya anak demam semula. Suhu masih terkawal, saya sponge sahaja macam biasa. Jam 3 pagi saya terjaga suhu anak kembali tinggi. Sangat tinggi. Kejut suami ajak ke klinik/hospital. Suami terus drive ke Hospital Pantai Ampang. Ambil darah, ambil ubat, kami pulang. 

Jam 6 pagi doktor call. Sel darah putih anak puan menunjukkan dia kena jangkitan kuman. Bacaan normal 11, tapi anak puan 21. Double than normal. Doktor psiko saya. Dia sentuh elemen takut saya. Tapi saya jawab tengoklah dulu macam mana. 

7 pagi semasa kami bersiap-siap nak ke kerja, hati saya tak sedap. Doktor itu berjaya psiko saya. Haha. So check in la kami kat Hospital hari ni.

Pada saya ada hikmahnya. Pasti ada hikmahnya. 


Doakan Ammar Mikhail


Mohon kalian semua doakan Ammar Mikhail lekas sembuh. Memang dia aktif dan makan macam biasa. Macam tak sakit lagaknya. Tapi hati ibu ini tetap risau selagi dia belum disahkan sudah sembuh sepenuhnya.

Doakan ye.

Eh macam lari tajuk sikit pulak hujung-hujung ni. Sorry.


Suplemen Untuk Anak


Apa saya bagi Mikhail makan untuk bantu dia melawan serangan virus atau bakteria atau apa aje la yang menyerang dia kali ni? 

Pastinya Nutriferon, OmegaGuard, MealShake dan Chew Vita C. Mungkin suplemen-suplemen ini lah yang bantu pelihara Ammar kekal aktif dan masih kuat walaupun diserang jangkitan. Pastinya dengan izin Allah jua.

Sekurang-kurang saya berusaha untuk tingkatkan kesihatan anak saya dan tingkatkan sistem imun dia. Selebihnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Moga Ammar Mikhail cepat sembuh. Amin.

(Saya akan explain peranan setiap suplemen tersebut dalam entry khas berkaitan suplemen untuk Kanak-Kanak. Tunggu. Kalau tak boleh tunggu, boleh contact saya)

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Santai | LAGU JIWANG KESUKAAN SAYA, AHAK! (Cabaran30HariBlog | Hari11)

Tajuk untuk cabaran hari kesebelas ni memang tak boleh blah iaitu 5 Lagu Cinta Kegemaran Saya. Alahai. Macam tak wujud je. Muahaha.

Apa ya favourite love song saya? 

Jenuh mikir ni. 

Nak tak nak, kena bubuh 5 jugak kan? So, ini lah kot lagu jiwang kesukaan saya:

I Don't Wanna Miss A Thing by Aerosmith. 


Gara-gara filem Armagedon la ni. Memang rock dan cool bapak heroin citer ni nyanyi lagu tema filem lakonan anak dia. Zaman tu Steven Tyler dah tua tapi tenaga dia menyanyi, terbaik! Dan suka tengok anak dia si Liv Tyler, cantik! Berlakon pulak dengan si hensem Ben Affleck, cair. I la yang cair. Masa tu je la. Sekarang cair tengok suami i jek. Woot woot~


Truly Madly Deeply. 


Alamak lagu sape ni eh? Tapi memang best lagu ni. Haihh kena cari lirik dia balik dan buh kat sini ni.

Perempuanku oleh Irwansyah. 


Eh betul kan, dia la kan yang nyanyi lagu ni? Lagu ni semata-mata ahkak minat kat melodi dia. Kalau korang cukup hebat, cer bagi link korang nyanyi lagu ni. Ahkak nak tengok cukup tak cukup, panjang tak panjang nafas korang habiskan keseluruhan lagu. Lagi terbaik kalau sambil main gitar. Cabar ni. Hihi.

Alamak lagi dua la. Apa ye? Jem betul la tajuk kali ni.

Sayang oleh Shae


Sayang, apa khabar dengan mu? Tajuk dia Sayang kan? Masa baru keluar lagu ni incek suami selalu nyanyi. Suka kat melodinya juga katanya. Ada la sikit saya ikut terpengaruh suka kat lagu ni. Tet~


Ok last. Adeh. Come on, zuli.

Aduhai, saya ni dulu bandgirl tapi sesungguhnya tak minat muzik. Join semata-mata cabar diri. Dapatlah merasa gi over the sea Indonesia dan Australia ikut band trip masa sekolah dulu. Saya main apa? Saya main klarinet. Haha. Korang toksah nak cabar ahkak main menatang tu sekarang ok. Memang ke laut! I angkat tangan.

Ok last. I pilih lagu agak 18SX sikit. Boleh tak?

2 Become 1 by Spice Girl


18SX dia sopan. Eh, sopan ke? Zaman ni Spice Girls masih anak dara semuanya (kot). Baya-baya kitorang lah rasanya. Alamak tak pernah check pulak berapa umur depa. Tak mau ulas lirik dia. Korang cari dan ulas lah sendiri.


So untuk mengimbau lagu zaman sekolah menengah, ahkak dah gugelkan lirik lagu Truly Madly Deeply tersebut. Enjoy!

Oh ya, by Savage Garden!

I'll be your dream
I'll be your wish I'll be your fantasy
I'll be your hope I'll be your love
Be everything that you need
I'll love you more with every breath
Truly, madly, deeply do
I will be strong I will be faithful
'cause I'm counting on
A new beginning
A reason for living
A deeper meaning, yeah

[chorus:]
I want to stand with you on
a mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
Until the sky falls down on me

And when the stars are shining
brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven
Then make you want to cry
The tears of joy for all the
pleasure and the certainty
That we're surrounded by the
comfort and protection of

The highest powers
In lonely hours
The tears devour you

[chorus]

Oh can you see it baby?
You don't have to close your eyes
'Cause it's standing right
before you
All that you need will surely come

I'll be your dream I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope I'll be your love
Be everything that you need
I'll love you more with every breath
Truly, madly, deeply do

[chorus]

I want to stand with you on a
mountain
I want to bathe with you in the sea
I want to live like this forever
Until the sky falls down on me

Betul-betul copy and paste ni.

Best kan lagu ni? Korang pulak suka lagu apa?

p/s : ahkak tak tau kenapa hari ni mereng bahasakan diri ahkak. konon nak bawak mood santai kot. layan je la dik.

Thursday, 25 September 2014

Tentang Saya | JIWA KECIL BELAJAR PUNYA IMPIAN (Cabaran30HariBlog | Hari10)

Diajar Mengalah


Sejak kecil saya diajar mengalah oleh orang tua saya. Mengalah dengan adik.

Kami lahir selang setahun. Membesar dalam keluarga yang sangat sederhana. Jika abah mampu belikan mainan, hanya satu yang dibeli. Kena berkongsi. Itu yang menyebabkan abah didik saya untuk mengalah.

"Kak Wi kan kakak. Kena lah mengalah dengan adik. Bagi Dek Da main dulu."

Saya akur. Memang jiwa saya kot. Langsung tak kecil hati. Saya redha.

Jiwa Kecil


Kalau ditanya apa kereta impian, saya akan jawab Proton. Langsung tak kenal kereta jenama lain. Tapi kalau tanya adik saya, dia boleh sebut pelbagai jenama dan jenis kereta mewah. Dia pun perempuan, bukan lelaki. Kami masih bersekolah masa tu. Tapi jiwa adik lebih besar. Dia ada keinginan. Saya tidak.

Mungkin jiwa kecil saya ini hasil didikan orang tua saya atau mungkin sebab saya sendiri kesian lihat orang tua saya bekerja lalu selalu mengingatkan diri sendiri 'ukur baju di badan sendiri'.

Diajar Bermimpi


Di Shaklee, saya didedahkan tentang mempunyai impian. Apabila mereka suruh tulis impian masing-masing, saya cukup stress nak fikir apa impian saya. Hahahaha. Tapi saya cuba jugak untuk bermimpi. Bukan kena bayar pun kan?

Ada. Saya senaraikan. Tapi mungkin tak sepenuhnya lahir dari hati. Sebab itu la kot usaha saya nak menggapai nya pun macam nak tak nak. Adeh.

