Friday, 1 August 2014

Sihat | GLA COMPLEX BUKAN SEKADAR UNTUK WANITA

GLA Complex Shaklee ni sinonim dengan EPO (Evening Primrose Oil).

EPO pula sinonim untuk kesihatan wanita.

Makanya ramai yang fikir GLA Complex Shaklee hanya untuk wanita.

Salah, salah, salah.

Kenapa EPO elok untuk wanita? Sebabnya EPO mengandungi sejenis asid lemak (Omega 6) yang dinamakan GLA dan GLA ini lah yang membantu meningkatkan kesihatan wanita.

Kenapa EPO? Tiada tumbuhan lain ke yang mengandungi GLA? Jawapannya ada, namun bunga (Evening Primrose) ini lebih mudah dan murah diperolehi. Sebab tu ramai yang menggunakan EPO untuk dapatkan khasiat GLA tadi.

Bagaimana dengan GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada bunga Borage yang mempunyai GLA yang berkualiti dan berkepekatan lebih tinggi. Dikatakan kepekatan GLA di dalam Minyak Borage ialah 25% berbanding GLA di dalam EPO yang hanya berkepekatan 10%.

Selain itu, GLA Complex juga mengandungi Minyak Biji Matahari. Ini menjadikan GLA Complex istimewa berbanding minyak EPO biasa kerana lengkap dengan kandungan berikut:

- GLA (Asid Gamma Linolenik).
- LA (Asid Linolenik).
- Vitamin E.

GLA Complex Shaklee memang sangat sesuai untuk kesihatan wanita tetapi itu bukan lah satu2nya manfaat GLA Complex.


Berikut ialah antara manfaat GLA Complex:


- Bantu seimbangkan hormon. Jangan silap, ia bantu seimbangkan hormon, bukan bekalkan hormon! Sebab tu orang perempuan ke lelaki ke tiada masalah untuk ambil GLA Complex. Hormon yang seimbang bantu betulkan aturan haid wanita, atasi simptom PMS haid dan menopause (seperti senggugut, moody, sakit payudara dan lain-lain), mengatasi masalah jerawat yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon serta memelihara kesihatan prostat lelaki.

- Bantu hasilkan cecair mukus wanita untuk keselesaan hubungan suami isteri di samping beri persekitaran yang sihat untuk pergerakan sperma. Semestinya ia disarankan dalam Set Kesuburan Wanita.

- Bantu meringankan dan mengurangkan simptom2 yang dialami oleh pesakit diabetic neuropathy seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah seterusnya memperbaiki saraf. 

- Bantu turunkan paras kolesterol dalam badan dan mengawal tekanan darah.

- Bantu kurangkan radang aka bertindak sebagai anti inflamasi. Contoh radang ialah seperti Gout, Arthritis Rheumatoid (radang sendi), masalah gatal-gatal, eczema dan lain-lain. 


Testimoni: 

Makcik saya sendiri yang mengidap simptom Arthritis Rheumatoid tahap jari merekot dan perlu bantuan kerusi untuk solat, kini bebas ubat tahan sakit setelah konsisten amalkan GLA Complex. Best kan!


Oleh itu, siapakah yang sesuai ambil GLA?

- Perempuan yang haidnya tidak teratur.
- Perempuan yang alami senggugut atau PMS yang teruk semasa haid.
- Perempuan yang akan/sedang/telah menopause.
- Perempuan yang sedang berusaha untuk hamil.
- Pesakit diabetes.
- Pesakit arthritis rheumatoid.
- Pengidap eczema.
- Pengidap kolesterol tinggi.
- Sesiapa yang ingin mengatasi masalah jerawat dan jeragat.

- Sesiapa yang kulit cantik dan gojes! :)


Berapa dos yang disarankan?

1 biji, 2-3 kali sehari untuk dewasa.


Siapa yang tidak sesuai ambil GLA Complex?

Bayi berumur 1 tahun ke bawah dilarang ambil suplemen ini. Wanita hamil juga tidak sesuai jika tiada keperluan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada janin. Begitu juga dengan mereka yang mengidap sawan, suplemen ini tidak sesuai untuk anda!

Untuk pengetahuan semua, GLA Complex ini adalah antara suplemen yang customer saya repeat order terutamanya dari kalangan wanita berumur 30an ke atas. 

Haa korang pun nak jadi gojes macam diorang kan? Jom sambar set promo Beli 6 Percuma 1 bulan ni (Ogos 2014).

Cepat-cepat hubungi saya cepat!

