Wednesday, 30 July 2014

Resepi | DAGING BAKAR MASAK LEMAK CEKUR

Menyesal sungguh tak ambil gambar. Tak teringat dan memang tak menang tangan pun apabila balik kampung. Idak la sibuk tolong memasak tapi sibuk melayan ragam ahli keluarga. Ecehh. Haha.

Haa, ni nak cerita salah satu lauk berbuka yang mak saya masak masa last day puasa tahun ni. Lebih tepat, mak dan abang yang masak.

Daging bakar masak pecel~
Jawa style!

Bukan pecel kuah/sos kacang macam gado2 tu tau. Ni kuah lemak.

Abang bakar daging.
Mak buat gravy nya. Masak lemak pecel/pecal (cekur). Enak banget you all~
Bakar daging seperti di bawah (ini je la pun gambar yang ada):


Kemudian daging yang dibakar/salai itu dihiris2 dan diletakkan dalam pinggan lalu dicurahkan kuah pecel nya.

Resepi kuah:
Bawang merah, bawang putih, cili api dan/atau cili hidup digoreng dengan minyak yang sedikit kemudian ditumbuk dengan sedikit kunyit (takde kunyit hidup, kunyit serbuk pun boleh, tak mau letak kunyit pun boleh).

Siap tumbuk, campak balik ramuan ke dalam kuali minyak sikit tadi, ditumis sekejap dan dicampak pula daun cekur (bahan utama resepi, tak boleh tak ada!).

Agak2 daun layu, masukkan santan segar atau santan kotak (ikut korang la) dan dimasak sekejap supaya ramuan sebati dalam kuah.
Cubitkan sedikit garam dan gula, perasakan.

Boleh curah kuah terus ke dalam pinggan/mangkuk yang telah terisi daging tadi atau boleh juga kalau nak gaul daging dengan kuah dulu di dalam kuali sebelum dihidang.

Huh, terangkat! Bertambah2 nasi abang ipar i. Haha.

Resepi pecel ini boleh la kaki2 pancing aplikasikan di tepi sungai. Resepi asal masak pecal ni, kuahnya tak perlu dimasak atas api pun. Bawang dan cili je kalau nak dipanggang/salai dulu (tumpang masa bakar ikan). Tumbuk, tumbuk, tumbuk, bubuh daun cekur dan bubuh santan. Fresh gitu! Ikan bakar pun ikan fresh. Sedapnya la kan! Itu la yang abang saya buat. Dia memang kaki pancing!

Dan dia punya idea la masak pecel petang tu. Tu yang dia gigih membakar daging dan gi pasar beli daun cekur. Walhal, tepi laman mak pun ada pokoknya. Haha.

"Kenapa mak tak bgtau mak ada tanam cekur?"

"Laa, kenapa ko tak tanya mak dulu?"

Haihh.. dua beranak ni. Abang saya, anak mak! :)

Raya kedua, abah beli pari. Kami makan pari bakar masak pecel pula. Haha. Kemaruk.

Kata mak, kalau ikan haruan, laaaagi sedap.

Korang cuba lah!

Salam sayang,
mmy zuli

Wednesday, 23 July 2014

Santai | DUIT RAYA, WHERE GOT ONE?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Zaman saya selalu kena buat emcee dolu2, saya akan bagi salam penuh. Salam yang penuh akan berjaya menarik perhatian audience yang mungkin sedang leka berborak atau mengadap hp. Haa, tips tu. 

Eh, korang dah jawab salam saya kat atas tu belum? :)

Kali ni nak share Pantun Raya Mat Salleh yang orang dok hantar kat group WhatsApp dua tiga hari ni. Kreatif depa ni naaaa. Kepada owner pantun, "i suka la kat pantun u dan i nak pinjam sat tepek kat blog i ni ya."

Begini bunyi pantunnya:

Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari Raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung, better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari Raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one?;
That's all from me I gotta run,
Duit Raya, where got one?


Well, here got not only one. :)

Jemput datang rumah saya ya. Insya Allah ada duit raya untuk anak-anak korang nanti. Untuk korang sendiri pun ada kalau masih bawah umur. Ahak!

Last but not least,

Happy Eid Mubarak
Sorry Body and Soul
Safe journey and enjoy the celebration okay!

Salam sayang,
mmy zuli

Testimonial | SETAHUN AMAL KEDUT BAWAH MATA HILANG!

Kedut bawah mata dah hilang! Wink wink.
Belek2 muka, baru perasan kedut saya dah hilang you all.