Jumpa Impian Hati


Namun baru-baru ini suami mengajak meronda tengok-tengok rumah. Beliau nak sangat beli rumah bertanah. Nak saiz yang besar. Apabila tengok show house yang bersaiz kecil kami pasti akan jadi tawar hati nak membeli. Apabila jumpa yang saiznya berkenan dihati, mahal pula harganya.

Untuk atasi masalah harga mahal, kami ke luar Lembah Klang. Suami bawa saya dan anak ke Nilai. Saya tidur dalam perjalanan. Sedar-sedar dah beredar pun daripada lokasi tapak rumah yang dicari. Nampak sangat saya tak minat duduk Nilai, tak peduli pun dengan apa yang dicari. Hahaha. Suami kata macam tak best pula lokasi tapak perumahan tersebut. Saya lega.

On the way balik KL, suami membelok masuk ke exit Bandar Putera Mahkota. Terus segar biji mata. Cantik-cantik. Kami terus ke Bandar Seri Putera. Ada deretan Semi D dan teres superlink. Ada je banner untuk dijual, terus saya call. Seperti diduga harga Semi D ialah RM1.1 juta. Agagaga~

Bagitau suami. Dah lah jom balik. Tapi suami kata tempat ni menarik. Nampak selesa. Jom kita ronda lagi.

Berjumpa lah kami dengan papan iklan Bandar Puteri @Bangi.

Saya jatuh cinta! Itu lah rumah impian saya. Biar lah bukan Semi D pun. Biar lah teres je pun. Tapi lokasi dan persekitarannya buat saya jatuh cinta. Harga? Gulp. Masih telan air liur. Tapi boleh diusahakan. 

  • Masih dalam region Selangor.
  • Pinggir KL yang menghala ke Selatan. I prefer South than North.
  • Township concept development. All in facilities.
  • Saiz rumah acceptable.

Apabila dicongak2, nak beli tu mungkin boleh tapi nak bermewah apabila mula bayar rumah tu nanti pasti tidak boleh jika pendapatan kami masih sama macam sekarang.

Saya terus nampak siapa yang boleh bantu saya ------> Shaklee!

Akhirnya saya jumpa push factor saya, impian saya.

Akan saya masukkan dalam Vission Board saya. Vission Board ni apa? Vission Board ialah board/papan yang memampangkan visi kita seeloknya dalam bentuk bergambar yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Yang menjadi matlamat untuk kita mengorak langkah memacu usaha. Apa sebenarnya yang kita ingin capai dalam hidup kita yang sangat pendek ini!

Jom korang sama-sama capai impian dengan Shaklee. Jom join grup besar kami. Sama-sama kita fokus berniaga dengan santai hingga menjadi jutawan muslimah. Ada caranya. Insya Allah.

Jom.

Si Jiwa Besar,
mami zuli

zuliana | 019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar


Sembang | APA MAKSUD SELFIE DAN GROUFIE? (Cabaran30HariBlog | Hari9)

Saya selalu gatal je tangan nak tegur kawan yang upload gambar di Facebook dengan caption 'kita selfie dulu sebelum masuk', contohnya tapi gambar penuh dari atas kepala ke kaki dan tangan boleh siap peluk tubuh.

Apa yang saya nak tegur? Ya, saya nak tegur itu namanya 'bergambar' bukan 'berselfie' okay.

Apa maksud selfie? Berikut ialah definisi oleh Wikipedia, the Free Encyclopedia:
  1. A selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Google+, Instagram, Snapchat, Tumblr and Twitter.
Self-portrait photograph bermaksud ambil gambar sendiri! You guna tangan you untuk ambil gambar you. Tak kisah lah dengan bantuan monopod ke tidak.

Faham?


Dan sekarang dah ada terminology baru iaitu 'groufie'. Difahamkan term ini tercipta apabila wujudnya smartphone yang mampu buat 'group selfie' aka selfie berkumpulan. Dengan kata lain bukan setakat seorang je boleh masuk frame camera tapi lebih ramai orang pun muat masuk sekali. Namun masih dengan syarat salah seorang yang masuk frame itu lah yang ambil gambar diri dia bersama rakan-rakan yang lain.


