So ini tips daripada saya seorang yang kurang rajin apabila ingin mengemas rumah:
2. Bahagikan masa untuk setiap tugas. Kejar masa tersebut! Memang terus akan jadi macam lipas kudung dan fokus buat kerja apabila ada time bar. Takde lah buang masa kan.
3. Dulukan tugas yang boleh ditinggalkan sementara buat tugas lain. Contoh: basuh/rendam baju dalam mesin basuh dulu ke tabur sabun siap-siap dalam tandas ke.
4. Gunakan alat bantuan yang mesra tugasan. Haaa yang ni part paling best! Apa alatan yang saya guna?
- Kotak/Container. Kalau ada anak kecik wajib ada. Melainkan kalau anak korang tak ada toys! Sumbat je semua toys anak dalam bekas pilihan korang. Tak kisah lah plastic container ke atau box ikea yang cantik2 tu ke. Boleh ajar dan ajak anak-anak tolong sama mengemas toys mereka kalau anak dah boleh disuruh.
- Bakul Baju. Haa yang ni kat rumah saya ada banyak. Ada bakul suami, saya, anak dan lain-lain (tuala/cadar). Asingkan terus masa angkat so mudah nak cari baju. Hahaha. Nampak sangat melipat baju bukan keutamaan saya. Benci. Cukup stress nak buat benda paling senang ni. Tapi kalau korang jenis suka melepak depan tv, rajin2kan lah tangan tu menyambil lipat baju. Saya memang jarang tengok tv. So baju yang belum berlipat, bubuh elok-elok dalam bakul dulu ok.
- Vakum. Item wajib ada jika rumah ada karpet. Kalau dalam kemampuan tu beli lah. Saya pun baru je beli. Beza giler hasil selepas mevakum berbanding selepas menyapu. Kalori yang terbakar rasanya lebih kurang je tapi hasilnya sangat berbeza.
- Mop dan Basic H2. Haaaaaaaaaaa, yang ni i nak promote sikit. Belilah mop Cosway seperti gambar di bawah. Tak payah guna tangan nak perah mop. Pakai kaki je ok. Dan jangan lupa bubuh sesudu besar Basic H2 dalam air setinggi ikut sukatan baldi tu. Kompom, lantai korang sangat mudah dibersihkan dan bersinar2 gitu.
- Produk Get Clean Shaklee. Saya dah guna. Memang sangat best.
![]() |
| Shaklee Get Clean Product - produk penjagaan kediaman yang BERKESAN tanpa bahan kimia terlarang, natural based, selamat untuk anda, keluarga anda dan bumi/alam sekitar |
- Sabun basuh baju (Get Clean Fresh Laundry Concentrate) dia sangat sesuai untuk orang yang rajin basuh baju tapi selalu lupa nak sidai. Macam saya. Haha. Baju tak berbau walaupun dah bermalam dalam mesin basuh. So kalau korang terlewat sidai, tak payah dah basuh balik baju-baju tu. Malah sidai dalam rumah yang tak jumpa matahari macam rumah pangsa saya ni pun baju tak berbau kepam. Apatah lagi kalau di akhiran bilasan, bubuh dia punya fabric softener (Get Clean Soft Fabric Concentrate). Segar je baunya.
- Sabun basuh pinggan (Hand Dish Wash Liquid Concentrate) dia pun best. Ni saya cerita sebab saya dah guna ye. Bukan sebab nak jual semata-mata. Part mana yang best? Satu, gunanya sikit je. Dua tiga titik je untuk sekali basuhan. Dua, kalau air sabun ni berlebih tak habis guna, tak perlu risau air sabun ni berbau. Macam gitu gak rupa dan baunya, tak membusuk. Tiga, berkesan. Empat, lembut untuk tangan. Basuh lah pinggan tu dari pagi sampai petang, tangan tak mengelupas. Insya Allah.
- Pencuci serbaguna Basic H2 tu pun sangat best. Bukan takat untuk mop rumah tapi macam-macam lagi fungsinya. Cuci toilet jadi mudah. Tak payah dah nak tabur-tabur sabun dulu kat toilet. Cuci dapur masak sangat mudah. Giler bersih kau dapur masak aku. Bancuh hujung sudu Basic H2 dengan air dalam botol spray, dah boleh guna buat spray lap meja makan dan sofa dan apa-apa je lah yang korang nak lap. Haish macam-macam lagi lah kegunaan lain! Semut pun tak kerumun kalau kita bersihkan rumah guna Basic H2 ni. Insya Allah.
Oh ya, lupa. Tips tambahan. Saya akan mulakan aktiviti menjadi bibik ini dengan segelas Mighty 3 Germ! Betul-betul bagi badan bertenaga dan cargas umpama masih remaja. Tips tu.
Dan alang-alang nak membeli, beli satu set terus sebab Shaklee akan bagi satu botol spray dan satu beg kain PERCUMA apabila anda beli semua produk Get Clean (rujuk gambar di atas) dalam satu resit. Dekat botol spray percuma tu pulak ada guideline untuk sukatan bancuhan Basic H2 ikut jenis kegunaan. So boleh lah bancuh siap-siap supaya apabila nak guna tinggal capai dan spray.
019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar







