Monday, 15 September 2014

Tips | LATIH KUCING BUANG AIR

Apabila Memey bunting, saya mula mengusha toilet kucing.

Dan ini lah toilet yang berjaya saya dapatkan untuk anak2 Memey. Ta daaa:

(Sorry kena tunggu saya balik tangkap gambar nya. Malam ni saya bubuh gambar toilet nya ok. Alaaa bekas boleh isi pasir tapi moden sikit sebab siap ada hood berbumbung dan berpintu bagai. Kucing pun tau malu ok.)


So hari ni saya nak berkongsi tips cara saya latih anak Memey guna toilet.

Mudah je. Apabila anak2 kucing itu bangun tido, saya akan angkat semuanya masuk dalam toilet mereka. Selagi mereka tak pee pee dan poo poo, duduk lah mereka dalam tu. Hihi.

Ya, saya bekerja. Jadinya saya hanya berkesempatan buat pada awal pagi. Kadang gi opis pun depa masih dalam toilet depa. Tak perlu risau sebab pandai la Memey angkut keluar anak2 nya nanti.

Hasilnya? Anak2 Memey tidak pee pee dan poo poo merata. Hanya di dalam toilet mereka. Hatta apabila mereka dah besar dan dah main merayau di luar pun mereka akan pulang cari toilet untuk 'berbisnes'. Hahahaha. Sabar je la kan!

Tapi begitu lah caranya. Memey pun masa mula-mula dikutip dari kedai makan, saya terus kurung dalam toilet hingga lah dia yak-yak baru saya lepaskan. Alhamdulillah, semua kucing saya well trained bab ke tandas ni. Hihi.

Memey, Sitam, Kebu dan Oren


Dah besar pun nenen lagi. Memey ibu yang penyayang.


Memey masa 2nd pregnancy
Anak-anak Memey 2nd pregnancy. Saya sambut masa Memey bersalin 2nd time ni. Tolong tarik baby keluar. Memey macam dah exhausted sangat nak meneran masa tu.




Mengimbau gambar Memey dengan anak-anak nya. Uhuk. Dah tinggal kenangan. (Gambar tak terang. Almaklumlah zaman ni pakai kamera handphone murah je).

Saya hantar kesemua mereka ke SPCA Kuching, Sarawak apabila saya terpaksa berkursus 3 bulan di Semenanjung Malaysia. Balik kursus, mereka semua dah tak ada. Harap2 memang betullah ada yang adopt mereka seperti yang didakwa. Haishh tak sanggup nak mikirkan kemungkinan2 lain. Terlalu sayang kan diorang ni.

Sekarang saya tak bela kucing dah. Bukan dah tak sayang. Tapi saya tak mampu nak hadapi lagi rasa sedih yang amat apabila tiba waktu terpaksa berpisah!

Sekali-sekala cerita pasal kucing kan. Good luck untuk yang ingin mencuba!

Sekian, tips daripada saya. 

Salam sayang,
mami zuli


Sunday, 14 September 2014

Santai | SHAKLEE MLM?

Ya. Shaklee ialah:
  • syarikat MLM pertama di dunia;
  • ditubuhkan pada tahun 1956.

Kiralah sendiri berapa umur Shaklee. Jika konsep MLM itu tidak bagus atau jika produknya tidak bagus, tentu dah berkubur sekarang.

Dah kira belum? Meh saya kirakan. 2014 - 1956 = 58 tahun!


Keistimewaan Shaklee sebagai sebuah syarikat MLM pula ialah:
  1. Semua pengedarnya berpeluang dapat bonus walaupun tiada Downline.
  2. Seorang Downline boleh dapat bonus lebih banyak daripada Upline.
  3. Pangkat Downline boleh lebih tinggi daripada pangkat Upline.

Siapa buat dia la yang dapat, kan?

Tu je nak bagitau buat masa ni.

Ok, bye.

Friday, 12 September 2014

Beastfeeding | PUNCA SERTA CARA ATASI BENGKAK BUAH DADA DAN PUTING LUKA

Jika ada yang masih tertanya2 kenapa selepas bersalin payudara si ibu membengkak dan apabila baby menyusu, puting si ibu pula luka, berikut saya kongsikan punca-punca dan cara mengatasinya:

Tuesday, 9 September 2014

Sembang | SUPLEMEN SHAKLEE MAHAL?