Apa rahsia? Haa, saya ada 3 suspect utama! Jeng jeng jeng.

Cerita sejarah dulu sikit. Tahun 2010, kulit saya teruk. Kering dan mula berkedut. Saya akur sebab umur dah nak masuk 3 series. Then ada gak geng yang sama baya pun update kat FB yang depa dah mula ada wrinkles. Lega sikit. Tapi dalam hati tetap rasa tak puas hati. Namun tiada apa pun yang saya buat sebab sibuk bekerja barangkali. Bukan sebab tak kisah tau.

2010 tu jugak saya bertemu jodoh. Alhamdulillah, 2011 saya hamil dan 2012 kami menimang cahaya mata.

Sepanjang hamil, saya dah kena racun dengan misi untuk penyusuan ekslusif. Lahir je Mikhail, saya tekad untuk laksanakannya. Malangnya baru seminggu saya jadi stress! Puting pecah, sakit yang amat. Nyusu anak, air mata terbit sendiri. Tahan sakit. Bila Apabila refer mak, mak mertua, makcik, semua cakap yang diorang pun dulu hadapi perkara yang sama. So, takda sebab saya nak mengalah kan? Mereka boleh, kenapa tidak saya? Maka saya teruskan niat saya untuk penyusuan ekslusif.

Namun setelah berjaya tempuhi dan atasi rasa sakit tersebut, saya jadi stress semula sebab Mikhail 24 jam bergayut. Orang cakap anak lelaki kuat menyusu. Tapi si Mikhail ni punya kuat sampai saya memang tak boleh nak buat stok. Makanya, saya pun menggugel. Terus terberkenan nak cuba Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Shaklee. Beli. Makan.

Saya start makan masa Mikhail umur 2 minggu. Alhamdulillah, Cik B cepat terasa penuh. Mikhail kurang meragam. Yang paling best, saya dah ada 'snek' nak alas perut yang memanjang lapar dek penangan nyusukan Mikhail. Asal lapar je, saya bancuh ESP dengan Milo 3in1. Sedap dan memang teralas perut ni. Badan pun rasa lebih bertenaga. Sebulan saya amal sehingga habis pantang. Habis pantang, ESP habis. Saya stop makan.

Hari ke 45, merdeka! Suami bawa kami berjalan. Huh sangat teruja okay. Sebab pertama, sebab dapat berjalan. Sebab kedua, sebab ramai yang puji kata complexion kulit saya sangat cantik. Kakak saya la yang beriya-iya tanya pakai produk apa. Huh, masa pantang mana la saya ada tepek apa2 kat muka ni. Then adik saya ingatkan, 'KakWi kan minum ESP masa pantang'! Oh ya. Tak teringat pun. Sepanjang hari saya menyengih atas pujian itu. Hihi.

Namun dukacita saya maklumkan bahawa saya tak teruskan pun minum ESP tu. Dah habis secanister tu, habis lah. Sehinggalah susu badan saya merundum dan di usia 10 bulan, Mikhail dah pun minum susu formula kat rumah. Waaaa! Rasa sangat tak best okay. Terus tersedar mana perginya azam nak nyusu badan hingga 2 tahun??

Saya pun belilah ESP lagi untuk bantu capai misi saya dan kemudiannya terus join membership Shaklee. Haaa, korang boleh dapatkan tips bagaimana saya atasi masalah susu yang menyusut di usia anak 10 bulan tu di sini.

Alhamdulillah. Mikhail dah pun 2 tahun lebih sekarang. So dah lebih setahun la saya minum ESP walaupun ada la jugak waktu yang culas. Hihi. Culas2 pun, taa daaa.... kedut bawah mata saya dah hilang okay!

Tapi itu la, selain ESP yang saya dah amal lebih setahun, saya pun dah setahun gunakan skincare Shaklee iaitu NUTRIWHITE dan ENFUSELLE. Sebab tu la saya cakap saya ada 3 suspect utama. :)

Apa skincare yang saya pakai? 

Mula2 saya gunakan Set Enfuselle untuk kulit berminyak. Memang set ini berkemampuan tinggi untuk absorb minyak kat muka saya hingga end up kulit muka saya jadi kering. Baru lah saya tersedar yang kulit saya bukan kulit berminyak.

So, habis set tu saya tukar kepada Set Enfuselle untuk kulit kering. Haaa, baru sesuai. Lembap je muka ni dek oi. Sebenarnya memang ramai pun orang yang tak dapat kenalpasti jenis kulit sendiri. Lepas tu salahkan produk. Haihh..

