Saya selalu gatal je tangan nak tegur kawan yang upload gambar di Facebook dengan caption 'kita selfie dulu sebelum masuk', contohnya tapi gambar penuh dari atas kepala ke kaki dan tangan boleh siap peluk tubuh.
Apa yang saya nak tegur? Ya, saya nak tegur itu namanya 'bergambar' bukan 'berselfie' okay.
Apa maksud selfie? Berikut ialah definisi oleh Wikipedia, the Free Encyclopedia:
Self-portrait photograph bermaksud ambil gambar sendiri! You guna tangan you untuk ambil gambar you. Tak kisah lah dengan bantuan monopod ke tidak.
Faham?
Dan sekarang dah ada terminology baru iaitu 'groufie'. Difahamkan term ini tercipta apabila wujudnya smartphone yang mampu buat 'group selfie' aka selfie berkumpulan. Dengan kata lain bukan setakat seorang je boleh masuk frame camera tapi lebih ramai orang pun muat masuk sekali. Namun masih dengan syarat salah seorang yang masuk frame itu lah yang ambil gambar diri dia bersama rakan-rakan yang lain.
Berikut ialah definisi Groufie oleh Urban Dictionary:
Groufie was trademarked by Huawei to mark a new smartphone that can take 'panoramic selfies'. It stands for 'group selfie' - aka a photo you take of yourself with other people. An alternative to the lonely 'selfie'. Usually you can see a person's arm in the shot as the photo is most often taken with a front-facing smartphone camera.
Untuk lebih faham, saya belanja satu gambar Groufie kami. Tapi rasanya korang yang baca blog saya ni mesti masing-masing lebih expert daripada saya ni. Kan? Kan?
Groufie bersama keluarga besar suami (mak mertua) di home stay Jerantut Pahang sebelum ke rumah pengantin perempuan, biras saya no tiga. Biras ye, bukan madu. Ehem. |
Terkini ada selfie dari udara kan? Hebat-hebat teknologi zaman sekarang ni.
Trimakasih atas pengertianya :)) Bedanya Grufie itu banyak selfie itu sendiri. makasih
ReplyDeleteSama-sama. :)
Delete