Tuesday, 18 November 2014

Sembang | SALAH FAHAM HUKUM SENTUH ANJING

Disclaimer : Saya bukan Ustazah. Entry saya ini adalah berdasarkan apa yang saya faham hasil daripada bacaan saya. Oleh itu, mohon rujuk kepada yang lebih arif jika entry ini tidak jelas, mengelirukan atau anda rasa ada kesilapan maklumat.

Rentetan Program 'I Want To Touch A Dog'


Entry ini mungkin sudah basi. Isu program 'I Want To Touch A Dog' telah lama berlalu. Pelbagai reaksi masyarakat rentetan daripada pelaksanaan program tersebut. Ada yang mengkeji, ada juga yang mempertahankan penganjur.

Apa reaksi saya?


Jujurnya, reaksi pertama saya apabila mengetahui tentang kewujudan program ini ialah 'Biar lah depa nak pegang anjing pun. Lepas pegang nanti sucikan diri je la ikut cara yang sepatutnya'.

Lebih kurang begitu lah apa yang terlintas di fikiran saya.

Namun reaksi saya berubah apabila saya mula membaca dan membaca.

Apa Yang Ramai Orang Faham Tentang Hukum Pegang Anjing?


Berdasarkan pemerhatian saya daripada respon kawan-kawan dan pelayar-pelayar FB serta termasuk pemahaman awal saya sendiri, ada 2 pemahaman masyarakat kita terhadap hukum sentuh anjing ni.

Pemahaman 1:
Pegang Tanpa Sebab - Haram.
Pegang Bersebab - Harus.

Pemahaman 2:
Pegang Tanpa Sebab - Harus.
Pegang Bersebab - Harus.

Ramai yang sama seperti saya mempunyai pemahaman yang kedua yang ternyata adalah SALAH.

Namun betul ke pemahaman yang pertama?

Hukum Memindahkan Najis Ke Badan


Saya jadi marah dan tidak berpuas hati apabila ada yang menyinis mengatakan 'cuba selek najis korang kat badan sendiri' sebagai respon kepada program tersebut yang melibatkan ramai orang Islam menyentuh anjing.

Kenapa saya marah?

Mungkin sebab pemahaman saya yang salah tadi.

Kenapa saya tidak puas hati?

Mungkin sebab pernyataan tersebut atau perbandingan tersebut (antara anjing dan najis/tahi manusia) tidak menerangkan hukum sebenar menyentuh najis atau anjing. 

Bagi orang yang ego tinggi dan hati kering macam saya abang-abang komando, apa lah sangat nak bermain-main dengan najis manusia ni. Malah timbul pula perbahasan, 'habis tu yang ko sentuh najis anak masa cebok punggung anak tu, ko berdosa ke?'.

Apabila pernyataan/perbandingan tersebut ditujukan kepada orang yang tidak tahu hukum atau silap faham tentang hukum, mana mungkin seekor anjing yang sangat comel boleh disamakan dengan najis/tahi yang jijik. Apatah lagi jika najis/tahi juga tidak dirasakan jijik. 

Tapi jika dinyatakan dengan jelas bahawa HARAM hukumnya memindahkan najis ke tubuh sendiri TANPA SEBAB, then baru lah orang yang tak tahu hukum ni dapat mengaitkan bahawa haram jugalah memegang anjing tanpa sebab memandangkan anjing itu sudah jelas bersifat najis.

Abang komando pun mungkin tidak akan sesuka hati nak main dengan najis hanya sekadar nak sahut cabaran atau nak buktikan dia tak heran pun kat najis tu apabila dia tahu hukum (melainkan dia nak langgar hukum lah kan). Isu cebok punggung anak tanpa pakai gloves juga tidak akan timbul.

Hukum ini lah yang saya salah faham pada awalnya. Saya ingatkan boleh je nak sentuh cuma memandangkan ia najis, perlu lah bersuci selepas menyentuhnya. Jahil sungguh saya.

Hukum Sebenar Menyentuh Anjing


Oh berbalik kepada rasa ingin tahu apa hukum sebenar menyentuh anjing, saya mula membaca pendapat agamawan dan para ustaz sehingga membawa saya kepada Fatwa di Malaysia tentang isu ini.

Ringkasnya, berdasarkan Fatwa kita (Malaysia) yang berpegang kepada Mazhab Imam Shafie, pemahaman yang pertama tadi juga KURANG TEPAT. Kenapa?

Ini kerana apabila dikatakan HARUS menyentuh anjing jika BERSEBAB, timbul pula 'SEBAB saya sentuh anjing dalam program tersebut ialah untuk menghilangkan fobia saya terhadap anjing'.

Boleh ke?

Fatwa Malaysia menyatakan HARUS menyentuh ANJING dalam keadaan DARURAT. Pada saya tujuan nak hilangkan fobia, belum lagi darurat. 

Maksud darurat yang saya faham ialah SEBAB YANG MENDESAK. Adakah menghilangkan fobia terhadap anjing itu adalah satu sebab yang mendesak? Adakah benar dengan menyentuh anjing kita dapat hilangkan fobia kita terhadap mereka (anjing)? Apa pendapat anda?


Untuk anda lebih faham tentang 'Kedudukan Anjing Dalam Islam dan Hukum Berkaitannya', boleh baca sendiri Fatwa tersebut di sini.

Wallahualam.

Masih Mencari Ilmu,
mami zuli

No comments:

Post a Comment