Sunday, 7 September 2014

Tips | CARA MUDAH, PANTAS DAN BERKESAN BERSIHKAN KASUT ANAK

Biar gambar berbicara.



Nampak tak? Sama tapi tak serupa!

Ini kasut anak saya. Kalau saya rajin basuh mungkin tak sampai hitam macam ni (rujuk kasut di kanan atas gambar). Hihi. 

Namun walaupun dah hitam hingga dah tak boleh baca tulisan kat dalam tu, saya mampu bersihkannya kembali seperti baru (rujuk kasut di kiri bawah gambar). Malah hanya dalam tempoh kurang 5 minit. Betul, tak tipu! Baru je basuh sebelum masak lunch ni tadi.

Korang pun boleh buat. Yang penting kena ada air, berus gigi lama dan BASIC H2 Shaklee. Best!

Gambar bawah ni pulak masa first time saya try basuh kasut tu guna Basic H2. Pukul 7 pagi ok. Memang dah terkocoh-kocoh nak gi kerja tapi sempat jugak bersihkan kasut sihensem ni dengan bantuan Basic H2 tersebut. 



Yang kiri sekali tu lah botol Basic H2. Pakainya beberapa titik sahaja tapi kesannya sangat puas hati. Natural based okay! Tanpa bahan kimia merbahaya. Daripada buah kelapa kandungan utamanya. Memang selamatlah untuk anda sekeluarga!

p/s : Saya sempatkan juga basuh kasut anak pukul 7 pagi tu sebab nak ambil peluang jemur kasut anak tengah panas kat rumah pengasuh. Almaklumlah saya tinggal di rumah pangsa, rumah tak jumpa matahari. Err justified tak? Hihi.

Basic H2 tu murah je tau. Pasti mampu milik!

Sekian, tips petang Ahad.

Salam sayang,
mmy zuli

WhatsApp saya di 0192286464
Email saya di gojesmami@gmail.com
FB saya Zuliana Mohd Rafar


Saturday, 6 September 2014

Tips | ATASI SAKIT TANPA PARACETAMOL

Korang tau kan Paracetamol tu apa? 

Paracetamol atau singkatannya PCM ialah dadah yang dibenarkan sebagai ubat tahan sakit. PCM yang glamer ialah Panadol. Takpun yang mana ambil kat hospital kerajaan ada yang panggil sebagai ubat KK sebab kat tablet terukir KK yang saya rasa bermaksud Kementerian Kesihatan.

Tips ini ialah cara saya. Iaitu apabila saya rasa nak demam, saya sakit kepala, saya rasa bisa badan, rasa seram sejuk atau lain-lain rasa yang badan ni macam kurang sihat lalu perlukan efek PCM, saya akan telan dua suplemen kegemaran saya iaitu B Complex dan Ostematrix ini serentak!

Ostematrix + B Complex = Set Migraine
Ostematrix + B Complex

Mujarab. Berkesan kat saya. Memang sangat membantu legakan sakit kepala atau bisa badan yang saya alami.

Sejak dapat tips ni, memang dah lama saya tak beli Panadol. Stok PCM di rumah bukan lagi satu keperluan.

Itu cara saya. Tak salah kalau korang pun nak cuba. Sekurang2nya dapat membantu kurangkan kemasukan dadah ke dalam tubuh kita. Betul tak?

Malah, memang dua suplemen ini pun yang dicadangkan sebagai Set Migraine Shaklee. Tapi kalau korang memang ada migraine, saya suggest tambah satu lagi suplemen iaitu CoQHealth. Memang sangat sesuai dan insya Allah melegakan atau bantu hindarkan sakit migraine korang.

CoQHealth Shaklee
CoQHealth Plus Shaklee

Oh ya. Kalau rasa seram sejuk macam nak demam pun saya akan cepat-cepat ambil Vita C dan Nutriferon untuk tingkatkan imunisasi tubuh saya.

Tak rugi pun cuba. Kalau bukan sebab tak sihat pun boleh consume (makan) suplemen-suplemen ini secara berterusan sebab banyak manfaatnya yang lain.

Sekian tips daripada saya. Moga bermanfaat!

Disclaimer: Fungsi asal/sebenar suplemen Shaklee bukan untuk merawat ok. Tips ini juga bukan bertujuan untuk merawat. Sekadar satu cadangan sebagai usaha alternatif untuk melegakan apa yang anda rasa. Saya dah cuba. Sangat membantu saya.

Salam sayang,
mami zuli

Thursday, 4 September 2014

Keliru | JANGAN MINUM SOYA ESP?

Energising Soy Protein
Energising Soy Protein (ESP)

Straight to the point, 


Siapa yang tak boleh minum ESP (Energising Soy Protein)?


Sesiapa yang ada ketumbuhan seperti cyst atau fibroid yang berpunca daripada hormon estrogen yang tinggi dalam badan mungkin perlu elakkan daripada mengambil ESP. 


Eh, kenapa pula tak sesuai untuk mereka?


Sebab soya ialah tumbuhan phytoestrogen yang mempunyai kebarangkalian untuk menambah kesan estrogen sedia ada dalam tubuh. Oleh itu jika masalah yang dihadapi berpunca daripada hormon estrogen yang tinggi, soya tadi mungkin akan mengaktifkan/menggalakkan lagi pertumbuhan cyst atau fibroid yang ada.


So, ESP ni bahaya lah ye?


Tidak. ESP langsung tak bahaya bagi golongan yang tiada masalah dengan pengambilan soya. 

Malah ESP lah soya paling selamat! (Kalau nak explain kenapa soya ESP ni selamat memang kena buat entry lain. Tungguuuu..)

Analoginya mudah. Nasi juga makanan. Tinggi karbohidrat. Bahayakah nasi? Tidak bukan? Semua orang boleh makan. Adakah makan nasi boleh jadi punca kena Diabetes? Tidak bukan? Namun pesakit Diabetes disarankan untuk mengelak daripada mengambil nasi atau kurangkan amaun pengambilan nasi. Kenapa? Kerana nasi tinggi karbohidrat dan boleh meningkatkan paras glukosa di dalam badan pesakit Diabetes sedangkan tubuh mereka tidak mampu memproses glukosa seperti individu yang tiada Diabetes. 

Walaupun demikian masih belum ada kajian saintifik yang membuktikan nasi sebagai punca Diabetes. Ke ada? Bak mai share dengan saya. Kalau ada bukti bahawa nasi boleh jadi punca Diabetes, tak mau makan nasi dah ni.

So soya sebagai kandungan utama ESP pun sama. Ia tak bahaya. Ia bukan punca penyebab ketumbuhan. Ia cuma mempunyai kebarangkalian meningkatkan lagi kesan hormon estrogen terhadap golongan ini. Siapa tiada masalah, minum lah ESP dengan suka ria nya!

Malah, jika cyst atau fibroid itu bukan berpunca daripada terlebihnya hormon estrogen, golongan ini juga boleh minum ESP dengan gembira. 


Tapi betul ke phytoestrogen tumbuhan meningkatkan kesan estrogen di dalam tubuh?


Haaaaaa, ini yang menarik. Tahukah anda bahawa terdapat kajian dan pendapat yang menyatakan phytoestrogen di dalam soya mampu memberi kesan ANTI ESTROGEN lalu bantu mengecutkan fibroid? Eh terbesar pulak tulisan saya.

Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Dr Malinda di dalam blog nya di sini. Beliau turut menyatakan bahawa phytoestrogen buah-buahan atau sayur-sayuran mampu memberi kestabilan hormon estrogen di dalam badan. Bercanggah bukan dengan pendapat yang katakan phytoestrogen mampu tingkatkan kesan estrogen tadi? 

Dr Zubaidi juga sependapat dengan Dr Malinda sebagaimana yang dinyatakan di dalam blog beliau di sini iaitu 


"..Walaubagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesan estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan anti estrogen yang membantu atasi gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser."


So nak follow pendapat yang mana ni?


Nak puas hati, dapatkan nasihat doktor. Tanya pakar anda apa punca cyst anda. Tanya pakar anda berapa paras hormon estrogen anda. Kemudian nilaikan lah sendiri. Atau jika memang ada cyst dan tidak mahu ambil risiko, pilih lah suplemen lain yang tidak berasaskan soya. Masih banyak suplemen lain yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kita. 