Berikut ialah definisi Groufie oleh Urban Dictionary:
Groufie was trademarked by Huawei to mark a new smartphone that can take 'panoramic selfies'. It stands for 'group selfie' - aka a photo you take of yourself with other people. An alternative to the lonely 'selfie'. Usually you can see a person's arm in the shot as the photo is most often taken with a front-facing smartphone camera.

Untuk lebih faham, saya belanja satu gambar Groufie kami. Tapi rasanya korang yang baca blog saya ni mesti masing-masing lebih expert daripada saya ni. Kan? Kan? 

Groufie bersama keluarga besar suami (mak mertua) di home stay Jerantut Pahang sebelum ke rumah pengantin perempuan, biras saya no tiga. Biras ye, bukan madu. Ehem.

Terkini ada selfie dari udara kan? Hebat-hebat teknologi zaman sekarang ni.

Monday, 22 September 2014

Testimonial | SHAKLEE RAWAT KEPUTIHAN DAN MASALAH DALAMAN WANITA?

Saya ingin kongsikan perkembangan positif customer downline saya yang mengalami masalah dalaman wanita.

Asalnya, kakak ini ingin mencuba suplemen Shaklee untuk masalah Vertigo beliau. 

Namun setelah diselidiki, rupanya beliau juga mengalami masalah dalaman wanita seperti berikut:
  • keputihan;
  • kencing kotor hingga kelihatan seperti berjelly, berbuih dan berbau;
  • haid tidak teratur;
  • jangkitan kuman di sistem peranakan.

Berikut adalah antara maklumat yang beliau berikan:



Berdasarkan maklumat tersebut, saya cadangkan beliau ambil:
  • Vivix untuk keseluruhan masalah beliau terutamanya masalah Vertigo, kencing kotor dan jangkitan kuman;
  • GLA Complex khas untuk keseimbangan hormon beliau memandangkan doktor sahkan beliau mempunyai masalah hormon;
  • Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi untuk melawan jangkitan kuman yang mungkin menjadi punca kepada masalah keputihan dan kencing kotor beliau.

Apa yang beliau bersetuju ambil?
  • Vivix (sebelum ini ambil tapi tak konsisten).
  • GLA Complex.
  • Garlic Complex.
  • Lecithin.

So, apa feedback positif daripada beliau selepas seminggu konsisten amalkan suplemen di atas? Ta daaa:




Seronok kan? Syukur sangat-sangat. Saya yang rasa terharu dan macam nak nangis pun ada bila baca maklumbalas di atas. Gembira sangat apabila dapat kongsikan manfaat suplemen Shaklee kepada individu-individu yang berusaha ingin meningkatkan tahap kesihatan mereka.


Selain suplemen di atas, ada satu lagi suplemen yang sesuai kepada beliau iaitu Alfalfa Complex. Kenapa?
  • Alfalfa Complex sebagai ejen detox untuk membersihkan buah pinggang yang mungkin menjadi punca kencing kotor dan bagi mengatasi masalah keputihan. Alfalfa juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah penghadaman yang boleh membantu beliau turunkan berat badan.

Namun saya tidak mahu beliau terbeban dengan begitu banyak produk untuk diamalkan. Walaubagaimanapun jika beliau mahu, tiada masalah untuk menambah Alfalfa.

Gojes mami sekalian, bersyukur lah jika anda seorang wanita tanpa masalah keputihan atau masalah dalaman yang lain.

Namun jika anda juga senasib dengan kakak ini, sayangi lah diri anda jangan sampai si dia mencari yang lain! 

Hubungi saya untuk dapatkan konsultansi tentang produk apakah yang sesuai mengikut bajet dan keutamaan matlamat kesihatan anda.

Saya sedia membantu.

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar

Disclaimer : produk ini tidak bertujuan untuk merawat sebarang penyakit.