Suplemen Shaklee Mahal??

Well, memanglah mahal jika anda bandingkan dengan ubat atau vitamin yang anda dapat PERCUMA daripada Hospital Kerajaan.

Suplemen Shaklee mungkin vitamin tetapi suplemen Shaklee BUKAN ubat.

Jika nak buat perbandingan, bandingkan lah dengan suplemen jenama lain yang dijual di pasaran. Bandingkan dengan ADIL, "apple to apple". Jumlah tablet sebotol, jumlah pengambilan sehari, amaun nutrisi setiap pengambilan atau hidangan, sumber ramuannya, kualiti dan lain-lain.

Dengan Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) yang ditawarkan, ia tidak mahal malah SANGAT BERPATUTAN!

Perkara ini dipersetujui oleh ramai customer dan kenalan saya yang sama-sama SID mahupun yang BUKAN SID yang mana mereka telah lama mengamalkan atau biasa membeli suplemen jenama lain.

Alang-alang amalkan suplemen tu, bertukar lah ke jenama Shaklee yang:

Sentiasa SELAMAT (Safe)
Sentiasa BERKESAN (Works)
Sentiasa MESRA ALAM (Green)

Kenapa saya cadangkan anda bertukar kepada Shaklee? Antara sebabnya ialah Shaklee menjalankan lebih 83,000 Ujian Kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan keselamatan produknya. Sejumlah USD 250,000,000 setahun dilaburkan untuk buat Ujian Klinikal sahaja!

Produk Shaklee BUKAN PRODUK ASAL ADA.

Boleh belek sini untuk ketahui Harga Runcit bagi semua produk Suplemen Shaklee di Malaysia. Harga Runcit pun dah sangat berpatutan. Kalau korang tau berapa pula Harga Ahli, kompom korang join ahli. Yuran keahlian pun hanya RM 65.00 untuk SEUMUR HIDUP. 

Saya adalah salah seorang yang dah jadi ahli dan kini ingin sebarkan kebaikan Shaklee SETELAH SAYA SENDIRI RASAI MANFAATNYA. Hubungi saya untuk sama-sama menjadi ahli keluarga Shaklee. 

Jom berShaklee!

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp 019-2286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Sihat | SENARAI HARGA SUPLEMEN SHAKLEE

Berikut saya kongsikan Senarai Harga Runcit yang rasmi bagi semua suplemen Shaklee di pasaran Malaysia sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak:

Advanced Joint Health Tablet, 60 biji - RM 124.00.
Alfalfa Complex (S), 330 biji - RM 53.75.
Alfalfa Complex (L), 700 biji - RM 97.50.
B Complex, 120 biji - RM 53.75.
Carotomax, 30 biji - RM 74.00.
Chewable Vita C, 90 biji - RM 37.50.
Collagen Powder, 15 peket - RM 298.00.
CoQHealth, 30 biji - RM 124.00
DTX Complex, 90 biji - RM 155.00.
Energising Soy Protein, 850gm, 30 hidangan - RM 150.00.
Garlic Complex, 60 biji - RM 47.50.
GLA Complex, 60 biji - RM 91.25.
Herblax, 120 biji - RM 52.50.
Lecithin, 180 biji - RM 52.50.
Meal Shakes, 544gm - RM 113.75.
Nutriferon, 30 peket - RM 181.25.
Omega Guard, 90 biji - RM 136.00.
Ostematrix, 120 biji - RM 61.00.
Phytocol-ST, 120 biji - RM 197.00.
Peppermint Ginger Plus, 90 biji - RM 45.00.
Performance Drink, 539gm - RM 82.50.
Sustained Release Vita C Plus, 180 biji - RM92.50.
Vita E Complex, 120 biji - RM 149.00.
Vitalea, 120 biji - RM 88.75.
Vivix, 150ml - RM 475.00.
Zinc, 120 biji - RM 33.75.

Cinch Shake (Vanila/Choc/Cafe Latte), 15 hidangan - RM 173.00.
Cinch Energy Tea Mix, 28 peket - RM 131.00.

----------------------------------------------------------------------------

Saya Pengedar Bebas Shaklee yang sah.
I am Shaklee Independent Distributor (SID).
ID No: 931054

Hubungi saya untuk membuat pertanyaan dan belian dengan konsultansi PERCUMA. Pos ke seluruh Malaysia atau COD di Lembah Klang (Setiawangsa, Wangsa Maju, Desa Pandan).

Shaklee mahal? Komen saya di sini. 

Ingin berjimat membuat belian dengan harga ahli? Hubungi saya!

Your Gojes SID,
Zuliana

WhatsApp 019-2286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Ingin kenali saya? Boleh add friend di FB atau klik sini.

Tips | SUPLEMEN LEGAKAN SELSEMA DAN BATUK

Anda selsema?
Mencari alternatif agar tidak perlu ambil ubat selsema?

Mungkin boleh pertimbangkan cara saya:

1. Telan 3 biji SR Vita C Plus.
2. Telan 2 biji Garlic Complex.
3. Ambil 1 sachet/peket Nutriferon.

Anda selsema dan batuk/berkahak?
Boleh add on:

1. Telan 3 biji OmegaGuard.
2. Minum 1 sudu madu awal pagi sebelum gosok gigi.

Anda rasa anda perlukan Paracetamol? Boleh intai tips saya di sini.

Suplemen Shaklee dijamin Selamat. No chemical added. Not a synthetic suplement. Natural based guaranteed.

Siapa hamil, should be ok nak follow tapi sila dapatkan pandangan SID/doktor anda dahulu terutamanya kalau nak ambil Garlic Complex.


Vita C dan Garlic bantu legakan selsema
SR Vita C Plus dan Garlic Complex

Disclaimer: Fungsi asal/sebenar suplemen Shaklee bukan untuk merawat ok. Tips ini juga bukan bertujuan untuk merawat. Sekadar satu cadangan sebagai usaha alternatif untuk melegakan apa yang anda rasa. Saya dah cuba. Sangat membantu saya.

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp 019-2286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Sihat | APA ITU B COMPLEX?

Weekend baru ni saya ada kongsikan tips cara saya atasi sakit tanpa Paracetamol. Boleh baca di sini. Salah satu suplemen yang saya ambil untuk beri efek pain killer tersebut (seperti Panadol) kepada saya ialah B Complex.

Kalau korang nak tau, B Complex memang dapat nama jolokon sebagai Vitamin Penenang pun ok!

Apa sebenarnya B Complex ni?


B Complex ialah kumpulan Vitamin B yang ada 8 jenis semuanya iaitu:

  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Phantotenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxin)
  • Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin B9 (Folate/Folic Acid)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)

Perlu ke cukup 8 jenis?


Setiap Vitamin B mempunyai peranan masing2. Nak cerita satu2 jenuh gak sebab setiap satunya ada banyak manfaat apatah lagi jika dihimpunkan kesemua 8 jenis. 


Jika tak cukup satu jenis, suplemen tersebut tidak wajar digelar sebagai B Complex. Mungkin sebab tu ada jenama yang menamakan produk mereka sebagai Multi B (pelbagai Vitamin B). Mungkin supaya tidak overclaim memandangkan produk mereka tidak cukup 8 jenis Vitamin B nya.

Untuk details setiap fungsi Vitamin B ni, saya cadangkan anda lawat lamanweb www.vitaminbcomplex.org. Saya rasa admin page ini juga seperti saya, jatuh cinta dengan B Complex sampai tercipta laman khas tentang B Complex. 

Oh, peranan B Complex ni saya akan cerita gak jap lagi secara umum tapi sekarang kita bincang dulu perlu ke cukup 8 jenis?

Dr Bruce B Miller kata PERLU! Menurut beliau, jika kita kekurangan satu Vitamin B, kita mungkin kekurangan atau hampir2 kekurangan Vitamin B yang satu lagi/lain. Dan jika kita mengambil satu sahaja Vitamin B dengan dos yang tinggi, boleh mengakibatkan kita kekurangan sesetengah Vitamin B yang lain pula secara relatif.

Contohnya jika anda kekurangan darah merah, mungkin anda akan disarankan untuk mengambil Vitamin B6 kerana ia membantu dalam pembentukan sel darah merah. Tetapi pengambilan Vitamin B6 sahaja secara tunggal mungkin boleh menyebabkan anda kekurangan Vitamin B yang lain pula.