:)

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 30 July 2014

Resepi | DAGING BAKAR MASAK LEMAK CEKUR

Menyesal sungguh tak ambil gambar. Tak teringat dan memang tak menang tangan pun apabila balik kampung. Idak la sibuk tolong memasak tapi sibuk melayan ragam ahli keluarga. Ecehh. Haha.

Haa, ni nak cerita salah satu lauk berbuka yang mak saya masak masa last day puasa tahun ni. Lebih tepat, mak dan abang yang masak.

Daging bakar masak pecel~
Jawa style!

Bukan pecel kuah/sos kacang macam gado2 tu tau. Ni kuah lemak.

Abang bakar daging.
Mak buat gravy nya. Masak lemak pecel/pecal (cekur). Enak banget you all~
Bakar daging seperti di bawah (ini je la pun gambar yang ada):


Kemudian daging yang dibakar/salai itu dihiris2 dan diletakkan dalam pinggan lalu dicurahkan kuah pecel nya.

Resepi kuah:
Bawang merah, bawang putih, cili api dan/atau cili hidup digoreng dengan minyak yang sedikit kemudian ditumbuk dengan sedikit kunyit (takde kunyit hidup, kunyit serbuk pun boleh, tak mau letak kunyit pun boleh).

Siap tumbuk, campak balik ramuan ke dalam kuali minyak sikit tadi, ditumis sekejap dan dicampak pula daun cekur (bahan utama resepi, tak boleh tak ada!).

Agak2 daun layu, masukkan santan segar atau santan kotak (ikut korang la) dan dimasak sekejap supaya ramuan sebati dalam kuah.
Cubitkan sedikit garam dan gula, perasakan.

Boleh curah kuah terus ke dalam pinggan/mangkuk yang telah terisi daging tadi atau boleh juga kalau nak gaul daging dengan kuah dulu di dalam kuali sebelum dihidang.

Huh, terangkat! Bertambah2 nasi abang ipar i. Haha.

Resepi pecel ini boleh la kaki2 pancing aplikasikan di tepi sungai. Resepi asal masak pecal ni, kuahnya tak perlu dimasak atas api pun. Bawang dan cili je kalau nak dipanggang/salai dulu (tumpang masa bakar ikan). Tumbuk, tumbuk, tumbuk, bubuh daun cekur dan bubuh santan. Fresh gitu! Ikan bakar pun ikan fresh. Sedapnya la kan! Itu la yang abang saya buat. Dia memang kaki pancing!

Dan dia punya idea la masak pecel petang tu. Tu yang dia gigih membakar daging dan gi pasar beli daun cekur. Walhal, tepi laman mak pun ada pokoknya. Haha.

"Kenapa mak tak bgtau mak ada tanam cekur?"

"Laa, kenapa ko tak tanya mak dulu?"

Haihh.. dua beranak ni. Abang saya, anak mak! :)

Raya kedua, abah beli pari. Kami makan pari bakar masak pecel pula. Haha. Kemaruk.

Kata mak, kalau ikan haruan, laaaagi sedap.

Korang cuba lah!

Salam sayang,
mmy zuli

Wednesday, 23 July 2014

Santai | DUIT RAYA, WHERE GOT ONE?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Zaman saya selalu kena buat emcee dolu2, saya akan bagi salam penuh. Salam yang penuh akan berjaya menarik perhatian audience yang mungkin sedang leka berborak atau mengadap hp. Haa, tips tu. 

Eh, korang dah jawab salam saya kat atas tu belum? :)

Kali ni nak share Pantun Raya Mat Salleh yang orang dok hantar kat group WhatsApp dua tiga hari ni. Kreatif depa ni naaaa. Kepada owner pantun, "i suka la kat pantun u dan i nak pinjam sat tepek kat blog i ni ya."

Begini bunyi pantunnya:

Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari Raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung, better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari Raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one?;
That's all from me I gotta run,
Duit Raya, where got one?


Well, here got not only one. :)

Jemput datang rumah saya ya. Insya Allah ada duit raya untuk anak-anak korang nanti. Untuk korang sendiri pun ada kalau masih bawah umur. Ahak!

Last but not least,

Happy Eid Mubarak
Sorry Body and Soul
Safe journey and enjoy the celebration okay!

Salam sayang,
mmy zuli

Testimonial | SETAHUN AMAL KEDUT BAWAH MATA HILANG!

Kedut bawah mata dah hilang! Wink wink.
Belek2 muka, baru perasan kedut saya dah hilang you all.

Apa rahsia? Haa, saya ada 3 suspect utama! Jeng jeng jeng.