Sunday, 21 September 2014

Buku | ASET VS LIABLITI VERSI RICH DAD POOR DAD (Cabaran30HariBlog | Hari7)

Aset vs Liabliti


Saya ingin kongsikan definisi kedua-dua perkataan ini dari sudut pemikiran Robert T. Kiyosaki dalam buku beliau bertajuk Rich Dad Poor Dad.

Rich Dad, Poor Dad


Sebelum itu, siapa Rich Dad, siapa Poor Dad? 

Rich Dad ialah bapa angkat beliau. Poor Dad ialah bapa kandung beliau. Rich Dad terlibat dalam bisnes dan banyak mengajar beliau dalam bidang duit buat duit. Poor Dad pula lebih pentingkan pencapaian akademik agar beliau berjaya dapatkan pekerjaan dalam bidang profesional. Siapa pula Robert T. Kiyosaki? Secara ringkasnya korang boleh rujuk gambar di bawah. Untuk lebih detail, korang google lah sendiri ye. Yang pasti beliau lah yang tulis buku Rich Dad Poor Dad ni.


Definisi Aset dan Liabliti


Saya baca buku ni dah lama. Dan ini lah apa yang saya faham:

Aset = segala apa yang memberi aliran tunai masuk lebih banyak daripada aliran tunai keluar kepada anda.

Liabliti = segala apa yang memberi aliran tunai keluar lebih banyak daripada aliran tunai masuk.

Sama tak definisi di atas dengan definisi anda selama ini?

Orang kita cenderung untuk labelkan rumah sebagai Aset dan kereta sebagai Liabliti.

Tetapi jika berdasarkan definisi Robert T. Kiyosaki di atas, rumah boleh menjadi Liabliti manakala kereta pula boleh menjadi Aset!

Bagaimana?


Rumah Ialah Liabliti, Kereta Ialah Aset


Rumah itu Liabliti jika kita bayar rumah itu tiap bulan lebih tinggi daripada wang yang kita terima hasil sewaan (jika disewakan). Atau selamanya adalah Liabliti jika tidak disewakan dan hanya akan bertukar menjadi Aset pada hari kita jual rumah itu dengan pulangan modal berserta keuntungan.

Robert T. Kiyosaki selagi boleh akan memastikan semua hartanya ialah Aset bukan Liabliti. 

Jika rumah disewakan, pastikan sewa bulanan yang anda terima lebih tinggi daripada bayaran ansuran pinjaman malah wang sewa tersebut hendaklah dapat menampung kos-kos lain yang terlibat seperti kos baiki rumah apabila rosak, bayar yuran senggara serta bayar cukai-cukai yang berkaitan. Hanya jika sewa rumah yang anda terima lebih tinggi daripada kesemua kos tersebut, barulah rumah itu menjadi Aset anda.

Kereta pula boleh menjadi Aset jika disewakan dengan pulangan yang lebih besar berbanding harga atau bayaran ansuran kereta itu.

Dengan kata lain jika anda mempunyai harta, belum tentu anda mempunyai Aset. Begitu lah beliau mendefinisikan Aset dan Liabliti.


Lima Bintang


Maksud Aset dan Liabliti tersebut adalah antara isi kandungan buku ini yang menarik perhatian saya. 

Banyak lagi pengisian lain yang boleh membuka minda kita. Lebih-lebih lagi jika kita dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga dengan pemikiran 'Poor Dad'. 

Saya sangat sarankan anda membaca buku ini jika masih belum membacanya. Jika anda sudahpun membacanya, jom kongsikan pengisian yang menarik perhatian anda di ruang komen.

Saya bagi buku ini 5 Bintang. :)

Salam sayang,
mami zuli

Saturday, 20 September 2014

Cinta Hati | KETENTUAN ALLAH ADA HIKMAHNYA (Cabaran30HariBlog | Hari6)

Pengalaman itu mendewasakan. Setuju?

Saya bertunang dua tahun. Dengan rakan sama kelas iaitu selepas lima tahun kami berkawan. Tapi dah tertulis, dia bukan jodoh saya. Tujuh tahun itu umpama sia-sia.

Hidup membujang di kala rakan sebaya menginjak beranak dua agak memberi tekanan. Saya tidak serik untuk berkawan lagi namun hubungan baru juga tak nampak akan ada pengakhiran.