Apakah kesan jika badan kekurangan B Complex?


Antara simptom-simptom yang boleh dikaitkan dengan kekurangan B Complex ialah:

  • Kelesuan
  • Kegelisahan
  • Depresi (Stress)
  • Imsonia (Sukar tidur)
  • Kurang selera
  • Sembelit
  • Masalah lidah (jadi merah, sakit, bengkak)

Simptom di atas tidak semestinya berpunca daripada kekurangan Vitamin B tetapi kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan simptom di atas.


Jadi, apa manfaat B Complex kepada badan kita?


Secara umum ada 3 peranan B Complex yang utama dan glamer iaitu:
  • Beri tenaga.
  • Bina darah.
  • Anti stress.

Anti stress tu memang cukup glamer.

Beri tenaga kerana ia membantu dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat (tukar makanan jadi tenaga). Memandangkan ia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, oksigen juga akan diperolehi oleh tubuh melalui pengaliran sel darah merah tadi (darah merah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh kita).

Untuk ketahui fungsi bagi setiap Vitamin B secara terperinci, boleh rujuk balik lamanweb yang saya bagi kat atas tu tadi ya.


Ada kemungkinan ke badan kita kekurangan B Complex?


YA. Kemungkinan yang sangat BESAR.

Kenapa? Sebab terdapat banyak perkara yang boleh menghapuskan Vitamin B dalam badan kita iaitu:
  • Vitamin B larut air, akan tersingkir dan tidak disimpan oleh tubuh. Perlu diganti setiap hari.
  • Cahaya boleh memusnahkan atau menyebabkan Vitamin B tidak aktif.
  • Gula menghapuskan B Complex. Kajian mendapati sebanyak 5 kali ganda B Complex yang disarankan oleh USRDA diperlukan atau akan terhapus semasa memetabolismekan kandungan gula dalam satu hidangan COLA!
  • Alkohol meluputkan kandungan kandungan B Complex.
  • Stress mental dan fizikal meluputkan B Complex.
  • Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Seringkali B Complex terhapus semasa penyediaan makanan yang menggunakan haba!
  • Antibiotik, pil tidur dan kebanyakan racun serangga boleh menghapuskan B Complex.
  • Pemakanan kita yang tidak seimbang boleh menyebabkan pengambilan B Complex harian kita kurang.


Bagaimana cara nak atasi?


Kalau tanya saya, mudah sahaja. Telan je la suplemen B Complex tiap hari. Suplemen akan membantu mengoptimumkan pengambilan harian B Complex kita. Walaupun mungkin anda dah ambil Multivitamin yang mengandungi unsur B Complex, anda tidak perlu risau overdose sebab B Complex larut air dan tidak disimpan oleh tubuh. Yang penting nisbah Vitamin B di dalamnya seimbang dan cukup 8 jenis!


B Complex pilihan saya?

Tentulah B Complex by Shaklee!

B Complex Shaklee


Kenapa saya pilih B Complex Shaklee?


B Complex Shaklee sama sekali bukan Vitamin B sintetik! Tahukah anda bahawa dikatakan hampir 99% suplemen Asid Folik (salah satu jenis Vitamin B) di pasaran ialah Asid Folik sintetik! Sebab itu lah saya tak pandang B Complex jenama lain dah setelah mengenali jenama Shaklee. Nak suggest kat kawan2 yang tengah hamil pun hati saya tenang. 

Oh, tahukah anda jika wanita hamil kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan janin? Saya akui banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan Asid Folik. Namun jika anda seorang yang praktikal dan ingin mudah seperti saya, B Complex Shaklee adalah jawapannya! 

Lagipun tengok lah faktor-faktor yang boleh memusnahkan Vitamin B kat atas tu. Mampu ke kita nak atasi faktor-faktor tersebut hanya melalui diet pemakanan harian kita? Lebih-lebih lagi kalau tengah hamil. Dengan mabuknya. Dengan tak lalu nak makannya. Dengan stressnya. Betul tak? Makan lah B Complex Shaklee ni. Anda mesti pilih!

Kalau berminat nak cuba, let me know okay.

Sekian.

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp saya di 0192286464
FB saya Zuliana Mohd Rafar
Email di gojesmami@gmail.com