Cerita sejarah dulu sikit. Tahun 2010, kulit saya teruk. Kering dan mula berkedut. Saya akur sebab umur dah nak masuk 3 series. Then ada gak geng yang sama baya pun update kat FB yang depa dah mula ada wrinkles. Lega sikit. Tapi dalam hati tetap rasa tak puas hati. Namun tiada apa pun yang saya buat sebab sibuk bekerja barangkali. Bukan sebab tak kisah tau.

2010 tu jugak saya bertemu jodoh. Alhamdulillah, 2011 saya hamil dan 2012 kami menimang cahaya mata.

Sepanjang hamil, saya dah kena racun dengan misi untuk penyusuan ekslusif. Lahir je Mikhail, saya tekad untuk laksanakannya. Malangnya baru seminggu saya jadi stress! Puting pecah, sakit yang amat. Nyusu anak, air mata terbit sendiri. Tahan sakit. Bila Apabila refer mak, mak mertua, makcik, semua cakap yang diorang pun dulu hadapi perkara yang sama. So, takda sebab saya nak mengalah kan? Mereka boleh, kenapa tidak saya? Maka saya teruskan niat saya untuk penyusuan ekslusif.

Namun setelah berjaya tempuhi dan atasi rasa sakit tersebut, saya jadi stress semula sebab Mikhail 24 jam bergayut. Orang cakap anak lelaki kuat menyusu. Tapi si Mikhail ni punya kuat sampai saya memang tak boleh nak buat stok. Makanya, saya pun menggugel. Terus terberkenan nak cuba Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Shaklee. Beli. Makan.

Saya start makan masa Mikhail umur 2 minggu. Alhamdulillah, Cik B cepat terasa penuh. Mikhail kurang meragam. Yang paling best, saya dah ada 'snek' nak alas perut yang memanjang lapar dek penangan nyusukan Mikhail. Asal lapar je, saya bancuh ESP dengan Milo 3in1. Sedap dan memang teralas perut ni. Badan pun rasa lebih bertenaga. Sebulan saya amal sehingga habis pantang. Habis pantang, ESP habis. Saya stop makan.

Hari ke 45, merdeka! Suami bawa kami berjalan. Huh sangat teruja okay. Sebab pertama, sebab dapat berjalan. Sebab kedua, sebab ramai yang puji kata complexion kulit saya sangat cantik. Kakak saya la yang beriya-iya tanya pakai produk apa. Huh, masa pantang mana la saya ada tepek apa2 kat muka ni. Then adik saya ingatkan, 'KakWi kan minum ESP masa pantang'! Oh ya. Tak teringat pun. Sepanjang hari saya menyengih atas pujian itu. Hihi.

Namun dukacita saya maklumkan bahawa saya tak teruskan pun minum ESP tu. Dah habis secanister tu, habis lah. Sehinggalah susu badan saya merundum dan di usia 10 bulan, Mikhail dah pun minum susu formula kat rumah. Waaaa! Rasa sangat tak best okay. Terus tersedar mana perginya azam nak nyusu badan hingga 2 tahun??

Saya pun belilah ESP lagi untuk bantu capai misi saya dan kemudiannya terus join membership Shaklee. Haaa, korang boleh dapatkan tips bagaimana saya atasi masalah susu yang menyusut di usia anak 10 bulan tu di sini.

Alhamdulillah. Mikhail dah pun 2 tahun lebih sekarang. So dah lebih setahun la saya minum ESP walaupun ada la jugak waktu yang culas. Hihi. Culas2 pun, taa daaa.... kedut bawah mata saya dah hilang okay!

Tapi itu la, selain ESP yang saya dah amal lebih setahun, saya pun dah setahun gunakan skincare Shaklee iaitu NUTRIWHITE dan ENFUSELLE. Sebab tu la saya cakap saya ada 3 suspect utama. :)

Apa skincare yang saya pakai? 

Mula2 saya gunakan Set Enfuselle untuk kulit berminyak. Memang set ini berkemampuan tinggi untuk absorb minyak kat muka saya hingga end up kulit muka saya jadi kering. Baru lah saya tersedar yang kulit saya bukan kulit berminyak.

So, habis set tu saya tukar kepada Set Enfuselle untuk kulit kering. Haaa, baru sesuai. Lembap je muka ni dek oi. Sebenarnya memang ramai pun orang yang tak dapat kenalpasti jenis kulit sendiri. Lepas tu salahkan produk. Haihh..

Habis set yang itu, saya mencuba pula Set NutriWhite. Oh juga sesuai dengan saya! Ha, sampai sekarang saya masih gunakan NutriWhite.

