Friday, 17 October 2014

Serius | KATA ITU DOA, MIND YOUR WORDS MOMMY!

Anda kini seorang ibu? Hati-hati lah dengan apa yang anda tuturkan.

Jika anda selalu kata "anak mommy ni naughty la", sila hentikan.

Jika geram sangat dengan perangai anak dan nak jugak cakap atau luahkan sesuatu then ikutla cara orang-orang tua kita yang kata "anak bertuah" apabila marahkan anak.

Atau kata lah apa sahaja yang baik-baik seperti "moga-moga kamu jadi imam masjid satu hari nanti". Apa sahaja asalkan yang baik-baik!

Kata itu doa. Dan sebagai seorang ibu, doa kita untuk anak-anak mudah dimakbulkan.

Anak saya masuk wad bulan April yang lalu kerana serangan Viral Fever.

Selepas discaj pada bulan April itu, anak saya sihat waalfiat tak demam, tak selsema, tak batuk walaupun anak2 lain di rumah pengasuh silih berganti demam, batuk dan selsema. Beliau tetap steady dapat melawan segala jangkitan di sekelilingnya.

Namun, tahukah anda bahawa anak saya diserang Viral Fever semula pada hujung September baru-baru ini selepas saya menegur "dah lama anak mommy ni tak sakit kan?".

Saya sungguh kesal atas teguran tersebut. Kesian Sihensem. Dua minggu demamnya.

Apabila saya maklumkan perkara ini kepada Paed anak yang berbangsa india dan juga seorang lelaki, beliau respon "choi, mulut you haaa".

Haha.

Malah beliau juga kata kat anak saya, "mommy you naughty!".

Adeh.

Mudah-mudahan kata-kata doktor itu bukan satu doa. Haha!

Lesson learnt, mind your words mommies!

And please sentiasa bayangkan anak-anak anda sentiasa sihat dan bayangkan kejayaan-kejayaan yang anak-anak anda bakal capai pada masa hadapan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Bayangkan yang baik-baik sahaja!

Untuk kekal sihat, usaha saya selama ini ialah dengan amalkan suplemen Shaklee.
Namun sekarang saya tambah usaha dengan tingkatkan kualiti udara di rumah pula. No more smoking inside my house!

Namun saya redha jika Allah tetapkan akan ada ahli keluarga saya yang akan jatuh sakit. Minta dijauhkan namun jika itu takdir yang ditentukan saya akur.

Yang penting saya dah usaha untuk mereka sihat. Dan mungkin masih ada bab lain yang saya perlu usahakan untuk mereka terus sihat. Contohnya bersenam! Memang dah lama kami sekeluarga tak keluar bersenam.

Jomlah sama-sama kita jalani hidup sihat!

Salam sayang,
mami zuli

Monday, 13 October 2014

Tips | PETUA CANTIKKAN KULIT PALING MUDAH

Tips Kecantikan ini sebenarnya juga adalah Tips Kesihatan.

Ok, saya ada jual Shaklee. 

(Cerita pasal Shaklee ni sebagai mukadimah sahaja. Sila teruskan bacaan untuk ketahui tips.)

Dalam rangkaian produk Shaklee, ada produk Suplemen dan ada juga produk Penjagaan Wajah.

Skin Care / Penjagaan Wajah


Untuk produk Penjagaan Wajah (skincare) dah tentu lah untuk kulit wajah yang lebih bersih dan cantik. Untuk di apply di luaran direct ke kulit wajah kita.


Suplemen Set Kecantikan


Untuk produk Suplemen pula terdapat pelbagai kombinasi suplemen untuk menjadi Set Kecantikan. Cantik dari dalam gitu. 

Antara suplemen yang terkenal membantu untuk kulit cantik ialah Collagen, ESP, Vitamin C, Vitamin E, B Complex, Vivix dan lain-lain lagi.

Apa maksud cantik dari dalam? Bagaimana suplemen tersebut membantu?

Jawapannya suplemen membantu dengan mengisi lopong-lopong nutrisi dalam tubuh kita atau dengan menambah nilai nutrisi tertentu dalam tubuh kita yang dapat meningkatkan kualiti atau prestasi (kesihatan) sel yang membentuk tisu, organ dan sistem dalam tubuh serta turut membantu melindungi atau memelihara sel tersebut daripada teroksida yang menjadi punca sel cepat menua (menjadi tua).

Itu secara umum. Kalau nak secara detail, saya kena explain ikut tiap jenis suplemen yang berkaitan. Tunggu entry saya tentang Set Kecantikan okay.


Nutrisi Terbesar Dalam Badan


Namun tahukah anda Shaklee tidak menjual suplemen bagi nutrisi paling besar dalam tubuh kita?

Apakah nutrisi paling besar tersebut?

Tahukah anda bahawa AIR juga adalah sejenis nutrisi? 

Ya, AIR ialah nutrisi paling besar yang mengisi ruang tubuh kita iaitu 60% liputannya! Bukan protein, bukan karbohidrat, bukan vitamin, bukan lain-lain mineral tetapi individu yang sihat, 60% tubuhnya harus diliputi air sama ada di dalam sel mahupun di luar sel yang jumlahnya melebihi nutrisi yang lain.

Maka lojik bukan manusia memerlukan air untuk pastikan tubuhnya dapat beroperasi secara optimum? Atau dengan kata lain untuk kekal sihat!

Oleh sebab itu, MINUM BANYAK AIR KOSONG (H20) adalah salah satu tips untuk cantik. Bukan setakat cantik, malah untuk sihat insya Allah. 

Well sebenarnya macam terbalik. Minum cukup air untuk sihat, bonusnya anda akan cantik. Tapi wanita sekarang lebih teruja untuk cantik berbanding untuk sihat kan? Lalu lebih berminat nak tau bagaimana air membantu mereka untuk cantik berbanding untuk sihat. 

Mungkin kerana kebanyakan wanita (yang saya jumpa) sudah merasakan diri mereka cukup sihat berbanding cukup cantik.

Bagaimana Air Bantu Anda Untuk Cantik?


  • Air sebagai ejen melarutkan Vitamin. Vitamin B dan C adalah vitamin larut air. Tanpa air, tubuh tidak dapat menyerap kedua-dua jenis vitamin ini secara optimum. Sedangkan kedua-dua vitamin ini membantu anda untuk cantik! Vitamin C bertindak seperti gam yang mentautkan sel kulit anda serta membantu tubuh membina kolagen. Malah Vitamin C juga menurunkan kandungan Histamine dalam darah, bagus untuk pengidap alergi (resdung, asthma, eczema) yang mungkin menjadi punca masalah kulit mereka.
  • Darah sebagai pengangkut Oksigen turut mengandungi air. Tubuh yang kekurangan air menyebabkan darah menjadi likat lalu menganggu proses peredaran darah sedangkan peredaran darah tersebut mengangkut oksigen bersama ke seluruh tubuh badan kita. Apabila oksigen gagal sampai ke setiap sel melalui peredaran darah, sel akan cepat rosak atau hilang kesegarannya.
  • Air sangat diperlukan untuk proses perkumuhan. Kurang air, anda sembelit. Kurang air, peluh jadi likat melekit. Kurang air, kencing anda kotor/kuning. Apabila proses perkumuhan ini terganggu, sisa toksik akan tertinggal di dalam tubuh, tidak disingkirkan habis. Ini lah punca penyerapan nutrisi lain ke dalam tubuh menurun kerana tubuh dipenuhi toksik dan seterusnya menyebabkan sel-sel anda kekurangan nutrisi untuk kekal sihat dan segar.

Oh banyak lagi peranan air. Namun cukup lah anda ketahui tiga yang utama ini. Kalau nak cerita secara terperinci akan libatkan fungsi ginjal, hati dan lain-lain bahasa santifik. Pening pula nanti.

Oleh itu, memadailah anda ketahui bahawa air membantu tubuh anda untuk menyerap vitamin, perolehi oksigen dan singkirkan toksik! Ketiga-tiga peranan ini semestinya penting untuk membantu anda CANTIK! Maksud saya kulit yang cantik. Kalau rupa paras tu, kita semua ni dah cantik. Ciptaan Allah itu indah semuanya.

Namun jika keadaan kulit anda kini teruk dan kritikal contohnya berjerawat, berpigmentasi, berkedut dan lain-lain, berusahalah dengan produk Shaklee secara luaran atau/dan dalaman. Pasti anda puas hati! Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut untuk bab yang ini. Konsultansi adalah percuma.