Semasa bertunang, saya berdoa moga Allah percepatkan jodoh saya dengan tunang saya. Tapi Allah tak makbulkan.

Apabila berkawan lagi, doa saya juga sama moga Allah percepatkan jodoh saya dengan kawan baru. Namun Allah masih tak makbulkan.

Nasihat Orang (Tips Dapat Jodoh Kata Mereka)


Seorang kenalan nasihatkan saya. Jika mahu orang 'memandang', pakailah baju yang berwarna ceria dan terang, elak memakai baju berwarna suram. Biar naik seri katanya. Namun saya tak endahkan nasihat tersebut, saya tetap selesa dengan pakaian berwarna pokok dan tanah saya. Adeh!

Ada pula cina di kedai kucing yang cuba mengaitkan jodoh lewat saya sebab saya membela kucing. Katanya hubungan kami (saya dan kucing) sangat kuat dan dia percaya kucing saya yang mendoakan saya tidak bertemu jodoh kerana terlalu sayangkan saya dan tidak mahu berkongsi kasih. Oleh itu saya harus berpisah dengan kucing saya untuk bertemu jodoh! Haha. Terdiam sekejap saya. Saya tak percaya.

Entah macam mana saya tertonton pula rancangan TV Fadzillah Kamsah. Beliau kata jika berdoa ingin dipercepatkan jodoh jangan doa untuk dapat jodoh dengan sipolan sipolan. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Sebaliknya doa lah begini "ya Allah ya tuhanku, cepatkan lah jodohku dengan insan yang terbaik untukku dan untuk dirinya". Lebih kurang macam tu lah apa yang beliau ajar. Nasihat yang ini saya ikut sebab saya setuju bahawa Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Saya mula menukar doa saya.

Jodoh Sampai


Di kala saya mula pasrah dan redha. Mula tidak memikirkan sangat soal jodoh. Allah makbulkan doa saya.

Kami ditakdirkan hadir kursus bersama. Dia senior tapi rupanya kami sebaya. Bulan pertama kursus, dia sama saja seperti rakan kelas yang lain. Masuk bulan kedua kami mula rapat. Cukup tiga bulan pada hari terakhir kursus, dia lamar saya. Hahahaha. Saya cakap dia gila! Saya bagitau dia, saya tak percaya. Saya minta dia tunjukkan kesungguhan dia. Tamat kursus, saya balik Kuching, dia balik Gemas. Kami kembali bertugas seperti biasa.

Rupanya dia bersungguh. Sebulan kemudian dia cari saya hingga ke Sarawak untuk melamar buat kali kedua. Oh sangat terharu! Masa tu cuti Hari Merdeka di bulan puasa.

10 Oktober 2010, keluarga dia datang menghantar tanda. 5 Disember 2010 kami bernikah.

Rasa macam bermimpi.

Cuma tujuh bulan. Boleh dihitung dengan jari berapa kali je kami keluar dating. Haha. Memang bercinta selepas berkahwin!

Hikmah Jodoh Lewat


Banyak hikmahnya. 

Satu. Jika jodoh saya awal, mungkin rumahtangga saya tidak setenang sekarang. Sebab semasa zaman muda, darah saya sangat panas. 

Dua. Pengalaman berkawan yang dulu-dulu pula kini menjadi panduan dan pengajaran untuk hubungan yang lebih baik sekarang. Saya mungkin lebih mengenali lelaki tapi yang lebih penting, saya lebih mengenali diri saya sendiri.

Memang benar Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jika anda juga masih menunggu jodoh, bersabarlah. Berdoa lah selalu. Pasti ada hikmah atas apa yang sedang anda alami sekarang.

Part nasihat suruh pakai baju warna terang tu korang boleh follow. Sekarang baru saya nampak pengaruh aura warna dalam berpakaian. Hehe. Sebenarnya perasan bila bergambar. Kawan-kawan yang berani berbaju merah menyala atau warna ceria mesti kita akan perasan mereka dulu kan. Setuju tak?

So, ini lah jodoh saya. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. Moga kami terus bahagia. 

Ameen.