Tak kenal Set Enfuselle? Jom berkenalan. Klik sini.
Nak tau Set NutriWhite mana yang saya pakai? Klik sini.

Tak kisah lah siapa pun yang punya angkara. Yang pasti saya sangat happy sebab kedut bawah mata sudah tiada lagi. Oh ya, 7 Julai baru ni saya dah pun berusia 33 tahun. Umur bukan lagi rahsia. Umur hanya lah angka. Ceeewahh~

:)


Salam sayang,
mmy zuli

Sunday, 20 July 2014

Cantik | PRODUK DAN HARGA NUTRIWHITE SHAKLEE SKINCARE

Shaklee NutriWhite

Inginkan tona kulit sekata, wajah lebih berseri?? Ingin memutih dan meratakan warna kulit tanpa melunturkan warna asal kulit? 

NutriWhite jawapannya! 

Berikut ialah rangkaian produk Kesihatan Kecantikan aka Penjagaan Wajah NUTRIWHITE Oleh Shaklee:


1. Gentle Action Makeup Remover (Penanggal Mekap), 150gm - RM 95.00.


Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri. Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Ia lembut, tidak berminyak dan kulit anda kelihatan lebih berseri.

2. Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci Muka), 150gm - RM 119.00


Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan. Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan. Strawberry Begonia mencerahkan dan menyeimbangkan pigmen.

3. Soothing Radiance Whitening Softener (Toner), 150ml - RM 138.00.


Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. Kudzu menegangkan dan mencerahkan. Marshmallow melembapkan. Ianya sangat berkesan.

4. Daily Defense Whitening Essence (Esen Pemutih), 30gm - RM 231.00.


Mencerahkan dan menegangkan kulit. Melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam. Mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari. Memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.



5. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (Krim Siang), 50gm - RM 200.00.


Kaya dengan pati botani seperti Mulberry untuk mencegah kerosakan kulit. Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit. Membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

6. Overnight Renewal Whitening Cream (Krim Malam), 50gm - RM 225.00.


Mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah. Anda akan bangun dengan kulit gebu, halus, cerah dan berseri.

7. Spot Whitening Treatment (Rawatan Tompokan), 10gm - RM150.00.


Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Mencerahkan, menegangkan, melindungi dan menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif (kurang sesuai untuk kulit sensitif) membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda.


Cara guna/pakai Set NutriWhite ini mudah sahajaMulakan dengan Makeup Remover (jika perlu) dan Cleanser. Kemudian apply Softener diikuti dengan Whitening Essence. Seterusnya, sapukan Lotion SPF 15 (untuk siang) atau sapukan Overnight Cream (untuk malam). Secara berkala atau setiap malam, sapukan Spot Treatment untuk kawasan yang berjeragat, bertompok atau tidak sekata.

So, nak beli yang mana satu?
Untuk memudahkan pilihan, saya ciptakan set-set kombinasi seperti berikut:


Set Lengkap 1 - RM 1,158.00


Semua sekali.


Set Lengkap 2 - RM 913.00


No 2, No 3, No 4, No 5 dan No 6.
(Set Lengkap 1 tanpa Makeup Remover dan Spot Whitening Treatment)


Set Asas 1 - RM 688.00


No 2, No 3, No 4 dan No 5.
(Penggunaan Siang dengan Whitening Essence)


Set Asas 2 - RM 682.00


No 2, No 3, No 5 dan No 6.
(Penggunaan Siang dan Malam tanpa Whitening Essence)


Set Bajet - RM457.00


No 2, No 3 dan No 5.
(Penggunaan Siang tanpa Whitening Essence)


Oh saya gunakan Set Bajet dan namakannya Set 'Malas'  kerana saya malas nak sapu apa-apa pada waktu malam dan banyak-banyak di siang hari. Ringkas. Namun saya pasang niat nak guna Set Asas 1 selepas ini sebab pernah try Whitening Essence tu memang best dan sangat ringan teksturnya! So tak kisahlah kalau nak sapu banyak pun kan. :)

Tapi korang panggil Set Bajet ye, jangan panggil Set 'Malas' pula. Hihi.

Haa, apa tunggu lagi? Dapatkan lah set NutriWhite yang anda inginkan sekarang. Klik Order Now di bawah untuk membuat belian anda.

Jika mahu hubungi saya dahulu sebelum membuat belian pun boleh. WhatsApp atau email saya okay. :)

NutriWhite ni bagus ke? Berbaloi ke? Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Cantik | NUTRIWHITE BAGUS KE?

