Friday, 17 October 2014

Serius | KATA ITU DOA, MIND YOUR WORDS MOMMY!

Anda kini seorang ibu? Hati-hati lah dengan apa yang anda tuturkan.

Jika anda selalu kata "anak mommy ni naughty la", sila hentikan.

Jika geram sangat dengan perangai anak dan nak jugak cakap atau luahkan sesuatu then ikutla cara orang-orang tua kita yang kata "anak bertuah" apabila marahkan anak.

Atau kata lah apa sahaja yang baik-baik seperti "moga-moga kamu jadi imam masjid satu hari nanti". Apa sahaja asalkan yang baik-baik!

Kata itu doa. Dan sebagai seorang ibu, doa kita untuk anak-anak mudah dimakbulkan.

Anak saya masuk wad bulan April yang lalu kerana serangan Viral Fever.

Selepas discaj pada bulan April itu, anak saya sihat waalfiat tak demam, tak selsema, tak batuk walaupun anak2 lain di rumah pengasuh silih berganti demam, batuk dan selsema. Beliau tetap steady dapat melawan segala jangkitan di sekelilingnya.

Namun, tahukah anda bahawa anak saya diserang Viral Fever semula pada hujung September baru-baru ini selepas saya menegur "dah lama anak mommy ni tak sakit kan?".

Saya sungguh kesal atas teguran tersebut. Kesian Sihensem. Dua minggu demamnya.

Apabila saya maklumkan perkara ini kepada Paed anak yang berbangsa india dan juga seorang lelaki, beliau respon "choi, mulut you haaa".

Haha.

Malah beliau juga kata kat anak saya, "mommy you naughty!".

Adeh.

Mudah-mudahan kata-kata doktor itu bukan satu doa. Haha!

Lesson learnt, mind your words mommies!

And please sentiasa bayangkan anak-anak anda sentiasa sihat dan bayangkan kejayaan-kejayaan yang anak-anak anda bakal capai pada masa hadapan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Bayangkan yang baik-baik sahaja!

Untuk kekal sihat, usaha saya selama ini ialah dengan amalkan suplemen Shaklee.
Namun sekarang saya tambah usaha dengan tingkatkan kualiti udara di rumah pula. No more smoking inside my house!

Namun saya redha jika Allah tetapkan akan ada ahli keluarga saya yang akan jatuh sakit. Minta dijauhkan namun jika itu takdir yang ditentukan saya akur.

Yang penting saya dah usaha untuk mereka sihat. Dan mungkin masih ada bab lain yang saya perlu usahakan untuk mereka terus sihat. Contohnya bersenam! Memang dah lama kami sekeluarga tak keluar bersenam.

Jomlah sama-sama kita jalani hidup sihat!

Salam sayang,
mami zuli

No comments:

Post a Comment