Berapa Sukatan Ideal Pengambilan Air Sehari?


Berikut ialah formula yang yang saya perolehi daripada laman web rasmi Hospital Tambunan:

Jumlah air diperlukan sehari dalam unit oz (ounce) = 2/3 daripada berat badan kita dalam unit lbs (pound).

Contoh berat anda ialah 53kg bersamaan 121.25 lbs.

Oleh itu anda perlu minum air
= 2/3 * 121.25 lbs
= 80.83 oz
= 2.3 liter air

Ataupun mudahnya, 1 liter air untuk setiap 25kg badan kita seperti berikut:

☆ Berat badan 25kg : 1 liter air.
☆ Berat badan 50kg : 2 liter air.
☆ Berat badan 75kg : 3 liter air.
☆ Berat badan 100kg : 4 liter air.

Setiap hari!

Penapis Air Get Clean Shaklee


Sungguhpun Shaklee tak jual air. Tapi jangan tak tau yang Shaklee ada jual penapis air untuk pastikan air yang anda minum itu bersih, tidak tercemar dengan sebarang bendasing lain yang boleh membahayakan kesihatan.

Saya perkenalkan, ini lah Shaklee Get Clean Water Pitcher:

Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher
Penapis Air Get Clean Shaklee

Rahsia Kecantikan Neelofa


Tahukah anda bahawa selain daripada pengambilan suplemen, rahsia kecantikan adik beradik Neelofa termasuk beliau dan ibunya ialah minum cukup air?

Tahukah anda bahawa ibunya mendidik kepentingan minum air kepada Neelofa dan adik beradiknya dengan bekalkan air di tepi katil agar si anak dapat terus minum air apabila bangkit dari tidur? Begitu sekali usaha si ibu untuk memastikan anak-anaknya minum cukup air agar kekal sihat dan cantik.

Berita baiknya, Shaklee Get Clean Water Pitcher ini MUDAH ALIH. Oleh itu anda boleh letak di Bilik Tidur juga. Tahukan kita disaran untuk minum air dahulu sebaik bangun tidur sebelum kita gosok gigi?

Ciri-Ciri Menarik Penapis Air Shaklee


Berikut ialah ciri-ciri penapis air ini:
  • Mudah alih. Nak bawa balik kampung ke, pi hotel dan homestay ke, gi opis ke, boleh. Nak letak kat dapur ke, atas meja makan ke, dalam bilik tidur ke, pun boleh. Tidak perlu penyambungan ke pili air mahupun ke soket.
  • Tidak perlukan kuasa elektrik. Jimat!
  • Pemasangan sendiri yang mudah. Tidak memerlukan khidmat pakar untuk pasang dan servis, sebaliknya penukaran filter boleh dibuat sendiri dengan mudah.
  • Efisyen. Blok penapis karbon nya (filter) mampu menapis air supaya bebas daripada bahan-bahan cemar merbahaya termasuk sehingga 99% plumbum dan lain-lain seperti merkuri, kadmium serta klorin. Malah air yang telah ditapis rasanya lebih sedap. Macam lebih-lebih je bunyinya tapi sungguh itu lah yang lidah/tekak saya rasa.
  • Kapasiti yang besar. Jug air mampu menampung 10 cawan air setiap masa. Manakala setiap filter mampu menuras/menapis 80 gelen air atau 800 cawan air bersamaan 303 liter air atau 505 botol air mineral yang kecil (600ml).
  • Dilengkapi meter pintar. Meter ini dapat menyukat jumlah air yang telah ditapis seterusnya dapat memberitahu kita apabila sudah tiba masanya untuk menukar filter.
  • Harga mampu milik. Hanya RM460.00 satu set lengkap dengan 4 filter, bukan ribuan ringgit! Hanya beberapa sen bagi setiap liter yang ditapis.

Berminat?
Boleh order dengan saya.

Tak berminat? Tak apa. Tapi jangan lupa minum cukup air. Air yang bersih ya! Kalau tidak bersih, bertambah pula bahan cemar dalam tubuh anda lalu tidak tercapai pula matlamat tips untuk cantik yang saya kongsikan kali ini. 

Selamat minum air bersih! Sehingga jumpa lagi di tips yang akan datang.

Salam sayang,
mami zuli

019-2286464 | gojesmami@gmail.com | FB Zuliana Mohd Rafar