Thursday, 25 September 2014

Tentang Saya | JIWA KECIL BELAJAR PUNYA IMPIAN (Cabaran30HariBlog | Hari10)

Diajar Mengalah


Sejak kecil saya diajar mengalah oleh orang tua saya. Mengalah dengan adik.

Kami lahir selang setahun. Membesar dalam keluarga yang sangat sederhana. Jika abah mampu belikan mainan, hanya satu yang dibeli. Kena berkongsi. Itu yang menyebabkan abah didik saya untuk mengalah.

"Kak Wi kan kakak. Kena lah mengalah dengan adik. Bagi Dek Da main dulu."

Saya akur. Memang jiwa saya kot. Langsung tak kecil hati. Saya redha.

Jiwa Kecil


Kalau ditanya apa kereta impian, saya akan jawab Proton. Langsung tak kenal kereta jenama lain. Tapi kalau tanya adik saya, dia boleh sebut pelbagai jenama dan jenis kereta mewah. Dia pun perempuan, bukan lelaki. Kami masih bersekolah masa tu. Tapi jiwa adik lebih besar. Dia ada keinginan. Saya tidak.

Mungkin jiwa kecil saya ini hasil didikan orang tua saya atau mungkin sebab saya sendiri kesian lihat orang tua saya bekerja lalu selalu mengingatkan diri sendiri 'ukur baju di badan sendiri'.

Diajar Bermimpi


Di Shaklee, saya didedahkan tentang mempunyai impian. Apabila mereka suruh tulis impian masing-masing, saya cukup stress nak fikir apa impian saya. Hahahaha. Tapi saya cuba jugak untuk bermimpi. Bukan kena bayar pun kan?

Ada. Saya senaraikan. Tapi mungkin tak sepenuhnya lahir dari hati. Sebab itu la kot usaha saya nak menggapai nya pun macam nak tak nak. Adeh.

Jumpa Impian Hati


Namun baru-baru ini suami mengajak meronda tengok-tengok rumah. Beliau nak sangat beli rumah bertanah. Nak saiz yang besar. Apabila tengok show house yang bersaiz kecil kami pasti akan jadi tawar hati nak membeli. Apabila jumpa yang saiznya berkenan dihati, mahal pula harganya.

Untuk atasi masalah harga mahal, kami ke luar Lembah Klang. Suami bawa saya dan anak ke Nilai. Saya tidur dalam perjalanan. Sedar-sedar dah beredar pun daripada lokasi tapak rumah yang dicari. Nampak sangat saya tak minat duduk Nilai, tak peduli pun dengan apa yang dicari. Hahaha. Suami kata macam tak best pula lokasi tapak perumahan tersebut. Saya lega.

On the way balik KL, suami membelok masuk ke exit Bandar Putera Mahkota. Terus segar biji mata. Cantik-cantik. Kami terus ke Bandar Seri Putera. Ada deretan Semi D dan teres superlink. Ada je banner untuk dijual, terus saya call. Seperti diduga harga Semi D ialah RM1.1 juta. Agagaga~

Bagitau suami. Dah lah jom balik. Tapi suami kata tempat ni menarik. Nampak selesa. Jom kita ronda lagi.

Berjumpa lah kami dengan papan iklan Bandar Puteri @Bangi.

Saya jatuh cinta! Itu lah rumah impian saya. Biar lah bukan Semi D pun. Biar lah teres je pun. Tapi lokasi dan persekitarannya buat saya jatuh cinta. Harga? Gulp. Masih telan air liur. Tapi boleh diusahakan. 

  • Masih dalam region Selangor.
  • Pinggir KL yang menghala ke Selatan. I prefer South than North.
  • Township concept development. All in facilities.
  • Saiz rumah acceptable.

Apabila dicongak2, nak beli tu mungkin boleh tapi nak bermewah apabila mula bayar rumah tu nanti pasti tidak boleh jika pendapatan kami masih sama macam sekarang.

Saya terus nampak siapa yang boleh bantu saya ------> Shaklee!

Akhirnya saya jumpa push factor saya, impian saya.

Akan saya masukkan dalam Vission Board saya. Vission Board ni apa? Vission Board ialah board/papan yang memampangkan visi kita seeloknya dalam bentuk bergambar yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Yang menjadi matlamat untuk kita mengorak langkah memacu usaha. Apa sebenarnya yang kita ingin capai dalam hidup kita yang sangat pendek ini!

Jom korang sama-sama capai impian dengan Shaklee. Jom join grup besar kami. Sama-sama kita fokus berniaga dengan santai hingga menjadi jutawan muslimah. Ada caranya. Insya Allah.

Jom.

Si Jiwa Besar,
mami zuli

zuliana | 019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar


2 comments:

  1. Ini baru betul org kata nampak push factor! Go for it zuli...dont wait anymore!

    ReplyDelete