Habis set yang itu, saya mencuba pula Set NutriWhite. Oh juga sesuai dengan saya! Ha, sampai sekarang saya masih gunakan NutriWhite.

Tak kenal Set Enfuselle? Jom berkenalan. Klik sini.
Nak tau Set NutriWhite mana yang saya pakai? Klik sini.

Tak kisah lah siapa pun yang punya angkara. Yang pasti saya sangat happy sebab kedut bawah mata sudah tiada lagi. Oh ya, 7 Julai baru ni saya dah pun berusia 33 tahun. Umur bukan lagi rahsia. Umur hanya lah angka. Ceeewahh~

:)


Salam sayang,
mmy zuli

Sunday, 20 July 2014

Cantik | PRODUK DAN HARGA NUTRIWHITE SHAKLEE SKINCARE

Shaklee NutriWhite

Inginkan tona kulit sekata, wajah lebih berseri?? Ingin memutih dan meratakan warna kulit tanpa melunturkan warna asal kulit? 

NutriWhite jawapannya! 

Berikut ialah rangkaian produk Kesihatan Kecantikan aka Penjagaan Wajah NUTRIWHITE Oleh Shaklee:


1. Gentle Action Makeup Remover (Penanggal Mekap), 150gm - RM 95.00.


Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri. Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Ia lembut, tidak berminyak dan kulit anda kelihatan lebih berseri.

2. Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci Muka), 150gm - RM 119.00


Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan. Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan. Strawberry Begonia mencerahkan dan menyeimbangkan pigmen.

3. Soothing Radiance Whitening Softener (Toner), 150ml - RM 138.00.


Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. Kudzu menegangkan dan mencerahkan. Marshmallow melembapkan. Ianya sangat berkesan.

4. Daily Defense Whitening Essence (Esen Pemutih), 30gm - RM 231.00.


Mencerahkan dan menegangkan kulit. Melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam. Mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari. Memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.



5. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (Krim Siang), 50gm - RM 200.00.


Kaya dengan pati botani seperti Mulberry untuk mencegah kerosakan kulit. Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit. Membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

6. Overnight Renewal Whitening Cream (Krim Malam), 50gm - RM 225.00.


Mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah. Anda akan bangun dengan kulit gebu, halus, cerah dan berseri.

7. Spot Whitening Treatment (Rawatan Tompokan), 10gm - RM150.00.


Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Mencerahkan, menegangkan, melindungi dan menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif (kurang sesuai untuk kulit sensitif) membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda.


Cara guna/pakai Set NutriWhite ini mudah sahajaMulakan dengan Makeup Remover (jika perlu) dan Cleanser. Kemudian apply Softener diikuti dengan Whitening Essence. Seterusnya, sapukan Lotion SPF 15 (untuk siang) atau sapukan Overnight Cream (untuk malam). Secara berkala atau setiap malam, sapukan Spot Treatment untuk kawasan yang berjeragat, bertompok atau tidak sekata.

So, nak beli yang mana satu?
Untuk memudahkan pilihan, saya ciptakan set-set kombinasi seperti berikut:


Set Lengkap 1 - RM 1,158.00


Semua sekali.


Set Lengkap 2 - RM 913.00


No 2, No 3, No 4, No 5 dan No 6.
(Set Lengkap 1 tanpa Makeup Remover dan Spot Whitening Treatment)


Set Asas 1 - RM 688.00


No 2, No 3, No 4 dan No 5.
(Penggunaan Siang dengan Whitening Essence)


Set Asas 2 - RM 682.00


No 2, No 3, No 5 dan No 6.
(Penggunaan Siang dan Malam tanpa Whitening Essence)


Set Bajet - RM457.00


No 2, No 3 dan No 5.
(Penggunaan Siang tanpa Whitening Essence)


Oh saya gunakan Set Bajet dan namakannya Set 'Malas'  kerana saya malas nak sapu apa-apa pada waktu malam dan banyak-banyak di siang hari. Ringkas. Namun saya pasang niat nak guna Set Asas 1 selepas ini sebab pernah try Whitening Essence tu memang best dan sangat ringan teksturnya! So tak kisahlah kalau nak sapu banyak pun kan. :)

Tapi korang panggil Set Bajet ye, jangan panggil Set 'Malas' pula. Hihi.

Haa, apa tunggu lagi? Dapatkan lah set NutriWhite yang anda inginkan sekarang. Klik Order Now di bawah untuk membuat belian anda.

Jika mahu hubungi saya dahulu sebelum membuat belian pun boleh. WhatsApp atau email saya okay. :)

NutriWhite ni bagus ke? Berbaloi ke? Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Cantik | NUTRIWHITE BAGUS KE?

Kenapa saya kata NutriWhite best?

Kenapa korang harus tukar Set Penjagaan Wajah korang sekarang kepada produk NutriWhite?


Sebab pertama ialah kandungannya



Shaklee dapatkan ramuan botani untuk penghasilan NutriWhite ini dari seluruh dunia dan ramuan yang hebat itu diproses tanpa campuran bahan kimia yang merbahaya serta diuji berkali-kali untuk dipastikan kualitinya. 

Ringkasnya, ia diekstrak dari sumber SEMULAJADI dan SELAMAT untuk anda! Saya akan berceloteh khas tentang kandungan ramuan semulajadi NutriWhite ini di entry yang lain.


Sebab kedua ialah kemampuannya



Sistem NutriWhite ini mampu bertindak dengan 5 cara yang BERKESAN iaitu:


1. Mencegah


Melindungi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar (yang mana dapat menggelapkan kulit).


2. Mengurangkan


Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap. Supaya kulit lebih cerah dan berseri.


3. Menyekat


Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam. Supaya kulit bebas pigmentasi atau jeragat.


4. Memperbaharui


Memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melamin berlebihan agar kulit cantik berseri.


5. Mencerahkan


Mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.


Hebat bukan? Yang buat saya suka NutriWhite ini ialah kesannya yang sangat lembut. Bukan macam sesetengah produk lain yang kalau memutih tu habis muka macam di'bleaching' dengan clorox. Itulah salah satu sebab kenapa saya anti produk whitening di pasaran sebelum ini iaitu takut muka lebih putih daripada tangan. Sangat palsu ok!

NutriWhite tidak seperti produk whitening lain. Terbukti pada saya sendiri yang dah lebih setahun guna. Belang sunburn di tepi muka dekat line tudung yang bertahun tak hilang, sekarang dah hilang! Namun warna kulit tetap cantik dan nampak natural. Tiada lagi belak-belak hitam akibat muka rosak semasa training dulu. Sangat suka! :)

nutriwhite gojes mami

Tona kulit sekata, wajah lebih berseri. Ini pun saya cuma gunakan Set 'Malas' sahaja tanpa krim malam! Untuk kenali rangkaian produk NutriWhite yang hebat ini, sila klik di sini.

Dapatkan Set NutriWhite anda sekarang!

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Tuesday, 15 July 2014

Cantik | PRODUK DAN HARGA ENFUSELLE SHAKLEE SKINCARE

Masalah Jerawat?
Kulit Sensitif?
Kulit Kering?
Kulit Berminyak?
Eye Bag?

Jom intai rangkaian Produk Kesihatan Kecantikan atau Set Penjagaan Wajah ENFUSELLE oleh Shaklee yang boleh membantu anda!

Di Malaysia, terdapat 7 produk Enfuselle dengan 3 produk daripadanya sesuai untuk kulit berminyak, 3 lagi produk sesuai untuk kulit kering dan tambahan 1 krim mata untuk kedua-dua jenis kulit.

Set Kulit Kering


enfuselle for dry skin


1. Hydrating Cleansing Lotion, 177ml - RM96.25.

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang. Hipoalergenik.


2. Hydrating Toner, 177ml - RM78.75.

Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. Terbukti secara klinikal. Meneutralkan kerosakan sel. Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat. Melembutkan dengan ekstrak Witch Hazel dan Chamomile.


3. Hydrating Mosturizer, 48gm - RM97.50.

Melembapkan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit anda.


Set Kulit Berminyak


enfuselle for oily skin


1. Purifying Cleansing Gel, 177ml - RM88.75.

Menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang.


2. Purifying Toner, 177ml - RM78.75.

Meransang dan menyegarkan kulit. Memperhalus kulit dengan ekstrak Likoris, Ginseng dan Witch Hazel. Kurangkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit. Membantu mengawal kulit berminyak.


3. Balancing Mosturizer, 59ml - RM83.75.

Menyubur dan melembapkan kulit. Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus.


Eye Treatment, 14ml - RM52.50.

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.


Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan Enfuselle terutamanya dalam mengatasi masalah jerawat di wajah. Lebih elok jika diambil bersama suplemen Shaklee agar punca jerawat turut dapat diatasi dari dalam tubuh anda!

Adakah Set Enfuselle ini sesuai untuk anda? Klik di sini untuk lihat perbezaan antara Set Enfuselle dan Set NutriWhite keluaran Shaklee.

Nak terus beli? Klik Order Now di bawah untuk membuat belian di laman web Shaklee.

Nak hubungi saya dulu pun boleh. :)


Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Testimonial | VIVIX BANTU ABAH BERPUASA!


Sempena promo (beli 6 percuma 1) Shaklee Vivix bulan ini, saya nak sharing pengalaman abah saya sendiri. 


Abah orangnya kuat. Alhamdulilah di usia 74 tahun, beliau masih sihat dan boleh drive ke JB mahupun KL dari Muar. Tapi satu kelemahan abah ialah terlalu kurus dan mudah diserang gastrik. Tiba waktu makan je, abah menggigil lapar.

Semasa promo Vivix yang lepas (tahun 2013), saya hadiahkan abah Vivix. (untuk mak, saya hadiahkan kolagen you!). Niat bukan untuk merawat gastrik abah tapi sebab mak dah mula mengadu yang abah asyik nak tidurrr je. Asyik lesu dan letih.

Selepas 2 hari ambil, abah call. Katanya bagus 'ubat' yang ko bagi ni, abah membuang2, rasa mcm kena cuci perut ni, ringan badan. Saya senyum. Dalam hati terdetik, kurus mcm abah pun banyak benda nak dibuang ke. Then teringat, ooo tentu badan abah banyak toksik ni. Tu yg membuang tu. Detoks! Toksin tu la kot yang buat abah lesu jek.

Dipendekkan cerita, abah jadi cergas selepas amalkan Vivix. Dia mula berselera nak makan. Nampak badan abah berisi sikit. Dan yang paling menyeronokkan saya ialah apabila abah dengan gembiranya bgtau dia dapat berpuasa dengan mudah pada Ramadhan tahun itu. Alhamdulillah.

Selepas daripada itu, abah berlagak sikit. Apabila saya balik kampung, dia belenggeng je kat rumah (tak pakai baju). Saya tegur, kenapa abah tak pakai baju, tak sejuk ke atau abah nak tayang muscle? Hehe (ye, saya anak bertuah tanya soalan direct je kan). Abah jawab dia rasa sihat, badan rasa panas, tak sejuk2 badan lagi dah.

Alhamdulilah. Moga abah terus dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.

Bulan ini (Julai 2014) promo Vivix datang lagi dan saya belikan lagi tonik ajaib ini untuk abah. Harapan saya moga ia membantu abah untuk berpuasa dan supaya abah mudah beribadah dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Abah makan tau. Kongsi dengan mak. Kongsi dengan mak tau. Bukan dengan kucing dan ayam. Hihi.

Haa, korang berminat tak nak hadiahkan satu untuk orang tersayang? Boleh hubungi saya ataupun boleh aje kalau nak beli direct di laman web Shaklee tanpa hubungi saya dengan klik Order Now di bawah.




Vivix Shaklee memang best!

Oh ya, Vivix si tonik ajaib ini juga sangat disarankan untuk pesakit kanser, diabetes, stroke dan para perokok! Sangat-sangat membantu meningkatkan kesihatan golongan ini malah telah terbukti ramai yang berjaya mengatasi masalah mereka itu dengan Vivix! So, apa tunggu lagi?

Jika anda ingin dapatkan promosi 6(+1) Vivix atau ingin membeli lebih daripada sebotol, jangan lupa untuk hubungi saya dahulu agar anda tidak terlepas peluang untuk mendapat keahlian Shaklee seumur hidup secara PERCUMA!

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Breastfeeding | MENYUSU BADAN ITU BAHAGIA

Ya, menyusu badan itu perlukan keazaman dan kesabaran. Malah pengorbanan. Namun ia sangat membahagiakan.

Alhamdulillah. I am a skinny mother who succeed to breastfeed her son.

Pelajari ilmu penyusuan, amalkan suplemen untuk perolehi khasiat dan kekal bertenaga serta dengar pengalaman rakan-rakan supaya saya sedar diri bahawa "hey zuli, ko bukan ibu pertama yang nak menyusukan anak, berjuta dah para ibu yang berjaya okay!". Itu tips saya.

Sekarang dah pun genap 2 tahun 4 bulan arjuna saya menyusu badan. Makin berdebar pula nak menunggu saat yang dia mungkin bakal menolak nenen tidak lama lagi lalu bercerai susu. Err, akan berlakukah?

Yang pasti, saya akan merindui rengekan manjanya, "maaaa, nak nenen". Ahak!

Doa saya, moga lebih ramai gojes mami yang menyusu badan untuk anak-anak tersayang.

Lovesss,
mmy zuli


Sembang | CIKU, BUAH YANG MEPUNYAI MAKNA?


Minggu lepas suami pulang dari tugas luar stesen dengan seplastik ciku, favourite saya! Besar-besar buahnya. Ranum, manis, sedap, nikmat! Haha. Memang favourite saya sejak kecil-kecil lagi.

Tapi saya bukan lah sekadar nak cerita tentang keenakan ciku sebaliknya nak cerita makna di sebalik menyukai buah ini. 

Dulu masa muda remaja, kami pernah diminta oleh instructor kami untuk senaraikan tiga perkara berikut:


warna kegemaran
binatang kegemaran
buah kegemaran

Saya jawab:

biru keunguan
kucing ke koala bear ek? lupa pulak
ciku!

Nak tau apa yang instructor tu describe tentang saya?

Katanya, saya tidak memilih kawan, saya tegas dan saya keras hati. Tang keras hati tu yang saya macam nak melompat sikit. Tapi sekarang saya dah faham apa beza antara keras kepala dan keras hati dan saya memang akui la saya keras hati. Haha.

Cuma yang saya masih tidak faham, bagaimana dia kaitkan tiga kegemaran tadi dengan perwatakan saya? 

Korang tau ke? Boleh lah share. :)

Buat encik suami, THANK YOU for the ciku. I love it~

Resepi | CORNFLAKES MADU TRY N ERROR

First attempt saya buat biskut ni (biskut ke?) saya konpius gak dengan pelbagai resepi yang ada. Mana satu nk ikut ni?? Balik kerja, saya tawakal je main belasah. Tak tengok resepi tapi yang saya ingat ada satu blog tu guna 120gm butter untuk sekotak cornflakes. Berapa berat cornflakes terlupa nak tengok. Buka fridge ada satu buttercup yang dh guna lebih suku. Buttercup tu 250gm sebuku, so yang belen tu lebih kurang 160gm gitu kot. 

Letak kuali atas dapur, api kecil, masuk butter semua, kacau-kacau bagi cair, masuk 2 sudu besar gula pasir dan 2 sudu besar madu, kacau lagi hingga larut, tutup api, dan dalam kuali tu jugak saya curah Nestle Cornflakes sekotak berat 375gm. Gaul rata. 

Saya puasa, tak dapat rasa. Tak yakin, saya tambah lagi satu sudu gula pasir dan satu sudu madu tabur je atas cornflakes tadi dan gaul lagi. Ahak. Kemudian sudukan dalam paper cup, susun atas tutup dulang dan bakar dalam oven suhu 150-180'c lebih kurang 10 minit. Cornflakes akan keperangan dan bertaut. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam balang. Siap! Tadaaaa:



Apa rasanya? Sedap! Habis semuanya sekali ngadap adik beradik suami yang lepak rumah tengok World Cup. Tapi bagi saya macam terlebih butter dan agak manis juga. 

So, untuk 2nd attempt saya buat dengan cara yang sama tapi saya alter sikit resepi seperti berikut:

Cornflakes Kelloggs 325gm
(lebih ringan)
Buttercup 125gm
(bahagi dua je)
2 sudu gula pasir
2 sudu madu
Secubit garam

Saya guna sudu yang warna merah ni:


Dan ini hasilnya:


Sedap? Emm sesuai untuk yang tak berapa suka manis dan inginkan rasa lemak-lemak cornflakes tu masih mengatasi rasa butter. Adik ipar cakap sedap. Tapi saya rasa macam yang first attempt banyak butter tu yang sedap. Antara cornflakes Nestle dan Kelloggs, better yang Nestle kot. Tebal sikit. Tapi kalau boikot Nestle, Keloggs pun sedap juga!

3rd attempt, kena tunggu restock cornflakes. Saya nak buat macam yang 1st tu tapi nak campur kacang tanah kisar kasar dan nak tabur bijan hitam (cadangan kawan saya) ke sugar rice ke chocolate rice ke asalkan bukan ceri untuk hiasan. Saya tak suka ceri. Tet~

Selamat mencuba!

Thursday, 10 July 2014

Cantik | NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?

NutriWhite dan Enfuselle ialah dua Produk Kesihatan KECANTIKAN keluaran Shaklee khas untuk penjagaan kulit wajah.

Haa kalau korang buka entry ni mungkin korang sedang mencari apa bezanya antara NutriWhite dan Enfuselle ni. Mungkin korang tengah survey2 nak tentukan apa yang korang sesuai dan patut pakai.



NUTRIWHITE 
- sesuai untuk penjagaan kulit wajah yang normal.
- sesuai untuk mereka yang tidak memiliki kulit sensitif.
- kulit kering tetapi hanya berminyak di zon T.
- tiada masalah jerawat.

ENFUSELLE
- sesuai untuk penjagaan kulit wajah yang bermasalah.
- sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
- kulit kering atau kulit berminyak.
- masih mempunyai masalah jerawat.

So, kalau kulit korang bermasalah dan sensitif, cubalah Enfuselle dahulu. Tetapi kalau kulit jenis normal atau kombinasi dan tidak sensitif, boleh lah ambil NutriWhite. 

Mungkin golongan remaja lebih sesuai menggunakan Enfuselle sebab golongan ini biasanya mempunyai kulit yang berjerawat. Manakala NutriWhite mungkin lebih sesuai untuk wanita yang lebih berumur (lebih kurang 30an ke atas) kerana set ini lengkap dengan krim malam dan lain-lain.

Dari segi harga, Set Enfuselle lebih mampu milik. Namun jika korang memang dah jenis guna SK II, Clinique dan lain-lain yang mahal itu, bertukar lah segera kepada NutriWhite sebab produk Shaklee dijamin selamat dan ia tahan lama!

Berdasarkan pengalaman juga, ramai rakan2 saya yang mempunyai kulit normal/kombinasi atau tidak sensitif, menggabungkan kedua set ini. Contohnya, untuk pencuci muka mereka gunakan produk NutriWhite (memang sangat best dan tahan lama) tetapi untuk toner dan mosturizer (pelembap) mereka gunakan Enfuselle. Tak ada masalah, pun boleh aje!

Berminat? Boleh klik Order Now di bawah untuk buat belian terus (direct) di laman web Shaklee:

Jika ingin ketahui lebih lanjut tentang kedua-dua produk ini, boleh baca entry saya yang seterusnya atau hubungi saya melalui WhatsApp atau email. :)

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp : 019-2286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 9 July 2014

Breastfeeding | TIPS ATASI SUSU BADAN MENYUSUT/MERUNDUM


Saya sangat berbangga mempunyai seorang anak yang menyusu badan.

Semasa hamil, saya telah di'brainwash' oleh nurse di KKIA untuk menyusu badan. Saya terpengaruh dan pasang azam. Saya ambil tahu tetapi sebenarnya saya tidak cukup ambil tahu sehingga lah saya lalui sendiri pengalaman menyusu itu.

Kena bengkak susu, baru gelabah cari petua surutkan bengkak.
Puting luka dan merekah, baru la google dan tanya ibu2 yg lain.

Baru tau letih dan penatnya berjaga pagi petang siang malam nak menyusukan bayi setiap 2 jam. Uhuk! Namun saya tetap tabah dan cekal teruskan penyusuan. Cuma satu silap saya. Saya tidak buat stok awal!

Cuti berbaki 2 minggu, baru saya terhegeh2 nak buat stok. Memang tak cukup. Sampai satu tahap dah jadi macam kais pagi, makan pagi. Pam pagi kat opis, tgh hari hantar rumah pengasuh. Menyesal sungguh masa tu sebab tak mengepam lebih awal. Dan akhirnya mummy yang kononnya hebat ini mengalah kepada susu formula. Ya, anak saya menyusu campur susu formula di usia 4 bulan.

1 - 3 bulan : susu badan sepenuhnya.
4 - 6 bulan : susu badan sepenuhnya di rumah, susu badan campur susu formula di rumah pengasuh.
7 - 9 bulan : susu badan sepenuhnya di rumah, susu formula sepenuhnya di rumah pengasuh.
10 bulan : susu badan campur susu formula di rumah!

Apabila kat rumah pun dah mula bancuh susu formula, saya mula tersedar. Eh, bukan ke ko nak nyusukan anak ko sampai 2 tahun, zuli? Kalau baru 10 bulan pun dah bagi susu formula kat rumah, apa citer ni? Boleh ke ko teruskan nyusu badan lagi 14 bulan??

Haa, apa lagi. Saya terus bertindak. Apa saya buat?

1. Saya clearkan semua stok susu formula kat rumah, saya hantar rumah pengasuh.

2. Saya nyusukan anak saya balik. Selagi saya ada bersama dia, dia hanya boleh minum susu badan saya. Terus terang, memang sakit. Tapi saya hulur jugak dan saya pastikan yang dia hanya ada satu pilihan, susu badan!

3. Saya ambil suplemen Shaklee. Masa berpantang memang ada ambil tapi selepas habis stok, saya stop.

Alhamdulillah. Rezeki susu ibu untuk Ammar Mikhail kembali ada sehingga lah sekarang. Dia dah 2 tahun 3 bulan okay! Ini gambar latest. Tengah nenen. Haha. Cak!




Saya akui menyusu badan itu tidak mudah tetapi tidak mustahil. Selagi ada kemahuan, pasti ada jalan. Jangan mengeluh 'kenapalah susu aku sikit tapi susu Si Melah tu banyak' sebaliknya tanya pada diri sendiri 'apa lagi yang aku belum buat nak tambah susu ibu untuk anak kesayangan aku ni?'.

Adakah susu badan korang menyusut, berkurang atau dah kering? Inilah suplemen Shaklee yang membantu saya:




Haa, korang pun bolehlah amalkan Set Asas Menyusu Shaklee yang superb ni sekarang! Terdiri daripada ESP (Energising Soy Protein), Alfalfa Complex dan Ostematrix. Klik Order Now di bawah untuk belian terus (direct) di laman web Shaklee..


..atau boleh juga WhatsApp atau email saya dulu untuk bertanya2 dan berkenalan gitu.

Bukan saya sahaja ye yang berjaya meriahkan susu badan dengan bantuan suplemen Shaklee. Pn Farah Wahida juga telah berjaya dan beliau kongsikan caranya di video ini: 

https://vimeo.com/114857359?from=facebook

Sekarang ni kalau imbau2 balik, ada sedikit rasa kesal kerana saya bertindak amalkan semula suplemen ini hanya apabila anak dah masuk umur 10 bulan. Korang mungkin belum terlambat! Kalau dah terlambat pun, bertindak lah sekarang. Jangan mengalah sebelum berusaha!

Selamat berShaklee. :)

Salam sayang,
mmy zuli


WhatsApp: 019-2286464
Email: gojesmami@gmail.com
FB: Zuliana Mohd Rafar
your gojes Shaklee Independent Distributor

Tentang Saya | KENAPA GOJES MAMI?

I am gorgeous.
If I am not yet gorgeous, then I want to be one.

Why gorgeous? Haaa, kalau korang gugel perkataan ‘gorgeous’, ini lah maksudnya yang korang akan jumpa:




Beautiful, very attractive, LOVELY, stunning, malah charming, sexy, alluring (ahak!) serta SUPERB, wonderful, fantastic dan macam2 lagi yang best2 belaka maksudnya.

Sebab tu la saya nak jadi gorgeous. Bukan setakat cantik, bukan setakat hebat, bukan setakat penyayang tapi kesemuanya sekali. Walaupun anak saya baru seorang, saya memang nak sangat jadi seorang mummy yang luar biasa hebat dan perkataan yang paling sesuai ialah ‘gorgeous’!

I want to be a gorgeous mummy (‘gojes mami’) and I want to share my happiness, tips, experience, achievement with all of you. Moga kita akan sama2 menjadi mami yang gojes.

So, how are you today all gojes mami out there? Selamat berkenalan!

:)

Salam sayang,
mmy zuli


Saya ialah isteri En Mohd Amrin yang dikurniakan seorang putera, Ammar Mikhail. Saya mempunyai kerjaya tetap dan juga seorang Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor - SID). Antara sambung belajar atau bergiat dalam bisnes Shaklee, keduanya menuntut komitmen dan masa tambahan saya namun saya memilih Shaklee dan saya punyai alasan saya sendiri. Saya tinggal di Desa Pandan dan boleh COD produk Shaklee di kawasan yang berhampiran. Namun pengalaman membuktikan khidmat pos itu lebih cepat berbanding COD. Haha. Pape pun, hubungi lah saya dahulu ya. 


p/s : Well, maafkan saya kerana me’melayu’kan bahasa inggeris ikut suka hati saya. I just like it. Ada beberapa perkataan bahasa inggeris yang di’melayu’kan yang saya suka seperti ‘gojes’ dan ‘peknan’ (pregnant). Tapi bukan hawt utk hot! Namun demikian, saya sangat pantang kalau perkataan melayu yang dieja pendek lalu mempunyai maksud lain dalam bahasa melayu juga. Contohnya ‘ari’ untuk ‘hari’. Aduhai, kan ada maksud lain untuk ‘ari’ tu! Tak tahukah mereka?