Ada lagi ke golongan yang dinasihatkan jangan minum soya ESP?


Ada. Iaitu golongan yang tiada masalah dengan soya tetapi
  • tidak mahu badan semakin bertenaga.
  • tak nak kulit cantik.
  • tak nak jeragat pudar dari wajah.
  • takut selulit hilang.
  • takut tumit makin cantik.
  • takut anak kenyang minum susu badan.
  • takut badan maintain slim.
Ha, golongan di atas tak payah lah minum ESP.

Hihi. Peace, no war. Sayang korang semua.

Salam sayang,
mami zuli

WhatsApp 0192286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Wednesday, 3 September 2014

Cantik | KOLAGEN SHAKLEE BERKESAN KE?

Ada bermacam lambakan produk kolagen pada sedikit masa dahulu.
Macam fenomena, tiba2 pelbagai produk kolagen berada di pasaran.
Ada yang murah. Ada yang mahal.

Namun ada antaranya yang tiba2 dikatakan tidak mengandungi kolagen pula.

Yang berkualiti, kekal hingga kini.
Yang tidak mendatangkan kesan positif, mula berkubur dan tak dengar khabar berita dah lagi. Memang banyak produk yang indah khabar dari rupa.

Persoalan sekarang, sejauh mana keberkesanan Kolagen Shaklee? 


Jika korang kata Kolagen Shaklee ni pun bermusim, memang ya ada benarnya. Tapi bukan sekali je musimnya. Berkali-kali sejak ia masuk ke pasaran Malaysia. Ia bermusim sebab setahun sekali Shaklee buat promosi produk ini bukan sebab ia tidak berkualiti.

Namun apa bukti keberkesanannya? Haa, jom jamu mata tengok koleksi gambar di bawah yang menampilkan wanita-wanita gojes yang telah mengamalkannya:


Satu.


Beliau seorang guru. Grab promosi Kolagen Shaklee beli 6 percuma 1 pada lewat tahun 2012. Hasilnya sangat menerujakan. Tidak berniat untuk berniaga tetapi hasil yang terpapar di wajah selepas mengamalkan kolagen ini menyebabkan rakan-rakan bertanya lalu beliau mula menjadi Pengedar Shaklee. Ya, ini yang dinamakan produk bercakap sendiri.


Dua.


Beliau juga seorang guru. Grab promosi Kolagen Shaklee pada lewat tahun 2013. Masih mengamalkannya hingga kini. Dan ini adalah gambar terkini beliau selepas setahun setia dengan produk ini. Umurnya dah 45 tahun okay. Lihatlah sendiri betapa mulusnya kulit wajah beliau. Liang pori mengecil tertutup rapi. Cantik kan?


Tiga.


Adik ini ambil Kolagen Shaklee bersama ESP Shaklee (Energising Soy Protein). Masya Allah. Jeragatnya pudar! Tona kulit lebih sekata dan cantik.

Sesungguhnya, ada ramai lagi yang telah berjaya perolehi kulit yang cantik selepas amalkan Kolagen Shaklee. 

Keistimewaan Kolagen Shaklee


Molekul Kolagen Shaklee sangat halus iaitu seberat hanya 1000 Dalton menjadikannya mudah diserap tubuh dan membantu meningkatkan sistesis kolagen hingga ke lapisan dermis dengan berkesan! Itu lah antara sebabnya.

Malah yang menarik lagi, ia bukan sekadar kolagen tetapi turut mengandungi ramuan lain. Tujuh ramuan utamanya ialah: 
  • Kolagen dari sisik Ikan Merah.
  • Ekstrak biji Camellia Japonica.
  • Ekstrak Pfaffia atau Ginseng Brazil.
  • Elastin dari kolagen ikan.
  • Vitamin C.
  • Vitamin B.
  • Glucosamine dari ekstrak kekerang.
  • Lactobacillus Acidophilus

Oleh itu, tidak hairan lah jika harganya mungkin lebih mahal daripada kolagen anda sekarang. Lihat lah ramuan-ramuannya. Lihat lah sama kualiti dan keberkesanannya. 

Cara makan? Hanya sepeket sehari. Larutkan dalam air atau minuman kegemaran dan minum. Tak perlu lebihkan dos pada awal pengambilan seperti kebanyakan produk kolagen yang lain. Ya, memadai sepeket sehari! 

Ujian klinikal juga menunjukkan rupa kulit individu bertambah baik hingga 71% lebih baik secara keseluruhan apabila amalkan kolagen ini berterusan selama 8 minggu. Dua bulan je you all dah dapat improve skin appearance sampai 71%

Ini termasuklah 69% lebih lembap (moisture), 75% lebih lembut (smoothness), 80% kedutan pudar (wrinkles), 90% lebih berseri (radiant). Ini berdasarkan ujian klinikal ye sayang-sayang semua. 

Harga Kolagen Shaklee (Shaklee Collagen Powder)


Berita baiknya. Beli 6 kotak sekarang, korang akan dapat sekotak percuma. Harga runcit RM298.00 sekotak ada 15 sachet/peket. Tak mau kesemua 7 kotak, boleh lah share dengan kawan2. 

Dan sebenarnya sekotak tak sampai RM298.00 pun sebab apabila korang beli 6 kotak, automatik korang entitle FREE MEMBERSHIP. Oleh itu, 6 kotak kolagen tadi korang perolehi dengan harga ahli. Harga ahli jauh lebih murah daripada harga runcit. Memang jimat lah. Malah bulan berikutnya korang akan dapat CASH REBATE direct masuk akaun bank lagi.

Cepat-cepat! Istimewa hanya pada bulan September 2014. Setahun lagi baru boleh jumpa balik promosi ni. Itu pun belum tentu akan ada lagi tau.

Ehem. Saya jual Shaklee.

your gojes SID,
mami zuli

WhatsApp 0192286464
Email gojesmami@gmail.com
FB Zuliana Mohd Rafar

Tuesday, 2 September 2014

Sihat | APA ITU MEAL SHAKES?

Sempena promosi Meal Shakes sepanjang bulan September dan Oktober 2014 ini, jom kita berkenalan dengan Meal Shakes.

Apakah Shaklee Meal Shakes?


Makanan tambahan/suplemen dalam bentuk serbuk yang membekalkan protein dan vitamin serta mineral untuk dibancuh menjadi minuman yang menyihatkan dengan rasa vanila yang sangat lazat.

Apakah Kandungan Meal Shakes?


Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi (tanpa dadah atau adunan bahan kimia atau bahan-bahan tiruan) yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu) yang mudah diserap oleh tubuh.

Antara vitamin/mineral/zat yang terdapat di dalam Meal Shakes ialah:

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Dietary Fiber/Serat
  • Kalsium
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Niacin
  • Iron
  • Zinc
  • Vitamin B6
  • Thiamin
  • Riboflavin
  • Viatmin A
  • Asid Folik
  • Iodin
  • Vitamin B12
  • Vitamin D

Apakah Khasiat Meal Shakes?


Khasiatnya sama seperti suplemen multivitamin dalam bentuk tablet iaitu memberi kesihatan secara menyeluruh dengan mengisi lopong-lopong kosong nutrisi dalam tubuh kita. Bezanya, Meal Shakes perlu dibancuh dan sangat memudahkan individu yang sukar menelan tablet. Dan Meal Shakes juga membekalkan protein.

Antara khasiatnya ialah:
  • Nutrisi Lengkap : menyediakan vitamin dan mineral serta zat seperti di atas kepada tubuh.
  • Kaya Protein : setiap hidangan yang dicadangkan membekalkan hingga 30% keperluan harian protein tubuh yang penting untuk binaan sel-sel baru yang membentuk tisu, organ dan sistem badan.
  • Membantu Tumbesaran : mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D untuk membina tulang bagi proses membesar.
  • Tambah Selera : apabila lopong-lopong nutrisi dalam tubuh terisi, tubuh terhindar daripada masalah kurang zat yang menjadi punca anak-anak hilang selera makan.
  • Anti Oksida : mengandungi vitamin A, C, E yang merupakan ejen anti oksida yang bertindak melawan penyakit dan bantu kekalkan keremajaan sel atau lambatkan proses penuaan.
  • Seri Wajah : mengandungi vitamin-vitamin B dan zat besi untuk membina sel darah yang sihat untuk bawa bekalan oksigen ke seluruh tubuh lalu memberi kompleksi wajah yang lebih sihat dan berseri.
  • Detoksifikasi : mengandungi serat yang membantu untuk melawaskan pembuangan.

Siapakah Yang Sesuai Minum Meal Shakes?


Semua golongan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua melainkan bagi golongan yang mempunyai alahan atau larangan mengambil soya atau susu lembu/produk tenusu.

Disarankan untuk anak-anak yang kurang selera makan, individu dan para atlit yang inginkan sajian segera, individu yang ingin menambah berat badan, individu yang ingin sihat dan cantik serta individu yang sukar menelan suplemen dalam bentuk tablet.

Berapakah Sukatan Bancuhan Meal Shakes?


Setiap hidangan yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 34gm atau suku cawan dibancuh dengan air sebanyak 237 ml (8oz) atau satu cawan (satu mug). Satu hidangan untuk satu hari membekalkan 1/3 keperluan harian nutrisi badan kita. 

Nak mudahnya, bancuh 1 - 3 sudu besar sehari ikut kekerapan dan kepekatan yang kita suka.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sila dapatkan konsultansi daripada saya dulu ya. Yang tadi tu sukatan untuk orang dewasa.

Berapa Harga Meal Shakes?


Harga runcit yang rasmi = RM 113.75. 
Sama sahaja di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Nak tau harga saya? Jom contact saya, boleh join membership.

Nak jimat? Rebut promosi BELI 3 PERCUMA 1 sepanjang bulan September dan Oktober ini.

Memang sangat jimat. Berbaloi-baloi. 

Oh ya, anak saya juga minum Meal Shakes ni. Saya bekalkan ke rumah pengasuh dan minta pengasuh bancuhkan Meal Shakes bersama susu botol anak yang pertama setiap hari di rumahnya. Alhamdulillah, Mikhail seorang anak yang aktif, jarang demam dan yang paling best, berselera nak makan!

Korang tak teruja ke apabila anak berselera makan?

Tak sungguh tak kata. Jom lah cuba.

your gojes SID,
mami zuli

WhatsApp saya di 0192286464.
Email saya ke gojesmami@gmail.com
Add saya di FB Zuliana Mohd Rafar.


Monday, 1 September 2014

Promo | SHAKLEE COLLAGEN POWDER DAN MEALSHAKES

Setiap awal bulan, kami akan terima SMS notifikasi daripada Shaklee tentang promo bulanan yang ditawarkan.

Bulan ini, September 2014 sangat istimewa kerana kami dikejutkan dengan dua SMS bukan satu seperti kebiasaannya.

Berikut petikan SMS yang kami terima:

RM0.00 Shaklee: Sept'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder. Place your order now! TQ.
dan
RM0.00 Shaklee: Meal Shakes - Buy 3 Free 1 promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ. 

Promosi berganda you all.


Collagen Powder


Siapa nak cantik, nak transform kulit kusam tak sihat kepada sihat dan bebas cela, wajar grab offer kolagen hebat Shaklee ni. Kalau konsisten ambil sepeket setiap hari, tak perlu tunggu lama, lepas 2 bulan dah nampak hasil. Jeragat pudar dan hilang, kedut-kedut pudar dan hilang, rambut lebih subur, sendi lebih sihat, kulit lembap, jadi mulus lembut macam kulit baby gitu. 


Meal Shakes


Siapa yang jenis susah makan pil atau anak spesis picky eater memilih makan manjang takde selera, wajar rebut promo minuman MULTIVITAMIN Meal Shakes Shaklee tu. Sedap dan senang nak bancuh dan senang nak minum. Insya Allah bantu tambah selera anak. Anak-anak korang tentu suka punya. Nyum nyum! All this while kalau promo pun kena beli 6 baru percuma 1. Tapi kali ni beli 3 je dah dapat extra 1. Korang tak mau ke??


Shaklee Collagen Powder dan Meal Shakes

Ha, cepat-cepat siapa berminat hubungi saya sekarang. Kita bisik-bisik harga.

your gojes SID,
mmy zuli

WhatsApp : 0192286464
Email : gojesmami@gmail.com
FB : Zuliana Mohd Rafar

Tips | KETAHUI WAKTU SUBUR DAN TIPS HAMIL

Hari ni dah masuk 1 Sep 14.

Tak terlewat rasanya saya nak ucapkan Selamat Hari Merdeka. Suka tema tahun ni : 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Memang saya sangat cintakan Malaysia.

Walaupun dah beralih bulan dan dah tamat pun promosi beli 6 percuma 1 untuk suplemen GLA Complex Shaklee pada bulan Ogos yang baru lepas dan dah masuk promosi baru pun untuk bulan ini, saya nak kongsikan sikit tips ketahui waktu subur dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk anda 'bersama' suami anda setelah mengamalkan suplemen GLA Complex sebagai salah satu usaha untuk hamil.


Bila waktu subur wanita?


Cara saya tentukan sangat mudah. Jumlah penuh kitaran haid bahagi dua. Di tengah2 kitaran haid itu lah anda mungkin subur atau dengan kata lain, ovum anda dilepaskan.

Eh, itu cara saya. Ada juga yang berpendapat ovulasi (ovum dilepaskan) berlaku pada antara 11 - 18 hari sebelum (atau puratanya 14 hari sebelum) darah haid yang seterusnya luruh/turun. Sebab tu kena tau purata kitaran haid kita untuk buat anggaran.

Kitaran haid (dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid datang semula) yang normal ialah 28 hari. Sebab tu tarikh mula haid akan mula berganjak semakin awal dari bulan ke bulan. 30 hari atau 32 hari atau mungkin 26 hari atau 24 hari juga masih dianggap normal selagi ia hadir setiap bulan.

Oleh itu, jika kitaran haid anda 28 hari, ovum anda besar kemungkinannya akan dilepaskan pada hari ke-14 (28/2 = 14 atau 28-14 = 14), hari subur anda!


Bila waktu wanita yang ingin hamil perlu menjalinkan hubungan suami isteri?


Seawal 7 ke 3 hari sebelum anda subur hinggalah pada hari anda subur!

Maksudnya di sini apa yang anda akan lalui jika kitaran haid anda ialah 28 hari adalah seperti berikut:

7 hari pertama : darah haid turun.
7 hari kedua : kerapkan hubungan suami isteri.


Kenapa kena mulakan lebih awal sebelum tiba hari subur?


Ini kerana jangkahayat telur wanita (ovum) adalah lebih pendek iaitu 24 jam sahaja berbanding jangkahayat telur lelaki (sperma) yang boleh hidup antara 3 ke 6 hari lamanya. 

Apatah lagi jika si isteri ada mengamalkan suplemen GLA Complex untuk bantu hasilkan cecair mukus yang berkualiti agar sperma mampu hidup lama dan si suami pula ada mengamalkan Zinc Complex serta Vitamin E untuk kualiti, kuantiti dan mobiliti sperma

Jadinya pada masa ovulasi, sekumpulan sperma telah bersiap sedia menunggu untuk bersenyawa dengan ovum tersebut.

Haaa, lebih tinggi lah peluang anda untuk hamil kan? 


Jika kitaran haid anda belum teratur? 


Amalkanlah GLA Complex dahulu sehingga anda perolehi kitaran haid yang normal.

Selain itu, anda boleh semak suhu badan anda setiap hari kerana pada waktu ovum dilepaskan, suhu badan anda akan lebih tinggi berbanding hari yang lain.


Jika anda berjaya bersama suami pada waktu yang disarankan seperti di atas, hentikan pengambilan GLA Complex pada hari selepas anda subur. Mulakan semula pengambilannya pada hari pertama haid anda yang berikutnya. Kenapa? Baca di Cara Makan GLA Complex.

Namun jika haid tidak hadir dan anda disahkan hamil, tahniah saya ucapkan!

Suka tak tips ni?

Ingat ya, jangan tunggu hari subur baru anda berusaha untuk hamil. 'Usaha' anda itu perlu dimulakan lebih awal dari tarikh anda dijangkakan subur. Ehem.

Salam sayang,
Mmy zuli