Kenapa saya kata NutriWhite best?

Kenapa korang harus tukar Set Penjagaan Wajah korang sekarang kepada produk NutriWhite?


Sebab pertama ialah kandungannya



Shaklee dapatkan ramuan botani untuk penghasilan NutriWhite ini dari seluruh dunia dan ramuan yang hebat itu diproses tanpa campuran bahan kimia yang merbahaya serta diuji berkali-kali untuk dipastikan kualitinya. 

Ringkasnya, ia diekstrak dari sumber SEMULAJADI dan SELAMAT untuk anda! Saya akan berceloteh khas tentang kandungan ramuan semulajadi NutriWhite ini di entry yang lain.


Sebab kedua ialah kemampuannya



Sistem NutriWhite ini mampu bertindak dengan 5 cara yang BERKESAN iaitu:


1. Mencegah


Melindungi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar (yang mana dapat menggelapkan kulit).


2. Mengurangkan


Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap. Supaya kulit lebih cerah dan berseri.


3. Menyekat


Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam. Supaya kulit bebas pigmentasi atau jeragat.


4. Memperbaharui


Memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melamin berlebihan agar kulit cantik berseri.


5. Mencerahkan


Mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.


Hebat bukan? Yang buat saya suka NutriWhite ini ialah kesannya yang sangat lembut. Bukan macam sesetengah produk lain yang kalau memutih tu habis muka macam di'bleaching' dengan clorox. Itulah salah satu sebab kenapa saya anti produk whitening di pasaran sebelum ini iaitu takut muka lebih putih daripada tangan. Sangat palsu ok!

NutriWhite tidak seperti produk whitening lain. Terbukti pada saya sendiri yang dah lebih setahun guna. Belang sunburn di tepi muka dekat line tudung yang bertahun tak hilang, sekarang dah hilang! Namun warna kulit tetap cantik dan nampak natural. Tiada lagi belak-belak hitam akibat muka rosak semasa training dulu. Sangat suka! :)

nutriwhite gojes mami

Tona kulit sekata, wajah lebih berseri. Ini pun saya cuma gunakan Set 'Malas' sahaja tanpa krim malam! Untuk kenali rangkaian produk NutriWhite yang hebat ini, sila klik di sini.

Dapatkan Set NutriWhite anda sekarang!

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Tuesday, 15 July 2014

Cantik | PRODUK DAN HARGA ENFUSELLE SHAKLEE SKINCARE

Masalah Jerawat?
Kulit Sensitif?
Kulit Kering?
Kulit Berminyak?
Eye Bag?

Jom intai rangkaian Produk Kesihatan Kecantikan atau Set Penjagaan Wajah ENFUSELLE oleh Shaklee yang boleh membantu anda!

Di Malaysia, terdapat 7 produk Enfuselle dengan 3 produk daripadanya sesuai untuk kulit berminyak, 3 lagi produk sesuai untuk kulit kering dan tambahan 1 krim mata untuk kedua-dua jenis kulit.

Set Kulit Kering


enfuselle for dry skin


1. Hydrating Cleansing Lotion, 177ml - RM96.25.

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang. Hipoalergenik.


2. Hydrating Toner, 177ml - RM78.75.

Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. Terbukti secara klinikal. Meneutralkan kerosakan sel. Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat. Melembutkan dengan ekstrak Witch Hazel dan Chamomile.


3. Hydrating Mosturizer, 48gm - RM97.50.

Melembapkan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit anda.


Set Kulit Berminyak


enfuselle for oily skin


1. Purifying Cleansing Gel, 177ml - RM88.75.

Menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang.


2. Purifying Toner, 177ml - RM78.75.

Meransang dan menyegarkan kulit. Memperhalus kulit dengan ekstrak Likoris, Ginseng dan Witch Hazel. Kurangkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit. Membantu mengawal kulit berminyak.


3. Balancing Mosturizer, 59ml - RM83.75.

Menyubur dan melembapkan kulit. Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus.


Eye Treatment, 14ml - RM52.50.

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.


Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan Enfuselle terutamanya dalam mengatasi masalah jerawat di wajah. Lebih elok jika diambil bersama suplemen Shaklee agar punca jerawat turut dapat diatasi dari dalam tubuh anda!

Adakah Set Enfuselle ini sesuai untuk anda? Klik di sini untuk lihat perbezaan antara Set Enfuselle dan Set NutriWhite keluaran Shaklee.

Nak terus beli? Klik Order Now di bawah untuk membuat belian di laman web Shaklee.

Nak hubungi saya dulu pun boleh. :)


Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor